30 December 2015

Ihtifal 2015 NurKids

Ini memang sungguh-sungguh entry tertunggak namanya. Tapi event ni adalah event sekali dalam hidup, event yang sangat bermakna untuk Eisya bagi aku. Perlu diabadikan dalam blog untuk dijadikan kenangan. Nanti dia dah besar nak tunjuk semula kat dia. Maka, walau dah berlalu sebulan lepas, aku tetap nak citer pasal konsert akhir tahun dan ihtifal NurKids ni. Majlis diadakan pada 22 Nov 2015, seminggu sebelum kami ke Hong Kong. Sehari sebelum berpindah sepenuhnya ke kuarters. Malam sebelum tu senang nak suruh Eisya tidur. Risau sungguh dia kalau kitaorang terlambat. Dan nyaris-nyaris aku tersilap masa. Aku ingatkan event mula pukul 3pm tapi actually 2pm. Nasiblah terfikir nak tanya cikgu dia semula. Kalau tak silalah hadap kemerajukan Eisya.

Nasiblah majlis ni buat berdekatan kawasan rumah. Dekat Dewan MBSJ sebelah Sunway Pyramid. Memang selalu nampak dewan tu tapi masa nak pergi tu boleh pulak pintu masuk yang biasa kelihatan tu tutup, kena masuk ikut pintu depan. Dah berpusing-pusing carik jalan. Cik Eisya dah risau dia lambat. Risau teacher marah dia kata. Huhuhu.. Bukan main lagi, pesan cikgu punyalah patuh. Nasib baiklah dapat sampai sebelum event bermula. Parents kat NurKids ni semua kebanyakannya memang punctual. Jarang event NurKids ni mula lambat dari jadual.

Sampai-sampai terus bagi Eisya kat teacher dia. Semua student akan buat 2 persembahan. Budak 5 years akan menarik lagu tradisional dan 1 lagi nyanyi lagu arab ngan  bdk 6 years. Sebelum konsert ni memang tiap malam lah Eisya ni tunjuk kat aku apa yang dia berlatih kat sekolah. So, arini dapatlah tengok full performance dia. Walau pun keras semacam je, okaylah tu. Dia ingat steps, tak kejung atas tu. 

Sebelum majlis bermula, baca doa dan ikrar beramai-ramai.

Tersengih-sengih atas pentas. Sebelum tu berkali-kali dia kata 'Ibu, teacher Yana kata nanti jangan panggil-panggil ibu abah, boleh senyum je' Anak aku memang patuh cakap cikgu. Kalau tengok, semua kawan-kawan dia pakai anak tudung hitam tu. Tapi aku tengok dalam plastik baju yang cikgu bagi takde pun. Sudahnya Eisya sorang lah tak bertudung.. bukan salah mak, 

Eisya dan kawan-kawan sekelas. Selama ni aku dengar je dia sebut nama kawan-kawan dia tu. Kawan yang paling selalu disebut Puteri dengan Nufah.Sebab derang ni je yang stay sampai petang dengan Eisya kat NurKids. Yang lain balik tengahari.

Masa persembahan dengan budak 6 years. Keluar dah perangai galak dia, terlompat-lompat atas stage. Tu kadang macam tak percaya bila pagi-pagi dia buat muka sedih tak nak gi sekolah, aku tau dia happy sebenarnya kat NurKids ni.

Persembahan beramai-ramai. Nanyi lagu Terima Kasih Cikgu, Upin Ipin tu. Meriah

Ibu, abah dan Elma. Elma tu berkali-kali membuat percubaan nak ceroboh pentas masa orang buat persembahan, Terpaksa ibu jadik mak guard.

Sementara tunggu budak-budak 6 tahun bersiap untuk majlis graduasi. Waahh, hebat sangat budak-budak tadika zaman sekarang ni kan. Siap berjubah bagai. Lagu konvo. Dapat scroll. Takpe buat pembakar semangat bila besar nanti boleh konvo betul-betul. Hiruk-pikuk lah dewan tu sementara tunggu majlis bermula. Elma lah paling seronok, tercapai impian dia nak naik dan berlari-lari atas pentas. Lasak sangat dia ni, Bila amik turun kan, dia panjat semula. Nak biarkan main sorang kan dia terjun pulak pentas tu. Nak tak nak, kenalah mengekor dia.

