16 January 2011

teaser la kononnya

Dari Khamis aku dah berharap, hilanglah virus jahat dari badan Cha. Ada agenda mahu dijayakan hujung minggu ni. Dan Alhamdullilah, anak aku memahami keinginan ibunya. Petang Jumaat, masuk maghrib suhu badan dia maintain pada suhu bilik. Dia sambung ceria je, main macam biasa. Dan tido dengan suhu badan normal. Sepanjang malam, aku dok pantau suhu dia. Okay.. maintain pada kadar yang tak menyesakkan dada. Dan malam tu jugak aku dpat tido sedikit tenang.

Hari Sabtu pun masih mengekalkan tahap kesihatan yang ibu inginkan. Harus lah kan. Kata Hari jadi abah, kena la sehat. Mahu kasik abah potong kek dengan muka girang. Tak mahu la sakit-sakit, merengek je.

Ohhh, suami ku sudah 29 tahun usianya. Sekali lagi, Selamat Hari Jadi yang!!

Dan hari ini, agenda yang dirancang hampir sebulan yang lalu menjadi kenyataan!! Hoyay!! Ucapan tahniah kepada semua yang menjayakan acara. Terbaik la korang. Giler meriah Megakidz tadi. Dan sejuta keampunan aku pinta sebab datang lewat. Minta maaf. Tak sengaja, tapi suami saya tu susah sikit mahu bangun awal di pagi Ahad. Sorry ye. Tapi saya pun kecewa jugak, saya baru sampai kamu semua nak balik dah. Takpe, next time mesti saya jadik antara yang terawal. Akan dipastikan.

Serius. Seronok sungguh dapat bersua muka dengan korang semua. Dapat dukung, cium anak-anak korang yang selama ni dok tatap je depan skrin. Suka!!

Bila nak buat lagi??

*eh, cepat la upload gmbar. aku nak cilok
** ni entry ala-ala teaser lah sbb guwe takde gambar *ahahahaha

9 comments:

  1. jangan jeles2
    ok nanti lain kali buat lagi
    join tau

    ReplyDelete
  2. syok nye...

    sha dh lame teringin nak join. tp ade segan silu lg.
    byk kekawan dayu tu sha silent reader follow blog mereka.

    sha pun kat melaka...:( salu tersekat waktu.

    ReplyDelete
  3. at least dayu sempat jgk jumpe. ade blogger mane ntah tue. dia sampai je semua org dah balik...tsk tsk =(

    ReplyDelete
  4. saya tak jeles.hahaha
    tp tak puas sebab jumpa kejap je.

    ReplyDelete