27 February 2011

Family Day Out

Masih ingat tentang hadiah harijadi dari Nuffnang untuk aku?? Minggu lepas aku gi tuntut 4 keping complimetary passes tu. Merasa la jejak kaki ke pejabat Nuffnang kat Heritage House tu. Bila tgk kat list name tu, ramai sungguh yang dpt hadiah ni. Murah hati kan Nuffnang. Bagus. Suka aku.. Harap-harap lain kali dapat lagi.

dapat tengok wayang free

Dan minggu ni, kami sekeluarga keluar berjimba di Sunway Pyramid. Yang paling hampir dengan kediaman, dan yang parking nya murah. Itu penting agar tidak menyesakkan nafas sendiri. Seawal jam 11 kami sudah meninggalkan kediaman, sebab tidak mahu berpusing-pusing mencari tapak untuk meniggalkan kereta sementara kami berjimba nanti. Sampai pukul 11.15 pun parking dah penuh. Semua lampu merah. Pergghhh.. pukul berapa korang sampai ni??

Bila dah berjaya meletakkan kereta di tempat yang tidak dikhaskan, tapi tidak memudaratkan terus lah pergi memcari tiket. Hajat dihati nak tgk I am No 4. Tapi sekali complimetary pass adalah tidak layak. Tak bermanfaat sungguh la. Boleh guna untuk citer yang dah showing for 2 week. Chaaiitt...

Tapi tak mengapa lah. Kata percuma, jangan banyak soal. Maka, meh la kita layan Green Hornet. Apa-apa pun, jutaan terima kasih diucapkan kepada Nuffnang dan juga TGV. Lain kali bagi lagi eh..
isi perut secara pantas sebelum menjamu mata tengok wayang free. gergasi kecil baru je terjaga dari lena. beriya ibu bawak bubur semangkuk, 5-6 sudu je dia makan.

Eisya sangat berkenan dengan uncle Mc'Donald.

Kali ke-2 Cik Eisya menonton wayang. Kali pertama, pergi time malam. Memang waktu tido dia. Maka, senang la keje. Bagi susu, tido lah dia. Kali ini, dia baru sahaja bangun tido. Dan silalah mendengar dia berceloteh dalam gelap itu. Huhu, dengan tak mahu duduknya, terloncat-loncat. Nasib belakang takde orang, tapi orang di depan dah menoleh-noleh 3,4 kali. Mintak maaf lah ye dik. Anak akak tengah teruja ni. Tapi syukur, tak lama dia begitu. Pastu menyandar baik je kat badan ibu. Layan habis dia tgh tv besar. Bagi susu, terus lena.

Nasib baik dia boleh tido ngan bising-bising gitu, tapi ibu dah peluk erat-erat pun ada gak tersentak sikit.

Eisya memang anak yang baik. Senang diuruskan. Upahnya, 3 helai baju baru. Ohh, aku adalah sangat gagal mengawal diri kalau masuk F.O.S Teens & Kids. Nasib 3 helai je aku sauk, ikut hati semua aku nak. Baby shirt dia sangat mengodalah. Takpelah, sebulan 3 helai. Hahaha, baru sedar, tiap bulan aku habiskan duit kat sana. Situ yang macam murah tapi lawa. Anak aku pakai baju murah-murah je. Ni baju hijau ni, baju F.O.S lah ni..

Ohhh, beginilah gergasi kecil saya kini. Tidak mahu duduk diam. Anak kalian begini jugak kah?


*lagi 2 keping kita guna next week ok. ke nak gi malam rabu ni?

Percubaan Kali Pertama

Hari ini (iaitu tengahari tadi) Aku berjaya keluar memandu berdua dengan Eisya. Hoyay!! Walau hanya ke Mydin mencari shawl dan beli kasut Eisya *juga ibu* Aku anggap ini pencapaian terbaik bagi percubaan pertama.

Dan aku kagum ngan diri sendiri. Memandu kereta manual sebelah tangan, sebelah tangan pegang botol susukan anak. Hebat!! Memang hebat bila anak dah menjerit-jerit.

Aku silap pilih masa lah tadi. Kuar berdua time dia mengantuk, memang haru lah.

Tapi aku rasa Eisya memang tak suka kena ikat kat carseat tu. Sebab bila sampai je parking, bila aku angkat keluarkan dia dari carseat, elok je dia tersenyum. Melompat-lompat depan stereng. Bila dukung bawak masuk Mydin pun elok je dia. Siap mata buntang je tunjuk-tunjuk mintak ibu nak main kereta mickey mouse. Alah, yang kena masuk token tu. Pastu benda tu gerak-gerak tu. Panggil apa hah?? Layankan je lah. Dulu bila bagi main dia takut, kali ni siap tak nak turun la pulak.

Anak aku dah besar!!!

Time balik dia bertahan 2 minit je kot dalam carseat. Dan selebihnya dia menjerit je lah. Nak tak nak tadah je lah telinga dengar jerit pekik dia. Nasib baik Mydin ngan umah 5 minit je.

Secara keseluruhan, aku tak serik. Tapi rasa takde lah susah sangat. Aku tahu, bila keadaan dah memaksa aku mesti boleh.

*esok belajar buka tutup stroller (:

23 February 2011

Hebahan Pertama: Pindaan

Setelah menerima beberapa respond dari kamu semua, saya kini ingin minta kamu semua mengundi sekali lagi. Eh, okay ke pilihan bulan 5 tu?? Ke ada nak cadangkan tarikh lain?? Mei tu cadangan awal je. A'ah kan, pape kena pilih tarikh yang dekat ngan gaji. Baru seronok nak berjimba, kurang sikit terpikir hal duit. Balik baru stress :)

Kalau korang rasa bulan 5 macam tak bersesuaian, tinggalkan komen eh..

Tarikh nak Serbu Genting Highland

View Results
Create a Blog Poll


Aku kalau gi sehari je, aku pilih Sabtu lah kot untuk aktiviti berkumpul. Ahad bleh rileks, tak la memonteng Isnin tu. Tapi kalau nak bermalam, aku pilih Ahad. Pagi-pagi Ahad gerak dari KL, pastu Isnin cuti. Hehehhe, sebab hotel murah skit Ahad malam Isnin. Kalau tido sana, Sabtu malam Ahad mahal :) Tapi terpulang masing-masing. Kita tgk kata ramai. Aku mana-mana pun boleh. Tapi kena consider yang jauh lah.. Hah, undi...undi..

Nak tido sana ke just a day trip?

View Results
Create a Blog Poll


Korang prefer mana?? Mau tido kah?? Atau mahu serbu pagi-pagi, petang kita balik. Tapi yang penting perkumpulan kita lah. Lepas tu, kalau ada yang nak stay ke, nak balik ke.. terserah masing-masing. Ikut kesesuaian masa korang.

