19 December 2015

Suka Makan Pedas? Tapi tak tahan Pedas?

Sebagai anak jawa yang duduk kat Malaysia, makanan bergoreng, berasaskan sambal memang jadik favorite sepanjang zaman bagi aku. Makan kalau takde rasa pedas, terus potong nafsu makan tu tau. Terus mengelupur gi kaunter tanya kat cashier 'Kak, sambal belacan ada tak? Cili potong ke?' Bunyi macam kuat sungguh makan benda pedas aku ni kan. Aku ni takdelah tahan pedas sangat, tapi takdelah sampai tak boleh langsung makan pedas. Tahap kepedasan aku ni kategori Mild lah. Tengah-tengah, jangan pedas sangat, jangan tawar sangat.

Bila dapat jemputan dari Mamee Cool Tea untuk sama-sama sertai  Cabaran Pedas bersama rakan-rakan blogger yang lain kat Chilli Rush, Jaya One Sabtu lepas, to be exact on 12 Disember 2015, aku dengan terujanya terus setuju. Masa tu macam tak terfikir akan ada aktiviti makan-makan benda pedas ni. Bila baca semula event details, siap digalakkan untuk datang bersama kawan, pastu google pasal Chilli Rush kat Jaya One tu. Sah, mesti nanti akan diadakan Spicy Challenge malam event tu. Siap sedialah..

Lokasi Kejadian :CHILLI RUSH, JAYA ONE, PETALING JAYA.
Kau tengok kedai dia punya logo, segala jenis cili ada. Boleh lah bayangkan jenis makanan yang ada dalam menu dia kan. Siapa yang selama ni mengaku Raja Pedas, korang kena datang sini join Chilli Rush Challenge dia. Kalau passed, baru boleh mengaku Raja Pedas. Kalau tak, diam-diam je.

Spicy Challenge Event ni ditaja oleh Cool Tea. Tahu tak apa tu Cool Tea? Rasanya ramai yang dah kenal dan jumpa Cool Tea ni. Buat yang masih belum tahu,  Cool Tea adalah minuman teh herba terbaru keluaran Mamee. Ianya diperbuat daripada 8 jenis herba yang sangat efisen dalam membantu melepaskan haba dari badan. Dalam Cool Tea ada liquorice root, lotus leaf, honeysuckle, chrysanthemum, selfheal, grosvenor, momordica fruits, mulberry leaf dan mesona chinensis. Herba-herba semua ni lah yang membantu menyejukkan semula badan daripada kepanasan akibat kepedasan. Cool Tea ni memang minuman pelega bila makan makanan pedas. Bahan-bahan penyejukan semulajadi yang terdapat dalam Cool Tea buat kita rileks je makan makanan yang pedas dan panas. 

Pedas makan cili, jangan risau Cool Tea kan ada.

Selain perasa Teh Herba asli, ada juga perasa Teh Hijau dan Kekwa. Pilih ikut kegemaran anda. Aku tetap suka yang asli. 

Sebelum event dimulakan malam tu, kami semua dihidangkan dengan Chili Drink, signature drink Chilli Rush. Dengar nama pun macam takut je nak minum tau. Dah lah cili berenang-renang atas air tu. Teragak-agak nak minum, aku siap cicah hujung jari try rasa dulu. Eh, macam sedap lah pulak kan. Bila dah teguk sekali, takdelah pedas sangat pun. Sikit je rasa pedas dia. Dan dengan selambanya aku boleh minta lagi 1 minum sambil makan nasik malam tu. Illa tengok, dia yang risau aku sakit perut. Tapi lepas tu teguk Cool Tea gak setin. Risau perut memberontak.

Mula-mula tu takut jugak nak telan, tapi lepas tu selamba macam minum fresh oren. Eh, bukan riak, tapi sedap sebenarnya Chilli Drink ni.

