30 September 2015

Wall's FRUTTARE: Fruit Smoothie Ice Cream

Memang sedap. Tak cukup sebatang.

Tengok iklan dia je pun dah tergoda kau. Tak sabar nak merasa sendiri. Sebab dah dapat bayangkan, mesti sedap giler ice-cream ni. Ice Cream Wall's memang kegemaran aku sepanjang masa. Paddle Pop, Cornetto, Magnum.. Semua sedap belaka. Kalau diri depan tong ice cream, memang kebiasaannya ice cream Wall's lah yang menjadi pilihan. 

Dan kini Wall's Fruttare memperkenalkan produk terbaru mereka:  Fruit Smoothie Ice Cream. Banana Smoothie dan Strawberry Smoothie.

Pisang ke Strawberry menjadi pilihan??

Takde lain yang boleh aku katakan bila dah mencuba sendiri ice cream ni, hanyalah 'Sedap nya!!' Dan berlakulah adegan berebut ice cream dengan Eisya seperti biasa. Sudahnya terpaksa berhenti di stesen minyak berikutnya dan beli sebungkus lagi untuk aku nikmati seorang diri. Favorite aku adalah Strawberry Smoothie. Memang tak puas weh makan sebatang. Rasa macam nak beli banyak-banyak buat stok dalam peti ais. Bila teringin, bukak makan puas-puas.

Dengan ketulan strawberry sebenar dalam ice cream tu, banyak okay. Every bites mesti kena strawberry. Berbaloi dengan harga dia. Sebungkus RM2.50 je. Isskk, korang memang kena try lah. Dah, jangan banyak soal, Gi carik segera. Untuk mengelakkan kejadian tidur malam terbayang-bayang ice cream sedap ni, beli lah lebih siap-siap, sebelum tidur makan sebatang. Confirm lena.

Tak nak berebut dengan anak punya pasal. Balik keje singgah makan Fruttare Strawbeery Smooties sorang-sorang. Nikmatnya. Sedap sungguh.

Wall's FRUTTARE Strawberry Smoothie
Real Strawberries blended into a frozen fruit smoothie for real fruit refreshment!!!

Untuk lebih maklumat pasal Wall's Fruttare, boleh refer:
http://www.walls.com.my/fruttare

29 September 2015

Legoland: Part 1

Yeay!! Saya dah sampai Legoland.

Kitaorang pergi Legoland ni sehari sebelum Raya Haji. Nyaris-nyaris  plan nak ke Legoland ni cancelled sebab Ekwan tak dapat cuti. Frust sungguh dah aku, kalah Eisya punya kecewa. Yelah, tiket valid sampai Januari 2016. Nak pergi bulan Oktober macam tak sesuai sebab bulan 11 ada trip lain.  Pergi kerap sangat tempat gini nanti rasa teruja dia tak maksima. Tu yang bila macam terpaksa cancelled trip ke Legoland on 23 September, terus aku muncung.. Hahaha..Kesian Ekwan dapat bini perangai mengalahkan budak. 

Tapi akhirnya, memahami isteri yang teringin bebenor nak ke Legoland ni. Tak tahulah apa dia buat or cakap kat bos dia, dapat jugak cuti hari Rabu tu. Terus akak kemas beg. Malam selasa balik JB.

Bawak sekali mak dengan ayah. Alang-alang dapat 4 tiket dewasa kan. Tinggal tambah 1 tiket lagi. Beli guna harga Senior Citizen untuk ayah. 

Harga tiket Legoland. Scott's bagi akak 4 tiket 1-Day Combo 4 tiket. Alhamdullilah. So akak hanya spent RM135 + RM11 for Elma untuk tiket. Toddler (3 tahun ke bawah kena tiket jugak ye)

Aku memang beriya nak pergi sehari sebelum Raya Haji, sebab tak sanggup nak pergi weekend. Dengan cuti sekolahnya. Mesti orang ramai. Isskk, aku memang serik pergi theme park time cuti sekolah. Dah lah Legoland ni besar, tak cukup sehari nak cover semua. Memang kena pergi time orang tak ramai. Dan Alhamdullilah, masa kitaorang pergi ni memang lengang Legoland. Adalah jugak orang, tapi seronok giler. Nak main semua benda tak payah nak beratur. 