Eh, boleh comment sekali eh poll ni. Bagus lah

Hebahan Pertama

Sempena aku nak ke Pantai Timur ni, aku tinggalkan kamu semua dengan sedikit coretan. Biar nanti tak merindu, tak ternanti-nanti *aicehh!!!*

Splash Park pun dah reda. Semua yang pergi bermandi-manda pun dah publish entry. Dah seminggu berlalu. Dan dulu kan aku ada kata, bila Splash Park dah reda aku hangatkan kembali hari korang dengan BESAR PUNYA gathering pulak. Bagi korang hilang fokus, tak boleh nak keje. Kalau dah publish kat FB, lagi lah. Masing-masing ligat je. Tinggal 3 minit, memang ketinggalan keretapi lah jawabnya.

Aku dan Nurul sebelum ni dah ber'planning berdua sesama kami. Kat FB pun kita ada bincang sikit-sikit kan. Walau kita dah buat 2 gathering di wilayah Kuala Lumpur ni, masing ramai-ramai yang kecewa. Masih ada yang tak dapat menghantar badan turut serta. Yelah, kita merancang, tapi kalau ada yang menghalang nak buat macamana kan. Oleh yang demikian, di atas permintaan ramai dan juga keinginan diri sendiri, satu perkumpulan dan perjumpaan BESAR PUNYA telah dirangka.

Dan aktiviti berkumpul ramai-ramai secara BESAR PUNYA ini dijadualkan akan berlangsung pada minggu ke-2 atau ke-3 bulan MEI(5). Tapi ini masih diperingkat perancangan ye. Pendapat kamu semua adalah diterima dan amat dialu-alukan.Dan lokasi kejadian adalah di Tanah Tinggi Genting atau lebih dikenali sebagai Genting Highland.

Genting Highland dipilih adalah kerana: Entah, aku pun tak pasti kenapa.. :)

Penyertaan adalah amat dialu-alukan. Bagi aku lagi ramai, lagi meriah. Barulah terasa umpama Tama Tema itu kita yang punya. Maka, sila gi selak kalendar anda dan marking siap-siap ye. Tapi sebelum tu, aku nak buat pertanyaan rambang mengenai beberapa perkara, kena lah amalkan sistem demokrasi kan, baru lah tak kelihatan mementingkan diri sendiri.

*camne nak create poll dalam entry ni???*

Tarikh BESAR PUNYA gath

View Results
Create a Blog Poll



Dan bagi program/aktiviti ini, kita juga hanya merancang. Harapnya, tiada lah halangan yang membatalkan perancangan kita ini. Hah, kalau mendapat sambutan. Rancangnya nak buat t-shirt for babies.. tapi yang ni kemudian. Kita tgk dulu bilangan penyertaan, kalau macam memberangsangkan, kita proceed. Tapi kalau ala suam-suam kuku.. kita fikirlah, nak buat tak baju untuk budak-budak tu. Tapi ikut aku, aku buat gak.

*ni dulu, nanti aku sambung lagi.

22 February 2011

aku benci perasaan ni

Sejak aku mengandungkan Eisya, sekali je aku out-station. Tu pun masa pregnant 3 bulan. Lepas tu takde dah aktiviti aku gi mengukur jalan, tengah-tengah panas berdiri tengah jalan. Takde, dapat pengecualian. Sampai lah aku beranak, habis cuti bersalin lepas naik keje pun sambung lagi pengecualian tu sebab aku menyusukan Eisya ngan susu badan. Maka, aku masih lagi berterusan dengan kerja-kerja pejabat je sampai aku yang naik bosan.

Dan 2011 ni aku mahu keluar smula. Tapi aku request yang dekat-dekat, yang aku boleh pergi balik hari. Dan minggu lepas aku mulakan dengan mengukur jalan di Port Dickson. Perrgghh, punyalah asyik duduk dalam aircond je, sekali berdiri tengah jalan, punyalah panas aku rasa. terik sungguh.. Sebab boss aku yang baik hati tu macam rajin nak layan kerenah aku yang ala-ala ngada2 ni. Ikut suka aku lak main request-request.. tapi terima kasihlah sebab memahami. Tapi bila terpaka meninggalkan anak sebab kerja-kerja yang aku rasa macam membuang masa, aku sedih sungguh.

Esok aku akan ke Kelantan, 2 hari. Ikut hati, aku tak nak pergi, tapi dah katanya 'semua yang nama dah ada ni kena pergi ye' Malas aku nak membangkang.

Tak suka lah.. aku tak suka nak tinggalkan Eisya.

Nasib Kelantan tu jauh, kalau tak mahu aku balik hari je. Dan nasib baik juga menumpang orang, kalau tak. Habis je program trus aku cabut balik KL.

* ni mungkin statement di kala tak pikir panjang la. aku rasa kalau aku tak kerja ngan gomen, mesti dah lama aku berhenti. duduk rumah jaga anak. ikat perut pun ikat perut la. jual kete, satu sudah.. tapi broadband tetap kena adalah.. kalau tak giler aku nanti
*teringat masa tinggalkan dia 2 minggu pergi induksi dulu. dia baru 3 bulan. pergghh, 2 minggu macam 2 tahun rasanya

21 February 2011

SnB: The MEET @ Bora Asmara

Sudah 28 tahun umur saya, tapi saya tak peduli. Sebab saya kini lagi teruja hitung umur anak, tak sabar nak tunggu umur dia setahun. Asyik sangat tengok dia membesar, maka bila diri sendiri pun 'membesar' apa aku kesah. Alah, lagipun baru 28, apa ada hal.

Tiada sambutan besar-besaran meraikan pertambahan umur. Sebab utama, dah hujung bulan ni. Situasi kewangan tidak mengizinkan. Tangguhkan je lah dulu, kemudian baru kita raikan. Tapi saya no hal. Tak kesah sudah smua ini. Sambut tak sambut, i don't mind. Cukup lah sekdar ucapan di meja makan. Cukup sudah bagi saya. Hadiah pun tak peduli. Ada, saya gembira. Tiada.. saya tak kesah. Entah lah, terasa tak penting dah smua ni. Sah, aku dah tua (:

Sabtu lepas kami telah ke Bora Asmara di Kg Sg Penchala bagi perjumpaan suku pertama SnB. Yang kononnya aku akan drive berdua ngan Eisya, tapi akhirnya bertiga juga. Seperti biasa, ngan SnB, janji jam 8 malam. Kalau jadik 9.30, itu adalah normal. Ngan blogger tak boleh, harus kena bambu. Bloggers adalah sangat punctual.

Welcome to Bora Asmara.

Thanks to Garmin, kami berjaya sampai ke Bora Asmara tanpa sebarang tekanan. Eisya juga tido siap-siap, recharge tenaga cukup-cukup sebab dia tahu malam ni pasti akan berjaga. Ibu ngan abah nak overnight (: Terima kasih juga kepada suami saya, sebab saya yakin tanpa dia pasti saya juga sesat barat, silap-silap patah balik sebab frust sudah.

