04 January 2011

hati yang tak pernah tenang

Aku sebenarnya nak tulis kisah Eisya yang dah aku beri makan telur minggu lepas. Atas kata-kata kebenaran yang diberikan oleh nurse kat Klinik Kesihatan masa gi check-up dia 8 bulan minggu lepas. Alhamdullilah, takde apa-apa reaksi allergi yang muncul. Proses pembuangan pun normal seperti biasa. Tapi sikit je lah aku bagi. Buat rasa-rasa je. Telur goreng tu aku cubit skit-sikit je suap bagi kat dia.

Dia apa tahu, bukak je mulut. Telan je apa orang bagi.

Tapi macam tak boleh terima bila nurse tu suruh masukkan minyak masak dalam bubur Eisya. Macam tak logik je aku rasa. Aku siap tanya 'minyak masak yang kita masak tu ke?' Dia kata 'a'ah, letak sesudu' Aku malas lak nak argue lebih-lebih. Aku diamkan je. Buat masa kini aku guna unsalted butter, letak skit je dalam bubur. Dan sekarang aku mula ajar Eisya makan makanan yang tak dikisar. Roti aku cubit kecik-kecik bagi dia makan. Cheese pun aku dah bagi dia makan. Kerut-kerut kening bila 1st time rasa cheese.

Kalau makan nasik tu, aku suap la gak skit kat dia. Picit-picit kasik penyek nasik tu, suap lah sebutir dua. Isi ikan goreng tak bagi lagi. Walau ada yang kata 'boleh dah bagi' Yang ni akal aku boleh terima lah, cuma belum berkesempatan je lagi. Tapi bab 'boleh dah makan nasik ngan kicap ni' Yang ni mintak maaf, kalau garam aku dah tolak awal-awal, kenapa pulak tiba-tiba kicap dibolehkan. Sah-sah kandungan garam lagi banyak, ngan soya yang ditapaikan, ngan macam-macam perasa.. Ohh.. tidak..tidak... Bermanis muka je lah aku selagi mampu, menolak cadangan yang diberikan. Kesian sangat kat anak aku, takut dia lapar. Takpe jangan risau, dia kenyang je tu. Kalau ye pun nak bagi dia makan sangat, tolong lah.. bukan kicap.

breakfast ngan ibu dan abah. makan biskut dulu eh, jap lagi ibu suap bubur.

Tapi sekarang aku rasa aku dah lebih kurang hal pemakanan Eisya ni. Sampai mak aku lak yang terjerit bila aku bagi Eisya rasa nasi beriyani aritu. Ayam masak merah pun aku dah bagi. Tapi isi ayam lah, tak giler lagi aku nak bagi anak makan sambal dia tu.

Bukan apa, yang aku rasa macam boleh. Aku bagi lah.

Semalam aku dah tak masak bubur untuk Cha. Sebab nursery dah sediakan. Pastu yang aku bekalkan diaorg tak bagi pun kat Cha. Memang macam seronok dah tak payah susah-susah masak untuk anak, tapi rasa macam tak best pun ada gak. Sebab tak tahu apa dia bagi makan, camne dia urus makanan tu.

Ohhh, hati ibu tak pernah tenang.

19 comments:

  1. hmm sabar je la dayu.. ape nak buat kan?

    ibu memang rocks! telur da boleh ek?

    ReplyDelete
  2. semalam g checkup 9bulan kysha,nursu tu cakap "dah boleh kasi makanan separa pejal.bagi je dia rasa apa2 asalkan separa pejal"
    apa2???hmmmm...

    ReplyDelete
  3. naurah x suke kicap.pernah try letak kicap dlm bubur sikit. terus di luahkan balik. so smpi skrg x pernah try lagi dah..hehe..

    naurah suke mkn isi ayam. byk betol makannye klu di suap. tp klu ayam dlm bubur dia reject pulak..mcm2..huhuh

    ReplyDelete
  4. apa-apa??
    oohhh tidak hilang akal lagimahu sumabat apa2 saja
    tak kan coklat ais krim pun nak bagi
    ayam kfc smua tu
    kadang2 misi2 ni macam 'ye je ko ni'

    ReplyDelete
  5. hai dayu....memang hati takkan penah tenang kalo org lain yang jaga anak kite...

    masa dalam sebulan husna dijaga oleh makcik2 die. balik keje je macam2 fashya ty kat adik. dia makan x, banyak ke tak? die ok ke x? sebab nak sangat tau ape die buat hari tu. Kalao dengan BS xkan nak ty mcam2 dan hari2 soalan2 tu.

    fashya pun penah bagi husna telur but bukan direct, maknanya bagi kaya (yang sapu roti tu) kan ade telur, kek pun ade telur jugakkan. Nasi ayam pun penah bagi sebab g berjalan, ingatkan kuar kejap je, so x bawak bubur anak. terpaksala lenyek2 nasi ayam then suap kat mulut dia...suke benor die makan.

    tapi kalo die ok, xpelah....poopoo cantik, n tak alergi dah boleh usap dada, lega.