Masa sampai ni berpusing-pusing jugak kitaorang carik parking. Nak masuk ikut mana pun tak tahu. Pintu masuk dia jauh okay dari parking. Ingatkan masuk ikut area hotel. Kebetulan depan hotel ada parking tapi guard tu kata parking tu untuk visitor hotel sahaja. Dia suruh kami ke Parking Zone 1 & 2. Kat luar tu banyak signboard untuk ke Zone 1 & 2 ni. Agak jauh lah nak berjalan untuk ke pintu masuk. Time pergi okay lah nak menapak, excited kan. Masa balik.. Huhuhu.. Rasa nak je duduk dalam stroller suruh Ekwan tolak.

Nampak tak berapa panjangnya walkways ni. Jauh okay. Patut kena sediakan coach/buggy atau tram. Hahaha.. Giler pemalas berjalan kan.. 

Tapi sebab rate dia murah, RM10 per entry. Exercise lah sikit.

Atas nasihat adik manis kat kaunter dan juga setelah merujuk kepada rakan-rakan yang telah ke Legoland terdahulu, kami dinasihatkan untuk ke Waterpark terlebih dahulu. Sebab dikhuatiri petang nanti hujan. Waterpark akan ditutup walau hujan renyai-renyai. Eh tak payah renyai, baru guruh dia dah tutup. Sebab cuaca pagi tu sangat bagus, marilah ke waterpark dulu. Eisya dengan Elma pun dah siap berbaju renang pun.

Happily Elma. Tersengih-sengih macam kan paham je.

Budak yang dah tak menyabar. Geram sungguh dia bila ibu dengan abah kejenya asyik 
berhenti nak bergambar je. 

Muka dah happy bila dah sampai depan ni. 

Gambar wajib. Thanks to Legoland's photographer sebab sudi amikkan gambar kami. Eisya dah muka meluat sebab tak habis-habis amik gambar. Hahaha.. Kesian dia tak paham betapa pentingnya gambar-gambar ni semua. Muka terpaksa sungguh amik gambar.

Alhamdullilah jugak hari kami ke Legoland ni, jerebu kat JB tak teruk. Pagi tu pun macam clear je. Kalau tak, risau jugak nak berkeliaran sepanjang hari dalam park ni. Dah lah punyalah beriya konon, pukul 10am dah terpacak depan pintu masuk. Sudahnya pukul 11.30am jugak baru sampai. Huhu.. Nasib orang tak ramai, puas lah jugak main semua benda dalam Legoland water park ni. Cerita lanjut pasal aktiviti kat waterpark next entry lah eh..

Next entry sebab gambar kat waterpark masih dalam SJ4000. Akak tak reti nak transfer. Alasan sangat kau kan Dayu.

Eisya's Dream Trip: Legoland

Happiest Kid of the Day. And her mom too actually.

Impian yang akhirnya tertunai. Makbul keinginan seorang budak. Tentunya gembira tak terhingga. Tak putus ucap terima kasih kat ibu dan abah. Suka sangat dia. Berjaya penuhi keinginan anak, haruslah kebahagiaan buat semua mak ayah kat dunia ni. Alhamdullilah, hasil berusaha gigih join pelbagai contest, merasalah masuk Legoland ni secara percuma. Kalau nak harapkan masuk bayar sendiri... Tak tahulah bila. Nak suruh aku spend sampai RM170/person.. Hmm, 20 kali aku pikir. Bukan tiket untuk seorang, 3 orang. Aku kira-kira, kalau aku pergi semua kos ditanggung sendiri, RM1000 gak habis sehari kat Legoland ni.

Terima kasih kepada Scott's yang menaja lawatan kami ke Legoland ini. 4 tiket 1 Day Combo Ticket tu sangat besar nilainya. Semoga terus maju dan anjurkan lah lagi peraduan yang menarik macam ni. Beri peluang orang lain merasa kegembiraan yang kami alami ni.

