27 January 2016

Hobi Baru Dayu

Niat hati nak update pasal Hong Kong, tapi takde mood. Nanti-nantilah. Citer Hong Kong update tahun depan pun takpe. Hahaha.. Asal terabadi dalam blog je. Nak citer sikit pasal hobi terkini. Hahaha, banyak sangat hobi aku ni. Biaslah Dayu, semua benda dia suka. Hobi dia bertukar-tukar. Ada musim dia giler memasak je, kang dia berubah angin. Dia keje nak buat kek je. Pastu oven dia simpan, dia kemaruk hadap pokok pulak. Ni pokok dia dah mati, dia carik lah hobi baru. Hah... tak citer pun kan. Pokok rosemary ngan parsley aku dah mati. Huhuhu.. Tak berbakat ke apa? Ke silap teknik? Tapi aku tak putus asa, semalam aku baru semai anak pokok kari, daun kunyit ngan daun kesum. Harap-harap membuahkan hasil.

Tapi tu hobi bulan lepas yang masih berkekalan. 

Hobi baru ni, baru muncul 3 minggu lepas. Tetiba terasa nak beli mesin jahit. Takdelah tetiba sangat sebab sebenarnya dah lama pasang niat nak beli mesin jahit. Tapi bila survey-survey, punyalah mahal harga mesin jahit kan. Tu yang asyik terbantut je hasrat tu. Kali ni macam beriya-iya pulak aku. Kena pulak ada member perkenalkan dengan mesin jahit murah tapi memuaskan hati. Terus membuak-buak semangat akak. Ada real review dan testimonial dari kawan, bertambah yakinlah nak membeli. Takdelah nanti jadik tukun je mesin jahit aku tu. Punyalah aku tak menyabarkan, tengahari tu jugak aku order. Aku memang gelojoh, kalau aku kata nak, ikutkan waktu gak aku nak benda tu depan mata. 

Berurusan dengan LAZADA memang sangat memuaskan hati. Efisen LAZADA ni, order hari ni, esok sampai dah. Dan paling aku suka shopping kat LAZADA, boleh COD. Bukan tak percaya, tapi sebab opis aku ni poslaju tak hantar direct ke receiver, pastu admin lak tak nak terima parcel. Tak memasal aku nak kena gi collect parcel kat Jalan Tun Sambanthan tu. Tu aku prefer LAZADA, compare online store lain. Kadang harga kat LAZADA mahal sikit pun aku tak peduli, asal barang sampai terus kat aku. Okay, sekian review pasal LAZADA. Botol susu Elma pun aku beli kat LAZADA, sebab kat Sogo takde jual botol MAM. 

Mesin jahit murah beli kat Lazada. Testimonial kat Lazada pun semua berpuas hati. Fast delivery. Performance pun okay. Sesuai dengan harga. 

Mesin ni sampai masa aku cuti. Punyalah semangat kan, sanggup aku pergi opis hari Sabtu tu amik mesin. Konon hari Ahad nak terus try menjahit. Tapi sudahnya, seminggu dia duduk dalam kotak. Aku tak habis study lagi. Keje aku seminggu tu layan tutorial menjahit kat youtube je. Nasiblah banyak video-video berkualiti yang mengajar dengan benda-benda basic ni. Bahagia hidup aku. But mostly video omputih lah. Bila tengok video, alahai rasa macam senang je. Tapi tu lah, selagi tak mula, tak dapat feel dia. So, bila rasa cukup dah ilmu yang diserap dari online tutor, aku gi kedai beli gunting, beli pembaris jahit, beli benang.. Segala benda yang dirasakan perlu. Singgah Globe beli kain sekali. Semangat ni.. semangat. 

Dan esoknya, terukan projek pertama.

Bangga dengan diri sendiri. Walau hanya sarung bantal.

Aku ni tak pernah langsung pegang mesin jahit. Tak pernah potong kain, kira ni main redah je ni. Sebab tu kena bermula dengan perkara-perkara basic. Mesin pun beli yang paling simple, sesuai untuk beginner. Nanti kalau dah terror sikit, boleh lah bodek Ekwan belikan mesin canggih sikit. Nak jahit sarung bantal ni pun, berhari-hari jugak aku belajar dengan Mr. Google. Hahaha.. Pastu mulalah kemaruk, terus rasa nak jahit macam-macam. Baru pass jahit sarung bantal, gatal dah nak jahit skirt lah, blouse lah.. Pengaruh youtube sangat aku ni. Mana taknya, tengok derang jahit macam senang je.
Maka, aku try lah pulak jahit skirt untuk Elma. Kain merah buat sarung bantal pun ada baki lagi. Terus sambung buat simple skirt.