Kitaorang tak tunggu sampai habis sebab Elma dah start mengamuk sebab berebut belon, lagipun nak full blast kemas rumah nak pindah esoknya. Acara yang melibatkan Eisya pun dah habis, Maka, jom kita balik.

Setahun Eisya dengan NurKids. She's enjoying it. Belajar pun ada improvement tapi bab tu subjektif sebenarnya, Eisya ni jenis kena selalu follow up, kena selalu buat latihan dengan dia, Kalau tertinggal, memang dia lupalah. Macam sekarang ni, kalau suruh baca suku kata pun dah lupa-lupa, Sebulan asyik main, tengok TV je. Mak malas, gitu lah. Tak boleh harap sekolah sangat. Maka, antara azam aku 2016 adalah, Balik rumah jangan bukak TV dulu, Masak, mandi.. Lepas maghrib makan pastu buat revision dengan Eisya dulu. At least 30 minit sehari. Lepas tu baru tengok TV. Semoga aku dapat disiplinkan diri. Kena. Eisya nak sekolah dah 2017, dia masih tak boleh membaca, Aku kena gandakan usaha. Mesti.

**Banyak video tapi malas lah upload sini. Kita upload kat Google Drive ngan Google+ je lah sebagai back-up.

29 December 2015

Hong Kong Adventure - Part 2

Oiitt, lama ni entry Hong Kong aku tertangguh. Banyak sangat entry selingan. Marilah kita sambung pengalaman kami sekeluarga ke Hong Kong. Sebelum terlalu lambat untuk dikongsi bersama.

Kami sampai MK Hotel, Mongkok dalam pukul 3 lebih. Dah makan-makan, dah rileks-rileks sikit, budak-budak dah tidur sikit. Mandikan derang dan siap-siap keluar semula. Tak kan nak rugikan masa yang ada. Sia-sia lah sampai awal kan. Plan nya malam tu nak ke area Tsim Tsa Shui. Nak pergi Avenue of Star pastu tengok Symphony of Light. Tapi boleh pulak Avenue of Stars tu tutup masa aku datang ni sebab tengah renovation. So, kita tengok lampu je lah. Berjalan lah kami ke stesen MTR yang berdekatan dengan hotel iaitu Mongkok Station. Tak jauh mana, dalam 10minit jalan kaki. Jalan kat tempat orang. 10 minit tu seronok je. Tengok bandar Mongkok tu. Tengok orang-orang dia. Tengok kedai-kedai dia.

Hong Kong memang terlalu padat bagi aku. Sesak.

Di kawasan berdekatan hotel.

Save location hotel dulu sebelum memulakan perjalanan, Senang nak carik jalan balik semula nanti.

Berhenti tepi tiang traffic light, amik gambar hanya boleh dilakukan bila bergelar pelancong di tempat orang. Sila jangan buat di tempat sendiri. Huru-hara tudung akak, laki tak tegur pun. Huhuhu...


Jalan tempat orang, stop amik gambar gini memang lumrah. Gambar gini wajib ada. Konon blend in dengan life local peoples. Memang meriahlah malam derang. Orang sentiasa ramai. Tapi jalan raya dia tak sibuk. Takde kereta sangat. Pedestrian walk dia yang busy, sentiasa ada orang.

Masa kat MTR station, terkial-kial jugak nak beli tiket. Nasiblah ada instruction dalam english. Pastu orang dia boleh communicate in inggeris. Tak terbayang aku kalau pergi tempat yang orang dia tak paham english. Menangis kot. Tak pun sentiasa kena bergantung harap kat google translator lah. Dan luckily, orang-orang Hong Kong yang kitaorang jumpa atau tegur semua baik belaka. Masa Ekwan terkial-kial nak beli tiket tu, ada sorang ni dengan baik hati tolong kitaorang belikan tiket guna mesin tu. Tapi dia nak cepat kot, tak sempat aku nak tanya nak turun tangga mana nak amik tren dia dah laju jalan. Nasib sempat cakap thank you. Dan terkial-kial lah semula nak carik jalan ke tren. Banyak sangat okay tangga dia. Ada 4 kat atas ni, pastu kat bawah pecah lagi. Kat KL Sentral yang ada 2 laluan tu je pun aku penah silap jalan, inikan pulak tempat orang. Dan paling tak best, MTR station dia tak children friendly sungguh. Terpaksalah Ekwan angkut stroller setiap kali turun naik tangga.