*entry ni konon teaser lah ni sebab akak baru je transfer gambar dari kamera. nanti akak carik masa dan mood update full story eh..

28 September 2015

September's Babies *baby lah sangat*

Sambutan birthday ni buat syarat je. Agenda utama sebenarnya nak, mak-mak budak ni nak jumpa kawan je lebih. Nak duduk borak-borak, makan-makan. Bukan selalu dpaat peluang kan, kenalah cipta sebab yang membolehkan semua orang berkumpul. Dan kebetulan, bulan September ni ramai yang bertambah usia, marilah sama-sama raikan hari tua masing-masing. 

subjek utama yang diraikan

pakcik makcik tumpang menyelit kongsi kek dengan Syaqif

Gambar ramai-ramai Wajib ada. We missed Faiz, Pijan and Ahmad this time. Harap-harap next session, we will have complete member of SnB.

Konsep potluck digunapakai. Mempelbagaikan menu dan tak membebankan tuan rumah. Alah, tujuan utama nak jumpa kawan je pun. Lagipun acara dimulakan petang, menu ringan-ringan pun dah memadai. Tapi Min dengan besar hatinya nak masakkan kawan-kawan dia nasi tomato dengan ayam masak merah. Seperiuk dia masak. Best sungguh dapat kawan macam Min ni. Dari dulu sampai ke sekarang, sentiasa prihatin kat kawan-kawan. Aku bawak buah je petang tu. Bawak mangga dengan nangka. Semua dah bawak makanan berat, pencuci mulut kena ada.

Kau ngaku je lah Dayu, kau malas nak masak pape. Nka yang senang sesaje. Hahaha.. Eh, tapi memang derang request buah lah.

serbu!! ada yang sanggup tak lunch sebab nak makan nasi tomato 3 pinggan *bukan akak*

sambil makan, sambil menyembang. Elma join ibu sembang kat sini, Eisya join abah sembang depan TV. Sesambil lari keluar masuk bilik dengan kawan-kawan..

Lepas dah kenyang, dah puas penuhkan perut layan lah pulak anak-anak mandi kolam. Punyalah memasing bersidai kat balkoni tunggu hujan teduh. Rezeki anak-anak, hujan tak lama. Dapatlah memasing terjun berendam dalam kolam. Jerebu pun dah kurang, bagi je lah. Dari waktu sampai lagi Eisya dah jeling-jeling kolam renang tu, kalau tak bagi mau dia meroyan sampai ke malam. 

Tunggu hujan teduh nak gi mandi kolam. Hujan berhenti je mengelupur semua salin baju.

Jom, kita salin baju..

Seronok anak-beranak petang tu. Anak-anak happy jumpa kawan. Tengok budak-budak bandar yang selaly terperap je dalam rumah, seronok main dengan kawan. Seronok sungguh. Bapa-bapa pun dapat jumpa kawan, borak berjam kat luar rumah.. Sambil tengok anak main. Rasa seronoknya lah kalau dapat macam ni selalu. Tapi kalau selalu sangat macam tak excited lak.. Kalau sesekali macam ni, ternanti-nanti okay. Macam banyak sungguh benda nak cerita. Sampai nak balik pun mulut tak berhenti bercakap.. 

Rindu zaman belajar dulu, zaman boleh ber'pillow talk dalam gelap.. Lampu dah tutup, masing-masing dah peluk bantal tapi mulut tak diam-diam. Hmm.. Rindu


17 September 2015

PLAY-DOH "Shape a Colorful Community" Roadshow

Tanah liat, PLAY-DOH.. Budak mana je yang tak suka. Baik laki, baik perempuan. Dapat PLAY-DOH bukan main suka lagi. Kalau gi mall, jalan kat toys department.. Kat area PLAY-DOH ni lah yang sangkut. Memang idaman ramai semua budak-budak lah PLAY-DOH ni kan. Termasuk lah anak-anak aku. Elma pun sekarang kalau dapat PLAY-DOH, bukan main leka lagi main. Tapi kalau bagi ke Elma memang kenalah main sama kan, kalau tak siap sedialah tengoh tanah liat tu dalam mulut dia. Nak harapkan Eisya memang tidaklah, dia kalau dah seronok main, lupa ke adik dia.