Simple skirt untuk Elma.

Kemaruk menjahit. Benda senang pulak tu. Terus dapat skirt sorang selai.

Malam potong kain lagi. Memang betul kemaruk namanya ni. Tapi yang ni tak siap lagi. Tengah carik masa nak siapkan, Weekend ni kena siapkan.

Sekrang kedai kegemaran aku adalah Kamdar dan Nagoya. Hahaha.. Asal masuk terus gi terjah bahagian cotton atau tempat kain baki dilonggokkan. Seloingkar dan rembat. Otak ni asyik terfikir nak buat sarung bantal je. Bertambah lah koleksi sarung bantal kat rumah tu. Boleh lah buat ikut corak kegemaran. Kain cotton kat Kamdar comel-comel weh,..


26 January 2016

Gembira

Hampir 2 minggu takde entry baru. Busy bebnor gayanya. Iye, agak sibuk sekarang ni. Benda nak cerita banyak tapi masa tu macam takde. Selalunya aku update thru handphone je. Upload gambar siap-siap, taip entry. Bila bukak kat desktop tengah touch-up bagi molek je. Tapi 2 minggu ni, nak pegang handphone kat rumah pun tak sempat. Elma lak tak bleh tengok aku pegang handphone, dia pun nak pegang sama walau hakikatnya, tak sampai seminit dia campak je handphone tu. Saja nak suruh orang layan dia. Nak update kat opis, aku malas nk transfer gambar. Entry tanpa gambar tak berseri.

Mungkin ada yang tak maklum. Yang follow akak kat Facebook tu maklumlah.

Aku rasa syukur sungguh. 2016 aku dimulakan dengan penuh kegembiraan. Rezeki melimpah ruah aku terima. Berita baik diterima tak putus-putus. Segala permintaan aku didengar dan dimakbulkan. YaAllah, tak sangka. Mungkin ni semua ganjaran untuk aku yang Allah bagi untuk aku merapatkan diri dengan Dia. Untuk sedarkan aku. Sesungguhnya hanya Dia tempat terbaik untuk kita minta segalanya. Syukur.

Setelah hampir 7 tahun berkhidmat dengan JKR dengan jawatan J41, Alhamdullilah akhirnya aku dan kawan-kawan seangkatan dinaikkan pangkat. Hampir semua dapat kenaikan pangkat. Walaupun pada awalnya dimaklumkan hanya 1/4 dari kami akan dinaikkan pangkat. Tapi kalau dah namanya rezeki kan, akhirnya Kementerian luluskan untuk semua dinaikkan ke J44. Alhamdullilah. Melompat kegembiraanlah kami. Yelah, lama dah kot. Batch lain, 7 tahun tu dah naik J48 dah tau. Kitaorang dah sampai tahap redho dah kalau pencen pun setakat kat gred J48.. Sebab ramai sangat. Officer melambak, post kosong ciput, Macamana nak naik pangkat.. Duduklah kau kat post tu. Tukar sana-sini, tapi tetap J41.

Bab naik pangkat memang masing-maisng suka, pastu gelabah, Gundah gulana, tidur malam pun tak lena. Takut memikir kena tukar ke mana. Polisi JKR memang menyesakkan nafas. Setiap 3 tahun kami akan ditukarkan, Tak boleh remain tempat yang sama lama-lama, kena merasa semua tempat, Kena buat semua keje, sebab skop keje JKR memang luas sebenarnya. So, young officer ni akan ditukar kan ke hampir semua bidang, Kena merasa buat semua benda. Dengan harapan bila nanti jadik bos, kita tahu semua benda, Kira ni sesi latihan dalam tak sedar lah ni.