It's planned to be dinner. Dan sesi beramah mesra setelah hampir beberapa bulan tak bertemu. Bila hah gathering ngan SnB, last raya time raya kot. Adalah jumpa-jumpa, tapi yang smua ada ni. Dah lama tak kumpul. Maka, masuk 2011 ni. Harus lah diadakan satu. Kalau dibiarkan lama, nanti renggang jadiknya. Namun hakikatnya kami sentiasa berhubung. Kalau berbalas email, boleh tak jadik keje okay. Pastu sengih-sengih depan pc.

kini semua dah berpasangan. dah beranak pinak.

Eisya Elyssa & Aleef Aufa
SnB junior keluaran 2010 :) 2011 ni akan dapat 3 orang lagi. Makin merah!!

Perjumpaan suku pertama ni juga bertujuan meraikan sambutan ulang tahun mereka-mereka yang terlepas. Ini perkara biasa, biar lambat asal ada kan.

Patutnya bukan saya lah yang diraikan. Tapi bila derang bawak masuk kek, boleh lak letak depan saya. Nyanyi kat saya. Dan saya juga yang kena tiup lilin. Bulat bijik mata Eisya dengar orang nyanyi ramai-ramai depan dia, siap ada abang rambut clown lagi. Dari tengah syiok baring menyusu, terus tegak berdiri hah..

Ohh, saya suka sebenarnya *kan dah malu*

Thanks Umi untuk kek cheese oreo yang sangat sedap. tak rugi aku tapau bawak balik. breakfast cheese kek aku pagi ahad tu.

Kalau SnB berkumpul, borak memang macam tak reti stop. Kedai dah nak tutup pun tak reti nak balik. Terlalu banyak nak diborakkan. Macam selama ni tak berhubung langsung. Ada je benda nak dibangkitkan. Nasib baik anak-anak sporting, layan je mak ayah. Sebab tu bila dah ada SnB junior ni, bila nak berkumpul ramai-ramai pemilihan tempat kena sentiasa bersesuaian. Biar derang selesa, kita pun lega.

Gambar atas: Derang perasan single. Hakikatnya semua tu isteri orang, mak orang. Aku je yang macam beranak 2.
Gambar bawah: Tak semua ada. Tapi mcm dah tak muat frame. Nanti bila SnB junior smua makin membesar, makin kecik la muka masing-masing kalau bergambar ramai-ramai.

keluarga kecil kami.
oohhh, ke mana saje Cha pergi, mesti dapat abang angkat.

sebelum dia mula meragam, marilah bawa dia meneroka alam

Bora Asmara memang sesuai la untuk meraikan harijadi. Nak berkumpul-kumpul. Tapi makanan dia tak berapa sedap lah. Nasib baik sambil isi makanan dalam mulut, sambil berceloteh kan, tak la terasa sangat. Tapi sebab dah jumpa kawan-kawan kan, hal makan letak tepi.

Tak sabar tunggu next wedding, tunggu baby 2011 keluar.. Tak sabar..

*harap-harap hubungan yang kita bina sejak muda remaja akan terus kekal hingga kerut-kerut muka.

anak saya dah 10 bulan

Ye, hari ni ulang tahun kelahiran saya yang ke-28.. Tetapi semalam juga adalah ulang bulan anak kesayangan, pujaan hati saya yang ke-10. Dan saya sebagai sorang ibu adalah lebih teruja mengenai ulang bulan anaknya berbanding diri yang semakin tua. Tapi sebenarnya teruja juga sebab The MEET bersama SnB malam Sabtu lepas sungguh menggembirakan.

Saya adalah akan mendahulukan ulang bulan anak saya berbanding ulang tahun saya.

Anak saya, Eisya Elyssa dah 10 bulan!! Seperti tidak percaya. Setiap hari memang begitu, lebih-lebih bila tatap dia yang sedang tido. Tidak sangka dia sudah memanjang begitu sekali. Sudah sangat bising. Ibu kini panggil dia 'Gergasi Kecil' Sebab dia sangat garang sekarang. Kalau bersuara sungguh lantang. Dia juga suka mengigit kini. Gigi baru 2 batang dah keje nak gigit kaki ibu je. Kaki abah tak mahu pulak.

gergasi kecil saya

Ibu dan abah kini sentiasa teruja setiap kali dia melepas tangan dan berdiri atas kaki sendiri. Biar sekadar 5 saat, bertalu-talu la ibu cium pipi tanda tahniah. Dan bila semalam ibu menjerit panggil abah 'yang, Cha panjat kerusi' Selamba abah jawab 'dah lama lah dia reti panjat' Hhhmmm... apa ni?? Ibu tertinggal progress Cha.. takpe..takpe.. Tak kesah. Asalkan ibu dah dapat tengok jadik lah.

Sekarang Cha sudah tidak mahu makan bubur tawar hebeh... she need some flavor. Kini bahan bubur adalah isi ikan/ayam goreng. Tawar-tawar dia tak layan.. Ohh, sibuk juga nak suap makanan sendiri, nak pegang sudu sendiri.. akibatnya, habis muka lantai semua bersepah. Cawan pun sibuk nak pegang sendiri.. She's growing!!!


Malam tadi bila sama-sama tengok balik gambar-gambar dan video lama Cha.. kami suami isteri sama teruja. Cha je buat tak layan. Dia sibuk gigit marker pen ;). Dulu dia sungguh tembam, muka bulat. Suara pun halus je. Tengok video pertama kali dia mengesot ke depan, pertama kali dia membebel.. Hhhmmm... aku rindu!!!

Tak sabar nak dia membesar, tapi mahukan dia sentiasa be my baby!!

Bila dia semakin pandai meniru segala apa yang kita buat. Ibu tepuk tangan, dia tepuk tapi bila tak bunyi, cara dia tengok belek tangan dia adalah sungguh mengasyikkan.

Adakalanya melayan dia yang semakin lasak memang meletihkan. Lagi-lagi layan ragam dia dalam kereta. Ya ampun, kereta sungguh bersepah dia kejekan. Segala button adalah item kegemaran terkini. Jangan la halang, meronta-ronta dia. Selalu berharap 'tido lah Cha, tak larat ibu nak layan awak' tapi bila dia dah lena sibuk pulak aku datang cium-cium kepala, pipi dia smua.

Ohhh, bakal tinggalkan dia 2 hari minggu ni. Nyampah aku. Asyik aku je tinggalkan dia. Abah dia selalu kata 'Cha sayang abah lebih kan, abah orang pertama Cha tgk, abah tak pernah tinggalkan Cha kan' Ye, kalau tak kira tempoh berpantang, Ekwan adalah sentiasa bersama Cha. Aku je yang asyik tinggalkan dia ber-2 ngan abah dia. Takpe... apa-apa pun Cha photostat muka aku ;)

2 bulan lagi setahun la dia.. Insya Allah, ada rezeki... adalah upacara meraikan genap umur Eisya setahun!!!

18 February 2011

yang mana satu??

Kami adalah di dalam misi mencari babysitter di persekitaran kawasan rumah. Dimulakan dengan bertanya kepada makcik-makcik atau akak-akak yang berniaga petang hari di gerai-gerai di kawasan persekitaran. Tapi sebenarnya kami masih belum punya keputusan. Adakah kami memang mahu antar Eisya ke pengasuh persendirian atau ke pusat asuhan/nursery/taska. Kami tak pasti mahu pilih yang mana.