PLAY-DOH ni sebenarnya membantu juga anak-anak belajar.. dapat beri inspiration ke anak-anak untuk cipta macam-macam ukiran. Bereksperimen dengan imaginasi derang. Untuk budak baya-baya Elma tu, memang bagus lah untuk motor skill dia. Sambil belajar kenal warna. Kenal bentuk. Sesambil tu dapat juga develop skill bekerjasama dan belajar selesaikan masalah.  Tapi kan, PLAY-DOH ni bukan budak-budak je yang seronok, mak budak pun kalau main lupa diri.

Hah.. Ni akak nak share benda best ni..

Buat julung kalinya di Malaysia akan diadakan Sambutan Bulan PLAY-DOH. Wow!! Dengan tema 'Shape A Colourful Community' Bermula 21 ke 27 September di Ground Floor, HighStreet, One Utama. Kalau free boleh lah datang meriahkan acara. Kanak-kanak, mak bapak budak pun boleh boleh main bersama mencipta karya terbaik dari PLAY-DOH berilhamkan Malaysia. Dan yang lagi best, korang berpeluang menyertai cubaan The Malaysia Book of Records untuk hasil ciptaan PLAY-DOH paling banyak dalam satu hari. Acara ni akan diadakan pada 26 September 2015 (Sabtu). Datang weh, sebab ukiran PLAY-DOH yang paling menarik berpeluang memenangi hadiah PLAY-DOH yang menarik. Aku dengar-dengar macam stok PLAY-DOH bernilai RM500.. Menarik tu.


Jumpa anda di  Ground Floor, HighStreet, One Utama 
pada  26 September 2015 ni.

Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang Bulan PLAY-DOH, boleh layari 
laman web rasmi PLAY-DOH: www.playdoh.com


15 September 2015

Half Year Supply of Pantene Aquapure

Rezeki. Alhamdullilah. Tahun ni memang murah rezeki aku. Banyak juga dapat hadiah dan barang percuma hasil men'joinkan diri dalam segala macam contest. Bila dapat benda yang memang kita guna. Memang happy. Sape tak suka kan.. Jimat duit. Dan baru-baru ni dapat SMS dari PR company mewakili everydayme.com.my yang memaklumkan aku adalah winner bagi EverydayMe Rate & Review Contest. Dan hadiahnya adalah half year supply of Pantene Aquapure.

Waahhh!!! Berbunga-bunga hati bila dapat sms tu. Tetiba macam blur, bilalah aku submit review ni.

Itulah kan, kekadang benda yang kita tak sangka dan tak jangka lah yang menjadi. Hhmm, adakah lepas ni join mana-mana kontes, tak boleh letak harapan tinggi nak menang. Niat join happy-happy je. Ada rezeki menang, takde.. Cuba lagi. Mungkin.. Yelah, kalau letak harapan nak menang tinggi sangat, kalau tak menang frust jugak sebenarnya. Lagi-lagi kalau contest yang memerlukan modal. Kalau takde modal, submit online gini. Tak menang pun tak kecewa sangat. Menang.. Happy lah!!

Thanks P&G bekalkan stok shampoo dan conditioner untuk 6 bulan. Rasanya mampu bertahan lebih lama ni. Lagi-lagi pelembab tu. Shampoo tu kalau takde party buih dalam bilik air, memang tak beli shampoo lah kami 6 bulan ni. Thanks again.

Ramai jugak yang kata 'Murah sungguh rezeki kau Dayu tahun ni..' Alhamdullilah. Aku akui kenyataan tu. Tapi tanpa usaha, berharapkan rezeki semata-mata pun tak jadik jugak sebenarnya. Nak menang ni kena rajin jugak. Kenalah luangkan sikit masa join kontes-kontes yang ada. Makin banyak kita join, makin tinggi lah peluang nak menang kan.. Tapi itulah, kalau dah rezeki. Baru join pertama kali, terus menang dah.

