28 January 2011

tak sanggup

Bila hari ni digempakan dengan berita baby dilarikan dari nursery, dan bila mana dah dapat ditangkap si durjana tu, bayi dah selamat dijual. Ya Allah, tak terbayang aku perasaan mak budak tu. Kalau aku, dah pengsan 2,3 kali rasanya. Perasaan ibu ni complex beb, tengok anak badan kaki anak merah-merah kena gigit semut pun dah tak tentu hala. Inikan pulak dapat berita macam ni.

Macamana sampai boleh diculik budak tu?? Pelik aku. Camne dia bleh access masuk dalam nursery? Ada orang nursery bersubahat ke??

Terus tadi teringatkan Eisya.

Tak pernah lagi aku memberi ulasan mengenai nursery baru Cha kan. Dah hampir sebulan aku memberi kepercayaan kepada taska tu untuk menjaga Cha sepanjang 10 jam aku bekerja. Nak kata aku puas hati sangat. Tidak. Tapi aku cuba untuk tidak menjadi terlalu cerewet. Tak mahu terlalu mahu itu, nak ini. Bagi aku anak aku tak cedera, cukup makan minum. Terurus. Itu dah cukup. Mana kan sama, jagaan aku dengan taska.

Hari pertama memang haru la. Keadaan nursery memang huru-hara. 1st day beroperasi la katakan. Maka, aku pejam mata je bila aku amik Cha masih tak bermandi. Aku consider lagi. Aku bagi peluang seminggu. Alhamdullilah, things going to be better. Lega lah rasa hati ni. Tapi masuk minggu ke-2, memang frust habis. Tak pernah-pernah anak aku injured duduk nursery. Duduk kat sini siap luka, berdarah bawah mata. Memang aku sedih sangat time tu, sampai nak marah pun dah tak larat. Aku takut aku menangis kat situ. Ekwan yang uruskan. Merasa la owner nursery tu kena tengking ngan laki aku.

entah-entah tercucuk bijik mata agaknya

aku risau betul kalau sampai berparut. nasib baik tak.

Kebetulan lepas insiden tu, Eisya demam. 3 hari tak pergi nursery. Demam terkejut agaknya Cha kena buli kat nursery. Pastu macam nak kena chicken pox, seminggu tak pergi lagi.

budak terkejut kena buli. terus demam. ibu pun ponteng keje 3 hari.

Minggu ni aku hantar semula. Dan semalam sekali lagi. Dari jauh aku dah nampak pipi Cha merah je. Dah tak sedap hati dah. Bila dapat kat tangan aku, dah depan mata. Amik kau, pipi bercalar. Hidung pun ada skit. Bila tanya kenapa 'dia buat sendiri kak, dia main sorang, bila tengok dah ada' Aku macam tak bleh terima je jawapan dia 'akak dah potong kuku dia malam tadi tau. iye ke dia buat sendiri ni??' Dia jawab lagi 'budak lain semua tido kak, dia sorang je jaga' Apa lagi boleh aku kata. Nak cakap lebih pun, budak tu dah minta diri nak amik budak lain pulak, parent dah sampai.

pipi gebu anak ibu dilukai

Aku kesian pulak kat Cha. Betul ke keputusan aku letak dia kat sini. Biarpun nursery dulu tu facilities kurang, tido beralas tilam nipis je (tu pun aku antar, kalau tak atas toto je lah) tapi tak pernah la pulak sampai luka-luka gini. Cuma comot je lah Cha tu. Petang-petang bila amik macam tak mandi pun iye. Tapi apa gunanya tido beralaskan tilam empuk, bilik colourful tapi kalau setiap minggu asyik cedera je.

Dan sekarang aku sedang mempertimbangkan pertukaran Cha lagi. Aku macam tak sanggup nak biar anak aku terus cedera macam ni. Aku dah tak kisah hal bayaran. Tak sanggup aku nak biarkan anak macam ni.

Bila mana, orang yang kita percaya tapi menghampakan. Kecewa rasanya.

40 comments:

  1. sebulan dh 2x cedera..siannya.betullah ramai budak n aktif main, tapi..erm mcm wajar je pertimbangan nak tukar tu

    ReplyDelete
  2. kesiannya cha.... sedey plak rase + sakit hati pun ade ..

    seb baik anak mak yg jage..

    ReplyDelete
  3. aaaaaaaaaaaaaaaa..
    alahai kesiannya cha....
    adohai...
    ala....
    tatau nak cakap macam mana..

    tukarlah dayu..
    janji dayu puas hati dan cha tak kena macam ni lagi..

    nak ikutkan budak-budak memang lah lasak..
    tapi awak yang jadi pengasuh kena la peka sikit..
    janganlah selalu sangat biarkan budak-budak tu cederakan sama sendiri..

    ReplyDelete
  4. dayu.. tukar je la dayu gitu.. macam tak amek berat je nuseri baru nie... huhuh patut kite komplen je....

