06 January 2011

identiti diri

Tiba-tiba aku macam macam ulas lebih lanjut isu/topik ni lepas baca entry kat blog Puan Khai. Seronok gak kalau diulas lebih mendalam ni. Ahaks..

Ini adalah isu tentang 'Profile Picture' anda. Sama ada di blog, di Facebook atau di mana-mana sahaja yang ada dikehendaki. Okay takde lah dikehendaki sangat, tapi digalakkan untuk meletakkan sebuah gambar untuk dijadikan profile picture. Gambar yang bagaimanakah menjadi pilihan??

-terus login FB dan selongkar koleksi profile picture milik sendiri-

koleksi peribadi yang tak peribadi sebab ini adalah tayangan umum

Masa zaman bujang, zaman status adalah 'Available' gambar semua haruslah tayang muka sendiri kan. Gambar yang dirasakan paling meletoplah ditempek. Photoshop habis-habisan. Biar orang tengok terus terpikat. Jatuh hati, terus nak buat bini. Hakikatnya, sila jumpa dulu di alam realiti. Tapi takde lah sampai aku letak gambar awek entah sape kan. Motif aku bukak akaun Facebook ni pun sebab semua kawan-kawan aku main FB dah, smua tak nak main Friendster dah. Nak tak nak aku join la sebadan. Bukan nak carik calon suami.

habis comel la tu konon
-hahahaaha, penuh keberanian aku publish gambar ni. segan wehhh. tp aku rindu muka kurus tu. boleh ke dapat smula??-

Lepas kawin je, terus letak gambar profile ada 2 muka. Nak tayang satu dunia 'tengok la laki pujaan hati, jantung i ni' Biar orang tahu aku dah berpunya. Dah tak payah cuba-cuna nak ngorat. Harus kena reject mentah-mentah. Supaya takde yang kecewa, buatlah pengumuman awal-awal *ayat kau dayu, macam ada je yang tergila-gila kan kau*

gmbar tgh main semak ngan suami

Dan sekarang, harusla muka Cik Eisya Elyssa je malambak-lambak. FB ibu dah jadik macam FB dia. Ada gak rasa nak buat FB untuk dia, tapi tak cukup umur lagi. Tumpang FB ibu je lah. Kalau dah letak gmbar dukung peluk anak pun masih ada nak try masuk line. Memang sah hot mama la tu *ahaks!!* En suami sila la bagi perhatian lebih. Tapi kalau dah takde tu, paham-paham aje lah.

gambar anak pun pilih yang comel-comel je. yang ala-ala, simpan untuk tatapan sendiri je. nak bagi orang tengok, bagi yang elok-elok je

Okay..okay.. sebenarnya aku bukan sekadar nak tayang semula gambar-gambar yang kebanyakannya korang dah tengok kat FB tu. Tapi cuma nak korang perhatikan. Semua gambar-gambar yang ditayangkan, semuanya mempamerkan status sebenar aku. Seorang Isteri dan kini Ibu. Takde nak sorok-sorok. Takde nak mengaku aku ni single lagi. Tak sedar diri dah ada anak, ada laki. Tak kan ada yang berani nak cuba-cuba lagi.

Dan kebanyakan perempuan, begitulah kita. Mana ada nak tipu-tipu status kan. Tak kuasa.

Tapi kalau diperhatikan, berapa ramai sangat orang laki letak gambar anak bini kat FB?? FB Ekwan pun, gambar Cha tu aku yang letak. Kalau tak asyik lah ngan gambar kereta dia je. Gambar aku nak jadik gambar profile dia?? Lagi tak pernah. Harapkan gambar kawin je lah. Gambar Cha pun semua yang aku tag je lah. Kalau tak memang takde lah gambar anak dara dia kat FB dia tu. Tapi gambar Cha muncul pertama kalinya di FB dia.. alah, tu pun sebab aku terbaring berpantang. Kalau tak pun mesti aku juga yang publish dulu.

Persoalan aku nak ajukan kat sini.. kenapa orang laki susah nak letak gmbar anak bini? Mahu kasik sorok kah?? Ke masih nak mencuba merasa bujang?? Ke derang tak amik pusing hal gambar-gambar ni?? Penting la letak gambar yang bersesuain. Kira profile picture tu adalah identiti awal orang nak kena kita, sape kita.. so nanti takde la terngorat laki orang, bini orang. Ke suka?? Profile picture ni penting fungsinya. Lagi-lagi kalau jenis yang berniaga kat internet ni. Tapi bagi kita-kita yang saja suka-suka ni. Cukuplah sekadar maklumkan siapa kita sebenarnya.