Dan sebagai dijangka, selepas puas menjamu selera malam tu. Sesi Spicy Challenge dimulakan. Semua blogger dibahagikan kepada 5 orang dalam setiap pusingan. Setiap pusingan, semua dikehendaki makan Level 10 - Chilli Rush Hot Wing. Level 10 okay, boleh bayanglah kan macamana pedas dia. Siapa dapat makan paling banyak dalam masa 1 minit, dia akan menang pusingan kumpulan dan mara ke pusingan seterusnya dan berpeluang dapat hadiah-hadiah menarik tajaan Cool Tea. Tengok orang makan, dengan bau cili pun aku dah cuak-cuak. Terus teguk Cool Tea. Kalau tiba turn aku, dapat makan segigit pun dah bangga.

Arrghhhh!! Pedas sungguh Level 10 - Chilli Rush Hot Wing ni. Hebatlah siapa yang boleh makan sampai 2,3 ketul. Aku makan segigit je pun terus pijar rasa mulut. Terus letak semula ayam tu kat pinggan, dan cepat-cepat amik Cool Tea. Tak sabar nak tunggu 60 saat berlalu nak minum. Bila judge kata 'Times Up!!' je terus aku teguk Cool Tea laju-laju. Lega. 

Tadi punya seronok sorak suruh member makan ayam pedas tu kan. Tiba giliran sendiri, sampai senget-senget mulut menahan pedas.

Nasib baik ada Cool Tea.

5 orang juara pusingan kumpulan akan teruskan ke pusingan final Spicy Challenge anjuran Cool Tea. Yang ni lagi dasyat, sebab setiap peserta kena makan sedozen Level 100 - Chilli Rush Hot Wing. LEVEL 100!! 100 kali lagi pedas dari cili padi. Arrgghhh.. Tak terbayang aku macamana pedas dia. Waiter lalu bawak ayam tu pun dah menusuk bau cili dia. Macamana lah nak makan. Jangan kata makan, gigit pun belum tentu aku berani. Nak kena makan sedozen pulak tu. Nak makan seketul pun aku mengaku kalah, ini kan pulak sedozen. Memang menangis kepedasan lah aku. Maka, aku memang tabik spring kat 5 orang yang ke pusingan akhir ni. Memang kebal mulut dan lidah korang. 

Gambar sebelum pertarungan akhir Spicy Challenge bermula. Masing-masing masih boleh tersenyum.

Takjub aku tengok derang boleh makan ayam sepedas tu sampai 4,5 ketul dalam masa 4 minit. Ilmu apa korang pakai ni?? 

Dan pemenangnya adalah Harris (2 dari kanan) tu. Dia berjaya makan 5 ketul ayam tu. Hebat. Lagi hebat, dia selamba je makan ayam pedas tu, macam ayam goreng madu je dia buat. Tapi nampak gak lah muka dia merah-merah kepedasan dan kepanasan. Hebat kau dik!! Habis je challenge, semua minum Cool Tea yang dah terhidang 2 botol depan mata tu. Barulah boleh tersenyum semula. Sesungguhnya Cool Tea ni bukan lah air tea sembarangan. Dia memang hebat menghilangkan rasa pedas dan panas. 

Kalau dah plan nak makan pedas-pedas, pastikan Cool Tea ada sama. Boleh dapatkan di kedai berhampiran. Kat 7-Eleven, AEON, TESCO, The Store, Giant, Econsave, KK Mart, Shell dan Mydin. Alah, kat mana-mana pun ada. Tak susah pun nak dapatkan Cool Tea ni. Yang penting rasa dia memang sedap. Simpan dalam fridge, minum sejuk-sejuk.. Alahai nikmatnya.

Suka Makan Pedas?
Pastikan Cool Tea ada sama.

Untuk lebih maklumat dan kebaikan Mamee Cool Tea, sila rujuk:-



1 comment:

  1. Mak aih, level 100?? Baca pun dah horror, ape lagi kalau nak try makan! Haha

    ReplyDelete