Tiket MTR dia agak mahal. Untuk perjalanan yang singkat. Dari Mongkok ke Tsim Tsa Shui yang setakat 3 station tu, HKD5.2 Apa je yang tak mahal kat Hong Kong ni. Bertabah je lah.

Nasib laki i gagah.

Bagus station MTR kat Hong Kong ni. Sangat memahami keperluan para pelancong. Dia sediakan map sebelum exit kat setiap station dia. Mungkin sebab dia ada banyak exit kan, setiap exit untuk setiap attraction yang berbeza. Bila ada peta macam ni, senang lah sikit. Takdelah nanti tersalah exit. Tak pasal-pasal kena berjalan jauh.

Meriah hiasan facade hotel ni. Terang benderang dengan lampu.

Shoe Symphony of Light bermula pukul 8pm. Tapi 7.30pm penuh dah orang kat area Tsim Tsa Shui waterfront tu. Semua carik viewing point yang paling menarik, Sampai-sampai tu dapat lah jugak tempat menarik tapi sementara menunggu tu, dengan budak-budak tu. Jangan haraplah nak duduk setempat kan. Sudahnya berjalanlah kami menyusuri waterfront tu. Ramai local peoples dia yang buat bisnes amik gambar. Tapi kitaorang tengok je lah, walau puas dipelawa. Mahal sangat pakej dia, sekeping gambar size 4R pun sampai KHD60. Takpelah, kitaorang amik gambar sendiri je.

Rasa macam tak berbaloi pulak tunggu lama-lama nak tengok show lampu dan laser ni. Tengok kat web macam menarik sungguh, tapi realitinya... Biasa sangat. Tapi bolehlah..

view from Tsim Tsa Shui Waterfront. Cantik je boat ni berlegar-legar

Balik tu ingat nak singgah makan tapi macam kenyang lagi. Kat kawasan Tsim Tsa Shui tu banyak je kedai makanan arab. Mahal dengan tidak je lah. So decide balik makan sandwich ngan Berahim kat bilik je. Jimat. Nasib anak-anak aku jenis tak pemakan sangat. Dapat susu dah cukup. Bagi derang biskut dengan sandwich pun dah cukup. Malam tu tak sempat nak mandikan derang semula, dapat susu terus lelap. Penat sangat lah tu. Sorry anak-anak, berjalan dengan ibu abah, endurance level memang kena tinggi. Takpe, memang ibu nak korang tidur awal, Esok aktiviti kita full sepanjang hari.

28 December 2015

Elma

Agak lama tak menulis tentang Elma. Dah  setahun 8 bulan usia dia. Dah besar, makin banyak songeh. Makin garang. Makin pandai mengarah. Hahaha..iye, Elma ni memang lain sangat dengan Eisya. Elma tak boleh kalau orang tak dengar atau tak ikut apa yang dia nak. Tak ikut kata dia, dia punya mengamuk. Aduuihh, tak sanggup okay. Elma kalau merajuk, susah sungguh nak pujuk. Sebab tu seboleh-boleh aku tak akan biar dia menangis berlarutan. Dia nangis sikit kena pujuk semula. Kalau dia gaduh dengan Eisya pun kena selalu minta kakak mengalah. Eisya pun dah paham, kang tak mengalah habis kena gigit atau tarik rambut dek Elma.

Elma tak suka gajet. Tak suka TV atau handphone. Kartun pun dia tak berapa gemar tengok. Dia suka main dengan benda-benda real. Main dengan bakul baju, main mangkuk, main penyapu. 

