05 January 2011

Mark your calender!!!

Sesungguhnya 2011 memang bermula dengan penuh keindahan dan keterujaan. Kenapa penuh teruja?? Sebab terlalu banyak perancangan yang dijadualkan untuk aktiviti menghibur dan menggembirakan hati. Aktiviti bersama kawan-kawan. Walau tak pernah bersua muka, mendengar suara.. tetap kawan. Malah terasa lagi dekat di hati. Sungguh.

Aku masuk dunia blog ni tanpa kenal sesiapa. Masuk blog orang, main tegur-tegur. Masa tu masih single, masih bujang. Bertegur sapa pun dengan mereka-mereka yang sama status. Kena yang macam blog 'in' tiap hari lah meninggal jejak. Share macam-macam, komen smua benda. Pantang ada entry baru, adalah komen aku kat situ. Sehari tak tanya kabar macam tak tentu hala. Ada yang sehingga kini masih lagi berbalas komen. Masih lagi ber 'hahahaha' dan ber 'kekekekeek' di FB atau lebih kerap meninggalkan kabar di blog.

Tapi aku tetap anggap kamu semua kawan, biar tak penah jumpa. Dan everytime nak share story ngan Ekwan, bila kata 'kawan orang' dia akan tanya 'kawan mana?' dan saya akan jawab 'kawan blog' sambil tersengih-sengih. Suami saya tu macam pelik sebab bini dia macam lagi ramai kawan kat blog dari kawan di alam nyata. Dan itu membuat aku terfikir, betul juga kata Ekwan. Aku banyak share story kat blog, ngan kawan-kawan yang entah siapa. Tapi ada kepercayaan kat situ. Ada kemesraan. Tak ke ajaib tu. Aku tak lah rapat dengan terlalu ramai blogger. Bukan sombong, bukan tak suka. Tapi ada masanya tak berkesempatan nak jengah smua blog. Ada gak yang aku masuk, baca tapi tak tinggal jejak sebab tak tahu nak coret apa. Sekadar melawat.

Yun.. dia blogger pertama aku jumpa. Dan blog dia antara yang terawal aku hadap. Dan yang buat kami jadi makin serasi, kami berkongsi tarikh hari lahir yang sama. Teruja aku waktu kenal dia dulu. Sekali lagi berkongsi tarikh, kawin pun hari yang sama. Sangat ada chemistry di situ. Nasib baik anak tak share birthdate gak.

Nurul.. aku baca blog dia sebelum dia mengandung lagi. Tapi aku sebenarnya jumpa blog adik dia, Dhila dulu. Aku tak pernah jumpa dia lagi. Dengar suara pun tak pernah, tapi pernah berbalas sms. Ada persoalan di otak, lagi-lagi bab anak aku rujuk dia. Sebab anak dia Raina lagi besar dari Eisya, haruslah dia lagi banyak pengalaman kan. Dia juga aku jadikkan role model dalam membesarkan anak, sebab bagi aku cara yang dia pilih sangat menepati citarasa dan bagus untuk diamalkan.

Elly.. blog dia aku jumpa masa sama-sama sibuk nak kawin. Senang kata aku ramai dapat 'kawan blog' masa sibuk nak kawin. Kan masa tu, masing-masing ada blog list khas untuk para-para bakal pengantin. Habis smua link aku terjah. Macam Elly pun, aku baca blog husband dia dulu sebenarnya, pastu baru asyik ngadap blog dia je. Bila dia mengandung anak kembar, makin asyik. Seronok baca kisah orang. Tapi aku terkilan skit, bila aku tengah kegembiraan selamat diijabkabulkan, aku dapat sms berita kelahiran kembar tu pada usia kandungan baru 6 bulan. Aku terkilan sebab pada esoknya aku dpt sms yang si kembar dah tiada. Meninggalkan ibu dan ayah. Aku sedih. Sejak dari tu, kami terus berhubung dan akhirnya dpt juga bertentang mata bila Elly datang melawat masa Eisya masuk hospital aritu.

Aishah, tak pasti camne aku jumpa blog dia. Tapi confirm dalam tempoh nak jadik bini orang jugak. Dan makin best sebab dia pun kat Johor, keje pulak kat sekolah aku dulu. Makin la serasi. Aku suka cara dia menulis. Boleh menyentuh jiwa okay. Aishah pun aku dah bertemu 2 kali. Pertama kali masa dia kawin dan sekali lagi masa melawat Nashriq. Reen, ngan dia ni macam paling sempoi. Mula rapat ngan Reen masa bila hah? Bila Reen? Masa pregnant lah kan. Sama-sama share rasa gerun nak beranak. Sekarang sama-sama kongsi hal pengisian perut anak. Dapat jumpa Reen pun kat hospital.

Tak mampu aku nak ceritakan semua. Sebab semua ada kisah tersendiri. Ada gak yang lain yang sentiasa berkongsi cerita awal-awal dulu, tp macam ramai yang kini sudah tak dihubungi. Tak tahu mana silapnya, lose contact gitu je. Dengan kes, godek-godek template blog sampai lenyap smua link. Agak mustahil aku nak carik semua semula. Dan kini bila dah jadik mak, rata-rata blog yang aku kunjung adalah blog mak-mak juga. Kawan lama, kawan baru. Tanya macam-macam, mintak nasihat, mintak tips.. seronok je rasa.