Tuah dan rezeki masing-masing kan..

Eisya Cabut Gigi

Memang tak sangka, umur 5 tahun gigi anak aku dah rosak. Siap kena cabut. Tak sangka sebab Eisya jenis yang rajin gosok gigi, kalau aku terlupa gosok kan gigi time mandikan dia. Punyalah dia marah. Tapi itulah, sejak minum susu coklat.. Aku memang dah menjangkakan gigi dia akan rosak. Dah lah suka makan gula-gula. Sekali hadap banyak lak tu. Malam-malam sebelum tidur, susu lagi.. Hmmm... Menjangkakan tapi tak mampu nak kawal. Dan bila dia mula mengadu gigi dia sakit, tapi macam tak serius. Lepas cakap sakit still boleh selamba makan, main macam biasa. Mak kau pun rileks je lah kan.

Tapi minggu lepas, sungguh-sungguh dia kata dia sakit gigi. Sampai tak boleh tidur malam. Bagi lah paracetamol yang juga merupakan ubat tahan sakit. Legalah sekejap, lepas tu merengek semula. Tak tidur semalaman Ekwan melayan dia sakit gigi. Tengah-tengah malam sapukan minyak angin kat pipi dia, tak menjadi apa. Sudahnya bagi lagi sekali ubat. Dapatlah dia tidur sekejap. Esoknya pagi-pagi pergi carik klinik gigi. Boleh pulak klinik-klinik gigi kat USJ Taipan ni berpakat semua tutup hari Rabu kan... Nasiblah on the way nak balik tu, jumpa 1 klinik. Terus terjah.

Pagi tu Eisya lega je. Mungkin kesan ubat masih ada. Dia tak tahu pun nak kena jumpa doktor gigi. Nasib dia rileks je bila doktor check gigi dia.

Terkejut aku tengok gigi geraham dia tu. Rosak sungguh dah. Patutlah dia kesakitan. Huhuhu.. Gusi dah bengkak. Doktor kata tak boleh cabut hari ni. Dia suruh datang semula after 3 days. Aku macam tak percaya je bila doktor tu kata nak kena cabut gigi Eisya tu. Tak terbayang macamana nak cabut gigi dia nanti. Tapi doktor kata, no option. Kena cabut jugak, kalau tak dia akan lagi sakit.

2 beradik. Sorang selim. Sorang boleh tahan heavy. Nasib tak heboh nak berdukung je.

Happily teman adik main sebab tak tahu apa yang bakal terjadi sekejap lagi.

Serahlah diri ke klinik Sabtu pagi tu. Bagi Eisya makan kenyang-kenyang sebab takut jap lagi dia takde selera nak makan kan. Eisya tahu nak jumpa doktor gigi nak cabut gigi. Tapi dia tak paham apa itu cabut gigi. Maka happily lah dia panjat tangga ke klinik gigi tu. Tapi bila masuk bilik doktor, nampak segala tool doktor tu... Beria dia cuba nak lepaskan diri. Terpaksalah Ekwan peluk dia kuat-kuat. Beria dia menangis lepas kena bius. Lepas dia dah tenang sikit, doktor cepat-cepat teruskan operasi mencabut. Nasib doktor tu memang gentle je. Dan sekejap je dah settle. 

Huhuhu.. Aku konon beria lah nak gak amik gambar Eisya 1st dental treatment. Tapi takde maknanya.. Budak dah menangis takut, dengan Elma lagi. Pikir nak cepat settle je.

Lepas settle terus balik rumah, tak berhenti-henti Eisya menangis. Sakit lah kan.. Even dah bius, mestilah sakit. Mana ada cabut gigi tak sakit. Kesian anak aku. Puas pujuk dan tenangkan dia. Explain kenapa kena buang gigi rosak dia tu. Cakap dia kuat, dia berani. Ibu ni pun tak pernah cabut gigi kat klinik Eisya, tahu-tahu rosak pastu tercabut sendiri. Tapi memang kesian sungguh lah kecik-kecik cabut gigi. Balik rumah terus bagi paracetamol lagi sebab dia merengek sakit beria. Bius dah habis kot. Suruh tidur tak nak, baringlah tengok kartun. Luckily lepas makan painkiller, lega dah. Dah boleh makan ice-cream..

