20 January 2011

Pertambahan Umur

Eisya sudah 9 bulan!!

Lagi 3 bulan boleh anjurkan majlis harijadi. Boleh jemput smua blogger mommas *impian tinggi mengunung* Tapi umah i kecik je. Kalau nak jemput smua.. macam tak muat je. Ke ada yang nak taja birthday Cha, buat kat Megakidz. Hahahaha, berangan!! Tapi Insya Allah, ada rezeki adalah nanti majlis meraikan cukupnya usia Cha setahun.

Pergghh, anak baru 9 bulan dah sibuk pikir nak buat birthday. Biasalah, 1st time buat birthday anak, haruslah teruja secara maksima.

Di usia 8 bulan, terlalu banyak pencapaian Eisya. Dia boleh duduk sendiri masa 8 bulan. Merangkak dengan lajunya juga ketika usia 8 bulan. Dan kini sangat asyik memanjat. Dulu dia bleh panjat rak tv je. Sekarang kat pintu, kat dinding smua dia dah boleh diri dah. Pastu senyum-senyum. Tapi tak reti duduk sendiri. Dia jugak dah menyusur bila berdiri tu. Paling aku seram bila dia menyusur playpen dia dari atas katil. Risau je aku kalau dia tergolek jatuh berdebuk. Ye..ye kami masih tido atas katil. Masih belum cabut katil lagi, malas punya pasal.

Sangat suka dia sekarang kalau dibawak bertatih berjalan. Tersenyum-senyum.

Kini Cha semakin asyik bermain. Dia dah pandai bergurau senda. Gembira betul aku bila dia tergelak sakan bila kena geletek. Dah reti geli ye Cha. Dah pandai main-main ramai-ramai. Tapi anak aku lasak skit, ala-ala pembuli. Berkali gak aku nampak dengan selambanya dia rebut mainan dari tangan budak lain masa kat nursery.Bila ngadap mainan sorang-sorang buat muka bosan, tapi bila ada geng main, sibuk lak berebut toy yg selama ni sebelah mata je pandang.

Sekarang pantang kalau jumpa air, lagi-lagi time mandi. Kalau boleh tak nak keluar, bila angkat nangis. Tapi tak kan aku nak biar dia berendam lama-lama dalam besen.

9 bulan membesarkan Eisya cukup memuaskan. Ye, anak aku selalu tak sehat. Selalu demam. Tak demam, batuk. Selsema pun selalu. Nasib baik takde suara-suara yang berbunyi 'eh, minum susu badan pun selalu sakit ke??' Nasib baik tak kedengaran kat telinga aku. Kalau ada yang berbunyi, selamba je aku jawab 'dia sakit bukan kau yang jaga, aku gak. jangan sibuk' Ye..hampir setiap bulan dia demam. Tapi nak buat macamana. Aku letak dia kat nursery. Kat nursery tu aku rasa setiap hari ada je budak tak sehat. Virus bersepah-sepah. Dah kalau virus tu berkenan sangat kat anak dara aku, nak buat macamana.

Tapi Eisya kalau sakit dia tidak lah menyusahkan sangat. Dia tak buat ibu abah sampai muntah-muntah pening kepala jaga dia. Sekarang pun senang skit nak makan ubat.

Eisya memang anak yang baik. Manja dah pasti.

selamat ulang bulan ke-9 sayang. terus membesar dengan sehat menjadi anak yang baik dan dengar kata ye. kalau ibu kata 'eisya don't' maka sila la jangan buat ye. ibu ngan abah sayang cha. sayang banyak-banyak.

17 comments:

  1. wah cha dah 9 bln yerk...yea nnt ibu cha wat besday cha jgn lupe jemput anty tau...heheh....

    ReplyDelete
  2. selamat ulangbulan yg ke 9 yer cha...nnt sambut besday setahun.. jgn lupe ajak auntie Jue & Alif skali yer.. ;)

    ReplyDelete
  3. insya allah
    ada rezeki, mesti buat birthday pertama cha
    biar dia tak reti pape lagi
    tak paham apa2
    tapi ibu punya teruja haruslah dilayan.

    dan pasti kamu semua dijemput hadir
    mana bleh lupa
    hantar je invitation kat group :)

    ReplyDelete
  4. masa berlalu terlalu pantas.ehemmm b4 b'day cha adalah b'day mya dulu kan.same to u dok plan & imagine kan besday party for mya.insyaallah akan diwar war kan lg.ahahaha tak sabar rasanya

    ReplyDelete
  5. hepi 9 months Eisya Elyssa =)
    be a good girl okeh. jgn bg ibu asek jerit2 jer..kekeke..

    ala dayu..sama la dgn naurah tue. nama pon ddk nursery kan? hingus tu mcm tak pernah berhenti. non stop -__- pasrah jelah..huhuh

    jgn lupe jemput kami klu buat besday party eisya nnti ek!! (kata naurah..hihi)

    ReplyDelete
  6. semua ibu2 pakat excited nak sambut besday setahun anak kan.
    haritu tak berkesempatan nak dukung cha.reen asyik conquer je.hihii..
    hope akan dtg dapat gomel2 cha ;)

    ReplyDelete
  7. sudah besar kamu cha....muka sudah sbijik macam papa kamu....

    ReplyDelete
  8. eh,dah 9bln dh?ala....cepatnya...ni bermakna dlm 5hari rijal plak...
    rasa kejap je...

    dayu,
    sama la ngn bdk kecit ni...demam,selsema,batul mcm dah biasa...kate dok nursery kn... =)

    ReplyDelete
  9. bila antar anak dok nursery
    ni lah risiko kena terima
    penyakit senang nak hinggap kat badan, ramai betul dok berkenan
    redha je
    takde pilihan
    tapi asal tak mudarat, cukuplah

    ReplyDelete
  10. dah besar dh dia..biasa la sakit sbb kita manusia bkn robot kan.

    ReplyDelete
  11. cha!
    selamat hari lahir sayang!
    smile.........;-)
    aunty cubit seket ek pipi chomel awk tu!

    ReplyDelete
  12. cepat jer msa berllu kn?tup2 nnt ank dh sthun..bila la nk jumpakn husna ngn cha

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah, dah 9bln.. saya msh dlm pantang dulu pun dah pk siap2 birtday party anak.. hehe

    ReplyDelete
  14. hepi 9 months cha hari tu tak puas nak gomol kamu nanti suruh ibu dtg awal ye 2nd gathering

    ReplyDelete
  15. wah..comel gambar cha gitu...nak buat besday party?? bestnyer....dah pandai macam2 yer cha....baguslah gitu...

    ReplyDelete
  16. hello Cha!.

    jangan tak percaya Dayu. kita start planning 1st Bday Kaisya masa umur 9 bulan. search itu, ini. goodie bag, theme, baju semua tu. bajet mcm majlis grand gila padahal simple aje. haha.


    first timer kan. semua excited. dan semua pengalaman tu memang indah. :)

    happy 9mth bday Eisya!.

    ReplyDelete
  17. aaaaaaaaaaaa...
    comelnya gambar last tu......
    eeeeeeeee geram geram..!!

    ReplyDelete