    ReplyDelete
  6. misi suh letak minyak masak sbb nk kasi berat badan baby naik...Balqis pun kena camtu jgk...tp aku tak buat pun...

    ReplyDelete
  7. sebelum ni mmg payah nak tegah org lain dr bg imaan mkn mcm2. tp since dia dh dpt allergy so dh ada point utk membebel kalau org lain bg die mkn mcm2. egg yolk dh boleh bagi after 6months, cuma white egg tu yg takut allergy. lagi pun white egg xde nutrition.

    ReplyDelete
  8. isk kicap sah2 mmg x msuk akal!..

    minyk sllu klu kurg berat bdn..tp mmg x pnh bg pn bwh 1 thn..

    baru2 ni balik kg g rumah org sediakan milo..bujang (dh setahun lbh) ni nak bla nmpk org minum..makcik tu amekkan sudu suruh bg rasa...oh NO! lekas2 ckp..nt sembelit susah...wahahah...tepksa bohong sunat bebb!...air msak yg terbaik...

    ReplyDelete
  9. hhihi seronok kan bila pikir tentang pemakanan anak2 nie..bertambah seronok bila tengok mulut dah macam burung menganga..hihi

    ReplyDelete
  10. smpi sekarang mknan rayyan aku still tapau dari rumah, tak brape berharap makanan kat nursery...

    tapi klu nursery bg makanan lain gak tak taula nak cakap ape....huhuhu

    ReplyDelete
  11. rasa nak antar makanan smula la
    pesan siap2
    bagi yg aku antar... nak ke dgr kata derang tu. kalau dia buang ke mana aku tauu..
    aargghh tak tenang hati aku

    ReplyDelete
  12. hati mmg tak penah tng kan dayu...qaseh pulak lain masalhnye...dayu bygkan seri lebh kurang 8 jam kat taska qaseh hanya minum sebotol je susu...tu pon tak sbih...dorang cakap qaseh tak nak minum...mar jadik pelek sebelum ni minum je nape skang tak mo minum..alahai...bukan nak crewe tapi tulah kan bile bersuare kang kate kite ni cerewet sgt tapi bile tak bersuare kite susah ati...bab makan pon same...dorang cakap ade bg makan kat qaseh tapi ble balik ngk qaseh macam org tk cukup makan...ngk mangkuk pon dah terjerit2...tetbe ase nak carik pengasuh or taska lain..tapi kat cni susah sgt...alahai

    ReplyDelete
  13. MAK AS BG JE RASE SEMUA, TELOR DADAR,ROTI , MCM2.

    XBOLE NK KTE APE DH.

    ReplyDelete
  14. Dayu, ammar pun start xnak dah mkn bubur halus, kena kisar kasar coz dia nk kunyah gg baru sebatang je tu..qema start bagi isi ayam, kentang goreng sendiri, isi ikan, biskut dan buah..semua dimakannya, tu kadang2 risau je duk rumah bs.tgk bekal yg ditapau habis je tapi xtau la coz dia basuh dulu sebelum dibawa balik kot dibuang pun kita xtau kan..harap2 ok dan kena positif & pura2 tenangkan hati je la

    ReplyDelete
  15. saya pun mcm awak idayu.. misi pesan suruh letak minyak masak sesudu dlm bubur.. untuk naikkan badan anak saya... tp saya wat tak tahu jer... nnt berat badan naik sgt marah plak... mls nk layan misi ni.. hihihihi

    ReplyDelete
  16. oohhh minyak masak tu untuk naikkan berat ye.. lah, bukan nya berat cha tak naik lgsg
    naik gak, biar skit
    dah dia tgh lasak kan
    bagi je lah unsalted butter..minyak gak ;)

    ReplyDelete
  17. ati seorg ibu mmg x pernah tenang selagi hayat di kandung badan..chewahh~~

    ReplyDelete
  18. sekarang Haqq dah nak makan sendiri.
    huwaaghhh..berteraburlah nasi atas meja.. :P

    ReplyDelete