20 August 2010

impian seorang ibu

Eisya berusia 4 bulan hari ni.

Sangat pantas rasanya. Dah 4 bulan dah anak ibu. Rasa mcm baru semalam je berkerut-kerut muka tahan sakit contraction kat wad 5B, Hospital Serdang tu. Teringat lagi baju pink kain besar tu. Terasa-rasa lagi sejuk aircond labor room tu, smpai menggigil dibuatnya. Wahh, sangat cepat lah anak membesar. Ni dah 4 bulan, next month 5, pastu 6.. pastu sedar tak sedar setahun dah umur Eisya.

2 jam selepas Eisya dilahirkan.

Semenjak Eisya 3 bulan lagi aku dah berkobar-kobar nak bagi dia solid food. Dah lah dia asyik buat muka teruja je tiap kali tgk ibu ngan abah makan. Tengok je orang masuk kan makanan dalam mulut, mata tak lepas pandang orang mengunyah. Teruja kot tgk. Kenapa dia tak dpt buat gitu kan. Yelah, ibu ngan abah tgk tv, dia dpt gak baring-baring, tergolek depan tv. Nape ibu ngan abah duduk kat meja makan, dia kena tengok je. Tu yang mulut tericip-icip macam nak merasa je. Tak pasal-pasal abah suap air ribena separuh sudu. Kesian sgt kat anak.

Aku dah pasang niat, kalau boleh tak nak bagi Eisya makan Nestum. Ye, bunyinya macam sgt tinggi cita-cita yang satu ni kan. Yelah, nak memberi dia susu ibu secara eksklusif, tak berkesempatan. Apa salahnya, pasang impian tang yang satu ni. Oleh sebab itu, start Eisya 3 bulan, google dimanfaatkan sepenuhnya dalam menuntut imu pengisian perut anak dengan bahan padat ini. Panduan menyediakan makanan bayi adalah favorite search buat masa kini.

Tercari-cari apakah makanan pertama yang aku nak beri kat Eisya. Mula-mula tu, masa takde ilmu. Cadangnya nak bagi bubur nasi sup ayam. Hahahah..bila dah mencedok maklumat yang bersepah-sepah tu, terus macam 'nasib baik aku tak bagi lagi' Kalau lah aku memandai-mandai,merasalah anak aku makan mcm org besar.

Peringkat pemakanan bayi

Peringkat 1 (5-7 bulan)

Pada peringkat ini, makanan yang paling sesuai diperkenalkan ialah buah-buahan. Buah-buahan yang sesuai ialah seperti epal, pear, tembikai, pisang, betik, mangga (pastikan tidak ada serat yang diberikan sekali dengan cara menapis buah mangga terlebih dahulu).

Beri bayi satu jenis buah atau satu tekstur buah yang sama pada satu masa sahaja supaya bayi boleh memahami rasa dan tidak keliru.

Buat permulaan, beri bayi makan sehari sekali (lunch- antara 11.30 hingga 12.30 tgh). Kemudian boleh ditambah kepada 2 kali sehari (lunch dan dinner- antara 5.30 – 6.30 petang). Selepas dari waktu tersebut, tidak perlu beri makan kepada bayi, memadai dengan susu sahaja.

untuk pembacaan lebih jelas, sila klik gambar tersebut

Cara penyediaannya fruit puree ialah seperti berikut:

1. Potong buah kepada kiub-kiub kecil dan rebus atau steam buah-buahan tersebut sekejap sahaja (1-2 minit).

2. Lenyekkan atau blender buah.

3. Buat permulaan, beri bayi makan 2,3 sudu sekali makan sahaja dan tambahkan sedikit demi sedikit pada hari berikutnya.

Yeah, sudah berangan mahu buatkan puree apple untuk Eisya. Pastu puree pear, pisang, betik. Wahh, aku bersemangat bagai nak rak, sekali anak aku tak nak telan. Sayu hati. Tapi pape cuba dulu. Harap-harap dia makan licin satu mangkuk. Ohhh, abah, jom kita gi Ikea carik dining set untuk Chacha.

Nak meng'google cara penyimpanan puree beku pulak..

