15 August 2015

Food Review: Capricciosa - Restorante Italiano Pasta & Pizza.

Semalam akak dapat peluang join geng-geng blogger ke Restoran Makanan Itali kat Sunway Putra Mall. Bila Kak Pink buat announcement kat Facebook, terus akak tawarkan diri. Dah dekat sangat dengan opis, keadaan pun mengizinkan. Marilah turut serta.

Berbelit okay lidah akak nak menyebut nama kedai ni. Bila sampai siap tanya waiter tu, camne nak sebut nama kedai ni. Beriya budak tu mengajar. Sebut betul-betul ye CAPRICCIOSSA. Capricciosa ni merupakan Restoran Makanan Itali pertama yang diikitraf Halal oleh JAKIM tau. So, tak perlu lah nak risau-risau kalau nak gi makan kat sini. Semua makanan disediakan fresh, hanya dimasak bila customer order.Ini memang tak tipu, akak dah rasa dah sendiri. Udang dia dah lah gemuk-gemuk, fresh pulak tu. Dan paling penting Halal.

Capricciosa, Sunway Putra Mall

Tak payah nak intro panjang sangat lah. Marilah akak kongsikan apa yang sedap sangat kat Capricciosa ni. 

Minuman yang sangat nyaman di tekak. Dan pastinya enak belaka
Dari kiri: Lycee Pop, Mango Lycee, Tea Lycee, Cranberry Breeze & Fruit Punch.

Akak order CRANBERRY BREEZE. RM 11.90 segelas.
Lime Juice with Lemon Lime Soda, pastu tambah Cranberry Syrup. Memang sedap sungguh. 

CAESAR SALAD WITH SALMON TOPPING. RM 16.90
Tapi boleh jugak pilih Cajun Chicken Slice as topping. Sedap. Sayur segar.

GARLIC & CHILI SHRIMP RM 22.90
Ini memang sedap. Akak bagi 8/10. Kalau olive oil tu kurang sikit lagi, memang dapat full mark lah dia. Dah lah ni menu pertama sampai. Lapar-lapar diberi udang gemuk segar macam ni. 

BEEF & REEF RM 53.90
Grilled Australian Beef Striplion & Creamy Garlic Prawn. Dia ni lah pemenag. Creamy sos tu sedap sangat. Udang tak payah cakaplah, memang semua gemuk-gemuk. Yang sayangnya, daging tu macam liat sikit. Kalau tak 10 markah dah dia dapat.

CREAMY GARLICKY SALMON RM 36.90
Ini antara yang harus dicuba, sebab ini signature dish Capricciosa. Salmon filler dipanggang pastu dicurah garlic sos. Garlic sos Capriciossa ni sedap. Cukup semua rasa dia. Rasa macam nak jumpa chef minta resipi, sebab 2,3 kali gak aku try buat selalu entah pape je rasa dia.

ULTIMATE SURF & TURF RM 89.90
Ada Grilled Beef Striploin, Creamy Garlicky Salmon, Black Mussels, Capri Superstar Pasta, dan Rice Croquette. Rice Corquette ni memang sedap. Ada cheese kat tengah-tengah bebola nasi tu.

Terkejut sungguh akak bila hidangan ni sampai. Besarnya pinggan dia. Memang tak habis lah akak makan sorang kan.. Nasib geng-geng blogger yang lain semua pemakan. So kalau yang datang berdua, dan nak merasa semua hidangan Capicciosa, sesuai sangatlah amik platter ni.

BAKED LOBSTER RM 99.00
Hidangan yang paling dinanti. Walaupun Lobster tu macam hangit,biar rupa macam tak berapa ada. Hakikatnya dia sangat sedap. Manis dan terasa kesegaran lobster tu.

Kalau tak nak makan pasta, tak makan steak dan seafood. Jangan risau, kat Capricciosa ada juga disediakan PIZZA. Kata Italian Food, Italian Food apa kalau takde pizza. Pelbagai rasa. Ada 11 jenis untuk dipilih. Tapi yang CAPRICCIOSA ni wajib try. Sebab yang ni hanya ada di Capriciossa.

 CAPRICCIOSA RM 27.90 (Family Size)

HAWAIAN PIZZA RM 28.90 (Family Size)
Kerak pizza kat Capricciosa ni jenis nipis, memang memenuhi piawaian citarasa aku. Topping penuh, tak kedekut. 

Dah makan sedap-sedap, kalau takde penutup macam tak sempurna je. Lagi-lagi kalau dari awal tadi dah target, nak pekena desert gak. Ada 5 jenis piliha desert kat Capricciosa. Petang semalam kitaorang cuba 2 jenis. Atas cadangan waiter Capricciosa, kami try 2 ni.

CHOCOLATE BROWNIES RM 11.90
Sedap sangat sampai tutup-tutup mata makan. Brownies panas-panas makan dengan aiskrim. Alahai..Korang pun boleh bayangkan betapa nikmatnya.

MASCARPONE TIRAMISU RM 11.90
Yang ini pun memang mengiurkan. Perfect sangat rasa cheese ngan coffee dia. 


Kesimpulan yang dapat aku buat pasal hidangan di CAPRICCIOSA:-
  • Bahan-bahan yang digunakan memang fresh, lagi-lagi seafood. Udang-udang dia segar, besar-besar pulak tu. Dan chef dia sangat pandai masak salmon. Sedap.
  • Portion hidangan dia besar, bersesuaian dengan harga.
  • Waiter Capricciosa peramah. Sabar je melayan kerenah banyak songeh kitaorang.
  • Kedai luas, kalau datang time lunch hour pun tak perlu risau. Keselesaan menikmati makanan enak dan lazat adalah terjamin.

Dan yang paling penting aku nak sampaikan, Capricciosa ada buat promotion baik punya, yang tak patut dilepaskan. Mulai dari Khamis (13 Ogos 2015) hingga 16 Ogos 2015 (Ahad) iaitu esok semua outlet Capricciosa akan berikan potongan 50% kepada semua hidangan. Aku ulangi 50%. Silalah percaya. Semua makanan bayar separuh harga je. Apa tunggu lagi, pergi lah serbu outlet CAPRICCIOSA berdekatan korang. Capricciosa da 3 cawangan. 

Capricciosa @ Sunway Pyramid:
LG2. 127A, Sunway Pyramid. Tel: 03-74920513

Capricciosa @ Pavilion KL:
Lot 1.52.00, Level 1, Pavilion KL. Tel: 03-21410517

Capricciosa @ Sunway Putra Mall:
Lot 3-29, 3rd Floor, Sunway Putra Mall. Tel: 03-40505883


Tinggal esok je. Pergi segera!!!

Untuk maklumat lanjut, boleh refer:


Selamat Menjamu selera. Malam ni boleh lah pergi. 

3 comments:

  1. sedap giler nampak...menyelerakan sungguh.

    ReplyDelete
  2. Adeh.. kalau ada offer 50% atau jemputan makan free a.k.a review silalah panjangkan juga.. :p Meleleh air liuq cheq

    ReplyDelete
  3. menangis daku tengok..dah lama nak cuba pizza original italiano.. sungguh italiano ka rasanya?? lebih up dr pizza hut n domino ka??

    ReplyDelete