Elma seboleh-boleh nak buat semua sendiri. Pakai baju sendiri, makan sendiri, mandi pun nak mandi sendiri. Tak nak orang buat atau tolong dia. Sekarang ni kalau boleh, basuh berak pun nak buat sendiri. Perasan besar sangat. Dia nak buat sendiri sebab dia tengok orang lain semua buat sendiri kan. Tu dia pun nak buat sendiri. Memang peniru sungguh dia ni. Memang tak boleh buat yang bukan-bukan depan dia ni, kalau tak nak dia tiru. Cakap pun tak boleh sembarangan, sebab dia akan ikut dan sebut je nanti. Apa Eisya buat, memang dia akan ikut. Tu aku geram je kalau Eisya buat perangai memanjat kabinet TV, melompat-lompat atas katil. Kang terkedek-kedek lah si kecik ni mengekor. Eisya tu mentor dia.

Baru bangun tidur. Terus makan. 

Selera makan dah berkurang. Susah sungguh nak bagi dia makan. Nak dapat sesuap pun, alahaii.. Kena paksa. Aku ni pulak jenis malas nak memaksa, kau tak nak makan.. sudah. Tapi dia macam tak lapar je. Aku tak bagi susu pun, bila suruh makan, selamba je dia jawab 'Nanak.. Nanak' Sambil tepis tangan kita. Masa yang dia makan banyak sikit, time bangun pagi. Tu pun jangan bagi susu dulu. Banyak lah dia makan. Nasiblah buah laju dia makan. So sekarang aku bagi dia makan anggur, pisang dengan timun je. Ye, Elma adalah pengemar timun. Kalau makan kat luar, order goreng-goreng.. timun potong tu dia amik sendiri dalam pinggan kita.

Harap sampai besarlah makan sayur. Jangan jadik macam Eisya, telur dadar ada parsley pun dia tak mahu makan. Kronik sungguh.

Dia ni dalam garang, ada kala buat orang tergelak gak. Paling seronok tengok dia sekarang bila dia beriya tepuk patung-patung dia suruh tidur. Bukan main kuat lagi dia tepuk, pastu menjerit 'allah..allah' Peniru kan, orang baca selawat tidurkan dia. Dia dapat 'Allah' je. 

Elma jugak mudah sentap budaknya. Dan  kuat cemburu. Dia tak boleh tengok Eisya dekat atau manja dengan aku. Mulalah tak duduk diam. Tak pasal-pasal dia tarik rambut Eisya. Kalau Eisya baring atas bantal dia, siap sedialah kena terik rambut tu. Dalam kereta pun sama, semua nak menempek kat mak dia ni. Sebab tu sekarang memang aku duduk belakang, Eisya kat depan. Tak boleh duduk sama 2 ketul tu. Elma lah pendengki. Kaki dia tak boleh bersentuh langsung dengan Eisya. Teruk sungguh perangai. Nasiblah Eisya jenis mengalah. Kalau tak, huru-hara.

Alahaiii Elma, buruk bebenor rupa weh makan gitu gaya.

Aktiviti

Rasa macam pelik juga bila cuti panjang, 4 hari kitaorang tak ke mana-mana. Duduk je kat rumah. Hhmm, hajat hati nak balik kampung. Lama tak balik, tapi banyak pulak urusan kat KL ni. Nak kemaa rumah USJ, next week orang nak masuk dah. Barang kitaorang pun melambak lagi kat sana. Huhuhu.. banyak sungguh barang kan. Tak habis-habis. Nak kena cat rumah tu, nak kena repair sikit toilet 2nd bathroom, kipas nak kena ganti. Banyak lah keje. Maka, tak balik lah kami. Duduk lah diam-diam kat KL ni. Eh, tak diam sangat lah. Banyak keje nak kena buat okay. Rumah kuarters ni pun nak kena kemas, kotak bersepah-sepah lagi. Yang tak bukak, yang melambak kat depan tu. Alahaaaiii, roh rajin marilah menjelma.

Tapi dah namanya cuti kan, otak ni macam dah set. Inilah masanya nak tidur lama sikit, boleh bangun lambat. Boleh golek-golek, malas-malas atas katil. Time ni lah anak-anak akan bangun dulu. Kita ni dah sedar pun, pura-pura tidur lagi. Anak-anak aku selagi dia tak nampak kita bukak mata, memang derang tak kan kacau atau usik suruh kita bangun. Bagus. Tapi kalau dia nampak mata mak dia ni dah terbukak, memang takde harapan lagilah nak bergolek. Silalah bangun dan ke dapur. Sebelum budak-budak ni minta susu, aku kena masak sesuatu dan bagi derang makan. Nanti kalau dah susu, memang tak makan lah jawabnya. Nak tak nak, kenalah mak dia merajinkan diri.