Dan aku cukup risau kalau kena transfer luar KL. Huru-hara urusan seharian. Maka, berdoalah aku siang malam. Kekalkan lah aku kat bandaraya Kuala Lumpur ni. Tak kisah lah kat bahagian mana, asalkan masih di KL. Walau aku tetap pasang impian nak terus kekal dalam sektor jalan. Tapi demi kelangsungan hidup, aku tak kisah dah. Asalkan kehidupan seharian aku tak terjejas.

Alhamdullilah, permintaan dan doa aku didengar.

Majlis penyampaian sijil penghargaan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya. Kali pertama ni, ada majlis meraikan kenaikan pangkat pegawai JKR. Selalu gi amik sendiri je surat kenaikan pangkat kat korporat. Terasa istimewa pulak kami ni.

Lepas dah seronok tarik nafas lega sebab masih terus berkhidmat di KL, walau terpaksa beralih bidang, Walau terpaksa belajar semula dari bawah. Terima lagi perkhabaran gembira. Tersenyum aku. Tapi yang tu kemudian lah cerita, tungguh betul-betul dah sahih baru kita raikan.

07 January 2016

Permulaan 2016

Alhamdullilah. Banyak urusan dipermudahkan. Tenang jiwa aku nak meneruskan kehidupan seharian. Bila hari dimulakan dengan tenang, rasa harmoni je kehidupan di pejabat. Rutin kehidupan berubah, Sejak mula kahwin, aku tak pernah pergi keje sendiri. Ekwan yang akan hantar dan ambil aku. Sesekali je lah kena drive, tu pun sebulan sekali pun belum tentu. Tapi start 2016 ni aku akan pergi kerja sendiri. Bawak kereta sendiri. Sebab aku perlu balik dulu, Kalau nak balik dengan Ekwan, memang lambat lah jawabnya setiap hari. Anak-anak kena ambik sebelum pukul 6pm. Dah kalau, 5.30pm paling cepat keluar, memang terkejar-kejar petang tu. Maka, pergilah kerja sendiri. Walau ikutkan, aku lagi suka gi kerja naik motor.

Jarak opis dengan rumah sekarang memang dekat. Kalau ikutkan kilometer dalam 10km je kot. Kalau ikut masa, di kala cuti sekolah aritu 10min dah sampai. Memang akulah manusia paling happy. Jalan tak jammed, sekejap je dah sampai. Tapi dah start sekolah ni, jammed lah sikit kat jalan keluar depan rumah ni. Ada 3 sekolah nak dilepaskan. Awal-awal ni lagi lah.. Nasib baik bila lepas kawasan sekolah, smooth je. Tak jammed. Apa-apa pun, kena keluar paling lewat 7.10am kalau tak nak sangkut jammed lagi teruk depan sekolah tu. Sebab Ekwan kata bila dia keluar 7.45am, nak keluar pagar kuarters pun sangkut dah.

Syukur tiada drama air mata di hari pertama Eisya ke Tadika KEMAS, Gembira sebab dia memang menunggu hari je nak ke sekolah. Alhamdullilah, lega ibu abah. Pagi-pagi Eisya bersiap sepenuhnya. Aku keluar rumah dia baru terpisat-pisat gosok mata bangun tidur. Cium pipi kiri kanan, aku pun keluar. Redho je lah tengok rupa dia bila ke sekolah. Tapi makin lama makin elok lah abah ikatkan rambut. Elma je lah. Masih lagi ada drama air mata. Time beralih tangan dari ibu ke opah, ok je lagi. Ibu kuar pagar rumah opah terus teriak. Adeiihh adik, nampak sangat drama dik. Lagi kelakar dalam menangis boleh lagi dia cakap 'babai...' Huhuhu.. Dah 3 minggu dik, tak kan tak boleh terima hakikat lagi.

budak yang semangat masih berkobar-kobar nak pergi sekolah. harap-harap berkekalan lah semangat dia ni. jangan nanti kemudian malas nak bangun pagi. Tu dalam beg tu entah apa dia bawak nak main kat daycare nanti. 

Bekal 3 beranak. 

