Dah ke-13 rupanya.. okay lah tu
Day 13- A letter to someone who has hurt you recently.
Siapakah yang menyakiti saya kebelakangan ini?? Adakah??
Rasa macam takde lah. Semua dikeliling saya mcm sangat baik. Takde nak buat saya rasa marah, atau geram secara maksima sampai nak simpan dalam hati. Tapi setakat terusik sikit-sikit tu adalah. Bukan semua orang bleh paham apa yang kita nak. Tak semua sependapat dengan kita, setuju dengan pandangan dan sentiasa terima apa yang kita kata. Maka, kalau tersinggung sikit tu normal lah. Tapi tak la sampai nak mengarang surat, bagi peringatan.
Hidup bermasyarakat gini la style dia. Adat. Kalau takde semua ni suram gak hidup. Kalau storyline mendatar je, hambarlah jadiknya. Sama macam hidup, takde semua ni tak mencabarlah. Harus bosan hidup.
Kesimpulannya, aku dikelilingi oleh orang dan objek yang menghiburkan.
Nak dapat tu semua, aku pun kena lah jadik subjek yang menghiburkan juga. Hal remeh, jangan buat serius. Kalau terusik hati tu, usaha la pujuk dan rawat sebelum melarat.
*ok, aku rasa macam dah lari topik. baik stop segera sebelum lagi melalut
hahahaha...
ReplyDeletesetuju la sangat dgn kak dayu tu..
kalau kak dayu merajuk..
cepat-cepat tengok si debab eisya tu..
gerenti punyalah akan terubat :)