Breakfast. Bubur nasi. Konon nak buat kangkung goreng belacan, tp malasnya nak turun gi beli. Sudahnya, makan je lah apa yang ada kat dapur tu. Tak sangka budak-budak suka, licin seperiuk bubur.

Lepas makan kononnya nak terus ke USJ, tapi jangan haraplah. Bila dah melepek depan TV, dah bukak movie. Sudahnya petang baru bergerak. Huhuhu.. Entah camne lah nak siap segala kerja yang menanti. Konon ada banyak masa lagi kan. Nasib baik bergerak gak petang tu, setel lah urusan mengangkut barang-barang kat rumah lama. Kosong dah rumah tu. Boleh start cat dan kemudian basuh. Aircond tu kitaorang tinggalkan aje. Malas nak cabut punya pasal. Rumah sekarang pun takde lah panas sangat. Masih boleh bertahan. Andai kata musim panas muncul next year, kita pecahlah tabung beli lain.

Thanks to Rafdy sebab luangkan masa tolong Ekwan mengecat rumah. Kalau harapkan dia buat sorang, tak siaplah jawabnya.

4 hari cuti, aku macam kehabisan idea nak masak apa untuk breakfast. Bukanlah kering idea sangat sebenarnya. Tapi lebih kepada malas. Hati ni asyiklah terpikir dan berhajat nak ajak laki gi breakfast kat IKEA. Dah asal bangun, tengok luar tingkap nampak signboard IKEA, itu pasal asyik terasa nak gi IKEA je. Tapi aku tahu, mesti permintaan aku tak kan dilayan. Maka, rajinkan lah diri ke dapur. Dan dengan penuh kasih sayang, terhasil lah lempeng cicah sambal sardin ini. Sebenarnya dari malam sebelum tu dah teringin nak makan lempeng. Dah alang-alang kan, pagi tu gigihlah aku masuk dapur bancuh tepung. Tak sangka Elma suka.

Lepas makan tetiba aura rajin datang. Basuh semua patung-patung ni. Eisya bukan main seronok kutip semua patung dia campak masuk dalam mesin basuh. Lama dah tak basuh. Ada yang habis kena conteng dengan magic pen.Eisya kata dia mekapkan patung tu.  Nasib baik boleh hilang. 

Ini je lah keje aku sepanjang 4 hari cuti selain golek-golek depan TV, gaduh dengan budak-budak. Pastu menyinga tengok 2 ketul tu sepahkan bilik. Mak dia kemas, dia sepahkan. Alahaii, tapi budak tu tetap selamba keluar bilik. Mak dia jugak yang kena kemas. Rasa nak je aku kutip pastu simpan tinggi-tinggi. Tapi pikir balik, aku jugak yang beli semua tu untuk derang. Dah sepah nak marah-marah lak.. Bila pikir gitu, reda lah sikit amarah aku.

24 December 2015

Johnson's Baby Skincare Wipes

**entry akan menempek kat atas selama 24 jam

Jadi mak ni, benda yang paling wajib dan perlu sentiasa ada adalah Baby Wipes. Dari newborn sampai lah anak dah masuk kategori toddler, kalau selongkar handbag aku barang yang korang confirm akan jumpa adalah baby wipes. Selain tu, kalau tetiba ada sepit rambut comel, lego, coklat tak habis makan.. Buat-buat tak nampak je lah ye. 

Handbag mak budak kan, begitu lah.

Dan aku rasa mak-mak lain pun sama. Sebaik sahaja dapat status Mak Budak, serta-merta terus isytihar 'Best Friend Forever' dengan Baby Wipes. Sangat penting okay baby wipes ni. Kalau tetiba tak bawak, atau kehabisan stok, memang boleh haru-biru lah. Kalau keluar jalan-jalan, baby wipes adalah sangat diperlukan. 
Yelah, budak-budak ni membuang bukan kira masa dan tempat. Kadang-kadang termuntah dalam kereta.. Dan disinilah betapa bermanfaatnya Baby Wipes.