Azam 2016 nak bawak bekal, tak dapat untuk lunch. Untuk breakfast pun jadiklah, Tapi babysitter Elma kata tak payah bawak. Elma tak makan banyak pagi dia kata. Buat penat aku masak je makcik tu kata. Okaylah.. Tak payah bawak bekal. Eisya pun sama. Dia kata kat sekolah dah makan 2 kali, bekal pun dia makan masa kat daycare. Ekwan risau tak elok je bekal tu. Lagipun kat daycare sampai-sampai pun terus makan. Hhmm.. Memang saja bagi mak kau jadik pemalas kan. Bangun pagi masak untuk bekal sendiri je lah gayanya,


05 January 2016

Hong Kong Adventure - Part 3

Hari Kedua.

Hari yang padat. Penuh aktiviti agent dah susun untuk kitaorang. Kitaorang diminta tunggu kat lobi hotel pukul 8am. Tapi seawal 6am aku dah bangun dan kejutkan semua orang. Sekarang ni nak bersiap 4 orang, sejam tak cukup. Dengan nak melayan 2 ketul tu mandi, nak bagi makan. Mana aku nak bersiap lagi. Maka, memang kena reserved 2 jam, kalau tak kelam-kelibut lah jawabnya. Lagipun Ekwan kena turun dulu. Nak pergi 7 Eleven beli stok biskut dengan roti untuk hari ni. Bawak anak kecik berjalan, macam tu lah, Makanan kena sentiasa ada dalam beg.

Eh macam wajib pulak kan setiap hari nak kena posing bawah signage hotel ni.

Hari ni dalam itinerary  adalah 1 day Hong Kong City Tour. Ikut hati macam malas nak ikut sebab nak pergi Ngong Ping 360, tapi Ekwan kata join je lah, Dah alang-alang free. Aku macam malas sebab tempat-tempat yang dia nak bawak tu macam kurang menarik je, Huhuhu,, Tapi join je lah. Best apa nak gi tengok temple, tengok fishing village kat Hong Kong. Sebab memang dah inclusive dalam pakej yang ditaja percuma, aku naik je lah bas yang dah datang amik kitaorang pagi tu.Tourist lain dalam group tu semua pergi breakfast dulu. Kitaorang tak join. Kitaorang je Muslim dalam group tu. So sementara derang breakfast, kitaorang pusing-pusing lah kawasan Tsim Tsa Shui tu.

Amik gambar depan bas, senang nanti nak carik balik bas.

Bas kat sana memang semua 2 tingkat, Tourist coach je yang setingkat.

Perjalanan diteruskan ke lokasi pertama iaitu Tin Hau Temple di Repulse Bay. Masa sampai tu beriya lah si Patrick tu explain macam-macam pasal segala jenis patung yang ada kat temple ni. Aku dengar lah jugak sikit-sikit pastu terus main kejar-kejar dengan Elma. Tapi ada satu patung tu katanya untuk sesiapa yang nak berdoa minta anak, Siap kalau nak anak lelaki, kau kena letak tangan kat kepala patung sebelah kanan sambil berdoa, Kalau nak anak perempuan, pegang patung yang sebelah dia. Ramai jugak couple yang melepaskan hajat, Memang banyak patung kat temple ni, dragon ada, lion, ikan,, segala binatang lah ada, Besar-besar pulak tu. Memang keje kitaorang bergambar je lah, Sementara tunggu yang lain selesai berdoa kan.

Setiap patung kat sini adalah tujuan dia kan nak berdoa untuk apa, tapi tak rajin aku nak amik tahu. Amik gambar je yang aku tahu.

Pintu masuk Tin Hau Temple, Repulse Bay
Ramai sungguh orang, Agaknya ni memang tempat wajib pergi kot kalau pergi thru agent, Eisya masa ni dah berlari entah ke mana. Orang ramai-ramai dia sesuka hati je tau. Puas tarbiah dia lepas tu, Tapi as usual sekejap je pahamnya.

Budak ni pun boleh tahan mood bergambar dia pagi tu, Macam-macam posing dia bagi.

Ibu, amik gambar Chacha dengan dragon ni..

Kau tengok, dengan selambanya dia duduk atas patung tu. Cepat-cepat aku suruh turun, tapi sempat jugak lah amik gambar dia dulu, 

Tourist lain sibuk berdoa, Aku bergambar lah, apa lagi.

Elma pun nak posing jugak. 


Rajin pulak kat Hong Kong ni laki akak ajak selfie. Sikit-sikit ajak amik gambar. Dah dia ajak, kenalah layan. 

