23 August 2010

promosi kan lah usaha baik ni

Sedang syiok layan tgk tv, bersama suami dan anak kecil yang abahnya kata sudah semakin tembam. Abah dah macam tak larat nak dukung. Alah, rileks lah abah. Ni baru 6kg, blum 10 kg. Ok pe, tak payah abah susah2 nak angkat dumbell, angkat Cha pusing keliling umah dah cukup. Cha riang senang hati, abah boleh exercise ;)

Ok, aku melalut. Sedangkan bukan isu berat Chacha yang berlegar-legar dalam paler otak.

Sedang layan citer entah apa, mesti ada iklankan. Dan bila tgk iklan mempromosikan susu S26 tu. Aku macam terfikir 'kenapa takde iklan susu ibu hah kat tv?' Kenapa penyusuan susu ibu tak dipromosikan sehebat susu fromula? Sedangkan kebaikan berlipat ganda? Pastu aku pun mcm terpikir, bukan setakat kat tv. Kat dalam surat khabar, dalam majalah pun takde. Jarang lah aku nak jumpe terpampang besar2 gambar ibu susu kan baby, promote pump ke, pernah korang jumpa? Paling tak pun, Pa&Ma bulan Ogos ni.. lain? Macam tak pernah pun. Tapi gambar tin susu banyak, sebesar-besarnya tidak iklan dia.

Penyusuan susu ibu ni hebat di alam maya je kan. Di media, suram je. Tu ramai yang kurang bagi sokongan. Awareness sgt kurang. Kat klinik kesihatan pun, promosi sekadar kat poster, gambar-gambar ngan pamplet je. Mana lah ada nurse-nurse tu nak terangkan details. Maklumat dan ilmu semua dapat dari pembacaan di alam maya, dari forum-forum. Share ilmu ngan ibu-ibu yang dah berpengalaman breastfeeding.

Takde orang nak buat iklan promote susu ibu ni? NGO-NGO ke? MbfPc tak nak buat ke? KKW? Baru lah nanti takde mulut-mulut jahat yang merendah-rendahkan semangat ibu yang nak bf anak dia. Barulah, opis-opis kat malaysia ni akan sediakan kemudahan untuk ibu-ibu nak memerah. Tak banyak opis yang ada nursing room kan, kebanyakannya kena memerah kat surau. Yang ada bilik sendiri ok lah. Tapi still gak kena ke pantry, nak membasuh. Seronoknya kalau ada nursing room lengkap ngan sterilizer, fridge, rak nak keringkan botol smua. Mesti semangat meluap-luap.

Bila breastfeeding ni nak jadik amalan rutin kat Malaysia hah? Dan moga-moga suatu hari nanti, bila kita bf anak di public, orang dah tak jakun dah. Takde dah nkk tertoleh-toleh tgk apa kita tgh buat di sebalik kain tu.

saya sokong penyusuan susu ibu!! hanya yang terbaik untuk anak kita!!
-boleh jadik slogan kempen ni-
*sama mcm miera, berani mati letak gmbar ni*

Kekurangannya maklumat dan pengetahuan, buat masyarakat sekeliling sukar nak sokong niat murni kita ni. Susah derang nak tukar mentaliti dan nak terima hasil terbaik yang Allah cipta untuk kita ni. Minda dah macam ter'setting, baby kena minum susu tepung, kalau tak nanti tak cukup nutrien. Bila kita masih susu badankan anak, orang mula bertanya 'minum susu badan lagi ke?' Bila kau kata 'a'ah' macam susah je dia nak terima kenyataan tu. Tak yah kata orang luar, ayah aku sendiri pun macam tu. Puas la terangkan kat dia.

Sesuatu perlu dilakukan. Masyarakat perlu didedahkan tentang kebaikan susu ibu. Secara meluas. Sama hebat dengan susu formula.

Tapi syukur lah. Penyusuan susu ibu sudah semakin diterima. Dah semakin dijadikan amalan. Ramai yang memasang niat nak fully breastfeed anak semenjak di dalam kandungan lagi. Adalah penambahbaikan di situ kan. Nursery-nursery pun dah terima baby yang minum EBM. Dah di tahap ni pun, dah alhamdullilah kan.

Mungkin bila aku dah beranak 3 nanti, semua impian ni dah jadik kenyataan *3 ke?*

21 comments:

  1. eisya 4bln=6kg, naurah 6bln=6.1kg
    macam...?????? anak guwe x cukup zat dr susu ibunya kahh? susu badan kite x cukup berlemak kot ekk? haihhhh...sedih lak rase huhuh..

    yupp. kene bykkn promosi ttg kebaikan susu ibu. agreed!!! plus kemudahan kt opis utk para ibu. mabelessss..

    ReplyDelete
  2. sokong!!
    kite pon heran...sbb bile lack of knowledge,org assume mcm2...jenuh nk explain...(dlm kes dr sdr,btekak dgn mmb sdr,kuar hujah2..hehehe)

    bam2 chacha..berat rijal xtau la bp...
    naurah jenis petite kot..jgn sesedih...sbb bb kite pon kurus jgk...hehehe

    ReplyDelete
  3. sokong. tp....
    apa daya nurul menyusukan raina masa dlm pantang je. ada sebab kukuh bukan suka2. terkilannya

    ReplyDelete
  4. walaupun baby masih dlm perut..saya juga menyokong penyusuan susu ibu....ada hospital mmg sgt support susu ibu...macam kiree perasan, hosp pantai...sebab bila lepas deliver...diorang tak bagi botol susu utk wat formula...diorang lebih galakkan guna susu ibu...kesihatan bayi yang minum susu ibu berbeza dgn bayi yg minum formula...

    ReplyDelete
  5. Setuju sangat Dayu!

    Sebab tu, orang-orang memperlekehkan niat kita nak fully BF. Dah cakap awal-awal suruh bekalkan susu tin untuk dibawa ke rumah BS nanti. Geram lah. Sakit hati pon ada. :(

    ReplyDelete
  6. mmg sedih tau bila org daring kita semacam masa kita BF baby. mcm laa kite buat salah... padahal tk terselak sampai nampak tek pon. kite pon tk nyusahkan dia suruh selak baju dia nyusukan anak kite kan.. yg dia sakit mata mandang kite tu apasal.. ishk.. sedih btol kalo dikenang2 insiden kat jusco. dorg ni mmg tkde sivik la.

    dulikkan je dayu. dorg jeles tk bertempat la tu namanya...

    *mencik office ni yg hanya bg pump during lunch time. gov kena buat akta & special schedule utk BF mom ni. dia igt tk sakit ke kalau tek bengkak lama2 sbb tk pam.. Argh tk kire! setiap 3 jam aku akan pam tk kire ko kasi ke tak!

    **eh? blog aku ke blog dayu ni?sori dayu, emo... 1st day msk keje... biasala..

    ReplyDelete
  7. hahaahahahahaha..
    berani mati ni..
    tapi tu la.. kenapela opis ni xde sediakan nursing room..
    kalo ade lg la meluap2 semangat nak mengepam kan..
    skg ni pon dok numpang dalam bilik bos.. nak ke surau nunnnnnnnn jaoh ke belakang sane..

    alahai alahai

    ReplyDelete
  8. see..see..ramai yang menghadapi pelbagai masalah alam usaha memnyusukan anak dgn hasil terbaik badan sendiri kan

    mentaliti masyarakat

    fasiliti..smuanya macam tak memihak kepada kita. ada je yg negatifnya. yeah.. akta dan polisi harus dibentuk. tapi mana saluran kita nak guna erk?? nmpak MbfPc je skrg ni.

    ReplyDelete
  9. bile dah jadi rutin breast pump electric pun akan bertambah murahkan..? juga produk penyusuan ibu yang lain2 mcm sterilizer steamer.. HEHE..

    ke memang murah? tgk cam mahal jerk..

    ReplyDelete
  10. sokong jugak...
    diperlekeh tu pekara biasa wak.hehe.
    opis kite lagi laa...surau xde... smyang dalam server room, pam susu pon situ jugak. menggigil2 tahan sejuk anak punya pasal. nak request?dipandang sebelah mata je la...sebab saye sorang je pengepam kat sini...hehehe.

    ReplyDelete
  11. a'ah kan...bila breastfeeding ni dah jadi amalan rutin
    harus all the accessories akan menjadi murah
    time tu, selamba yaya je kita beli Medela FS :)

    ReplyDelete
  12. comel la tgh susukan baby tu... kita tak sempat nak susukan baby sampai 2 thn...abih pantang susu kering! Dah rangsang pun still kering...huhu

    ReplyDelete
  13. ewah sedap betul cha minum susu ibunya..erm xlama lg mmg 10kg la..betul jugk kan, kt tv xder langsung kempen susu ibu..harap2 nnt yana pun blh fully bf..

    ReplyDelete
  14. bila baca entry ni, baru yonna perasan, memang betul susu ibu ni tak diluaskan kebaikan dan kelebihannya. sedangkan susu itu lah yang merapatkan bonding antara anak dan ibu.

    aih, mestilah beria-ia diorang promote susu formula kak.. bisnes.. $___$ duit. itu yang sehari 50x susu formula macam2 jenis kat TV.

    ReplyDelete
  15. smua berhasrat nak bf anak masing2 kan. bila ada yg berkeinginan tapi tak berkesempatan, mmg sedih. bukan rezeki kita mungkin
    yang penting niat tu ada kan

    ReplyDelete
  16. salam kenal..teruskan usaha menyusu...great challenge

    ReplyDelete
  17. sedih tau.tak dpt bg kysha fully bf.huhuu...
    heran kan..ada gak ibu yg bila tnya nape tak bg baby bf?blh dijawab...sakitlah kena gigit.
    aduhaii...

    ReplyDelete
  18. siapa yang masih dapat bagi susu badan kat anak dia memang beruntung.

    ReplyDelete
  19. amy start tahu pasal EBM nih last 4 years. kakak kepada my bestfren is a doctor. so, dia mmg pulun pump her breast nak dptkan susu. simpan dlm freezer tak yah ckp lah, sampai ke rumah parents dia simpan. senang if anak dia kat situ nak menyusu.

    ReplyDelete
  20. em selalu fikir psl ni dayu..kenapa takdak iklan kat malaysia ni psl susu ibu..ataupn sedikit ruang dlm rancangan2 kt tv mcm wanita hari ini ke..apa kata wanita ke..tu kan sumer psl wanita..tp takdek segmen utk susu ibu..cuba tiap2 hari luangkan 5minit ckp psl susu ibu..mst ramai yg terpengaruh..em yg ada cuma sekali sekala ruang dlm rancangan tu..cth bila dekat hari penyusuan susu ibu..

    ReplyDelete