30 November 2015

Aktifkan Kad ATM/Debit di Oversea

Tetiba macam rajin nak buat auto publish entry sempena ketiadaan seminggu di Malaysia ni kan. Macam kan selama ni tiap hari kau update kan Dayu kan.. yang sampai nak auto publish bagai seminggu ni. Alah biasalah, semangat tu datang bukan kira masa. Dah alang-alang roh rajin ni muncul, kita manfaatkan lah sepenuhnya.

Sempena akak bercuti-cuti ke luar Malaysia kali ni, akak share lah sikit tips. Macam kan selalu je kau gi over the sea kan Dayu kan sampai nak bagi tips bagai. Hahaha, kasik chance lah. Akak rakyat marhaen, golongan berpendapatan sederhana. Manalah mampu nak gi oversea tiap tahun. Dapat jalan-jalan dalam Malaysia pun dah syukur. Ni pun merasa sebab rezeki menang Grand Prize peraduan Friso. Kalau tak, aku telan air liur je lah tengok gambar orang bercuti sakan kat oversea.

Tips nak share kali ni: Cara nak activate kad ATM atau Kad Debit untuk penggunaan di luar negara.

Bagi aku penting untuk kita aktif kan kad ATM/Debit untuk kita guna kat luar. Mungkin kita tak plan pun nak keluarkan duit kat sana nanti. Yelah, selalunya kalau kita travel ni, kita dah bawak duit cukup-cukup dah ikut bajet yang kita dah tetapkan. Tapi manalah tahu, ada apa-apa emergency. Tetiba ter'over shopping, tak cukup cash. Boleh lah keluarkan duit. Lagi-lagi kalau korang memang jenis yang takde kad kredit, Macam akak ni. Maka, kad debit adalah sangat membantu.

Cara-cara aktifkan kad ATM/Debit di Luar Negara:

1. Berurusan terus di ATM Machine

2. Melalui Maybank2u.
  1. Login Maybank2u macam biasa
  2. Pilih option ATM/Debit Card Management.
  3. Kemudian pilih Overseas ATM Facility dan bolehlah pilih untuk activate kad kita tu. Masukkan tarikh bila kita akan gunakan kat di oversea.




3. Call Customer Servis
  1. Maybank : 1-300-88-6688
  2. RHB : 1-300-88-9980
  3. CIMB : 1-300-880-900

Aku haruslah pilih cara yang paling mudah, duduk depan komputer setel semua benda. Semua benda kalau boleh aku nak buat online. 

Bila berjalan ke luar ni, aku memang tetiba jadik particular. So, ini salah-satu persiapan yang perlu dibuat. Tak nak lah nanti kelam kabut kat sana kan kalau tetiba memerlukan duit. Dah lah cash pun bawak cukup-cukup je. Nak guna kad kredit, takde. Lagipun nanti kena caj 2.5% sebab currency change. Yang kad ATM ni pun tetaplah ada caj dia. Manalah ada benda free skrg ni. Withdraw kat Malaysia pun kena GST. Apakan lagi buat transaction kat luar negara. RM12 per transaction. Maka, kalau nak withdraw, keluarkan lah banyak-banyak sekali. 

1 comment: