Sebenarnya malas nak pergi tapi dah boss emel suruh aku yang pergi, tak kan nak kata 'Tak nak lah Bos, minta orang lain lah pergi bos' Tak cukup keberanian aku nak mempersoalkan arahan dia. Lagipun bukan keadaan tak membenarkan untuk aku outstation. Ikutkan Ekwan ada training hari Khamis tu, tapi dia boleh schedule ke hari Rabu. Boleh lah aku ke Lumut join Technical visit ke kilang Industrial Concrete Pile tu. Good experience. Tak pernah lagi tengok macamana kilang buat pile. Selama ni tahu-tahu dah tanam dah.. So, setuju je lah. Bukan selalu pun ada product site visit gini.
Tolak pukul 8.30am dari opis. Sampai pukul 12.30pm kat kilang ICP kat Pelabuhan Lumut. Dengan gigihnya terus dengar briefing dan round kilang. Perrghh... Kilang ICP penuh bangla dengan Nepal je. Aku tak rasa ada orang melayu yang sanggup keje kat kilang macam ni. Dengan berpanas, bising. Aku yang masuk sekejap je pun berpeluh-peluh, sebotol mineral habis masa tour dalam kilang. Belum lagi masa berjemur tengah panas buat testing. Giler gigih lah memasing. Basah-basah ketiak memasing. Tapi bila bab bergambar, senyuman tetap terukir manis di bibir.
Bila sampai hotel, memang balun tidur puas-puas lah. Balas dendam. Dapat pulak hotel best. Memang seronok merehatkan badan.
senyum tetap senyum walau dah lencun berpeluh.
tekun benor gayanya. hakikatnya dalam usaha nak melarikan diri ke tempat redup, sekali bos tahan suruh dengar orang ICP tu explain details pasal testing prosedur..panas weh..panas
okay ni memang benar. akak ni tak boleh takde kat opis kot. time takde, masa bertalu-talu call masuk, semua orang carik. time akak tercongok kat opis, takdelah orang sibuk call semua. saje tau..
Bangun tidur layan TV. Check whatsapp group suruh ready nak kuar dinner lepas maghrib. Selamba akak kata 'Lepas kul 8 lah, nak tengok citer TV3 ni' Habislah kena bahan kejap, kata aku kaki drama, layan drama jiwang bagai. Eleh. Aku tahu yang lain pun layan, saja lah tu tak nak ngaku takut kena bahan. Malam tu makan kat Medan Ikan Bakar Teluk Muroh.Sedap ikan pari bakar dia. Aku makan lauk je malam tu, tu pun sampai macam tak larat nak bangun. Punyalah banyak makan kan. Balik hotel, mandi-mandi pastu tidur. Terbaik!! Memang naik sekilo kot aku sepanjang 2 hari kat Lumut. Keje makan je.
Esok pagi ada briefing kat area Waterfront Lumut. Sambil tengok pile yang digunakan untuk buat jetty tu. Alah, buat syarat je tu. Bagi memenuhi agenda.
Sesi makan-makan sampai terbuntang. Murah weh makan seafood kat Teluk Muroh ni.
Duta Lumut Waterfront.
Yeay!! Tamat sudah sesi technical visit kita. Jom gi Pangkor borong ikan bilis.
No comments:
Post a Comment