03 June 2015

Petik Sendiri Strawberry Anda

Aku sebenarnya asyiklah pasang niat nak create entry pasal lawatan aku ke Cameron Highland ni, tapi asyiklah tertangguh. Isskk.. Dah lama sangat kisah kejadian. Masa cuti Hari Merdeka tahun lepas. Huhuhu.. Dah nak setahun. Masa tu Elma baru 4 bulan, ni budak tu dah pandai berjalan dah. Tapi tak kira, nak jugak abadikan dalam blog. Tak kira, alah.. anggap je lah akak gi Cameron tu cuti Hari Pekerja hari tu. Hahaha..

Lawatan ke Cameron Highland adalah sesi lanjutan selepas ke Pulau Pinang. Ekwan rajin bawak bini lepas berpantang berjalan-jalan. Kesian bini lama terperam kat rumah. Dan tidaklah pulak kami ni tahu sesungguhnya Cameron Highland di kala cuti umum adalah sangat berkepadatan tinggi. Kalau aku tahu, memang tidaklah aku setuju dengan cadangan Ekwan nak ke Cameron lepas Penang. Baiklah kami sambung lepak-lepak kat Penang. Tapi itulah, malas bertanya.. Hadap lah ko bersesak kat tanah tinggi tu. Dah lah gerak dari Penang petang, sampai Cameron dalam pukul 10 malam. Dari Tanah Rata dah jammed. Aku siap call balai polis Tanah Rata lagi, tanya kenapa jammed sangat. Huhuhu.. Barulah achik tau, begitulah Cameron time cuti umum.

Nasib hotel dah booking. Hotel siap call lagi confirmkan aku jadik datang ke tak.. Duduk hotel biasa je. Tu pun nasib baik ada bilik kosong lagi. Harga agak mahal di hari cuti. Tapi boleh lah buat nak tidur semalam.


Jammed sungguh ok. Dari hotel nak ke ladang strawberry berdekatan pun sejam kot. Nasiblah anak-anak aku elok je dalam kereta. Elma pun merengek sikit-sikit je.Tengok gambar ni, rindu tengok Elma di kala botak..

Tak mampu dah nak duduk dalam kereta. Nampak je Strawberry Healthy Farm ni, terus masuk.



Walaupun memetik sendiri strawberry adalah lagi mahal, layankan je lah. Experience tu yang penting. Bagi Eisya merasa petik strawberry segar dari pokok. Ehh.. i pun kali pertama akak petik strawberry. Sian akak.. Last gi Cameron Highland dulu masa kecik-kecik. Tu pun gi umah pakcik, takde pun mak ayah bawak gi ladang strawberry gini.

Over gaya kau Eisya. Petik strawberry je pun. Spek tetap tak tinggal.

Bapak budak ni mengeram je tengok bini dengan anak dia posing sakan petik strawberry. Terus pass kamera kat akak, pastu gi posing dengan Cha. 

Minta bangla tu amik kan gambar. Punyalah beriya snap 3,4 keping. Tapi semua blur. Hmm..Jadiklah. Dari takde langsung. Nak mintakan orang lain amik, takde langsung family lain kat situ. Nampak sangat aku anak beranak je yang jakun nak petik sendiri strawberry.

Lepas penuh sebekas strawberry, marilah membeli pokok kaktus pulak. Eisya rambang mata, semua dia amik. Pilih macamkan rumah dia ada laman je nak simpan smua kaktus ni.

Elma muka bosan. Mesti menyampah je dia time ni.

Akhirnya ni je yang aku benarkan dia bawak balik. Kalau tak penuh bakul dia pilih. Tu yang mencebik bibir tu. Kita tengok berapa lama kaktus ni bertahan. 

Nasiblah akak duduk umah bertingkat-tingkat, kalau tak boleh bawak balik 2,3 ketul.

Tak payah nak feeling diva sangat lah Cik Eisya. Kat ladang strawberry je pun. Pastu posing tepi baja lak tu.. Tak sesuai langsung.

Acara wajib kan ni. Disebabkan Cameron taklah sejuk mana, selamba je balun 2 cawan ice-cream tu. Elma teriak sebab geram tak boleh makan sama.

Lama gak kitaorang melepak kat sini. Saja larikan diri sekejap dari kesesakan melampau. Isi perut kenyang-kenyang sebelum merempuh jammed kembali. Masa kat Strawberry Healthy Farm ni aku beli strawberry sikit je. Tapi bila dah blah baru terasa tak cukup. Nasib nanti nak singgah pasar malam dia, boleh lah borong. 



2 comments:

  1. wahh menarikk sedap jer tgk strawberry tu

    ReplyDelete
  2. dah lama teringin nak p cameron..tapi tak sampai2..bukan apa...takut kete husband problem jer..biasalah kete lama kan...hehehe

    ReplyDelete