*jgn lupa vote Chacha -sempat lagi tu-

13 comments:

  1. zuris pun konon2 taknak bg kysha nestum sbb ada org ckp ti anak taknak mkn nasi
    tp..kena bg gak last2 sbb kysha taknak minum susu botol.tu pun atas nasihat doktor.

    dayu,riben tu zuris bli kat bribbons.com.
    g lah terjah.mesti teruja cam zuris gak ti.hehee..

    ReplyDelete
  2. selain cerelac, kite bg jugak naurah mamam buah yg di puree. paling dia suke buah pear yg ade wane2 merah sket tuh. rasanya lebih sedap dr pear hijau biasa. try bg pisang, dia buat muke pelik pulak hihi. bg avocado, dia telan gak lah. lagi bagos sbb tekstur halus.

    cerelac tu bekal utk nursery jer. lebih mudah utk org kt sane lah. sudahla handle ebm yg cerewet tu kan. so mls nk tambah keje bdk2 pengasuh tu lagi hihi. klu kt rmh, kite bg buah2 asli. lg bagus utk bb =)

    ReplyDelete
  3. wah..x sabar nak bg qistina mkn..

    sy nak butir2 tntg cha..
    nama penuh
    nama panggilan
    tarikh lahir
    benda yg cha suka main
    gelagat yg kelakar
    jenama pakaian yg cha selalu pakai
    sbb ape akak suke jenama itu..

    ReplyDelete
  4. ohh bru tau xleh kasik serat byk sgt ye.. bagus dayu, byk ilmu.. kongsi lg eh:P

    waa aunty da undi byk2 da smlm.. sekali la jugak tgk pic2 baby2 yg lain.. nmpak comel, girang tros vote!

    ReplyDelete
  5. insy'allah
    x lama lg sy akn wat resepi solid food selama sy bg kt mu'adz..ramai yg mtk tp x buat entry lg..

    reminder..
    nt 1st step, 1st day..bg bubo hncur dan tapis+ebm dlu ye..buat 4 day rules..jgn trus bg puree/ikn aym bgai..tesentak perot ee nt..hiks..

    ReplyDelete
  6. hai dayu,
    mya dah start solid food tau. masa 4 months. doc advise dah boleh mkn, since berat dia dah double and she's ready. so i dah kasi dia neslac for beginers. once a day, fruits belum start lagi, igt nak start next week. hehe nnt i post about it on my blog

    ReplyDelete
  7. sudah boleh makan ke umur 4 bulan
    skrg ni kenalpasti gak tanda2 kalau eisya is ready for solid foods
    tp mcm takde pun
    dia mcm cukup je nyusu..

    berat pun blum double
    belum masanya lagi kot

    anyway, camne nak simpan frozem puree, share lah geng

    ReplyDelete
  8. bgs2 dayu...mas pon tgh google nk bg solid food kat rijal...ade sign jgk bb da ready utk mkn...

    ReplyDelete
  9. good info la dayu....qaseh pon tak lame lagik 4 bln n kene gak tau pasal solid food ni...qaseh pon tiap kali ngk kite makanmst die cam telan2 air liur...cian pona de...hikhik

    ReplyDelete
  10. dulu aku buat friut puree,letak dalam ice cube then bekukan...bila dh beku keluarkan then masukkan dalam tupperware kecil2...kira satu tupperware utk sekali feeding( 4-5 ketul ice cube)

    but for first time solid food, better bagi bubur nasi hancur for 4-5days. kasi die try dulu rasa mknn,then br bg mknn yg lain

    ReplyDelete
  11. bestnye gambar tu... Jiha takde pon gambar mcm tu since Aqeef kat NICU.... dok je sorang2 dlm wad tgk siling sambil risau2kan Aqeef

    nway, tu la... kalau boleh nak bg yang terbaik kat anak kan =)

    vote chacha hehehe

    ReplyDelete
  12. thanx so much dayu coz bg info yg sgt berguna ni

    ReplyDelete
  13. there's lots of information out there
    kita kena rajin mencari kan
    dan bila dh dapat
    tak salah kita share sama2
    and this is what i'm doing..
    meh sama2 mantapkan ilmu keibubapaan kita

    ReplyDelete