Baby wipes pilihan aku sentiasa dari Johnson's. Bukan baby wipes je lah, mostly barangan baby dari baby wash sampai lah ke baby skincare. Kiranya Johnson's memang produk kepercayaan aku lah. Lagi-lagi kalau kena anak kulit sensitif. Macam Elma tu, kulit dia mudah naik rashes, gatal-gatal. Tapi doktor kata bukan eczema, just mungkin dia ada alah kat sesuatu. Unidentified setakat ini. Sekarang ni, segala produk yang apply kat Elma semuanya yang gentle and mild. Gitu.. Manja kulit anak aku. Kecik-kecik dah high maintenance.

And thanks to Johnson's sebab peka dengan keperluan ibu-ibu yang memiliki anak kulit bak tuan puteri ni.

Johnson's Baby Skincare Wipes
* Ultra Sensitive
* Fragrance Free

Aku bab fragrance ni macam tak kesah sangat, macam suka je actually. Tapi dah Elma tu kulit sensitif kan, takdelah nak wangi-wangi. Bedak pun tak payah. Takpe dik, baby ada bau tersendiri, semulajadi wangi. Alah, baby masam pun orang gomol Elma. Jangan risau. Hahaha.. Elma rileks je, mak dia yang over.

Anyway, setelah cuba gunapakai Johnson's Baby Skincare Wipes ni, ini antara yang akak kenalpasti:-
  • Tisu dia extra lembut dan lembab (but not too wet), ketebalan setiap tisu dia tu pun just nice.
  • Kulit Elma kekal lembab lepas bersihkan dengan Johnson's baby wipes ni, tak apply lotion pun takpe. Makcik tu dah lah memang sekarang nak pakaikan diapers pun macam nak berperang.
  • Fragrance free - Alhamdullilah setakat ni takde ruam jahat  muncul. Tapi natural scent wipes dia just nice. Bau fresh.
Lembut je tisu dia.

Baby wipes ni juga boleh didapati dalam size 75pcs. Gambar atas tu untuk packaging 20 helai. Yang size 75 helai ni siap dengan flip-top lid. Lagi terjamin kebersihan dan tisu tu kekal lembab sepanjang masa. Dan bila penutup dia macam ni, susah lah sikit Elma nak tarik keluar. Budak tu kalau dapat wipes, kalau dibiarkan mahu habis sepeket dia kerjakan. Lap muka, lap mulut, lap kaki.. Satu badan dia lap. Kan dah kata, Johnson's sememangnya sangat memahami keperluan mak-mak semua.

Johnson's Baby Skincare Wipes With flip-top lid.

Elma said 'Thanks Johnson's!!!' 

For more details pasal all products dari Johnson's, boleh refer:

Atau Facebook Johnson's:

Johnson's Terbukti Secara Klinikal.

23 December 2015

Donut Gebu Gebas

Aku ni memang senang terpengaruh. Lagi-lagi bab berkongsi resipi. Apa kawan buat, pastu macam menarik, macam senang. Memang aku follow rapat. Hahaha.. Donut ni dah viral di kalangan group Whatsapp SistaHood hampir 2 minggu lepas. Tapi aku baru nak mencuba. Bukan main lagi, memasing asyik tayang donut je. Terus aku ni tergoda. Gebu je pulak tu. Pastu resepi pun simple. Bahan-bahan mostly memang dah ada kat rumah. Yeast je takde.

Gigihlah aku gi beli yeast. Tapi malam tu bila nak buat, carik-carik yeast boleh pulak takde. Frust okay. Esoknya balik keje terus beli semula. 3 peket trus aku beli. Senang. Buat stok.

Gebu kan donut ni. Lembut je.


Donut Super Gebu. Resepi yang super duper senang tu, aku attach je lah picture yang kawan-kawan aku share. Senang nak refer.