Ikut suami saya, dia lebih suka dan berasakan nursery/taska adalah lebih baik. Dia selalu akan tanyakan soalan ni bila saya nyatakan keinginan mencuba meletakkan Eisya di bawah jagaan babysitter. Soalan dia adalah 'Percaya ke awak nak serahkan anak kat orang yang awak tak kenal gitu je?" Aku tak jawab tapi dalam hati memang la berkata 'harus lah tidak' dan kemudian dia akan kata lagi 'at least kalau kat nursery kita kenal owner dia, company dia. pastu kemungkinan dia nak bawak lari anak awak takde' Dan dia tambah lagi 'pastu orang ramai, kalau dia nak buat pape orang lain nampak'

Okay..okay... Ada benarnya kata-kata suami saya itu.

Fakta dia lagi satu 'duduk nursery, boleh lah Cha bersosial. ramai kawan'

Iye.. betul. Cuma kena bersabar la kalau anak asyik demam, batuk selsema kalau duduk nursery ni. Dan sebab tu dia macam kurang berminat bila saya ajak gi bertanya orang sekeliling mengenai babysitter sebab nursery/taska masih menjadi kepercayaan dia. Dia ajak gi carik nursery adalah. Dan 2 hari lepas tiba-tiba dia tanya 'kalau Cha duduk ngan babysitter, kita nak amik ke copy i.c dia yang?' Saya yang ala-ala terkejut ni jawab 'nak amik ke?? nanti apa lak dia kata' Dan kami laki bini terus lah sediakan jawapan-jawapan dan dialog-dialog menjaga hati kononnya nanti. Babysitter tak dapat, tapi dah siap-siap bagai.

Korang yang antar anak kat umah orang ni, amik ke i.c orang tu?? Tahu tak nama penuh dia?? Bukan apa, senang kalau jadik pape kan.

Dan bila bac Metro hari ni. Saya rasa saya akan bersependapat dengan suami saya. Current nursery pun semakin elok. Alhamdullilah 3 minggu ni keadaan adalah memuaskan. Tapi masalahnya kini, terdetik pula di hati kami perasaan kesian kat dia yang terpaksa sama-sama ibu dan abah menghadap jalan pagi-pagi hari. Petang-petang merasa duduk dalam kete hadap kesesakan lalu-lintas. Entahlah.. terfikir nak pindahkan ke nursery berdekatan dengan rumah. Nanti kesian pulak, jadik org 1st datang, orang last balik.

Mana satu nak pilih?? Tidak mudah menjadi ibu bapa di Kuala Lumpur ini kan..

*aku teringin nak tinggalkan KL. nak hidup di bandar kecil. cukup dah kot..

Contest Datang lagi: Contest Si Manja Mandi

Contest!! Contest datang lagi!! Ada orang tag lagi.
*aku mintak maaf kat sape-sape yang ada tag contest kat aku, tapi aku tak join meriahkan acara. mintak maaf. adakala lupa. dan aku pun jenis tak suka sgt join contest byk2 dalam sebulan. sorry yr.. bukan sengaja..

Tapi contest kali ni adalah menepati mood masa kini. Tu yang bila dapat tahu, terus sediakan draft. Ni pun Reen yang dok hasut aku suh join. Petang semalam siap pilih-pilih gambar lagi ngan dia. Sekali submit gambar Cha sekali ngn Payin dalam pool. Memang scandal... hahahaha..


Kan gambar Cha berbikini di Splash Park adalah melambak-lambak. Apa lagi, pilihlah yang terbaik dipandangan mata sendiri untuk dipertaruhkan nasib. Tarikh tutup 28 Februari 2011. Ada banyak lagi masa ni. Dan pilihan yang dipertaruhkan adalah gambar ini.

Nama budak yang galak main air: Eisya Elyssa Mohd Ekwan
Tempat bermain air: Splash Park, The Mines
Tarikh Lahir: 20 April 2010

Dan syarat terakhir yang perlu dipatuhi adalah mengajak 2 orang rakan menyertai contest ini. Sape ye saya nak pilih kali ni. Hmmm.. okay.. Mereka yang terlintas dihati adalah:

PjaMakino & En Mikhail


*ada 1 lagi contest kena tag. next week la submit. nyampah lak korang asyik ngadap entry contest je

Update Blog Guna Handphone

Cubaan pertama menambah entry di blog menggunakan handphone tanpa perlu mengadap komputer/laptop adalah berjaya. Mudah je sebenarnya, tu yang bila ada yang suruh aku buat entry 'Bagaimana nak update Blog guna handphone' Aku macam malu. Kalau korang google, mesti jumpa punya. Tapi sebagai tanda komitmen seorang blogger yang tak berapa tegar, aku buat jugak lah *ada gak entry baru untuk blog kan*

Mudah.. memang mudah. Begini caranya:

1. Tujulah ke 'Dashboard' blog anda, dan pilih 'Design'. Kemudian anda akan dapat saksikan paparan seperti begini. Familiar kan?? Kemudian klik 'Settings'


2. Kemudian anda akan dapat paparan seperti di bawah ini pula. Pilih 'Email & Mobile'


3. Dan anda akan disajikan dengan paparan ini. Di 'Posting Options' Sila gantikan perkataan 'secretWords' itu dengan apa-apa perkataan yang menjadi pilihan kalbu anda. Yang mudah diingati. Sebab nanti everytime posting, korang kena masukkan address ni. Silalah jangan lupa ye. Tapi kalau lupa, boleh je kot setting semula.

Dan sila pilih 'Publish emails immediately' Kemudian 'Save Setttings'

Tara!! Siap!!


Dah siap proses ni. Amik handphone dan taip message mcm biasa. Pastu hantar la ke 'email posting address' yang korang dah setting kat atas tu. Kira macam hantar mms lah. Nak masukkan gambar, sama je macam mms. Tapi tak bleh la nak adjust alignment gambar tu. Redha je lah gambar tu kat atas, align to left.

Lepas ni boleh la update blog sambil baring atas katil :)


16 February 2011

Guna Handphone pun Bleh

Dlm percubaan menggunakan handphone update blog. X payah la aku angkut laptop gi kelantan next week. Skrg mengamalkan mode travel light ok

yakin boleh

Secara jujurnya, aku Masih Belum Pernah Memandu Berdua dengan Eisya bagi jarak pemanduan yang jauh atau lebih dari 10 minit. Setakat ni, aku hanya pernah berdua ngan dia ke nursery yang jaraknya tak sampai 5 minit pun dari rumah. Itu sahaja. Lain-lain tak pernah.

Dan tak pernah juga keluar shopping grocery berdua sahaja dengan dia tanpa Ekwan. Tak pernah. Tapi kalau check-up bulanan tu memang selalu berdua je. Ekwan hantar dan tinggalkan je aku kat klinik, dah siap dia kutip semula.