Petang tu tunjuklah gigi dia yang kena cabut tu.. takjub dia tengok gigi sendiri. Dan seminggu ni insaflah sekejap budak tu, tak makan gula-gula. Susu pun sekali je, pastu terus gosok gigi. Suruh minum susu putih tak nak, nak gak susu coklat. Harap-haraplah lama lah kekal keinsafan ni.

Ikutkan doktor suruh cabut gak geraham lagi satu tu, tapi tu lah.. Aku tak rasa lepas ni kitaorang mampu nak bawak dia gi klinik tu lagi. Mahu nampak je klinik tu, dia lari masuk kereta semula.

10 September 2015

Eisya Sport's Day

Mak yang lagi teruja mengalahkan anak. Anak teruja jugak, tapi takdelah melebih macam mak dia. Mak teruja, macam kan dia yang nak bersukan esok hari. Alah, sport day tahun lepas masa kat Tadika Temanku tak dapat join, tu yang tahun ni macam excited terlebih. Lagi-;agi baru tukar sekolah ni kan. Tahun pertama bersama Nur Kids. Walaupun frust cikgu buat Hari Sukan masa cuti Hari Merdeka, terpaksa cancel plan nak balik kampung. Demi acara tahunan Eisya, korbankanlah hari cuti.

Acara diadakan di Sek. Kebangsaan USJ20. Dekatlah dengan rumah. Walaupun dekat, suruh sampai pukul 9 pagi, 9.15 gak baru terkedek-kedek keluar kereta. Nasib lah mak bapak lain pun ramai yang sayangkan waktu tidur di hari Sabtu. Takdelah Eisya terlepas sebarang acara. Breakfast semua kat sini. Nasib semua dah tersedia. Tapi aku bawak gak bekal, risau makanan tak mencukupi. Lagi-lagi untuk si kecik Elma tu.

Pagi-pagi dah sampai ke sini. Tak pagi sangat lah, jenuh jugak nak kasik semua bersiap. Eisya rumah kuning, maka kami semua kena pakai kuning.

Perbarisan Hari Merdeka. Alahai anak aku, patuh sungguh kata cikgu. Selagi cikgu tak suruh turun tangan tu, selagi tu lah dia pegang bahu kawan dia

seronok pulak tengok bebudak ni ramai-ramai macam ni

Nanyi lagu Jalur Gemilang. Bukan main beriya aku tengok dia menyanyi, bila balik suruh nanyi semula, hampeh.. ' jalur gemilang...' tu je dia ingat. nampak sangat tadi miming semata.

Elma pun nak kibar bendera jugak.

Menunggu giliran game untuk kategori 5 tahun. Masa ni budak 4 tahun tengah beraksi.

Strategi Peperangan nama game ni. Imaginasi tinggi cikgu-cikgu NurKids ni.

sementara kakak main games, ni keje dia. ke hulu hilir bawak makanan. habis datang kat ibu minta lagi. seronok lah tu lepas bebas.

tamat dah 2 games yang dia kena join. gaya macam letih bebenor. terus datang minta air. siap suruh belikan 100 plus. pastu bila suruh pergi join sorak untuk budak umur 6 tahun, dia kata 'suara chacha dah abis jerit kat budak 4 years tadi' hhmm..whatever lah Eisya weh..


I'm at Nur Kids Sport Day!!

Huru-hara majlis penyampaian medal..

Lega aku tengok Eisya pandai mix around dengan kawan-kawan dia. Walaupun dia banyak diam, tapi takdelah sampai mengasingkan diri sangat, nak berkepit je dengan mak ayah. Pandailah jugak dia bermain dengan kawan-kawan. Aku risau gak sebenarnya kalau dia pandai bawak diri masa kat sekolah. Tapi bila tengok dia seronok je main dengan kawan-kawan, tapi selalu cakap tak nak gi sekolah. Isskk.. Adakah ragam setiap pagi tu, hanya sebab malas semata?? Hhmm.. Mungkin lah. Duduk rumah seronok, tengok kartun je. Suruh belajar pun kejap je dah kata penat..

InsyaAllah, okay je dia kat sekolah tu. Adalah tu masa-masa yang dia malas. Macam aku gak, ada masa liat bebenor nak bangun gi keje. Nak je sambung tidur kan.. Samalah dengan Eisya..

07 September 2015

Weekend Reward for Eisya

Aku sejak ada Elma ni, memang agak jarang keluar rumah on weekend. Letih nak melayan 2 ketul tu kat luar. Huhu..Elma tu lasak okay. Lagi-lagi sejak dah pandai berjalan ni, memang nak lepas je. Pastu ada masa, tak nak orang pimpin tangan dia. Nak jalan sendiri, perasan besar. Eisya pun takdelah merengek kalau duduk rumah je, asalkan ada youtube.. Dapat tengok kartun, cukup dah dia tu. Sekarang aku lagi suka duduk rumah, layan movie dari pagi sampai ke malam. Buat popcorn, makan depan TV. Tak keluar, duit pun jimat.. 

Tapi minggu lepas, Eisya asyiklah buat perangai tak nak pergi sekolah. Setiap pagi berzikir tak nak pergi school. Nak memujuk, aku berjanji macam-macam. Dan antaranya ' Kita gi mandi kolam eh.. Dah lama kan kita tak gi mandi kolam' Guna janji yang sama sepanjang minggu, dapat lah melepaskan dia masuk ke pagar sekolah. Dan bila berjanji dengan budak sebesar Eisya, wajib ditunaikan janji tu. Pagi-pagi Sabtu dia dah sibuk nak pakai baju renang nak gi kolam. Tapi abah keje lah pulak, puas memujuk dia bersabar tunggu petang. 

As usual, ke Putrajaya lah kita. 

Kenapalah MPSJ takde kemudahan macam ni, ke ada, aku je yang tak tahu. Mulanya tuju ke Presint 9, tapi bila sampai tengok kolam kosong, takde air langsung. Tuju lah pulak ke Marina Putrajaya, Presint 5. Dalam perjalanan, hujan turun lebat. Eisya dah monyok dah. Tapi memang rezeki dia, hujan sekejap je. Sampai area Pullman, hujan berhenti. Dan senyumlah kembali dia.

Budak kegembiraan dapat mandi kolam


Mulanya tak nak bagi Elma mandi sebab macam naik gatal-gata, tapi jangan haraplah kan. Kolam depan mata pastu nampak kakak mengekek dalam air. Ingat boleh dia tengok sesaje. Mengelupur lari nk masuk kolam. Nak bukak diaper pun dia tak menyabar. Bila dah masuk kolam, buat lagi perangai tak sedar diri dia tu kecik. Punyalah marah tak kasik abah pegang, nak jalan sendiri. Geram je tengok. Elma.. Elma.. Yang si kakak, ngada-ngada nak pakai pelampung. Adik nak pinjam pun tak bagi. Adooii.. macam-macam perangai budak-budak ni.

Aku duduk tepi je. Malas lah nak bersalin-salin baju, Tapi rasanya next time kena masuk gak lah. Tak daya lah Ekwan nak jaga dua ketul sorang-sorang dalam kolam. Tak dapatlah akak nak feeling duduk  silang kaki tepi kolam makan kacang lepas ni.


02 September 2015

SUNSHINE SEPTEMBER

Ciri-ciri autisme

Aku baru dapat tahu sesungguhnya 1 out of 68 children is affected by autism. Jumlah kanak-kanak yang sebenanrnya menghidap autisme semakin meningkat tapi kesedaran mengenai autism ni masih tak menyeluruh. Autisme ni takde penawar, no medical detection jugak.. Hmm, tapi dengan pendedahan awal dan bersesuaian, individu dengan autism boleh hidup sama macam orang lain. 

