20 December 2010

untuk anak

Selamat Ulang Bulan ke-8 anak kesayangan ibu!!

Nak hadiah ke? Nak toy baru? Tak payah lah, Cha bukan layan sangat. Kan Cha lagi suka main plastik, main kertas.. Ibu bagi majalah-majalah lama ibu lah.. Awak nak renyuk kan kasik koyak pun, ibu tak kan halang. Do as what you want. Nanti mesti Cha tertoleh-toleh sambil berfikir 'nape takde org kacau nak buat project ni, selalu mesti ibu dah tarik-tarik tangan ni' Ohh, ini satu perangai dia yang aku anggap comel. Bila sesekali dibenarkan buat benda yang selalu dihalang, memang dia akan macam terberhenti. Pandang-pandang 'betul ke ni? boleh ke ni?'

Tapi high chair Ikea tu, ibu akan pastikan abah belikan untuk Cha. Lepas ni Cha boleh duduk semeja dengan ibu ngan abah time makan ehh.. tapi sorry sayang, awak tengok je lah. Walau ramai orang kata 'boleh dah ni makan nasik, 8 bulan dah' Ibu masih akan tetap bagi awak bubur. Dan selagi awak takde gigi, nikmatilah bubur kisar ye.

Eh, baby bawah setahun boleh dah ke makan roti??

tempat favorite bila masuk kereta. dulu boleh la, diri diam je kat situ tergoyang-goyang bontot. sekarang.. tangan tu tak duduk diam. bukak wiper, bukak signal. tapi seram je aku tgk, takut patah segala benda tu. dia tekan punyalah kuat.

Eisya sekarang tengah galak memanjat. Pantang dapat tempat berpaut, berdiri lah dia. Dia mana reti takut. Kita yang tengok yang seriau tgk dia berpaut kat bakul baju pastu berjoget-joget. Kalau dapat diri atas kerusi lagi dia seronok. Pastu nak angkat kaki naik atas meja. Huhuhu.. anak..ohh anak.. sabar ye. Tunggu besar sikit baru panjat meja. Ingatkan makin besar, kuranglah manja. Tapi aku silap. Makin besar makin menjadi-jadi. Tak boleh tinggal langsung. Lagi kritikal, orang lain langsung tak boleh pegang dia. Sedangkan ibu depan mata ni. Orang lain amik, teriak la dia. Nak suruh ibu ngadap dia je. Merasa hatilah tok-tok awak Cha. Tapi ngan orang laki nak la pulak ehhh..diam je dok kena dukung. Mmg manja terlebih la dia.

Dan tadi malam dia mungkin sedang mengalami growth sprut. Sejak semalam lagi sebenarnya. Aku tido macam tak tido. Asyik la terjaga dengar dia merengek. Bila amik pangkukan dia menyusu, tak menyabar.. mulut tu dah termuncung-muncung carik puting. Pastu macam tak reti puas. Kalau boleh agaknya, dia memang tak nak lepas. Mintak maaflah sayang.. ibu tak larat. Nasib baik bila paksa dia stop, dia tak menjerit. Tapi tu lah, sejam kemudian bangun lagi. Aku rasa dah kering dah susu dia kerjakan. Tapi tetap gak dia menghisap. Nak tak nak, bangunlah aku jam 4 pagi bancuh susu 4oz. Habis sebotol, lena lah skit aku tido. Tahu-tahu ada budak tengah panjat-panjat badan aku pukul 5.30 pagi.

Cha, be a good girl ye sayang. Ibu ngan abah akan sentiasa cuba beri yang terbaik untuk Cha. Sebab ibu sentiasa mahukan anak ibu membesar menjadi budak yang bijak, cergas dan solehah. And please sayang, janganlah asyik nak berkepit je ngan ibu. Tak jadik keje ibu tau. Bukan ibu tinggal Cha pun. Ibu ada kan.. cuma tak pegang Cha je.

-bila lah anak aku nak berambut lebat ni-
aku memang suka pakaikan anak aku macam budak laki. hahahaha... pening kepala bapak dia. tapi aku memang macam kurang berkenan nak belikan skirt-skirt untuk eisya. beli seluar pun aku suka yang boy punya.

16 comments:

  1. lerr..na plak geram tgk baju dak2 pompuan,
    hahah tp xde la pakaikan zarif tu skirt,
    dah la dak tu pun rmbut jarang2,
    so mmg xley nk nyamar gegurl lsg la :p

    ReplyDelete
  2. bak mai seluar cha kasik kat payin.. ahahahahahaha

    nanti cha mesti lebat balik rambut.. macam mase newborn dulu.. yer daku merindui wajah montok cha waktu lahir dulu.. x sangka, da besar da dia.. hehehe

    ReplyDelete
  3. ms Kaisya checkup 8 bulan dulu, raihan ada bgtau psl kaisya yg tak nak bubur. nurse ada suggest, bg makan biskut/roti. so sejak tu memang raihan bg roti/biskut. tp kaisya prefer roti.

    kalau dayu x confident dgn roti yg dibeli, dayu buat je roti sendiri. lagi yakin dgn apa yg anak kita makan, kan?

    ReplyDelete
  4. Naurah tu mcm2 dah telan. biase lah. parent in law suke suap mcm2. malas nk amek port huhuhu...roti dh blh makan dayu. lembut kan? huhu..xpon cicah air sket bg lebih lembut

    Cha da makin lasak yer? hihi..

    ReplyDelete
  5. hahahaha
    yg ada nak laki sibuk teringin pakaikan baju girl
    aku yg anak pompuan
    asyik la pakaikan baju jantan

    roti dah boleh eh
    mmg dh bagi pun :)
    cuma dengan perasaan bersalah dan penuh curiga
    ok, lps ni boleh bagi dah
    dah lah dia suka betul dpt kemam roti tu

    ReplyDelete
  6. cha,gimme 5 sama rijal...
    sama naik rupenye..tang wiper n signal kete tu,mmg seram..tp pantau jela kn,br diorg tau cause n effect...
    mereka semakin membesar..huhuhu

    ReplyDelete
  7. raisya belambak2 skirt, tp bile pakai skirt, nmpk mcm kelako plak. haha.

    ape2pon, happy 8mths ye cha syg. :) kejap je 8mths, rase mcm baru smlm je bace entry overdue ibu cha ni. hihihi

    ReplyDelete
  8. cyrus xnak makan bubur.
    jenuh aku masak memacam.
    nak buat cemane ha?

    ReplyDelete
  9. Dayu, alahai.. nampak cerdik btol baby awak ni. serious, muka cha nmpk redup mcm budak pandai.

    kite pon slalunye suka pakaikan Nia seluar. Sbb nia dh reti duduk. skejap2 dia duduk terkangkang. mcm guilty plak tgk anak dok terkangkang nmpk panties. ahahah! tu yg slamat sket pakaikan sluar.

    ReplyDelete
  10. kalau malam2 asyik bangun tu mungkin jugak reverse ctcling...tahan sikitla, nnt die ok balik. cuba spend time dgn die byk sikit sbb die rindu kat kite asyik tinggal die je...

    ReplyDelete
  11. momy mya ni pon teringin sgt nk pkaikan bj boboy kt dia.tp dilarang keras oleh papa.
    nape bb b4 1yr xleh mkn roti ke? aiyorkk abesla mya.usahkan roti,pau pon dia dh ngapp.lagik haru dia dh mkn roti canai tauu huhuu

    ReplyDelete
  12. hahaha kite ni punye la teringin nak beli dress yg lawa2 utk baby girl tu, bole pulak ibu Cha ni tak terlior? huuu

    btw, happi 8th month cha!

    ReplyDelete
  13. kysha tu sbb takmau berenggang ngan mommy tu yg jatuh katil.kalut kejar bila mommy turun katil g toilet.huhu..

    zuris dah kasi kysha mkn macam2.tp takde lah yg merepek meraban kan.as long perut si kecil tu tak meragam,ok lah tu kot ;P

    ReplyDelete
  14. cha yang active!
    sungguh active!
    dlm gambo mesti diye berdiri..
    aishhhh..awak mmg cargasla cha!

    ReplyDelete
  15. rasanya dia bukan reverse cycling
    sbb siang malam asyik nak bergayut, tak reti puas.. kalau bleh mmg nak melekat je..dah la tak bleh berenggang. nak org pegang je.. naya sungguh

    bukan tak terliur tgk dress tu smua
    tapi asyik takde saiz je
    pastu tgk baju2 unisex ni mcm comel2
    tu yg asyik sarungkan dia baju ala-ala jantan..heheheh

    alhamdullilah
    eisya mmg anak yg cerdas
    syukur sungguh bila tgk dia dah makin aktif..
    bila org kata 'isskk dah bijak macam budak besar' hati ibu mana tak gembira kan

    ReplyDelete
  16. aku pun xminat sgt nak berskirt2 kan anak. haha. biar lasak sikitlah konon xmo gedik2 tapi same ah mcm eisya, suke je kalau jejaka yang dukung dia. xpernah refuse. heh jgn smpi besar mcm tu sudah la.

    ReplyDelete