28 December 2015

Aktiviti

Rasa macam pelik juga bila cuti panjang, 4 hari kitaorang tak ke mana-mana. Duduk je kat rumah. Hhmm, hajat hati nak balik kampung. Lama tak balik, tapi banyak pulak urusan kat KL ni. Nak kemaa rumah USJ, next week orang nak masuk dah. Barang kitaorang pun melambak lagi kat sana. Huhuhu.. banyak sungguh barang kan. Tak habis-habis. Nak kena cat rumah tu, nak kena repair sikit toilet 2nd bathroom, kipas nak kena ganti. Banyak lah keje. Maka, tak balik lah kami. Duduk lah diam-diam kat KL ni. Eh, tak diam sangat lah. Banyak keje nak kena buat okay. Rumah kuarters ni pun nak kena kemas, kotak bersepah-sepah lagi. Yang tak bukak, yang melambak kat depan tu. Alahaaaiii, roh rajin marilah menjelma.

Tapi dah namanya cuti kan, otak ni macam dah set. Inilah masanya nak tidur lama sikit, boleh bangun lambat. Boleh golek-golek, malas-malas atas katil. Time ni lah anak-anak akan bangun dulu. Kita ni dah sedar pun, pura-pura tidur lagi. Anak-anak aku selagi dia tak nampak kita bukak mata, memang derang tak kan kacau atau usik suruh kita bangun. Bagus. Tapi kalau dia nampak mata mak dia ni dah terbukak, memang takde harapan lagilah nak bergolek. Silalah bangun dan ke dapur. Sebelum budak-budak ni minta susu, aku kena masak sesuatu dan bagi derang makan. Nanti kalau dah susu, memang tak makan lah jawabnya. Nak tak nak, kenalah mak dia merajinkan diri.

Breakfast. Bubur nasi. Konon nak buat kangkung goreng belacan, tp malasnya nak turun gi beli. Sudahnya, makan je lah apa yang ada kat dapur tu. Tak sangka budak-budak suka, licin seperiuk bubur.

Lepas makan kononnya nak terus ke USJ, tapi jangan haraplah. Bila dah melepek depan TV, dah bukak movie. Sudahnya petang baru bergerak. Huhuhu.. Entah camne lah nak siap segala kerja yang menanti. Konon ada banyak masa lagi kan. Nasib baik bergerak gak petang tu, setel lah urusan mengangkut barang-barang kat rumah lama. Kosong dah rumah tu. Boleh start cat dan kemudian basuh. Aircond tu kitaorang tinggalkan aje. Malas nak cabut punya pasal. Rumah sekarang pun takde lah panas sangat. Masih boleh bertahan. Andai kata musim panas muncul next year, kita pecahlah tabung beli lain.

Thanks to Rafdy sebab luangkan masa tolong Ekwan mengecat rumah. Kalau harapkan dia buat sorang, tak siaplah jawabnya.

4 hari cuti, aku macam kehabisan idea nak masak apa untuk breakfast. Bukanlah kering idea sangat sebenarnya. Tapi lebih kepada malas. Hati ni asyiklah terpikir dan berhajat nak ajak laki gi breakfast kat IKEA. Dah asal bangun, tengok luar tingkap nampak signboard IKEA, itu pasal asyik terasa nak gi IKEA je. Tapi aku tahu, mesti permintaan aku tak kan dilayan. Maka, rajinkan lah diri ke dapur. Dan dengan penuh kasih sayang, terhasil lah lempeng cicah sambal sardin ini. Sebenarnya dari malam sebelum tu dah teringin nak makan lempeng. Dah alang-alang kan, pagi tu gigihlah aku masuk dapur bancuh tepung. Tak sangka Elma suka.

Lepas makan tetiba aura rajin datang. Basuh semua patung-patung ni. Eisya bukan main seronok kutip semua patung dia campak masuk dalam mesin basuh. Lama dah tak basuh. Ada yang habis kena conteng dengan magic pen.Eisya kata dia mekapkan patung tu.  Nasib baik boleh hilang. 

Ini je lah keje aku sepanjang 4 hari cuti selain golek-golek depan TV, gaduh dengan budak-budak. Pastu menyinga tengok 2 ketul tu sepahkan bilik. Mak dia kemas, dia sepahkan. Alahaii, tapi budak tu tetap selamba keluar bilik. Mak dia jugak yang kena kemas. Rasa nak je aku kutip pastu simpan tinggi-tinggi. Tapi pikir balik, aku jugak yang beli semua tu untuk derang. Dah sepah nak marah-marah lak.. Bila pikir gitu, reda lah sikit amarah aku.

2 comments: