Korang pernah berada dalam situasi ni?
Sila jangan kata 'tak pernah, aku ingat nama semua orang' Memang bagus la kalau korang sentiasa boleh ingat semua benda terutamanya nama orang. Aku memang failed. Kadang parking kete kat mana pun tak ingat, inikan pulak nama orang yang dah lama tak jumpa.
Bila join apa-apa event jabatan, biasalah akan jumpa ramai orang. Jumpa yang selalu berjumpa oklah. Confirm la ingat nama, kalau tak ingat tu maknanya memang tak tahu bukan lupa. Tapi sekali teserempak ngan orang satu opis 3 tahun lepas. Ada lak yang sapa, tapi kita ni punyalah blur 'sape ni...sape ni? aku kenal dia ke?' Ni lagi kes naya. Puas lah aku berlakon, pastu tak sudah-sudah berharap 'cepatlah dia blah' Bukan tak sudi nak berborak beb, tapi tak mahu kantoi aku tak ingat nama dia. Nak tanya macam tak sampai hati.
Macam semalam bila kena jaga booth sempena Karnival Pembudayaan Ilmu, JKR ramai la jumpa geng-geng lama, geng induksi boleh tahan lagi la. Alhamdullilah aku boleh ingat lagi. Sekali jumpa la pulak senior masa kat UiTM dulu, rakan-rakan masa sama-sama jadik engineer kontrak dulu. Mengagau aku nak mengingat nama diaorang. Nak tak nak borak je lah macam kau masih segar diingatan ku.
Tapi rasanya aku memang lemah ingatan lah. Kalau Ekwan citer kisah dulu-dulu, memang jarang yang aku boleh ingat peristiwa yang dia perkatakan. Lagi-lagi kalau kes-kes tak high impact, memang tak melekat kat kepala otak aku ni. Banyak sangat makan junk food kot aku ni. Kandungan MSG dalam badan dah tahap maksima rasanya. Apa taknya, asal masak kalau rasa macam tak kena kat tekak, aku tuang bahan perasa. Baru berselera. Nasib baik Maggi dah lama aku tinggalkan. Jajan-jajan pun lama tak beli dah. Kalau tak entah gaya mana lembab aku ni agaknya.
Dan terus aku pasang impian lagi, aku tak kan benarkan Eisya makan junk food. Sebolehnya aku akan didik dia makan natural food je. Dan nak jayakan misi ni, abah dia kena bagi kerjasama. Nak makan maggi goreng, sila jangan makan depan anak. Dalam kete, nak balik kampung pun tiada junk food dan air gas dibenarkan masuk dalam kete. Air ribena je boleh :) Iye, mcm sangat tinggi keinginan aku. Kita cuba dulu. Memang macam susah, sebab faktor sekeliling. Lagi-lagi kalau dia dah besar skit nanti, kawan-kawan makan, boleh ke dia tengok je. Tu yang kena mula dari kecik ni lagi. Dan salah satu langkah aku nak kasik misi aku berjaya, kenalah aku gigihkan diri jaga pemakanan anak. Kena rajinkan sediakan makanan untuk dia. Biar sentiasa berselera nak makan makanan yang dimasak oleh ibu di rumah.
*kena sediakan diri nak melayan kerenah pemakanan anak nanti
** skrg dok perhati je kerenak anak-anak buah
fashya penah jumpe sumbody yang familiar kat rnr. tapi sebab tak ingat nama die, fashya buat dek aje. skali dapat mesej dari adik. Die ckp "akak ko sombong gile jumpe aku kat rnr machap". wakakaka...lantokla...
ReplyDeletedah tak ingat name, malas nak recall. lagila nak cepat masa tu. so, buat tak kenal jela...
hehe..betul makin dewasa makin lupa..hehe..
ReplyDeletedayu, guna ikan bilis tuk gantikan bahan perasa tu..rasanya not bad ok..
sama2 lah kita jaga pemakanan anak kita..lg2 klu skrg ni apa makpak dia mkn dia mintak! adeh..hulur la finger food trus senyap..nasib blh ganti lain x meragam..klu dia nk gak ape yg makpak dia mkn? abes lah!
kite pon cita2 xnk biar Naurah mkn junk food sgt. tp klu dh balik rumah in law, kampong johor...hmmphhh..biasalah mmg dibagi sumbat mcm2. ramai org la katekan. xkan nk kecoh2 ckp jgn pulak kan? kang org meluat lak kt kite..adoii..tu yg payah tue...huk huk...
ReplyDeletehahaha..akal kita pun dah sgt lemah dayu. kdg² brg ltk tempat lain cari tmpt lain. mmg fail. kalau jumpa kawan tapi tak ingat nama tu mmg setakat senyum² je lah.
ReplyDelete