Senang kan resepi dia. Sekarang ni resipi ni dalam kepala je. Senang ingat seban resipi dia simple bebenor. Tapi hasilnya memang marvelous. Sekali adunan ni banyak gak dapat donut ni. Kalau buat size comel-comel, lagi lah banyak dapatnya. Aku mula-mula tu buat size sederhana je. Tapi dah hujung-hujung memang besar gedabak donut aku. Nak cepat habis je dah aku pikir. Dengan Eisya ngan Elma pun sama sibuk nak melenyek doh tu. Tak sabar aku nak adunan tepung tu abis. Dapatlah dalam 30 biji donut. Banyak. Terus aku half cooked kan donut tu dan frozenkan. Kang nak makan, tgh defrost kan aje. Merasalah satu rumah makan donut je minggu ni. Tapi dah budak-budak pun suka. Layankan aje. Dah 3 kali aku buat okay. Petang-petang sebelum siap masak, gorengkan donut dulu, Pagi-pagi pun aku bekalkan sorang 2 ketul donut. 

Bila masak atau buat benda yang orang suka makan, kau tak kisah pun kena buat banyak kali. Tapi tu lah, mak kau ni kononnya tengah diet. Tapi kalau dah asyik keje masak je, buat kuih.. Kau ingat mampu aku nak tengok je? Haruslah aku pun makan sama kan..



21 December 2015

Blobbies Kini Kembali

Blobbies?? Apa itu Blobbies? Alah, tak tahu ke apa tu Blobbies? Nah, tengok video ni dulu. Mesti terus tahu apa tu Blobbies. Cute kan Blobbies Nippon Paint ni. Kenapalah Nippon Paint tak buat patung Blobbies ni semua. Kalau lah ada, aku akan jadik orang pertama akan kumpul kesemua 6 blobbies ni.


Blobbies kini kembali lagi!! Mulai 19 Disember 2015 sampai 10 Januari 2016, Blobbies akan berada di The Curve, Mutiara Damansara. Boleh lah datang dan berjumpa dengan Blobbies ni. Dan kali ni lagi best tau, siap ada Blobbies Mascot appearance yang berwarna-warni dan gebu. Eisya memang teruja bila tengok mascot tu keluar. Dia yang beriya suruh amik gambar dia dengan mascot tu semua. Habis dipicit-picitnya perut blobby tu. Redha je lah budak yang duduk dalam mascot tu. Mesti dia tahan je geram kena picit-picit dek Eisya.

Mak dengan anak sama seronok. 

Dan alang-alang tu, jangan lupa ambik gambar dengan patung-patung Blobby tu sekali. Nippon Paint ada buat contest tau. Selfie with Blobby Contest. Mudah sangat caranya. Ambik gambar dengan pose paling kreatif bersama mana-mana Blobby sculpture tu. Kemudian pos kat Instagram. Jangan lupa hashtag #PaintAllSurface kat caption. Pastu jangan lupa set Instagram korang ke Public. Kalau tak camne nanti Nippon Paint nak check gambar yang korang submit. For more details, boleh refer:


So, apa tunggu lagi. Hujung minggu ni boleh lah singgah The Curve sekejap. Blobbies ada kat area air pancut tu. Tapi mascot tu takde sepanjang masa. Kalau nak bertemu dan beramah mesra dengan Blobbies Mascot, chechk dulu tarikh-tarikh yang dia akan muncul. Boleh refer link kat atas tu jugak. Tapi mehlah akak bagi siap-siap jadual dia. Selain dapat bergambar dengan Blobby Mascot, korang jugak boleh dapatkan fridge magnet blobbies eksklusif dari Nippon Paint. 


Jangan lupa submit gambar segera. Bulan Januari 2016 nanti Nippon Paint akan pilih pemenang. Akak dah sbumit. Biasalah, bab-bab gini akak memang pantas, Tapi dengan budak 2 ketul tu, tak dapatlah akak nak posing beriya sangat. Lagipun malu lah.. Orang ramai lalu lalang kat situ. Peluang nak menang tu macam takde je. Maka, kalau korang datang nanti, pikir siap-siap gaya nak bergambar tu. Posing maut lah dengan Blobbies tu.

Metal Blobbies. Favorite blobby akak.

Kau mampu amik gambar gini? 


Current Addiction

Lama sebenarnya berhajat nak bercucuk tanam. Best rasa ada benda hijau nk dijaga, nak dipelihara. Lagipun memang digunakan semua tu. Tu yang berharap sangat dapat tanam sendiri pokok-pokok herba macam daun kesum, daun limau purut, serai tu semua. Bila nk guna, petik je kat luar. Macam kat kampung. Seronok. Aku ni selalu lah jugak, bila nak masak tetiba serai takde lah, cili takde. Potong sungguh. Dan itulah salah satu sebab kenapa aku nak semua tu ada kat luar rumah.

