Memang tak sangka, umur 5 tahun gigi anak aku dah rosak. Siap kena cabut. Tak sangka sebab Eisya jenis yang rajin gosok gigi, kalau aku terlupa gosok kan gigi time mandikan dia. Punyalah dia marah. Tapi itulah, sejak minum susu coklat.. Aku memang dah menjangkakan gigi dia akan rosak. Dah lah suka makan gula-gula. Sekali hadap banyak lak tu. Malam-malam sebelum tidur, susu lagi.. Hmmm... Menjangkakan tapi tak mampu nak kawal. Dan bila dia mula mengadu gigi dia sakit, tapi macam tak serius. Lepas cakap sakit still boleh selamba makan, main macam biasa. Mak kau pun rileks je lah kan.
Tapi minggu lepas, sungguh-sungguh dia kata dia sakit gigi. Sampai tak boleh tidur malam. Bagi lah paracetamol yang juga merupakan ubat tahan sakit. Legalah sekejap, lepas tu merengek semula. Tak tidur semalaman Ekwan melayan dia sakit gigi. Tengah-tengah malam sapukan minyak angin kat pipi dia, tak menjadi apa. Sudahnya bagi lagi sekali ubat. Dapatlah dia tidur sekejap. Esoknya pagi-pagi pergi carik klinik gigi. Boleh pulak klinik-klinik gigi kat USJ Taipan ni berpakat semua tutup hari Rabu kan... Nasiblah on the way nak balik tu, jumpa 1 klinik. Terus terjah.
Pagi tu Eisya lega je. Mungkin kesan ubat masih ada. Dia tak tahu pun nak kena jumpa doktor gigi. Nasib dia rileks je bila doktor check gigi dia.
Terkejut aku tengok gigi geraham dia tu. Rosak sungguh dah. Patutlah dia kesakitan. Huhuhu.. Gusi dah bengkak. Doktor kata tak boleh cabut hari ni. Dia suruh datang semula after 3 days. Aku macam tak percaya je bila doktor tu kata nak kena cabut gigi Eisya tu. Tak terbayang macamana nak cabut gigi dia nanti. Tapi doktor kata, no option. Kena cabut jugak, kalau tak dia akan lagi sakit.
2 beradik. Sorang selim. Sorang boleh tahan heavy. Nasib tak heboh nak berdukung je.
Happily teman adik main sebab tak tahu apa yang bakal terjadi sekejap lagi.
Serahlah diri ke klinik Sabtu pagi tu. Bagi Eisya makan kenyang-kenyang sebab takut jap lagi dia takde selera nak makan kan. Eisya tahu nak jumpa doktor gigi nak cabut gigi. Tapi dia tak paham apa itu cabut gigi. Maka happily lah dia panjat tangga ke klinik gigi tu. Tapi bila masuk bilik doktor, nampak segala tool doktor tu... Beria dia cuba nak lepaskan diri. Terpaksalah Ekwan peluk dia kuat-kuat. Beria dia menangis lepas kena bius. Lepas dia dah tenang sikit, doktor cepat-cepat teruskan operasi mencabut. Nasib doktor tu memang gentle je. Dan sekejap je dah settle.
Huhuhu.. Aku konon beria lah nak gak amik gambar Eisya 1st dental treatment. Tapi takde maknanya.. Budak dah menangis takut, dengan Elma lagi. Pikir nak cepat settle je.
Lepas settle terus balik rumah, tak berhenti-henti Eisya menangis. Sakit lah kan.. Even dah bius, mestilah sakit. Mana ada cabut gigi tak sakit. Kesian anak aku. Puas pujuk dan tenangkan dia. Explain kenapa kena buang gigi rosak dia tu. Cakap dia kuat, dia berani. Ibu ni pun tak pernah cabut gigi kat klinik Eisya, tahu-tahu rosak pastu tercabut sendiri. Tapi memang kesian sungguh lah kecik-kecik cabut gigi. Balik rumah terus bagi paracetamol lagi sebab dia merengek sakit beria. Bius dah habis kot. Suruh tidur tak nak, baringlah tengok kartun. Luckily lepas makan painkiller, lega dah. Dah boleh makan ice-cream..
Petang tu tunjuklah gigi dia yang kena cabut tu.. takjub dia tengok gigi sendiri. Dan seminggu ni insaflah sekejap budak tu, tak makan gula-gula. Susu pun sekali je, pastu terus gosok gigi. Suruh minum susu putih tak nak, nak gak susu coklat. Harap-haraplah lama lah kekal keinsafan ni.
Ikutkan doktor suruh cabut gak geraham lagi satu tu, tapi tu lah.. Aku tak rasa lepas ni kitaorang mampu nak bawak dia gi klinik tu lagi. Mahu nampak je klinik tu, dia lari masuk kereta semula.
Aisya masalah dengan gigi depan sebab structure dia macam tak betul kesan dari hisap pacifier... tuh pacifier orthondontic pun ada kesan...doctor kata setiap budak tak sama... mungkin gigi/mulut aisya sensitif...aisya pun dah xminum botol lagi...dia minum freshmilk putih je dgn mealshake shaklee... gigi dia still dpt diselamatkan...doctor bagi antibiotik sbb dalam gusi dah ada nanah...alhamdulillah lama dah tak sakit ni... harap2 dapat bertahan sampai umur 6-7tahun... dentist pun advice 6-7tahun kalau nak cabut... gigi depan lagi la kalu cabut terus rongak ha... huhu...gigi garham tak nampak sangat kan?
ReplyDeleteEh beb. Susu coklat penyebab gusi x elok eh kalau pas minum x gosok gigi? Aaaa aku kena tukar balik ke plain la gitu
ReplyDelete