20 December 2010

perkara rutin hujung tahun

Hari ni 20hb Disember 2010.

Eisya genap berusia 8 bulan. Makin bijak. Makin manja itu budak. Ada 10 hari lagi sebelum meninggalkan tahun 2010. Secara jujurnya, aku rasa 2010 adalah sangat pantas berlalu. Macam cepat sangat nak bertukar tahun dah. Ralit sangat membelek Eisya kot, tu yang tahu-tahu dah hujung tahun dah.

Memang sangat sesuai lah nak buat task yang satu ni waktu-waktu gini.

Day 18- Plans/dreams/goals you have.

Kalau ditanya memang macam-macam plan ada dalam kepala otak aku ni. Impian pun ada melambak-lambak. Semua aku nak kalau boleh. Tapi sedar ke diri, aku simpan senyap-senyap je lah dalam hati dan kepala sendiri. Tapi ada masanya, aku keluarkan gak sikit luah kat teman sehidup semati yang sorang tu. Mana lah tahu dia terbuka hati nak tolong kabulkan apa yang diimpi sang bini *kata company jepun murah hati menghargai pekerja, apa salah berbudi kat isteri kan

Tapi aku ada satu keinginan yang sungguh mendalam. Nak sangat jadik kenyataan, termakbul lah harapan yang satu ni.

Aku nak langsaikan hutang kad kredit!!!

Aku akan berusaha sungguh-sungguh clearkan hutang piutang tu. Macam sangat membebankan. Rasa tak tenteram aku tengok statement yang dtg tiap bulan. Tak suka. Nyampah je tengok. Maka, sebelum lebih kritikal, aku kena selesaikan segala hutang tu. Nak kerat kad tu rasa macam tak berani la pulak. Sebab ada masa perlu gak. Tapi kalau ada je dalam purse tu, susah gak. Ohhh, tidak..tidak. Akan menahan diri. Aku rasa nak gi bekukan lah kad tu. Jauhkan diri dari dia.

Berbelanja menggunakan wang yang ada sahaja. Takde duit duduk diam-diam. Dulukan keperluan.

Itu yang paling penting. Tapi kalau diikutkan banyak je lagi yang aku nak capai tahun depan. Tapi semuanya lebih kepada memenuhi kehendak dan keinginan nafsu semata seperti:
  • nak langsir baru
  • nak set tidur baru, yang lama letak kat bilik tetamu
  • nak TV baru
  • nak decorate bilik blkg jadikan bilik khas untuk Cha
  • i need vacation!!! *yang dah in schedule lambat sgt, i need one by early 2011
  • nak handbag baru, kasut baru setiap bulan.. Baju baru jugak, baru complete
Ini memang betul-betul namanya bermimpi.

10 comments:

  1. kalau boleh semua nak baru...mmg best...hu hu hu...

    ReplyDelete
  2. tahun baru semo baru senang cite...lg best i loikeeee

    ReplyDelete
  3. nurul mmg dr dulu tak pernah nak rasa pakai kad kreadit. mmg ramai je org hasut2 amik kad kredit tp nurul tak mahu sbb dah tahu diri nurul mcm mana sukar nak tahan nafsu sopin ke apa ke.

    nurul pakai debit kad je. masuk duit bulan2 guna tunai. since adik sendiri dulu keja bank pun tawar mcm2 mmg cuba control ckp dlm diri "ohh tak mahu kad kredit"

    takut lah dayu. tp kalu dayu boleh control diri tak pe kalau pakai kad kredit.

    ReplyDelete
  4. hahahaha semua baru please!!


    *same macam ape yang reen impikan.. bile ah ade duit dalam akaun juta2, semua boleh beli kan.. ahahaha

    ReplyDelete
  5. kad kredit tu dah hampir memakan diri
    hutang dah melambak-lambak ni
    mmg nak kena langsaikan
    dpt je settle, rasa nak cmpak dlm laut je kad tu
    suhh...suhh

    oohhh mmg indah la kalau dpt semua yang diidamkan

    tapi berangan je lah

    ReplyDelete
  6. bolehhh...beli satu2.semoga tercapai impian

    ReplyDelete
  7. huhu..mmg kalo bleh nak sume barukan...banyak impian nak dicapai sebenarnyer...alangkah seronoknyer kalo pejam mata dan celik tengok segala2nye berubah..hehe...nad pun suke kalo nak jion berangan nih...ehhe

    ReplyDelete
  8. Dayu,

    hutang kad kredit mmg sangat membebankan. apa lagi kalau hutang tu org lain buat, yg kena byr kita. haha.


    CC Raihan lama dah dipotong dua. sekali pakai tengok hutang selambak, terus rasa takut. Bayar lumpsum then kerat dua. diriku mmg takleh ada CC. mmg semua kemahuan akan jadi keperluan. hahaha.

    ReplyDelete
  9. nak gak kerat 18 kad kredit tu
    tp mcm tak berani
    sbb ada rasa bergantung harap kat dia lagi. mcm mana??

    aaargghhh!! geram lah tgk baki hutang tu. mmg kena langsaikan jugak
    barulah tenang jiwa ni

    ReplyDelete
  10. ainul xapply pun cc.maybank yg offer.cess sj nk bg ainul berhutang.tp pandai2 guna.guna utk benda yg penting je.kalo utk soppink ainul selalu guna kad atm je.cc kalo outstation utk hotel je la

    ReplyDelete