Bak kata Hannah, kenal kat blog dah bertahun, tapi sekali pun tak pernah jumpa.

Dah lama terbuku dalam hati, nak bertentang mata ngan kawan-kawan blog. Tapi tak berani nak luahkan. Maka, bila ada peluang dan kesempatan. Marilah wehh... jom la!!!

THERE WILL BE A GATHERING SOON!

Place: Mid Valley Megamall * kita kumpul kat bowling ehh
Date: 16th January 2011 - Sunday.
Time: 10am. Sila bangun pagi di hari minggu. Hehehe.

Tak kisah lah, kita rapat ke tak rapat ke. Biar pun kadang-kadang jenguk blog dia ni sekali je seminggu. Jangan segan, jangan malu. Sebab situasi kita semua sama. Ye, memang ada rasa segan, tersipu-sipu. Tapi lupakan je. Apa ada hal. Kita kan bloggers!!

Jumpa di sana ye.. Hah, apa lagi, mark your calender babes!!

Lagi satu, nanti jangan segan-segan kenal kan diri. Yelah, dalam blog lain, kat luar lain. Nanti jangan terkejut pulak kalau tengok aku 'ehh...lainnya Dayu' biasalah beb, gmbar nak publish kat blog haruslan photoshop dulu skit-skit. Ahaks!!!

*aku tak sabar nak tggu 16.01.2010. tapi tak bagitau laki aku lagi. boleh??

22 comments:

  1. hakhakhak.. dayu da kenal reen da lame sebenarnye.. tapi dayu lupe neh.. ade duluuuuuu da lame sangat ade satu belog dayu selalu tinggal komen.. tapi da delete ah belog tuh.. hakhakhakhak syhhhhhh rahsiaa:P

    gua nak pegi gak ah! tapi laki gua ade hal.. dapat hantar jek.. boleh ke haa??

    ReplyDelete
  2. dah marked dlm planner tarikh tue. a day after my sis birthday. heheh.

    insyallah, ada rezeki kite jumpe yer dayu =)

    *kdg2 rase segan nk tunjuk naurah. bdk tu kan ada alergy. nnti org nmpk anak kite merah2 sane sini. mcm mak x pandai jaga anak. huk huk

    ReplyDelete
  3. Aaaaa sama!!

    Semalam sungguh-sungguh update blog. Then Mett tanya, update apa? Saya bilang, ada gathering next Sunday!

    Dia geleng kepala. Makin lama makin taksub dengan blogfriends bini dia ni. Nasib bukan imaginary friends. Hahaha!

    ReplyDelete
  4. ni agenda main boling ke ni...
    ada ank tekedek2 kejo gk bola boling nih hahahh!

    ReplyDelete
  5. terharu dgn entri ini. rasanya mmg kita dekat sgt each others w/pun tak pernah jumpa. plg ingat jumpa blog dayu masa tgh sibuk nak kawin. huhu

    ReplyDelete
  6. berfb ngan nurul semalam memang cam excited nak g.
    tup2 harinie cam segan lak sbb cam ramai je tak kenal ;P

    ReplyDelete
  7. alah kenal tak kenal, tibai je
    smua sama je
    masing2 bukan kenal pun
    kenal2 kat blog je

    meh lah!! smua dtg ye. bawak anak2 dan suami2 kita.

    *ku teruja!!!

    ReplyDelete
  8. dayu...alo nak join jugak buleh ke???kite ni bukan blogger tegar...heheh...ase segan tetibe...

    ReplyDelete
  9. dan kita juga sama2 msk bilik pemeriksaan di klinik tanglin ms pregnant dulu.excited sgt dpt dengar heartbeat chacha.kuattt.owhh tp sgt sedih la xdpt join kt midvalley tuhh.ada kenduri kawen kt umh my MIL

    ReplyDelete
  10. excited gak ni tp xleh excited lebih. nervous pun ada. hakhak.

    ReplyDelete
  11. hip hip hooray..!!
    tapi kid jauh la kat Johor.. :P
    walauapapun selamat berlibur ya nanti..
    jangan lupa amik gambar bebanyak..!! :)

    ReplyDelete
  12. wahhh kenal blog daku dulu ye. rerajinla singgah ye. kt rajin singgah sini heheheh

    ReplyDelete
  13. boleh ke nak join? sumernya pun memang tak pernah bersua muka. Cam segan2 pulak.. yelah first time ni gathering mama2 blogger nie..

    tapi bagus lah ada gathering2 camni kan.. leh lebih rapat2 lagi kan..

    ReplyDelete
  14. waaah menarik! mau mauu

    ps. bole ke anak daraku sorang bgn pagi nih.

    ReplyDelete
  15. uhuhu.. malu tapi mahu.
    tak ramai pon kenal ibu2 blogger sekalian. takut plak terkulat2 pegi sana sbb tak ramai yg kenal :>
    tapi dlm hati ni mcm nak je join

    ReplyDelete
  16. alah..jangan malu jangan segan
    sama je smua
    masing2 tak pernah jumpa
    tak pernah kenal
    tak semua bertegur sapa kan
    ni lah masanya nak bermesra

    ReplyDelete
  17. insyaallah.
    i will be there walopon namo den tidak di seru2 :p
    ahaks~

    ReplyDelete
  18. hee nampak menarik.
    ade kenduri ahad ni, kalau kelapangan kite singgah yer :)

    ReplyDelete