Bab-bab keluar membeli belah, drive ni aku masih belum pernah mencuba. Jangan tak percaya, nak bukak, tutup stroller pun aku tak reti. Tak reti sebab tak pernah buat. Semua tu keje Ekwan. Dan bila diingatkan semula, rasa macam tak patut pulak. Eisya dah nak 10 bulan, tapi aku masih belum boleh berdikari, tak boleh survive kalau berdua je dengan dia.

Maka, untuk percubaan pertama ni aku nak cuba gi beli barang dapur berdua je ngan dia. Gi jauh skit dari rumah, gi area Mydin. Kalau ikutkan, takde la jauh mana. Tapi sebab percubaan pertama. Kenalah carik yang dekat-dekat, kalau ada pape masalah senang Ekwan nak datang rescue. Kalau ikut planned aku lagi dahsyat, aku nak suruh dia follow dari belakang. Tapi cadangan aku tak diterima, tak thrilled dia kata.

Kalau diikutkan Eisya tidak lah susah mana, tak kuat meragam. Cuma ibu dia je manja terlebih.

Weekend ni ada dinner gathering ngan kawan-kawan seuniversiti, dan kemungkinan aku kena berdua ngan Cha lagi. Ekwan tiada. Memang boleh nak pergi sekali ngan jiran sebelah umah. Tapi after dinner tu, derang macam ada rancangan yang tak sesuai untuk Cha join. Dah sah-sah la aku dah menganggu gugat waktu tido dia. Tak sanggup aku nak saksikan amukan anak sendiri. Mungkin aku perlu terus pulang. Kalau dah menumpang orang bagaimana mungkin.. itu sebab aku rasa aku perlu drive sendiri nanti.

Ohhh.. USJ ke Sg Penchala kat Damansara sana.. Mampu kah???

Harap-harap aku berjaya, jangan sampai berhenti tepi jalan sudah. Tapi aku rasa, kalau keadaan memaksa, boleh je aku ni.

*apa-apa pun, aku kena belajar cara nak bukak tutup stroller Cha dulu

15 February 2011

Splash Park Vol 2: 13 Februari 2011 - Penat tapi Puas Hati

*tetiba macam tak reti nak start dr mana

Aku tetap mahu meneruskan hajat ke Splash Park seperti mana yang dirancang 3 minggu lepas. Tak mahu sampai kempunan, kang tiba-tiba mengigau kang. Buat susah orang je.. Maka, bila pada awalnya macam nak tangguh. Aku tetap nak bawak Cha ke Splash Park. Sekali bila dah hebahkan tentang ketidakmampuan aku menahan keinginan, ramai lak yang sama-sama nak teruskan niat nak berjimba ni. Dan akhirnya sesi menyerbu Splash Park dibahagi 2 sesi. Sabtu dan Ahad, pilih lah hari mengikut kesesuaian masa anda.

Kenalah flexible demi kepuasan maksima. Tak gitu??

Aku pilih Ahad walaupun aku terpaksa pergi ber-2 je ngan Cha tanpa Ekwan. Percubaan pertama keluar berdua je ngan dia. Tapi Ekwan tetap kena hantar aku ke The Mines sebab aku masih belum berani nak drive berdua je ngan dia. Gi Mydin pun tak pernah berdua, inikan pulak nak gi jauh-jauh gini. Jangan amik risiko. Jangan rosak kan mood bergembira ni. Maka seawal jam 1 kami dah keluar rumah sebab tak nak lewat lagi. Kata ketua ari Ahad, mana bleh lambat. Siap hebahkan kat FB, maklumkan keawalan aku. On the way, Sha sms kata dia dah sampai, tengah lunch kat Mc'D. Ada yang dah sampai rupanya. Makin semangat aku jadiknya, tak sabar nak sampai Splash Park.

Sampai je The Mines trus naik Level 5, trus ke Splash Park.

Masuk-masuk je trus nampak Mar. Dengan ini, diisytiharkan Mar adalah orang pertama sampai ke tempat kejadian. Terus salam dan laga-laga pipi ngan dia. Pastu Reen sms kata dia dah sampai tapi ada tragedi yang terjadi. Biarlah tuan punya badan yang bercerita ye. Kalau aku citer mcm tak best lak. Feel dia tak sama :). Sementara husband Mar gi menghulurkan bantuan. Aku dan Mar beramah mesra di belakang playground. sampai bila Sha sampai dia tak nampak aku. Hahaha.. dah situ je redup.. tempat lain panas. Playmat tu pun panas semacam, dah la kena bukak kasut..

Qaseh elok je tersenyum kat Cha. Cha lak mood belum datang, tu yang ketat je muka

si muka ketat

Bila Sha dah bentang tikar dia, duduk la secara berjemaah kitaorang. Pastu Jiha lak sampai. Dan bertambah la kawasan untuk kami duduk. Tikar Jiha sangat comel. Semua berkenan. Sambil menunngu yang lain sampai. Berborak la kami anak beranak. Biarpun baru pertama kali bertemu, bertentang mata kami sungguh mesra. Sampai mak Sha tak percaya yang ini adalah pertemuan pertama kami. Gelagat anak-anak juga sungguh mencuit hati. Ohhh, anak dara ku sungguh lasak. Dia mana ada kesah dia duduk atas jari orang ke.. Dah lah buat harta orang macam hak milik dia. Belon Qaseh kat tangan dia je. Pelampung Aqeef pun dia rasmi dulu. Penat la ayah orang tu isi angin, dia yang masuk dulu.

meh kita amik gambar dulu.

pegang belon orang sambil duduk dalam pelampung orang

Tak reti duduk diam dia, sedangkan ngantuk. Tapi selagi dia tak mengaruk, tak meragam, cukup dah. Tak la nanti ibu ni serik nak keluar berdua je ngan dia.

ibu sayang Cha. baik je anak ibu, tak buat perangai pun.
tahu eh abah takde nak tolong ibu layan awak

Kemudian Ana pulak muncul, dari jauh aku dah teriak 'Dani!!' Tambah lagi geng berborak. Dan anak-anak naik syiok, kawan makin ramai. Pastu Elly lak dtg. Maka, cukuplah peserta hari ini. Reen je tak nampak muka lagi. Tengah isi perut. Sian member, kelaparan.

mak-mak beramak mesra. love this moment!! kita mcm kawan lama yang dah betahun tak jumpa, sedangkan inilah pertama kali berjumpa

Seperti perjumpaan-perjumpaan sebelum ni, masing-masing sungguh mesra. Memamg segan, malu pun ada. Tapi bila dah ada depan mata, macam lupa tu semua. Dan yang paling aku suka, kesanggupan ayah-ayah. Sporting sungguh. Bini masing-masing sibuk borak-borak, gelak bersuka ria, derang gak tolong amik gambar. Gambar yang melambak-lambak ni, kalau takde derang, memang tak wujud la. Tapi bila dah selesai, baru teringat takde pun gambar derang. Takpe. Lain kali tak kan dilupakan.

Eh, terima kasih la capture gambar aku ngan Cha, baik sungguh korang. Macam paham-paham je aku ketiadaan jurugambar.