Berlatar belakang kan Repulse Bay. Gambar kitaorang posing kat area ni derang print atas pinggan. Sekali dengan sekeping group photo size 6R. Sila bayar HKD220. Nak je aku cakap tak nak amik, tapi kesianlah pulak, Bayar je lah. Buat kenangan. Nasib baik gambar tu lawa. 

Dari Repulse Bay, kami ke Aberdeen Fishing Village pulak, Patrick kata boleh tengok perkampungan nelayan asal kat Hong Kong. Kalau nasib baik, boleh jumpa jugak bot nelayan yang jugak merupakan rumah derang. Kira tu yang paling tradiosnal lah tu. Permandangan kat kawasan ni memang best. Cantik, dengan bot-bot nelayan dia. Pastu boleh tengok rumah-rumah dia yang tinggi bebenor tu. Budak-budak pun seronok.


The awesome view. Berbaloi bayar HKD60 untuk Sampan Ride ni. Dapat tengok kawasan nelayan yang tersepit antara bandar.

Tempat bot-bot mewah parking, Kawasan ni juga merupakan tempat orang-orang kaya Hong Kong punya rumah. Flat-flat dia pun level kondo. Luas lah sikit, Kalau yang area Kowloon tu, 300sqft je Patrick kata. Aku duduk rumah 750sqft pun rasa sesak, camne lah duduk kat rumah sekecik tu. Tak pun, tu sebabnya orang dia macam tak reti balik rumah kot. Malam-,malam pun penuh lagi berjalan sana-sini. Balik rumah untuk tidur je.

Family photo at end of ride.

Dari Aberdeen Fishing Village pergi Wong Tai Sin Temple. Tapi aku tak turun pun sebab Elma tidur, Ekwan turun dengan Eisya je. Tu pun derang tak masuk dalam, amik gambar kat depan je. 

Eisya & Ekwan di entrance Wong Tai Sin Temple.
Pandai Eisya amik gambar, Start dari sini, asyiklah dia request nak amik kan gambar, Bagus jugak, Senang ibu abah nak gambar berdua lepas ni.

Dah tengahari ni kan, baru aku tersedar yang sebenarnya susu Elma tertinggal. Issk, camne lah boleh tertinggal. Aku rasa dah masukkan dah semua dalam beg. Mesti pagi tadi lepas bancuh susu dia lupa masukkan semula. Nasiblah dia tak mengamuk minta susu masa nak tidur tengahari tu. Tapi macamana nak teruskan perjalanan sampai ke petang, Mahu malam baru sampai ke hotel semula. Banyak lagi tempat persinggahan ni. So plannya, kalau jumpa 7 Eleven belikan susu kotak je lah. Nasib kat 7 Eleven Hong Kong ni ada susu kotak Dutch Lady tu.

Dari temple ni kami di bawa ke kedai emas dan kedai herba tradisional Hong Kong. Dalam itinerary kata pergi kilang buat barang kemas. Seronoklah jugak aku. Sekali dia bawak gi kedai emas. Isskk, rasa terpedaya, Dahlah mahal belaka, sudahnya aku duduk je lah tunggu orang lain selesai membeli. Kat kedai herba pun sama. Kalau aku tahu, aku duduk je dalam bas. Bagi Elma rehat dan tidur puas-puas. Dah lah lapar time ni. Nak makan je aku pikir.

Sementara tunggu Patrick hantar orang lain ke restaurant for lunch, Untuk kitaorang Patrick arrange kan kat satu kedai indian cuisine.

Masa ni kitaorang decide tak join tour petang tu sebab terpaksa balik ke hotel, Elma dah berkali-kali minta susu, Nampak botol je minta susu, Maka, terlepas lah peluang nak ke Cheung Chau Island, tak merasalah nak naik Star Ferry dan pusing-pusing bandar Hong Kong dengan open top bus dia. Takpelah takde rezeki, Sendiri cuai, Tak double check sebelum keluar. Sebab tak join tour petang, dapat lah makan dengan tenang.

