Jadik orang perempuan, macam-macam kan. Semua benda nak beli. Tapi langsir ni memang keperluan ni, bukan kehendak semata-mata. Rumah baru ni memang memerlukan langsir. Langsir sediada tidak mencukupi. Alah, aku pun bukannya jenis buat atau beli langsir setiap tahun. Mahal okay langsir. Even yang readymade pun. Langsir pertama aku beli ialah langsir sliding door untuk rumah sewa lepas kahwin. Pastu pindah USJ pun sekali je aku buat langsir sepanjang 4 tahun duduk situ. 2 set je langsir je aku ada. Dengan 1 set readymade untuk master bedroom rumah USJ. Tapi buruk sangat dah langsir tu, sampai bila masuk mesin basuh nak cuci, koyak kain dia. Huhuhu.. Kesian. Sampai reput aku guna, Biasalah, langir murahan.
Tu yang nak tak nak, aku putuskan untuk buat langsir baru untuk rumah sekarang ni. Lagipun tingkap-tingkap kuarters ni besar dan lebar. Langsir sediada tak mencukupi. Langsir sliding door lama pun tak cukup lebar dan panjang untuk tingkap hall kuarters ni okay. Silalah lah bayangkan betapa besarnya tingkap dia. Bilik dah lah banyak, dan setiap bilik ada tingkap. Tingkap standard 4 panel tu. Kalau nak buat langsir baru untuk semua bilik memang menangis lah. Maka aku dulukan langsir untuk ruang tamu, master bedroom dan juga bilik Eisya.
Aku memang tunggu je VIP Sales Kak Moon kat Globes. Previous sales dia bulan Oktober dulu melepas. So bila dapat invitation untuk sales pada 26 & 27 December, dan aku ada kat KL. Wahhhh, gembiranya akak. Terus amik measuring tape ukur tingkap. Cemas aku time mengukur, cemas memikirkan berapa meter lah kain nak kena beli untuk langsir ni semua. Dan aku letak kan bajet siap-siap. Paling mahal kain aku boleh beli hanya yang RM15/meter. Lebih dari tu.. Jangan berangan. Kalau berkenan jugak, pandai-pandailah pujuk hati.
Aku minat sungguh langsir plain je. Tak payah bercorak. Ala-ala hotel lah kononnya. Kalau google gambar-gambar hiasan ruang tamu ke, bedroom ke, mostly langsir dia mesti plain. Lagi-lagi kalau hiasan berkonsepkan moden. Jatuh hati sungguh. Tapi Ekwan tak nak lah pulak langsir plain. Puas aku yakinkan dia, tapi tetap dia kata 'Tak lawalah yang, pilih lah yang bercorak.. Tak pun, ada tekstur sikit' huhu.. Yelah..yelah.. Akhirnya aku mengalah. Langsir ruang tamu je aku pilih bercorak. Langsir bilik plain. Untuk bilik Eisya stripe. Actually warna yang aku nak takde. Aku nak kaler biru/hijau BSN tu. Tapi takde. Redho je lah. Takpe, warna yang dipilih juga adalah warna kegemaran. Masih boleh merealisasikan deko impian.
Berkenan sungguh dengan yang jalur-jalur orange yellow bawah tu. Untuk bilik Eisya. Aku memang berhajat dan berangan nak deko bilik dia warna orange yellow. Tapi alahai, mahalnya lah RM25/meter. Dahlah tingkap bilik dia kena pakai 12m. Okay carik lain.
Pick one of these (;
Rasa nak beli buat karpet bilik Eisya je yang stripe oren coklat tu. RM25/meter. Tapi kain jenis ni sesuai buat sarung kusyen sofa actually. Tapi apa ada hal, kita buat dia kan.
Lawa dan berkenan. Tapi mahal sangat lah pulak. Terpaksa lah lupakan. Amik gambar je lah. Tapikan kalau dapat carpet corak ni, bestnya la hai.
Seronok tau datang beli langsir kat Globes time sales Kak Moon. Harga turun banyak. Tapi tu lah, takde rezeki aku. Yang aku berkenan, tak drop harga pun. Tapi okay dah sebenarnya, kain-kain kat Globe sempena Year End Sales memang dah murah pun. Kain tebal, design lawa. Aku siap dah survey kat Kamdar. Kain yang sama tebal, design moden sikit. Kamdar jual sampai RM49.90/meter. Huhuhu.. Aku saje-saje lah ushar harga, suruh akak tu kira siap-siap.. Untuk tingkap hall aku yang perlukan 15meter tu, siap upah semuanya RM700++ kau.. Huhuhu.. Takpelah kak, saya ni kalau boleh RM700 tu untuk satu rumah. Kat Globe, paling mahal pun kain dia RM25/m tau. Tu pun jenis yang tebal.giler macam karpet tu.
Lagi satu yang best, siap ada makanan dihidangkan okay. Mana nak dapat kat tempat lain, datang beli kain langsir dapat makan. Anak-anak aku kerja berulang alik sofa ke meja makan je. Aku rasa tembikai tu habis ke 2 ketul tu je. Tapi bagus, senang mak kau nak membelek kain.
Macam-macam ada. Nasi lemak, mee hoon goreng, roti jala,, kuih 2,3 jenis.
Bajet shopping bulan ni tiada. Semua habis buat beli kain langsir. 15m untuk hall, 15m master bedroom, 12m bilik Eisya. Ya Allah, banyaknya. 42 meter semuanya. Kali RM15 semeter. Tambah pulak dengan upah jahit. Tak sanggup nak dikenang. Time-time gini teruslah terasa bestnya lah kalau pandai menjahit. Dapat jahit lurus je untuk buat langsir jenis french pleat pun dah cukup baik. Jimat beratus upah jahit tu. Ni yang rasa nak buat tabung untuk beli mesin jahit ni. Upah jahit sahaja boleh dapat harga kain langsir untuk satu bilik tau. Untunglah siapa yang boleh jahit sendiri tu.
Tak sabar lah pulak nak tunggu 9 Januari 2016. Nak gi amik langsir.
kami pun tengah duk kira-kira belanja ni,, nak beli langsir jugak.
ReplyDeletetengok harga kain belas2 ringgit semeter memang tak sanggup..hehehehe..
tq dayu sudi dtg
ReplyDeleteamacam kain dah siap ke dayu ...nanti jgn lupa share ngan akak k
dear globes time ni dekat mana?boleh share lokasi?
ReplyDeletekat area depan sogo.. depan gulatis..
DeleteCantiknya
ReplyDelete