    ReplyDelete
  5. Cianye cha..
    tuka kan die nursery lain dayu..
    smpai bile cam2??
    2 mesti kena buli 2..
    xkan r cha nak cederakan diri sndiri..
    hope cha ok ek..be strong dear...
    cha good girl kan...:)

    ReplyDelete
  6. alos sian cha.
    yg dekt bwah mata tuh cm terok je dayu.

    :(

    ReplyDelete
  7. nie nursery yg dayu ckp haritu ek?
    ingatkan dah pk situ.
    cian cha

    ReplyDelete
  8. ya Allah..wajar la dayu pertimbangkan taska lain..kesian cha..lebih baik bertindak awal..kalo blh kita nk elakkan yg lebih buruk..

    ReplyDelete
  9. sedih nyer bile bc...x lama lagi saya juga akan hantar anak ke nursery...cmaner la keadaan saya lak...kepada sume pekeja nurseri tlg laaaaaaa jaga anak-anak jagaan anda elok2...tu kan dah tanggungjawab anda...:(

    ReplyDelete
  10. ni yang dayu kata nursery JKR tu eh??alahai sian kat cha~~

    ReplyDelete
  11. dayu,xpenah ke p tgk taska tu?(if xsilap dayu kate taska tu 1 building dgn dayu)

    better slalu wat spot check...nnt owner dia cuak la,mak pak slalu amik port pasal anak...

    sumtimes byk menda kena consider...taska rijal pon da naik harga almost 2x ganda..haih,sabo je la..

    ReplyDelete
  12. ya Allah kalau jadi kat kita mungkin pengsan dan tak bangun². moga diberi kekuatan kt mak bapa budak tu.

    nursery ni mmh payah kn dayu. nak percaya 100% tak boleh, nak komplen byk sgt pun susah.

    tapi kesian Cha smpai 2 kali injured. kena diskas dgn owner kot Dayu.

    ReplyDelete
  13. bengangnyer dengar!!!!!!!!!!!!!!!nila nursery melayu orang kita.bukan nak kata orang melayu dayu tapi nilah servis yang depa bagi.duit nak!!buat kerja tak nak.!!tu pipi merah tu terhantuk kat mana-manalahtuh...betui nak kena report nih.Dayu demi cha tukarla nurseri, tak guna macam nih.kita susah takpe janji anak jangan susah.

    ReplyDelete
  14. Dayu..tetiba sedih lak baca pasal cha ni, rutun hati kalau anak sampai cedera kan, harap dayu dapat jumpa nursery yang lebih baik.

    ReplyDelete
  15. siannya bb cha..
    itu lah dayu, kita cuma berdoa je ..
    kalu dah sangat terluka je si cha ..kompom ada xkena ngan nursery tu.
    cuba lah cari tempat lain. duit boleh dicarai
    tp anak ?

    ReplyDelete
  16. Tukarkan nursery lain je. Kalau pun cha buat sendiri masih tak boleh terima alasan tu, maksudnya diorang tak jaga dia betul2 tak tengok apa dia buat. Haiissshh saya pulak yg geram ni

    ReplyDelete
  17. kesian nye cha...yg kt mata tu xleh terima la..
    muka siap bercalar lgik.kot ye semua bdk tidur, jd dia tgk la cha yg xtidur tu. tak leh terima alasan org tu tau. ish!

    ** eh terlebeh emo plak ni. tp seyes tak suka org jaga anak kita smbil lewa.

    **lom ada anak lagik, tp tetap sakit ati jgk.

    ReplyDelete
  18. kesiannye cha. dah la kalau tak injured muka cha mmg mcm innocent je. haih. xtahu lah dayu. cuba carik tpt lain kot.

    ReplyDelete
  19. Ya Allah..terkejut siot aku bace entry ko kali ni....
    tp seyes beb,,,mmg kena risau sbb kecederaan tu berlaku pd anak kite..
    aleef tu pon, dah berbenjol2 biru, berluka2 sana-sini, mcm2 lg la...
    aku tggu masa je nk cari tempat lain,,tp so far belom ketemu yg bersesuaian lg la...edeh~~
    ape2 pon aku tumpang simpati kat eisya...semoga eisya cepat sembuh k=)

    ReplyDelete
  20. huhu sedihnye baca entry ni... sian cha....

    huhu

    ReplyDelete
  21. Ya Allah menantu aku!!

    baru nak pertimbangkan nak hantar payin kat sane.. iskkkkk cemane neh

    ReplyDelete
  22. yaAllah, sian cha... erm, jawapan nursery tu macam tak munasabah, cha sorang jaga yang lain tido... budak usia 9bulan takkan suka2 dia nak cakar muka dia. lainla masa dia 4-5bulan dulu. tipula tu, jawapan play safe!

    husna pun sejak dia lasak ni, ade 2kali lebam kat pipi, bila tanya die tak tau pape, ni sume jawapan play safe. sejak dari hari tu, fashya ckp kat BS,setiap kali husna jatuh bgtau, jangan senyap je tibe2 ade luka kat badan.

    tension kan dayu bila dah bagi amanah org buat camni, bukan free bayar tau! tukar jela cha kat taska lain. sian cha...

