28 September 2012

Ammar is Two

Masa aku mengesahkan kehadiran ke majlis sambutan harijadi Amamr ni, aku tak check langsung alamat, yang aku tahu kat Puchong. Bila Ekwan tanya kat mana, aku pun dengan yakin je jawab 'Puchong Perdana' Laki aku yang memang agak arif kawasan sekitar tu truslah tuju tempat yang aku kata tu. Bila dah sampai, tanya nama jalan, carik-carik takde. Rupanya salah tempat. Bukan Puchong Perdana, memandai je aku tukar alamt orang. Terus on GPS. Pastu GPS pun bengong, dia hantar kitaorang ke kawasan Putra Height. Last-last call lah pihak penganjur minta tunjuk arah, dari boleh sampai pukul 3, pukul 4 akhirnya baru sampai.

Nasib baik laki aku tak sentap, kalau tak mahu dia pusing balik je ke USJ. Thank you yang..

Peminat Pocoro rupanya Ammar. So kek pun Pocoro theme, by Ann Alias. Sedap. Tapi dah datang lambat tu, memang jangan haraplah nak saksikan upacara memotong kek. Dapat makan kek pun dah cukup baik.


Birthday boy dan anak dara saya. Sorang cuba nak tiup belon, sorang cuba nak tiup party blower

alahaii, macam kopi dengan susu Eisya duduk sebelah Ammar

Aku tak dapat duduk lama. Dapat borak-borak sikit ngan Evyn sekejap je. Lagipun time aku datang ahli keluarga dia ramai. Dah turn family pulak kot. Mak ayah aku pun dah nak sampai dari JB. So just nice lah, mak ayah kata dah sampai kat TBS, aku pun minta izinlah. Thank you Evyn jemput kami sekeluarga. TQ sebab bagi aku makan lontong 2,3 mangkuk. Dah la memang lapar, dapat pulak lontong dengan kuah lodeh air tangan orang Johor *mak mertua Evyn yang buat* memang haruslah aku makan berulang. Sedap.

*cute Amamr buat muka gitu*
Happy Birthday Ammar. Semoga sentiasa sehat, cerdas dan jangan nakal-nakal tau.




3 comments:

  1. aku jelah yg x merasa lontong..datang awal sangat kakakaka

    ReplyDelete
  2. ahh thanks ya tuk dayu sekeluarga..:)
    sorry la if ada terkurang ke kan....apa2pun thanks kat ena..sbb dtg awal..hahah dan ann yang membuat kek pororo ammar..:) suka sangat..buka2 je ammar dah ckp "PO RRORO"

    ReplyDelete