14 December 2015

Fasa Peralihan

Gundah gulana hidup aku. Bila anak-anak dah besar, makin mencabar urusan bertukar taska dan tadika. Yang Elma dah kenal orang, dah paham.. Pagi-pagi dia akan ditinggalkan. Dah pandai tak nak bangun, dia baring je atas tilam tu peluk bantal. Bila Ekwan angkat, dia melalak. Eisya lagi kritikal. Tiap pagi drama air mata, tak nak gi taska. Dia boring lah tu duduk kat taska tu..takde aktiviti kot. Tiap pagi kena dukung dan paksa dia ke taska. Alahaiii, tak tenang ibu abah nak gi kerja. Bila Eisya menangis gitu, Elma haruslah teriak sama. 

Pagi-pagi kena hadap anak melalak depan pagar taska. Boleh bayangkan tak macamana perasaan aku? 

Paling aku sayu, kejadian hari Rabu minggu lepas. Ya Allah, terasa nak je aku amik Elma bawak balik. Tapi kerja kat opis melambak pulak menanti. Tak mengizinkan aku nak cuti mengejut hari tu. Aku tengok Elma dibiarkan menangis sorang-sorang kat pintu taska, tengah heret bag dia sambil peluk botol susu. Dengan hingus melelehnya. Ya Allah, sedih aku tengok Elma time tu. Runtun sungguh rasa hati. Sampai hati biarkan budak sekecik Elma tu menangis tanpa dipujuk. Apalah salahnya tenangkan sekejap budak tu. Offer mainan ke, makanan ke.. Sekurangnya takdelah dia menangis beriya macam tu.

Bukan murah aku bayar.. Semua terkejut bila aku bagitau yuran bulanan Elma. Tapi biarlah bayaran tu setimpal dengan jagaan tu. Terus aku tawar hati nak terus hantar Elma ke situ. Terus aku carik option lain. Makin aku tak tahan, bila petang amik Elma dia hilang suara. Mesti menangis je sepanjang hari. Bila tanya kat Eisya pun macamana Elma kat sekolah, dia kata 'Elma nangis je ibu, mandi nangis, makan nangis, tidur nangis' Alahaiii.. Nampak gaya memang tak serasi sungguhlah Elma kat situ. Yang si Eisya ni, pandai pulak kata adik dia asyik menangis. Lupa agaknya dia pagi-pagi pun melalak macam kena rasuk.

Alhamdullilah, urusan untuk memindahkan Elma dipermudahkan. Nasib baik ada kenalan yang berdekatan untuk bergantung harap. Kita ni baru pindah, manalah kenal orang kat situ. Kenalah mengharap recommendation dari orang lain. Kali pertama aku akan hantar anak-anak ke babysitter. Selalunya taska jadik pilihan aku, tapi kali ni kita cuba lah dulu. Tengok kesesuaian Elma macamana. Weekend hari tu masa gi jumpa makcik tu, okay je Elma, Elok je salam makcik tu, makcik tu panggil pun dia datang je. Pagi ni biasalah, haruslah menangis. Hari pertama kan, Tapi nampaklah effort makcik tu nak memujuk. Takdelah dibiarkan aje,

Harap-harap serasilah Elma dengan opah. Boleh ibu fokus hal perpindahan Eisya pulak. Buat sementara ni, terpaksalah aku hadap dulu drama air mata Eisya setiap pagi. Hari tu tanya Little Caliph berdekatan, boleh pulak dia tak offer daycare masa bulan Disember. Alah, spoil betul, Habis tu mana aku nak letak Eisya bulan 12 nanti. Terus terbantut. Sedangkan Eisya suka dah sekolah tu. Teruskan lah misi mencari tadika baru Eisya. Walaupun sebenarnya aku nak sangat dia tadika kat KEMAS bawah blok tu je.


1 comment:

  1. Tak patut betul dibiarkan si Elma nangis gitu je. Memang cikgu kena try pujuk atau tarik perhatian Elma dengan benda lain. Ishh cikgu ni.

    Apapun, Alhamdulillah lah Elma dah jumpa babysitter. Moga serasi lah ye Elma.

    ReplyDelete