Atas rasa tanggungjawab korporat terhadap masyarakat, Suria KLCC bergabung tenaga dengan Alamanda, Putrajaya dan Mesra Mall, Kerteh menyebarkan kesedaran tentang autism melalui Kempen Sunshine September. Kempen ini bertujuan mengumpul dana untuk National Autism Society of Malaysia (NASOM). Sunshine September dah dilancarkan selama 3 tahun oleh Suria KLCC. Sepanjang bulan September ni, pelbagai acara dan aktiviti menarik berkaitan autism akan dijalankan di ketiga-tiga shopping mall ni.

Kempen Sunshine September 2015 akan dilancarkan 4 September 2015 (Jumaat) ni kat Alamanda, Putrajaya. Sesiapa yang berada berdekatan dan ada kelapangan masa, marilah sama-sama hadir tanda sokongan kita terhadap usaha murni Suria KLCC ni. Boleh tengok persembahan dari NASOM Maestro, kumpulan koir pertama kanak-kanak autism. Hebat ni. Yelah, kanak-kanak autism kan selalunya dikatakan tak suka bunyi-bunyi bising, lambat bercakap.. Bila mereka boleh menyanyi depan orang ramai, memang pencapaian yang sangat membanggakan.

Untuk maklumat lanjut program sepanjang Kempen Sunshine September, boleh refer:


Jumpa di sana Jumaat nanti.



Thanks WOOP

Akhirnya sampai juga barang yang aku redeem dr WOOP ni. Walau hampir sebulan menunggu, dan berbalas email dengan WOOP hampir 2 minggu, akhirnya sampai jugak. Dah hampir-hampir merajuk dengan WOOP, siap suruh pulang balik point aku. Nak redeem barang lain, akhirnya dapat juga emel kata derang dah dispatched out barang aku.

Dan dapatlah barang yang dinanti.

2 botol Concentrated Softlan Magic Moments Roses of Flower 350ml dan 4 pek Floral Fantasy condiitoner refill 200ml. Thanks WOOP and Softlan.

Jimat peruntukan softlan 3 bulan akak. Gembira. Dapat barang free yang memang dimanfaatkan macam ni, memang akak suka. Tak sia-sia usaha akak main share macam-macam kat FB, Twitter, IG segala. Ada juga hasilnya. Aritu dah agak malas melayan WOOP ni bila barang yang ditebus tak kunjung tiba. Ni dah dapat ni, jadik bersemangat lah balik. Banyak pulak kempen yang tengah berlangsung tu.

Selalu aku layan WOOP ni malam-malam, lepas budak 2 ketul tu tido. Time weekend, nak buat kat opis memang tidak lah. Opis blocked okay segala website ni. Tetiba berkobar-kobar semangat nak redeem minyak enjin Castrol. Jimat duit servis kete sebulan.. 

Berminat nak join sama?? Klik link di bawah:



Selamat bergembira bersama Woop!!!



01 September 2015

HELLOGIF by Fotobox

Ini memang awesome!! fotobox yang biasa kita jumpa, biasanya hasilkan gambar je. Tapi HELLOGIF dari Fotobox ni bleh hasilkan video okay. Memang awesome!!


Terliuk-liuk akak kat depan kamera tu. Seronok. Lagi-lagi dengan kawan kachik, seronok lah nak beraksi depan kamera tu. Video ni kitaorang amik masa kat event Magnum White Almond. Untuk setiap video, kena snap 4 pose, kemudian dia akan convert to video. Dan paling best, korang boleh dapat video tu immediately thru email. Perggh.. Memang menarik. Boleh terus download dan upload ke Instagram!!

So, kalau korang ada nak buat apa-apa event, kenduri kawin adik ke, birthday party anak ke.. Ke company korang ada nak buat pape event, sangat sesuailah kalau sediakan Fotobox ni. Mesti tetamu korang happy mengedik. Pastu dapat pulak sekeping gambar di majlis korang untuk dijadikan kenangan. Berapa harga dia semua akak tak tahu. Silalah contact mereka sendiri ye.

Untuk makluman lanjut pasal servis HELLOGIF by Fotobox, boleh refer:

Email : ask@whatisfotobox.com

Follow them: