18 January 2011

Perhimpunan Pagi

Aku tunggu-tunggu gak, nape takde yang update pasal kemeriahan di Megakidz Ahad lepas. Tunggu punya tunggu, muncullah entry dari Nurul. Pastu aku tunggu lagi. Harap-harap ada orang lain pulak update, tapi takde pun. Korang apsal tak nak update?? Hah, Hannah dah bercerita versi dia. Aku tunggu versi korang lak.

Dan ini versi saya. Versi orang datang paling lambat *peace*

Kenapa saya lambat?? Walau hakikatnya dah bangun seawal jam 7 pagi. Tapi ini semua gara-gara suami saya yang liat bangun pagi. Pagi Ahad pulak tu, makin la dia mengeliat je lebih bukak matanya tidak. Anak dah siap mandi, dah pakai baju lawa-lawa, bapak bawah selimut selimut lagi. Tu yang tak pasal-pasal tunjuk muka jam 11.30am sedangkan janji 10am. Nasib baik ada geng, tak la tersipu-sipu macam kerang busuk bila datang lambat.

geng dtg lambat. dah la lambat, baru nk terhegeh-hegeh carik stokin. makin lambatlah jadiknya. mintak maaf ye ibu-ibu sekalian.

Sampai-sampai terus peluk Nurul. Nurul seperti yang aku bayangkan, tinggi orangnya. Lepas tu terus serbu Raina yang tengah seronok ke hulu hilir, nasib baik masa aku tahan dia tak menangis tapi dia bagi aku senyuman paling sweet. Ya Allah, memang comel sangat Raina sengih. Terus kena cium. Geram. Time ni Cha kat mana pun aku tak pasti dah. Hahaha..punyalah teruja.

Lepas tu aku macam tak boleh nak ingat dengan siapa pulak aku berlaga pipi. Tapi yang penting aku memang tak sangka Fad adalah sekecil itu. Sangat tak sangka. Kecil molek je orangnya. Dah nak bercakap ngan aku kena dongak kepala, sian dia. Ohh Imaan adalah sangat adorable. Seronok dapat dukung, peluk dia.


Dan bila dah bersalam ngan Zuris, aku masa tu macam tak berani nak tegur sebab takut salah orang. Dia nampak sangat lain dari dalam gambar. Lagi cantik okay, dan takdelah tembam macam yang dia selalu komplen tu. Comel je. Aku siap nak tengok muka budak kat kaki dia dulu, tapi Kysha membelakangkan aku la pulak. Gamble je lah 'zuris ke?? lainnya' Betullah, gambar memang tak bleh nak caya sangat.

Aku sedikit kecewa lah bila tengok Myiesha tido time sampai tu. Sedangkan dah pasang niat nak gomol2 dia. Sebab dari 1st time Hannah tayang gambar newborn dia, aku dah geram giler kat dia. Myiesha memang comel, tak dapat cium pipi gebu dia, dapat ramas-ramas rambut dia pun jadiklah. Lebat betul, rasa nak amik skit taruk kat kepla Cha. Boleh??

dari kiri ke kanan: Eisya, ibu Eisya yang gemuk, Myiesha, Hannah yang selim *jeles*, Zuris yg lagi cantik dari dalam gambar dan Kysha yang cheeky
-ok dah mcm tangga gmbr ni, dr tinggi ke rendah-

Aku tak berkesempatan nak gomol semua anak orang. Ngan Cha lagi. Tapi nasib baik dia pun macam seronok je masak tempat ni. Letak bawah je, merangkak lah dia ke mana hati dia berkenan. Abah dia perhati dari jauh je. Bila dukung Alfiy..pergh sangat tough dia. Badan kental. Muka pun cool je. Rileks je dia orang pegang. Anak aku yang gelabah ayam, nak tak nak kena pass kat mama dia balik.


aku suka time ni, rasa mcm artis. semua berebut nak amik gmbr kita kan.

Aksi anak-anak memang mengasyikkan. Eh, nape takde gmbr derang je erk?? Lupa nak amik gambar anak-anak saja ramai-ramai. Lain kali kena ingat *ok noted*

bayi-bayi dah bleh duduk.
patut Raina diri kat belakang *mandur kan* pastu kiri kanan Auf ngan Myieshas. yang ber-4 ni duduk, Alfiy ngan Raisya niarap kat depan derang. mak-mak lompat2 kat depan suh anak tgk kamera :)

Secara keseluruhan, memang terbaik la agenda kita ni. Tahniah diucapkan kepada semua. Kesepakatan kita merealisasikan acara yang kita rancang sebulan lalu ni. Impian menjadi kenyataan. Ekwan kata 'tak nak buat baju ke?? baru seronok next gathering' Wah suamiku itu. Seronok nampak. Tapi sila pastikan lain kali kita tak lambat. Lepas ni derang nak denda sape datang lambat tau. Tapi betul gak kan, tak nak buat baju ke korang?? Yang berbakat men'design tu. Buatlah. Next time pakai ramai-ramai. Untuk baby sekali. Pergghh!! Memang terbaik lah!! Gambar pun mesti lawa.

**Nape korang semua kata korang bayar RM14 je nak masuk Megakidz ni?? Nape aku kena RM28, stokin RM6.. Sudah kena tipu kah?? Ke sebab korang masuk ramai-ramai dapat diskaun?? Padan muka aku datang lambat lagi.

17 comments:

  1. rm28 utk budak 2 tahun ke atas. bawah 2 tahun rm14. lorr rugi rugi


    skrg ni tgh dlm plan nak buat kat alamanda for aan, sherena semua. if nak join mai la

    ReplyDelete
  2. Subhanallah..comel gila bebudak ni duduk...mmg happening..congrates la korang berjaya jugak gather reramai!
    huhuhuhuh...

    ReplyDelete
  3. zuris pun baru update.semalam busy.hehee..

    laa..zuris pun cam terkedu tengok nurul.takut gak salah orang.nsb baik nurul yg tegur dulu ;P
    tak chubby ke camtu?sikit g nak cam tong drum dah ok.huhuu...

    dayu kena rm28?laaa..nape ek?
    mmg rugi lah camtu.

    hopefully dapat jumpa lagi nanti ye
    :)

    ReplyDelete
  4. aarrgghhh!!
    dah kena tipu sama bdk kat akunter
    aku dh tanya dah
    nape rm28 dik, kan rm14
    dia kata sebab weekend

    arrghhh!!!

    takpe..nasib baik jumpa korang smua
    terubat la skit

    ReplyDelete
  5. syok giler,
    next time tggu anak bsr sket,
    so dah kurang ms tdo,
    bley spend ms lame sket kan? buat pot luck ke..
    err na bg idea je..
    nk join menunggu keajaiban dlu la..huhuhu sedey :(

    ReplyDelete
  6. mmg nampak happening. bajet artis semuanya...fotografer byk tue kat depan...kekeke...

    dayu, ntah2 bdk yg mintak duit lebih tu selit half dlm poket dia...huk huk =p

    ReplyDelete
  7. i dh biasa cakap dongak2 ni. kwn2 mostly tinggi melangit. zuris mmg dh kurus. ;p next time jumpe pakai satu baju ikut thema pun mcm menarik jugak. kalau nak design baju kena collect duit semua mcm payah skit kot. huhu.

    ReplyDelete
  8. gile best...sedey tak dapat join...nurul...kat alamanda???mar nak join leh...heheh

    ReplyDelete
  9. weyh!! apesal aku pon kene rm28?? cis cis!! memang kene tipu lah neh.. arghhh


    takpe next time tempat lain:P

    ReplyDelete
  10. rm28 tu utk harga atas 2thn. maybe die caj sbb ingat ade 2 baby kot..

    tp mmg best kan? tp sekejap sgtlah, mcm tak puas nak bergoss bagai. hahaha

    ReplyDelete
  11. sungguh lah seronoknya kan. semua yg update pasal gathering ni kita komen camni sbb jeles. ahaha

    ReplyDelete
  12. ha'ah kan. mak-mak mcm over lebey. sampai tak ingat nak amek gambar anak2 je.

    err.. nanti ai komplen kat manager megakidz tu. biasa dia charge koramg lebey2. siap la aku report kat abah aku *manager mid valley :p

    ReplyDelete
  13. mommies and little precious!wow best nya!

    ReplyDelete
  14. sonotnyer..jeles tgk..kalo dpt pegi mesti husna paling kecik..hahaha xreti nk main2 lg

    erm mcm gath baby2 jugak ni..

    ReplyDelete