Aku tak ingat dah apa nama kedai ni. Sebab masa sampai tu tak pikir apa dah, tahu nak makan je, Dia hidang apa pun aku tak amik tahu. Lapar sungguh gayanya kan. Mula-mula dia hantar isi ikan goreng tu as starter. Sedap. Budak-budak suka tapi sikit je makannya. Alahaii, kenapalah perut ibu tak macam korang. Tak reti lapar, ni sikit-sikit lapar. Kemudian dia hantar pulak kari daging, kuah dhal dengan sayur goreng tu. Dengan roti. Aku lapar nasi sebenarnya. Tapi makan je lah. Nasiblah kenyang makan roti je. Sebab lauk dia banyak kan.

Muka kenyang lepas makan dengan kos HKD120 seorang. Maka lunch kitaorang tengahari tu adalah HKD360. Nangis bila convert ke RM. Silap kitaorang gak. Patut tak payah suruh Patrick yang bawak, carik je sendiri. Sebab banyak je kot kedai halal area Tsim Tsa Shui tu. Tapi tadi dah lapar sangat kan. Biasalah orang lapar memang kurang bijak buat keputusan.

Dah kenyang, marilah kita balik. Sebelum tu on the way nak ke MTR station, singgah solat dulu kat Masjid Kowloon. Penat. Lagi-lagi time budak-budak dah letih. Derang kalau dah letih mulalah buat perangai. Eisya pun asyik nak berdukung, berebut stroller dengan Elma. Duduklah korang berdua dalam stroller tu. Bila sampai hotel, seronok betul rasa dapat baring. Budak-budak pun dapat susu terus tidur. Letih sungguh lah tu. Macamana lah kalau sambung berjalan lagi petang tu. Sebab aku tengok itinerary memang sampai ke malam lah aktiviti nyer.


Malam tu konon nak gi ronda-ronda Ladies Market. Depan hotel je pun, seberang jalan je. Tapi budak-budak ni boleh balun tidur tak bangun-bangun. Huhuhu.. Macam letih sangat je. Sedar, bagi susu.. Tidur semula. Alahai, sudahnya ibu duduk tepi tingkap hotel je lah. Ekwan keluar sorang gi carik fridge magnet kat Ladies Market. Bawak anak kecik berjalan macam ni lah. Takpe, memang next trip yang berjalan jauh gini, ibu tunggu Elma 5 tahun sekurangnya., Time tu Eisya dah 9 tahun, dah gagah sikit kot..

Next trip kena tunggu 2 ketul ni besar sikit. Barulah endurance level setara dengan ibu abah. Sementara tu bagi ibu simpan duit dulu, Places to visit ibu panjang list dia. Ada duit dengan tidak je.

04 January 2016

Langsir ohh Langsir

Jadik orang perempuan, macam-macam kan. Semua benda nak beli. Tapi langsir ni memang keperluan ni, bukan kehendak semata-mata. Rumah baru ni memang memerlukan langsir. Langsir sediada tidak mencukupi. Alah, aku pun bukannya jenis buat atau beli langsir setiap tahun. Mahal okay langsir. Even yang readymade pun. Langsir pertama aku beli ialah langsir sliding door untuk rumah sewa lepas kahwin. Pastu pindah USJ pun sekali je aku buat langsir sepanjang 4  tahun duduk situ. 2 set je langsir je aku ada. Dengan 1 set readymade untuk master bedroom rumah USJ. Tapi buruk sangat dah langsir tu, sampai bila masuk mesin basuh nak cuci, koyak kain dia. Huhuhu.. Kesian. Sampai reput aku guna, Biasalah, langir murahan.

Tu yang nak tak nak, aku putuskan untuk buat langsir baru untuk rumah sekarang ni. Lagipun tingkap-tingkap kuarters ni besar dan lebar. Langsir sediada tak mencukupi. Langsir sliding door lama pun tak cukup lebar dan panjang untuk tingkap hall kuarters ni okay. Silalah lah bayangkan betapa besarnya tingkap dia. Bilik dah lah banyak, dan setiap bilik ada tingkap. Tingkap standard 4 panel tu. Kalau nak buat langsir baru untuk semua bilik memang menangis lah. Maka aku dulukan langsir untuk ruang tamu, master bedroom dan juga bilik Eisya.