    ReplyDelete
  23. Kesiannya..... itulah perkara yang paling saya takuti...even kalo ada kesan nyamuk pun ati sy dah mcm tak besh...gundah gulana... ini kan garis sana sini.. apatah lagi yg menyebabkan berdarah....Mgkn dayu kena tukarkan tempat Cha kot dayu... two times already la dayu.. budak bukan tau ngadu pa per... kita yg mak ni... kena lah amek tindakan cecepat sebelum perkara lain lak yg berlaku. Nauzubillah.....

    ps..cha baby lagi.. insyaallah, kesan luka tu akan ilang....

    ReplyDelete
  24. alahai
    knape asal ank antar kat nursery je
    mesti ade kes cmni,
    mcm org yg jaga xamek berat sgt
    mmg la budak2 lain pun melasak
    tp kalau ade org yg control,
    ade yg memerhati
    maybe bley elakkan dr jd gni..
    sian cha :(

    ReplyDelete
  25. kuatkan semangat dayu. buat masa ni try survey for another nursery. kami doakan semoga Cha terlindung dr segala perkara yg tidak baik, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  26. Rasa nak nangis la tengok Cha. Dayu please please pleaseeeee pantau nursery tu. PLEASEEEE.

    GARANG SIKIT kat nursery tu. Let them know, luka2 sikit ni bukan benda SIKIT.

    ReplyDelete
  27. mg cha dpt nurseri yg lg bgs...saba dayu...all the best ye...sntiasa doakan kesejahteraan cha...ameen

    ReplyDelete
  28. sama la kita..taska yg pernah sy hantar tak memuaskan kan...yg nih pon sama..bukan cerewet tp batasan menjaga kan tau utk buka taska...jd pdai2 la fikir..kening anak sy luka...skit pon taska xtelefon sy...bila ptg ambil kata dia xperasan & beritahu ank sy terlanggar meja...herm tau plak terlanggar meja eh?? kan kan...bagaimana perasaan?? skrg da berparut...nak wat mcm ne?? harap pihak jkm pantau...bukan tau nak letak harga tp ptt berbaloi apa yg dibayar...tabah ye dayu...citer nih sbagai ingatan dan tauladan je

    ReplyDelete
  29. siannya cha....mun rasa better dayu tukar nursery jek....nmpk sgt diorang tak amik berat tau....

    ReplyDelete
  30. alahai...kesiannye cha...

    mcm2 dugaan dayu ttg nursery cha nie kan?

    sabo ye dayu. insyallah nnti jumpe jgk tempat yg betol2 mantapp. amin.

    ReplyDelete
  31. ish..teruknyer sampai camtu sekali...tiap2 mggu yang sedih tuh...better fikirkanlah jalan terbaik yer...

    ReplyDelete
  32. ya allah..tak sangka..ingatkan dh ok nursery tu..mcm2 hal lahh

    ReplyDelete
  33. Cha, sorry. Makcik Aishah baru baca entry Ibu. Patutlah masa jumpa haritu Fashya dan Kid ada cakap pasal calar-calar eh.

    Dayu, pendapat kita, cuba cari nursery lain. Atau, ada tak rumah dekat-dekat yang jaga? Tak yah hantar nursery. Kesian kat Cha. dah masuk 2 kali dah ni.

    ReplyDelete
  34. alahai...cian cha.. huhu...tulah dayukan..kadang-kadang kita serba salah nak tanya lebih-lebihkan dekat panjaga.. kang di cakapnyer kita cerewet..
    pastu takut marah lebih-lebih anak kita pulak jadi mangsa bila kita pi kerja nanti.. yelah kita bukan nak pantau sentiasakan...huhu..

    serba salah dibuatnye...apepun dayu try lah cari taska yang sesuai k untuk cha..

    ReplyDelete
  35. sepupu saya pernah kerja kat nurseri, and guess what. makcik2/akak2 yg kerja situ kasar gila dengan budak2. kalau budak tanak tidur, diangkat guna satu tgn, di baling je. lepastu siapa nakal, di tampar je. serius. ni terjadi masa cousin saya kerja situ. they tried to protect those children, tapi dah kerja part time je pun, sebulan cmtu je dorg kerja. tapi serius lah, dgr cerita dorg and i was like, biar betul wehhhh.

    ReplyDelete
  36. cian cha...dapat mar bygkan perasaan dayu camne...macam mar skang pon mmg tai ni ase berat je tiap kali anto qaseh ke taska...tapi terpakse relekan jugakkan...moge anak2 kite di lidungi ...aminn

    ReplyDelete