Elma Eiliyah
Dah setahun 4 bulan usia dia. Aku selalu macam tak percaya dia baru setahun 4 bulan. Tak percaya sebab perangai dia, development dia macam 'Eh.. dah pandai nak pakai baju sendiri awak Elma' Rasa macam dulu Eisya takde pun macam ni. Ke aku yang dah hilang ingatan. Aku selalu terasa Elma ni semua benda cepat. Mungkin sebab dia ada Eisya kan, segala apa Eisya buat dia tiru.
Elma dah pandai merajuk dan mengamuk. Kalau dia merajuk.. horror. Tahap mengamuk Elma sangat menakutkan. Susah sungguh nak pujuk. Sambil nangis-nangis dia gi lari masuk bawak meja, kalau cuba nak pujuk dia, nanti dia marah. Nak amik dukung dia, habis dia tepis-tepis tangan.. Sekarang dia dah upgrade lagi skill mengamuk dia, dia gigit pulak orang. Kalau amik jugak, dia meronta-ronta, pastu kalau lepaskan semula, habis semua barang berdekatan dia campak. Huhuhu.. Dasyat kan anak kedua aku ni. Pepandailah kau carik benda yang mampu buat dia reda. Dan selalunya hanya MAKANAN mampu buat dia cool down.
Elma memang pemakan. Gembira hati mak. Macam semalam dia mengamuk berebut bantal dengan Eisya. Budak 2 orang ni pun kan, bantal pun nak berebut. Sakan dia mengamuk. Aku pujuk tak layan, Ekwan try pun tak berjaya. Aku hulur roti raisin, terus diam. Terus sumbat roti masuk mulut. Huhuhu.. Setakat ni, itulah kaedahnya nak bagi dia diam. Tak tahulah sampai bila umpan bagi makanan diam. Akal dia ni boleh tahan.
Aku dalam proses nak wean-off kan Elma. Huhuhu.. Memang agak awal, tapi aku rasa setakat ni je kemampuan aku. Susu pun dah tak berapa ada, Elma required lebih dari yang mampu aku bagi. Nampak dia tak puas. Tidur malam asyik terjaga, aku pun letih jadiknya. Elma pun takdelah reject susu formula. Sebab dari usia dia 6 bulan dia dah minum susu formula. Cuma tak berapa gemar. Lagi-lagi S26. Buat 6oz, dia minum 3oz pun dah syukur. Bila berhasrat nak wean-off ni kenalah kenalpasti susu apa yang dia betul-betul berkenan. Sempatlah try Nan dengan Sustagen. Sustagen dia macam suka, tapi yang perasa Vanilla. Nampak sangat Elma suka yang manis.. Hhmm.. Layankan je lah.
Dan minggu lepas, Ekwan beli Dugro Madu. Sekilo habis seminggu je. Duduk dengan Ekwan, memang susu tepung je lah. Bila aku balik pun, aku sengaja tak bagi susu badan, sebab nipple tengah mengalami kecederaan. Mula-mula tu merengek-rengek Elma tak puas hati, bagi botol pun dia tolak-tolak. Bila lama-lama dah menyampah agaknya, dia minum gak. Sekejap je habis. Satu hari aku bagi susu formula. So Elma pun macam dah redho.. Sorry Baby..
Harap-harap proses wean-off ini dipermudahkan, sepertimana aku wan-off Eisya dulu.
Elma sekarang kemaruk nak pakai baju, seluar sendiri. Eisya pun dia sibuk nak pakaikan baju. Macam dah besar sangat je gayanya kan. Tu yang aku macam tak percaya kadang. Asal kakak dia siap mandi, sibuk dia amik seluar nak pakaikan. Siap tunggu depan pintu bilik air hulur tuala. Dah lah amik seluar dalam bakul baju kotor. Pastu selagi orang tak layan dia, selagi tu lah dia kejar satu rumah.
Elma... Elma..
Perangai anak kedua memang lain dari anak sulung aku rasa. Sama je peel dengan Raifa. Raifa peel berguling-guling hentak kaki pastu melalak menangis suara kuat kemain siap menjerit marahkan kita tu.
ReplyDeleteKalau tengah merajuk ko bagi apa pun dia baling campak. Nak bagi dia cool kasi dukung biasanya. Raifa dia tak reti gigit orang tapi dia dah pandai cubit orang. Ayoyoyo boleh tahan sakit.
Dayu,
aku dah wean off Raifa dari susu badan sekarang. baru lagi wean off. Sebab Raifa dah mula tak nak direct feeding kena pam masuk botol. Susu pun tak berapa nak ada dah. itu pun kekadang je dia nak minum. dia lagi nak susu anmum tu. Kadang-kadang je dia mencari itu pun maybe sebab rindu ke nak hilang ketagih bergayut. Tapi tak pe lah bagi aku dah buat yang terbaik untuk dia dapat fully breastfeed dia setahun pastu still sambung menyusukan dia setahun lebih. Takpe lah dayu ikut kemampuan ko dayu. Yang penting kita dah jalankan kewajipan kita yang terbaik
Aku rasa ye kot anak no 2 begitu..arfan skrg pon mengamuk jenis nk campak brg..xdpt cmpk brg dia g kt almari kain dia..tarik sume baju bg jatuh bersepah..pastu dh pandai gaduh dgn abg dia..dia akan cubit xdpt cubit dia ggit..adoii laa...sakit kepala mak ko..
ReplyDelete