Aku memang tunggu je VIP Sales Kak Moon kat Globes. Previous sales dia bulan Oktober dulu melepas. So bila dapat invitation untuk sales pada 26 & 27 December, dan aku ada kat KL. Wahhhh, gembiranya akak. Terus amik measuring tape ukur tingkap. Cemas aku time mengukur, cemas memikirkan berapa meter lah kain nak kena beli untuk langsir ni semua. Dan aku letak kan bajet siap-siap. Paling mahal kain aku boleh beli hanya yang RM15/meter. Lebih dari tu.. Jangan berangan. Kalau berkenan jugak, pandai-pandailah pujuk hati.

Aku minat sungguh langsir plain je. Tak payah bercorak. Ala-ala hotel lah kononnya. Kalau google gambar-gambar hiasan ruang tamu ke, bedroom ke, mostly langsir dia mesti plain. Lagi-lagi kalau hiasan berkonsepkan moden. Jatuh hati sungguh. Tapi Ekwan tak nak lah pulak langsir plain. Puas aku yakinkan dia, tapi tetap dia kata 'Tak lawalah yang, pilih lah yang bercorak.. Tak pun, ada tekstur sikit' huhu.. Yelah..yelah.. Akhirnya aku mengalah. Langsir ruang tamu je aku pilih bercorak. Langsir bilik plain. Untuk bilik Eisya stripe. Actually warna yang aku nak takde. Aku nak kaler biru/hijau BSN tu. Tapi takde. Redho je lah. Takpe, warna yang dipilih juga adalah warna kegemaran. Masih boleh merealisasikan deko impian.

Berkenan sungguh dengan yang jalur-jalur orange yellow bawah tu. Untuk bilik Eisya. Aku memang berhajat dan berangan nak deko bilik dia warna orange yellow. Tapi alahai, mahalnya lah RM25/meter. Dahlah tingkap bilik dia kena pakai 12m. Okay carik lain.

Pick one of these (;

Rasa nak beli buat karpet bilik Eisya je yang stripe oren coklat tu. RM25/meter. Tapi kain jenis ni sesuai buat sarung kusyen sofa actually. Tapi apa ada hal, kita buat dia kan.

Lawa dan berkenan. Tapi mahal sangat lah pulak. Terpaksa lah lupakan. Amik gambar je lah. Tapikan kalau dapat carpet corak ni, bestnya la hai.

Seronok tau datang beli langsir kat Globes time sales Kak Moon. Harga turun banyak. Tapi tu lah, takde rezeki aku. Yang aku berkenan, tak drop harga pun. Tapi okay dah sebenarnya, kain-kain kat Globe sempena Year End Sales memang dah murah pun. Kain tebal, design lawa. Aku siap dah survey kat Kamdar. Kain yang sama tebal, design moden sikit. Kamdar jual sampai RM49.90/meter. Huhuhu.. Aku saje-saje lah ushar harga, suruh akak tu kira siap-siap.. Untuk tingkap hall aku yang perlukan 15meter tu, siap upah semuanya RM700++ kau.. Huhuhu.. Takpelah kak, saya ni kalau boleh RM700 tu untuk satu rumah. Kat Globe, paling mahal pun kain dia RM25/m tau. Tu pun jenis yang tebal.giler macam karpet tu.

Lagi satu yang best, siap ada makanan dihidangkan okay. Mana nak dapat kat tempat lain, datang beli kain langsir dapat makan. Anak-anak aku kerja berulang alik sofa ke meja makan je. Aku rasa tembikai tu habis ke 2 ketul tu je. Tapi bagus, senang mak kau nak membelek kain.

Macam-macam ada. Nasi lemak, mee hoon goreng, roti jala,, kuih 2,3 jenis.

Bajet shopping bulan ni tiada. Semua habis buat beli kain langsir. 15m untuk hall, 15m master bedroom, 12m bilik Eisya. Ya Allah, banyaknya. 42 meter semuanya. Kali RM15 semeter. Tambah pulak dengan upah jahit. Tak sanggup nak dikenang. Time-time gini teruslah terasa bestnya lah kalau pandai menjahit. Dapat jahit lurus je untuk buat langsir jenis french pleat pun dah cukup baik. Jimat beratus upah jahit tu. Ni yang rasa nak buat tabung untuk beli mesin jahit ni. Upah jahit sahaja boleh dapat harga kain langsir untuk satu bilik tau. Untunglah siapa yang boleh jahit sendiri tu.

Tak sabar lah pulak nak tunggu 9 Januari 2016. Nak gi amik langsir.