Tak payah nak tipu-tipu. Tak payah sorok-sorok. Bagitau je.

Cha nak masuk hari ke-2. nak beriba je. letak teriak
-gambar ni mmg totally off topic-

*dalam purse ada gambar pasport Ekwan, gambar Cha takde. cuba check dalam wallet Ekwan ada tak muka aku?? *rasa takde je..ke dia main selit-selit

15 comments:

  1. betul gak kan... cth lain: kalau tgk perempuan keje pejabat, wallpaper Pc gambar anak.... wallpaper dorang?? hahaha...

    tapi kan...
    kalau kite yang dah beranak ni keluar masih kena ngorat lagi. adakah itu tandanya kite hot mama? hahahaha......

    ReplyDelete
  2. kebanyakan lelaki dia ade sifat dominan-type A...hohoho...mmg kurg sensetiviti....*garu kepala*

    ReplyDelete
  3. dominan type A?? akan ku kaji lebih lanjut ini sindrom

    orang laki mmg
    ada gak yg 'family man' gmbr pc gmbr anak, profile pic gambar anak, takpe lah bukan gmbr bini pun
    tapi bape kerat sgt..

    ReplyDelete
  4. siyes same cam mar...single gambo sendirik. tunnag n kawin gambo ngan suami dah ade anak pe lagi tayang gambo anak le kan...
    sampey kat opis pon kat pc n meje penuh gambo anak...

    ReplyDelete
  5. yup..suami2 xpernah nak amik port benda2 camni...bak kata org...lelaki melayu ni mmg xpandai nak beromantik2 nih...nak tunjuk2 sayang...pada dia,bile dah kawin...sumenyer adelah rahsia...tp, mase zaman bercintun, kalo bleh satu m'sia dia nak tunjuk awek dia....hehe

    ReplyDelete
  6. gambar cha yang last tu cam gaya gelak je hehe.. sama la , gambar profile FB ikut status & gambar terkini.xde nak sorok-sorok, lagipun kebanyakkan lam Fb kawan-kawan lama yang nak tahu perkembangan terkini kita kan.

    ReplyDelete
  7. lelaki mmg biasenye tak amik pusing benda ni semua.

    tp dlm wallet wady ade gmbr sha & raisya. hihi. kembang ai bile tgk gmbr tu yuh. tak suruh pon, tibe2 bukak ade. maunye tak kembang? terus jeans ai tak muat yuhh..hahaha

    ReplyDelete
  8. profile pic habi guwe yg pilihkan..keh kehh..

    dia ok jer =) teros letak gambo dia tengah pangku naurah..kui kui

    so kwn2 dia tau, dia dh ade anak sorang. nti klu keluar lg sorang, letak gambo anak 2 org pulak..keh kehh

    kite pn skrg pro pic letak gambo naurah..keh kehh
    menunjukkn dah ada anak lerrr =)

    ReplyDelete
  9. betol2..kite pon terpk..but stkat ni gamba famili, membe, sendiri dan ank buah je..pakwe tak berani...bigboss mara kang

    ReplyDelete
  10. my hubby letak bykk sgt gambo ank dia.gambo bini pon ada jugak.yeayyy

    ReplyDelete
  11. owh profile pic hubby die yg pilih sendiri...ada gambar family dan anak...die yg rajin upload. dalam dompet dia pun ada gambar aku,tp dlm dompet ku tiada gambar die..adakah ini bermakna aku yang tak romantik...huhuhu

    ReplyDelete
  12. betul la kan. lg satu wallpaper computer ke laptop ke mesti nak ada gmbr anak ke kan

    ReplyDelete
  13. hahah Dayu betul la Dayu..tapi nak buat macam mana kan org lelaki ni kan ego..ego susah nak tunjuk betul2 sayang.tapi sebenarnya sayangg...hehelayan kan saje lah..

    ReplyDelete
  14. dalam wallet husband saya ada dua gambar wanita, mama dia dan wife dia... gambar anak belum letak lagi..hehe.. tapi kat wallpaper hp dia ada gambar anak, wallpaper lappy pun gambar anak jugak..

    ReplyDelete