Lama tak update. Akak busy. Keje hakiki busy. Pastu ni tambah lagi satu jawatan. *sengih* Mana yang dah maklum tu, tau lah apa jawatan terkini akak kan. *angkat kening*
Akak sekarang dah bergelar USAHAWAN. Fuyoo!! Usahawan. Pergghh.. Hebat sungguh akak kan. Hahaha.. Actually, lama dah akak pendam keinginan ni. Tapi tak berani nak mulakan. Akak kan jenis takut nak keluar dari comfort zone. Tapi bila suami akak, beriya dan dia semangat lebih. Bersungguh-sungguh, terus akak yakin. Jom kita BUAT. Marilah realisasikan keinginan memilik produk sendiri. Kalau harap akak sendiri, jangan harap. Berangan je lah.
Dan hari ini, secara rasmi dan dengan penuh bangganya akak nak perkenalkan :
Lama gak brainstorming nak dapatkan nama. Macam-macam nama kuar. Segala jenis bahasa guna, sudahnya marilah kita gunakan nama anak sendiri. Cliche sangat kan. Tapi itulah lebih afdal. Tapi boleh pulak bila nak creat FB page, nak register domain.. semuanya dah taken.. Hangin lak rasa. Lagi hangin sebab semuanya dah tak aktif actually. Ikut rasa hati nak je contact derang suruh delete akaun. Hahaha.. Kuasa veto sangat kan. Tapi setelah mengharung onak duri *kau tak yah drama lebih dayu* Akhirnya officially ELMA COSMETIC yang terpilih. Dan terus proceed design.
Dan produk pertama ELMA Cosmetic adalah BB CUSHION. Nak buat BB Cushion sebab aku nak guna. Hahaha.. Ianya keperluan untuk aku. Mak yang tak kecukupan masa nak bersiap cantik-cantik bila nak keluar rumah. lagi2 time nak gi kerja pagi-pagi. Dan aku tahu ramai yang ada masalah yang sama.
Processing pun lama. Yelah, BB Cushion ni bukannya kami re-sell atau re-pack. Ni formula sendiri okay. Nak adjust ingredient dia. Bukan boleh setakat 1-2 bulan. Sendiri kena puas hati, barulah confident nak share dengan orang lain kan.
ELMA INSPIRE BB CUSHION.
Sambil make-up. Sambil rawat kulit muka.
Akak cerita lebih lanjut pasal BB Cushion ni di entry akan datang ye. Doakan lah kejayaan ELMA Cosmetic dan usaha akak nak memperkenalkan ELMA Cosmetic ni dipermudahkan. Ni akak sharekan semua link ke landing page ELMA Cosmetic. Jangan lupa LIKE dan FOLLOW.
Instagram : https://www.instagram.com/elmacosmetic
Okay, jumpa next entry. Akak nak kena buat poster ni. Boss dah tanya-tanya tu.
tahniah Dayu...tester xde ker dayu;D
ReplyDelete