Aku paling suka aktiviti dalam pool. Lagi-lagi ngan gelagat Aqeef. Ohh Aqeef sgt cool. Macho sungguh. Tu blum tgk Qaish. Aktif sungguh. Biarpun penat layan Cha main air, aku suka. Puas hati dapat gembirakan dia. Suka betul dia. Ikut dia tak nak naik lagi. Tapi ibu dia yang dah tak larat nak bertatih dalam air tu. Letak dalam pelampung tak reti lak dia jalan sendiri. Tapi anak-anak kita memang mencuri perhatian kan. Bila derang masuk je dalam pool, terus budak-budak besar kerumun. Elok-elok seluar aku basah sikit je, terus sampai ke atas basahnya tempias air. Ohhh.. Blogger Babies memang memikat!! Siap nak tolong tolak kan pelampung lagi.

Qaish Haikal

Eisya Elyssa

Qaseh Nur Azzalea

Aqeef Danial

Muhammad Dani Emir

Putry Elly Marrisya

Muhammad Fahrin
x
Gambar banyak sungguh. Aku longgok kan je lah ye.





Alhamdullilah, rezeki kita kan. Hari cerah je sampai acara kita selesai. Tak hujan. Pastu elok je bleh bentang tikar. Takde lak guard datang tak kasik bukak tikar. Aku bawak tikar sebenarnya, tapi sebab stroller Cha dah penuh, pastu takut tak bleh bukak. Terus simpan dalam bonet kete. Sorry lah ye. Kalau tak luas sikit tempat kita nak melepak.

Tapi Splash Park panas sungguh kan.. bahang. Budak-budak pun berpeluh je. Nasib baik masing-masing sporting.

2 jam setengah kat Splash Park macam tak memadai. Rasa sekejap je kan. Takpe, lain kali kita buat gathering 3 hari 2 malam. Baru puas. Silap-silap ada yang muak. Hahaha.. Aku memang. Impian tinggi mengunung. Tetapi, sesungguhnya sesi semalam adalah sungguh menyeronokkan. Biarpun ada yang last minit tak dapat datang, takpe. Lain kali sentiasa ada. Dan aku percaya, semua ni tak kan berjaya direalisasikan tanpa komitmen kita kan. Korang memang sporting. Aku paling tak bleh lupa time kita mak-mak ni terpekik-pekik ala-ala pom-pom girl nak suruh anak-anak tengok kamera punya pasal. Semua orang tengok kita tau... patut ada sorang capture aksi kita tu. Mau masing-masing tergelak tgk aksi terlampau sendiri.

upacara wajib sebelum majlis penutup

Semoga gathering akan datang akan lebih meriah, lebih ramai. Kalau lah event Spalsh Park yang terbahagi 2 ni dapat digabungkan aku dapat bayangkan kecoh mana Splash Park tu. Mesti bingit dengan suara kita je. Terus aku excited dengan gathering BESAR PUNYA nanti. Tunggu reda Splash Park ni, aku buatlah pengumuman ye. Ni tengah syiok tengok gambar anak berbikini je, tak mahu potong mood sendiri. Next week aku hebahkan.

Tapi kalau dah tak sabar gi tanya ketua menteri. Keputusan muktamad belum dicapai, ni baru perancangan awal. Kami belum bersidang sepenuhnya.. bersidang dalam sms je :)

Aku akhiri entry yang panjang lebar dan padat dengan gambar ni dengan sekeping lagi gambar. Ini dia anak dara saya yang bakal berusia 10 bulan lagi 4 hari. Ni kira eksklusif ni, ingat senang nak dapat tengok dia bertuala gini.

** 2 hari aku draft entry ni tau. naik juling aku pilih gambar, combine gambar. carik link.. tapi demi sebuah entry berkualiti lah kononnya untuk kamu semua, aku buat juga

14 February 2011

Entry Pemanas: Splash Park Vol 2

Aku kasik entry pemanas lah dulu. Untuk edisi lengkap, tunggu esok. Malam ni aku draft. Giler gigih. Tengah kumpul bahan. Kenalah bagi cerita terbaik kan. Baru seronok korang baca, terus pasang niat 'Next time, walau apa terjadik tetap kena join ' Aku bagi pembakar semangat.

Kata entry pemanas, tapi aku hidangkan dengan gambar penutup. Time nak balik dah.
Boleh?? Layan je.

-biarpun penat, sakit pinggang layan anak main air. hati tetap gumbira-

12 February 2011

Menghitung masa: Sabtu bertukar Ahad

Mesti skrang geng-geng hari Sabtu dah puas berseronok di Splash Park. Takpe, esok giliran kami pula. Pasukan ke-2 menyerbu Splash Park. Mesti nanti management dia tiba-tiba terfikir 'wah, dapat sambutan sungguh splash park minggu ni' Yelah, berduyun-duyun orang datang bawak anak mandi manda kan..

Eh, bleh bawak makanan tak erk?? Kalau bleh, aku bawak nugget je lah :)

Dan semangat punya pasal, beriya aku ajak Ekwan gi beli bikini untuk Cha. Nak menepati konsep punya pasal. Cha mana ada bikini sebelum ni. Maka, ke Mydin la kami anak beranak. Beli yang murah-murah sahaja. Nanti nak gi island hopping, kita beli lain. Dan sangat tak sangka dapat jumpa Jue. Tak terduga.

Cha pelik tgk ibu apsal la tersengih-sengih

tapi layan gak ibu mengedik ngan kamera. anak ibu katakan

Masa kat escalator kitaorang dah pandang-pandang dah, aku tengok Jue. Jue tengok aku. Aku memang dah yakin dah yang tu blogger tapi otak aku macam lembab skit petang tadi, tak dapat nak ingat siapakah itu. Maka, tak mahu salah orang. Aku buat tak tau je. Sorry ye Jue, jangan la ingat aku menyombong lak. Tapi takut salah orang. Sorry ye..

Dan akhirnya, Jue yang datang tegur aku. Aku yang masih blur, masih tak dapat nak kenal pasti dia. Bila dia kata ' dayu kan??' aku yang blur membalas 'a'ah, ini Ana eh??' Ana mana entah aku pikirkan tadi, aku memang kelam kabut lah tadi. Nasib baik Jue tak terasa hati aku tak kenal dia. Terus dia jawab 'Jue lah' Isskkk.. tak bermanfaat tul aku ni kan, boleh lak tak cam Jue. Jue datang Mydin beli tikar. Dia kan gi Splash Park hari ni (Sabtu). Sempat lah aku belek-belek Aleef. Tapi dah gabra punya pasal. Langsung tak ingat nak bersalam, laga pipi apa lagi. Amik gambar?? Lupa sungguh...

Takpe..takpe. Lain kali kita laga satu badan eh Jue.. :)

Aku jadik tak sabar pulak nak tunggu esok. Tak sabar nak jumpa bloggers mommas sekalian. Eh, sape ada DSLR bawak lah eh... bleh aku tumpang bergambar lagi :) Aku datang berdua je ngan Eisya. Ekwan ada company event la pulak. Maka, berusaha la aku melayan anak secara sendirian, kali pertama ni. Korang hulurkan lah bantuan eh nanti.

Aku bawak tikar sekeping *sekeping ke?? hancur bahasa melayu aku.

10 February 2011

Pengumuman: Club Med The Mines

Mintak perhatian!! Minta perhatian semua. Aku ada pengumuman nak buat. Sila bagi tumpuan. Fokus. Biar jangan sampai salah tafsir. Ini pasal aktiviti berjimba dan berlaga pipi di Splash Park, The Mines pada 13 FEBURARI 2011 iaitu Ahad ini.

3 minggu lepas, selepas kehangatan gathering pertama di Megakidz yang mengundang rasa cemburu ramai pihak sebab gagal untuk sama-sama mengomol anak orang. Nurul dan beberapa yang lain telah merancang 2nd gathering bagi mengubat rasa kecewa mereka-mereka yang tidak hadir pada perhimpunan kali pertama mommies blogger itu. Dan kita semua telah sepakat untuk bertemu di Splash Park pada 13.2.2011 jam 10 pagi kan.

Ingat tak?? Jangan buat-buat lupa.

Tapi disebabkan minggu lepas keadaan cuaca yang agak merundum, asyik hujan je. Beberapa pihak mencadangkan agar agenda ini ditundakan. Selain itu, bagi memberi laluan kepada mereka-mereka yang tidak dapat turut serta pada tarikh tersebut. Aku okay je. Mengikut kata majoriti. Wa no hal. Ikut je. Bila tiba-tiba aktiviti pada hari Sabtu bersama SnB juga ditangguhkan. Aku tiba-tiba terbayangkan hari minggu aku yang akan suram tanpa sebarang aktiviti. Mahu melanguk je aku duduk kat rumah. Ekwan memang la suka. Tapi aku kurang suka. Eisya pun mesti tak suka memerap je dalam rumah. Maka, aku amik keputusan akan pergi jugak ke Splash Park Ahad ni.

Bila aku baca beberapa status beberapa bloggers kat FB yang kata, derang jugak akan ke sana hujung minggu ni. Lagi la seronok. Tak dapat jumpa ramai-ramai bagai dirancang, dapat jumpa 2,3 orang pun jadik la. Lagipun dah lama sangat rancang. Kepala otak aku dah set, 13.2 Splash Park. Kang tak pegi, takut kempunan pulak. Dan semalam, setelah berbalas-balas komen macam masing-masing takde keje dah. Tinggal seminit, habis tertinggal keretapi.

Di sini, aku simpulkan keputusan yang telah dicapai:


Lokasi kejadian: Splash Park, The Mine
Masa berkumpul: Jam 2 petang

Disebabkan Splash Park tidak menyediakan karpet untuk kita duduk melepak berborak-borak dan tiada ruang untuk kita melepaskan anak-anak bersosial, so sape-sape yang ada tikar tu bawak la eh.. aku bawak sekeping.

Eh, Splash Park bleh bawak masuk makanan tak hah??

Untuk review Splash Park bleh tengok blog Elly, dia dah buat lawatan tapak minggu lepas.

Bagi sesiapa yang tidak dapat hadir hari Ahad. Jangan risau. Jangan gundah gulana. Korang bleh pegi hari Sabtu. Nurul ngan Sharena ada hari Sabtu. Tak pasti lagi sape yang ada. Kalau tak free Sabtu, datang Ahad. Aku ada *eleh.. apa ke heran sgt kat kau dayu* Sape lagi yang datang, aku pun tak pasti. Tapi tak penting. Tak tahu lagi bagus. Barulah ada element of surprise di situ. Setuju??

Aku mungkin hanya akan berdua ngan Eisya. Ini akan jadik episod pertama keluar hanya berdua dengan dia. Maka, silalah perhatikan kekalutanku nanti. Dan sila juga ringankan tangan tolong aku jaga dia. Hahahaha...

*anak-anak dara pakai bikini.. anak bujang pepandai korang lah.

09 February 2011

Ucapan Hari Jadi Paling Awal aku terima

Pagi-pagi seperti biasa, sampai opis: Bukak Komputer, Check email opis, check email Gmail. Tapi selalu aku layan Gmail dulu. Kalau bukak email opis dulu, nanti aku tak senang hati kalau tak terus respond. Maka, bila tak tau, baru la tak rasa bersalah kalau aku respond kat email Gmail tu dulu. Hehehe..

Pagi ni macam seronok pulak bila dapat email dari Nuffnang. Wah.. hati rasa gembira!! Suka.. Suka!! Rasanya ni kali pertama Nuffnang bagi ni. Tahun-tahun lepas takde rasanya. Ke ada?? Aku je yang lupa diri. Tapi kalau ada wishes je kot. Tapi kali ni Nuffnang wish birthday *awal sungguh* siap ngan hadiah lagi. Suka... suka!! Sape tak suka dapat hadiah kan. Nuffnang berkolabrasi ngan TGV Cinema. Maka hadiahnya harus lah tiket wayang FREE kan *asal perkataan free je aku guna font besar, sebab aku mmg suka barang free*


4 (four) complimentary passes for any movie from TGV. Empat!! Empat ok. Kalau aku rasa murah hati aku ajak lah 2 org lain tgk wayang free sama-sama. Kalau aku haloba, aku balun la 2 movies laki bini nanti.

Trus pikir nak tengok citer apa nanti.

Kena gi amik passes ni kat opis Nuffnang before 28 Februari 2011. Bila nak gi ni?? Yang, bila awak free, jom gi amik tiket free.

Dan, sebelum lupa diri Terima Kasih Nuffnang & TGV. Tahun depan bagi hadiah best-best lagi.

08 February 2011

Hadiah Percuma: Mrs Zach's Give Away

Eh, dah lama tak join mana-mana peraduan. Mana boleh jadik, patut sebulan sekali. Yelah, untung nasib boleh menang hadiah pemberian percuma, tak ke gembira jadiknya. Maka, semalam semasa sedang berjalan-jalan melawat jiran tetangga, terserempak dengan Give-Awayyang menarik lagi memikat ni kat blog Puan Khai. Terus rasa 'wajib turut serta ni' Tajuk Give-Away pun dah cukup mengancam.

Give-Away yang menawarkan Photoshoot Free *FREE diulangi FREE* ini adalah ditaja oleh zachery.art, milik mereka suami isteri. Dan untuk makluman semua, give away ini adalah ikhlas dari mereka semata-mata dengan tujuan nak asah skill mereka dalam menangkap gambar bersubjek. Dan objektif give away ini dilancarkan adalah untuk mencari subjek-subjek tersebut.

Siapa subjek itu?? Siapa lagi..kita lah. Apa lagi tunggu, meh la join give-away ni. Tak tergoda ke ngan hadiah dia? Siap dia bagi 2 keping gambar 8R, siap frame lagi *nyum..nyum*

Mrs. Zach's First Give-Away : Free Photoshoot Uols!

-perkataa FREE tu yang buat aku tergoda habis-habisan tu-


Dan seperti yang di syaratkan 'saya nak menang mrs zach's first give away kerana.....'

  1. FREE beb!! FREE!! Sape tak suka kalau dapat FREE PHOTOSHOOT 2,3 jam. 2 photographer cover. Pastu yang lagi aku suka dapat 2 frame tu.. suka..suka!! Memang terbaik la hadiah dia bagi.
  2. Aku nak FRAME tu sebab aku ni suka amik gambar suka, beli frame kedekut.
  3. Kalau bertuah dan ada luck menang *amin* bleh guna hadiah kemenangan mintak Khai ngan Zach cover majlis Birthday Cha nanti. Selamat duit aku :)
  4. Tapi kalau menang aku nak mintak zachery.art buat Studio Photoshoot. *Hahaha..demand, trus keluar list*
  5. Aku kan suka kumpul gambar-gambar High Definition banyak-banyak. Syiok ohh layan gambar lawa-lawa gini.
  6. Last sekali, sape tak suka menang. Menang hamper kecik RM30 pun suka, inikan pulak dapat hadiah photoshoot bernilai RM300.
Dan tu je aku nak kata kat Puan Khai kenapa dia harus pilih aku sebagai pemenang. Lagipun kita kan senegeri *takde kaitan langsung*

Hah korang, apa lagi. Peluang menarik di depan mata. Tak kan nak tengok je. Tarikh tutup 20 Februari 2011. Cepat submit entry. Kalau dah menang, pastu rasa macam tak nak hadiah tu. Pass kat aku.

06 February 2011

Impian mengomol anak orang direalisasikan: BGWS

Seronok habis rasa tak pergi keje selama seminggu. Tapi bangun pagi pukul 6 pagi adalah seperti biasa. Okay lah skit, kalau tak 5.30 dah celik biji mata kan. Kira memang berbaloi-baloi la percutian menghabiskan masa di rumah bersama keluarga ni. Dan makin manja secara maksima la jadiknyan anak dara aku. Memang kes naya la kalau balik kampung. Tapi lagi naya bila semua orang tak bleh pegang dia. Puas lah atok ngan opah dia membodek nak dukung-dukung dia. Jangan harap, habis dia panjat badan ibu. Hari ke-4 baru dia nak. Naya tak naya la..

Seawal 29 Januari 2011 aku dah berada di JB, semangat cuti punya pasal. Lagi-lagi nak beramah mesra ngan blogger-blogger di wilayah selatan. Lagi lah berkobar-kobar aku nak balik. Pukul 12.30 malam bertolak dari KL pun aku layan je. Terlentuk-lentuk Cha tido kat carseat.

Sepanjang perjalanan dari KL - JB adalah bertemankan air hujan, adik aku nak speeding pun tak boleh. Maka jam 5 pagi baru berjaya menemui bantal dan tilam. Baru dapat landing badan dengan selesa. Bila mak kata 'dari semalam hujan tak berhenti' aku dah sedikit gusar. Macamana nak berjimba di Hutan dalam bandar Mutiara Rini esok ni?? Camne nak laga-laga pipi dalam hujan?? Ngan anak-anak yang sangat allergic ngan air hujan. Tapi sebab mata dah nak terkatup, badan dah letih. Otak aku malas nak pikir panjang. Esok je la kau fikirkan.

Tapi bila dah esok iaitu 30 Januaro 2011 takde lah pikir sangat, sebab sibuk isi perut je kejenye. Pastu sibuk gi membeli barang nak mengubah hantaran Pak Ngah Cha ni hah. Tapi bila pagi-pagi sms Aishah masuk update pasal gathering, harus aku respond dengan pantas. Aku setuju aje ngan segala pertukaran yang dilakukan. Suruh gi Jaya Jusco, aku pergi. Bila kata akhirnya akan berkumpul di rumah Aishah, lagi wa takde hal. Mana-mana pun boleh. Sangat confident kata 'wokey, setuju' sedangkan tak bagitau pun kat adik aku nak suruh dia hantarkan nanti. Nasib baik dia pun sama-sama setuju nak mengiringi akak dia petang tu. Kalau tak, musnah la impian aku nak gomol-gomol anak orang ni.

Aku tak berapa pasti pukul berapa aku sampai. Tapi lewat adalah mesti. Sebab janji pukul 4.00pm tapi lagi 10minit pukul 4pm baru aku terhegeh-hegeh masuk kete. Nasib baik tiada kesesakan lalulintas atau terpkasa de-tour sebab banjir. Maka, berjayalah sampai Taman Puteri Wangsa, Tiram dengan kadar masa yang agak pantas. Masa aku sampai, Kid ngan Yanti dah sampai. Kid dah biasa la bertegur sapa, tapi Yanti 1st time ni. Bila borak-borak, dia kenal mak aku rupanya sebab keje satu tempat. Bila bagitau mak pun dia kenal Yanti, alahai kecil sungguh dunia ni kan...

sebaik ketibaan. terus mendapatkan Nashriq untuk digomol. memang semangat sungguh. dan tak lupa sama Haqq. Ini budak memang sangat geram la. Sangat cheeky.

with Anas Nashriq. sangat tembam. sedap untuk dicium secara bertubi-tubi

Eisya membawa diri ketika ibu asyik gomol Nashriq

Dah, aku malas nak bagitau kronologi selanjutnya. Biarkan gambar sahaja yang bercerita. Lagipun, aku dalam mood meng'update secara pantas ni. Kata dah cuti seminggu kan. Keje yang menanti pun menimbun. Tambahan pulak dah seminggu berlalu peristiwa ni, otak aku pun macam tak berapa nak ingat the details. Alah, korang pun lagi suka tengok gambar kan dari baca panjang-panjang. Maka, silakan menatap gambar kami.

Cha bersama Haqq

Husna berkenan ngan aku :) Cha pulak tiba-tiba jadik kedekut. Orang lain tak bleh dekat-dekat ngan ibu dia

tapi elok je pun berpangku sebelah menyebelah

borak apa cik kak??
tengok Myiesha tu, tembam sungguh. geram betul aku ngan pipi dia

sampai ke bawah meja anak aku

Cha tengah periksa kaki meja achik aishah, kukuh ke tak untuk memanjat

sesi mengisi perut anak pula. perut mak dah penuh dah

dan ini gambar wajib. wajib ada. sekali lagi terlupa nak amik gambar anak-anak sahaja

tengok la si Eisya yang tak mahu duduk diam, meronta-ronta nak lepas. dia mengantuk dah sebenarnya.


*gambar semua adalah hasil rembatan dari FB Nani, Fashya, Aishah dan juga Kid. Aku sekeping pun takde. Suruh adik aku amikkan, dia kata 'tak payah la Long, nanti amik je kat FB kawan-kawan kau ni' Maka, aku adalah menurut perintah
** gambar semua adalah tidak diedit, maka kamu semua boleh lihat dengan jelas jerawat yang membiak seperti maharaja di dahi saya. ini adalah antara kesan/petanda awal kitaran bulanan nak bermula. tapi suami saya pasti akan kata 'malas lagi basuh muka'