07 October 2015

My Cheeky Elma

Elma memang budak yang kebanyakan masa adalah happy. Dia banyak akal. Aktif. Ada masa rasa macam letih sungguh melayan dia. Tenaga dia macam tak kan habis selagi dia tak tidur. Nasiblah sekarang ni memang jarang keluar rumah, duduk kat rumah, boleh lah sekadar jeling-jeling je segala apa yang dia buat. Selagi tak membahayakan, aku biarkan je. Rumah memang tak payah cakaplah, super bersepah. Malas aku nak kemas, biarkan je lah...

Elma memang peniru. Segala apa kita buat memang dia tiru. Dan sangatlah perasan macam dia tu besar, tinggi macam kita. Makan tak nak duduk kat baby high chair tu, nak duduk kerusi sama macam kita. Baik kat rumah, atau kat kedai. Semua kena sama, air kena ada gelas untuk dia jugak. So sekarang kalau makan kat luar, gelas kat meja kitaorang mesti ada 4. Pinggan pun 4. Elma nak makan sendiri. Dan aku rasa budak yang keje kat kedai tu mesti menyampah kalau nampak kitaorang. Sebab banyaklah keje mengemas dia kejap lagi. Memang bersepah lah atas bawah meja Elma buat. Kalau halang, dia menjerit marah. Maka.. Layankan je lah.

Elma masih lagi baby yang pemakan. Baby ke?? Huhu.. Dengan perangai perasan besar ni, tak berciri baby langsung. Dah lah garang sungguh. Tak sesuai langsung nak panggil baby.

Suka benar dapat pegang sendiri lidi satay. Cuba kau amik satay tu, habis lah dia memekik. satu food court toleh pandang tengok apasal lah budak ni menjerit beriya.

Elma ni memang rupa Ekwan lah kan, Terpaksa diakui. Walau masih adai  juga yang kata Elma macam rupa aku, bila ditenung-tenung terpaksalah beralah kat Ekwan, bagi chance lah merasa anak bermuka serupa dengan dia.

Elma kini menjadi vegetarian. Makan berpantang. Seafood, ayam tidak lagi ada dalam menu santapan dia. Sejak bulan puasa hari tu dia diserang masalah kulit. Tak kronik tapi memeningkan kepala. Sebab asal ubat ngan antibiotik habis, jadik balik. Tak kan lah asyik nak makan antibiotik je. Dari susah nak makan ubat, sampai kena berkepit kaki ngan tangan, sampai kan sekarang ni dia pun macam dah immune, nampak syringe, siap duduk terlunjur kaki nganga mulut telan ubat. Dan merasalah aku bangun pukul 5.30am semula, masak bekal Elma. Nasiblah Elma bukan jenis yang jaga tengah malam minta susu. Tak payah aku bangun, bancuh susu dia sambil gosok biji mata. Ohh, Elma dah sepenuhnya wean off bulan lepas. 

Dah 3 klinik aku pergi, sama je. Dan akhirnya ke klinik pakar lah pulak. Hmm, kita lihatlah hasilnya selepas 2 minggu. Kalau ada improvement, boleh lah kita buat rawatan susulan. Kalau tak, marilah kita ke PPUM. Mak tak mampu nak bayar bill sampai RM200+ per visit nak.. Huhuhu.. Mahalnya lah kos kalau ke klinik pakar. Tapi andai memang berkesan, aku sanggup je. Dr. Christina Ceah kata Elma ke Impetigo. So, kena amik antibiotik seminggu. Mandi dengan sabun khas dan dia bagi ubat sapu antiseptik. Ya Allah, harap-harap berkesan lah.. 

1 comment:

  1. Elma comel and nampak cheeky, semoga Elma cepat sembuh ye. Nanti boleh jumpa Eiman main sama-sama ok!

    ReplyDelete