02 October 2012

Ariz dah setahun

Aku rasa jemputan nak meraikan hari anak bertambah usia ni akan diterima sehingga bila-bila kot. Cuma sekarang anak kawan-kawan, anak sepupu yang umur lebih kurang Cha. Nanti Cha dah besar, birthday anak kawan-kawan opis yang muda belia yang pasti teruja nak raikan hari anak bertambah umur *macam aku sekarang ni* Pastu nanti bila dah tua, gi birthday cucu lak.. Hahaha.. kitaran hidup.

2 minggu berturut-turut ada jemputan. Minggu sebelumnya sempena Ammar bertambah usia 2 tahun. Next week Ariz lak. Seronok anak-anak. Mak ayah sentiasa nak gembirakan anak. Sanggup berhabis. Memerah tenaga, tak cukup tidur demi nak buat birthday anak. Tapi berbaloi ok. Aku dah rasa. Puas. Aku ditugaskan buat cream puff untuk majlis Ariz ni. Tak banyak pun, 100 biji je. Tapi sebab macam dah lama tak membaking, rasa alahai malasnya. Lagipun dah berjanji, haruslah ditepati.

Tadaa!!! Desert corner.
Cream puff oleh saya *tepuk tangan* Cheesetart oleh Pn Azreen, sementara red velvet dan tiramisu oleh mak pengantin. Rasa nak je tapau red velvet tapi malu.

Majlis bermula jam 12 tengahari. Aku memang pasang niat nak sampai awal, nak tolong mana yang diperlukan. Lagipun bawak makanan kan, mana boleh lambat. Maka, jam 11 aku dah kat Bandar Tun Hussein Onn, Cheras tu. Bagai dijangka, 'mak pengantin' masih belum bersiap. Masih berseluar track susun tray. Hahaha.. sama macam aku dulu. Tetamu dah sampai, tuan rumah serabut ayam lagi. Nasib Ekwan pun kenal rapat ngan tuan rumah, senang lah dia membawa diri sementara aku tolong potong tembikai.

sian tuan rumah kelam kelibut, meh lah bantu mana yang patut

Eisya ni kalau jumpa orang tak kenal ginilah, mengekor je mana ibu dia ni pergi. pemalu sangat kononnya

Rancangnya nak potong kek pukul 1.30pm, tapi birthday boy tido la pulak. Nak tak nak tunggu lah sekejap, bagi dia tidur setengah jam. Kang mengamuk pulak. Sebagai tetamu yang teruja lebih ni, aku tunggu lah sekejap. Lagipun time tu ramai kawan-kawan lama yang tiba.Seronoklah berborak.

Eisya dan abah iyer.
*kalau nak tempah poster macam ni, boleh hubungi saya. TQ*


antara tetamu yang datang awal. itu tokei cheestart, Pn Azreen yang tersandar didinding. penat mengetart ke puan??

Tepat je jam 2 petang, aku suruh mak pengantin kejut anak dia bangun. Achik ada program lain lepas ni. Tak boleh nak tunggu lama-lama. Cepat bangun, jom potong kek!! Nasib baik Ariz tak nangis, tapi agak moody lah. Biasalah baru bangun tidur kan. Kena kejut lak tu. Tak mengamuk dah sangat bagus dah. Good boy Ariz ni.

dayang-dayang birthday boy.

huhu.. Ariz dah start cranky. Dah, cepat nanyi lagu birthday untuk dia. Cepat!! Dan akhirnya mama lah yang tolong tiup lilin kek. 

Cha kalau time birthday orang memang selalu macam tak puas hati sebab bukan dia yang duduk depan kek. Mesti tanya 'mana kek chacha??' Aduhai anak, kita sambut birthday setahun sekali je. Mana ada sambut banyak-banyak kali. Tahun depan pulak ye, Insya Allah. *kalau ibu rajin* Tapi kali ini Cha sangat sporting nak pakai topi ngan party mask tu. Selalu jangan harap.

sabar menunggu tepi kek sebab nak rembat car atas kek

Thanks Ciah sebab sudi jemput kami sekeluarga ke majlis bertambahnya umur Ariz ni. Semoga Ariz akan membesar menjadi anak yang sehat dan bijak pandai. Insya Allah. Tahun depan, jemput lagi ye. Aku sentiasa sudi datang. Sorry lah tak sempat nak gi carik hadiah, sibuk buat cream puff kau, takde masa nak gi beli hadiah. 

The proud parent.



4 comments:

  1. pasni buat besday party mak2 nya plk yek..kek kena ada 3 4 tingkat..hehe..part paling budak2 suka rsnya tiup lilin..ye dok?

    ReplyDelete
  2. Comelnya kek dia! As usual, aku terliur tengok cream puff ko. hahahahah

    ReplyDelete
  3. bestnye...makanan semua sedap2, pix yg last tu paling best. harap2 lepas nieh lagi rajin buat majlis utk budak2 ye:)

    ReplyDelete
  4. salam...klu sy nk tempah poster besday tu mcm mane ye? boleh sms sy 012-2236144 (isha)...tq

    ReplyDelete