Rumah kat USJ dulu tak mengizinkan aku nak bercucuk tanam langsung. Takde ruang. Takde ruang yang aku boleh letak pasu untuk pokok-pokok aku dapatkan bekalan matahari. Maka terkuburlah keinginan. Kita beli je lah kat Mydin bila nak guna. Pastu sementara nak guna lagi, selalunya semua benda tu layu kecut dulu dalam peti ais. Bila duduk kuarters ni, walaupun duduk tingkat 5, keadaan agak mengizinkan untuk aku menanam dalam pasu. Takde balkoni, tapi laundry area dan tempat sidai baju kat belakang tu terbuka dan menerima pancaran matahari, cukup untuk pokok-pokok buat proses fotosintesis. Marilah kita cuba menanam, tengok tangan ni sejuk ke panas.

Pokok peliharaan buat masa ini. Si Rosemary dan Parsley. Dalam pasu depan tu, Ekwan punya. Dia tanam daun salad. Eisya tukang siram air setiap hari. Ekwan kata tak aci aku tanam pokok dah hidup, dia semai dari benih. Aci tak aci, aku memang nak keje senang, 

Aku nak sangat tanam serai dengan daun kesum. Sebab ni adalah 2 benda yang nemang aku guna setiap minggu. Dalam seminggu, aku memang wajib masak tom yam. So serai tu memang kena sentiasa ada. Sama dgn dengan daun limau purut. Semalam pergi Aeon, konon nak beli pokok kesum tapi kat Aeon Maluri tu takde lah pulak. Sudahnya belilah pokok rosemary dgn parsely tu. Bolehlah lepas ni buat ayam panggang guna rosemary segar, selama ni guna dried rosemary je.

Rasa tak sabar pulak nak balik kampung. Nak amik anak pokok limau purut, daun kesum.. Aku rasa halia dengan kunyit pun aku nak tanam lah, daun kunyit tu senang nak buat rendang.

*setangkai rosemary dah selamat diguna untuk buat ayam panggang.

19 December 2015

Suka Makan Pedas? Tapi tak tahan Pedas?

Sebagai anak jawa yang duduk kat Malaysia, makanan bergoreng, berasaskan sambal memang jadik favorite sepanjang zaman bagi aku. Makan kalau takde rasa pedas, terus potong nafsu makan tu tau. Terus mengelupur gi kaunter tanya kat cashier 'Kak, sambal belacan ada tak? Cili potong ke?' Bunyi macam kuat sungguh makan benda pedas aku ni kan. Aku ni takdelah tahan pedas sangat, tapi takdelah sampai tak boleh langsung makan pedas. Tahap kepedasan aku ni kategori Mild lah. Tengah-tengah, jangan pedas sangat, jangan tawar sangat.

Bila dapat jemputan dari Mamee Cool Tea untuk sama-sama sertai  Cabaran Pedas bersama rakan-rakan blogger yang lain kat Chilli Rush, Jaya One Sabtu lepas, to be exact on 12 Disember 2015, aku dengan terujanya terus setuju. Masa tu macam tak terfikir akan ada aktiviti makan-makan benda pedas ni. Bila baca semula event details, siap digalakkan untuk datang bersama kawan, pastu google pasal Chilli Rush kat Jaya One tu. Sah, mesti nanti akan diadakan Spicy Challenge malam event tu. Siap sedialah..

Lokasi Kejadian :CHILLI RUSH, JAYA ONE, PETALING JAYA.
Kau tengok kedai dia punya logo, segala jenis cili ada. Boleh lah bayangkan jenis makanan yang ada dalam menu dia kan. Siapa yang selama ni mengaku Raja Pedas, korang kena datang sini join Chilli Rush Challenge dia. Kalau passed, baru boleh mengaku Raja Pedas. Kalau tak, diam-diam je.

Spicy Challenge Event ni ditaja oleh Cool Tea. Tahu tak apa tu Cool Tea? Rasanya ramai yang dah kenal dan jumpa Cool Tea ni. Buat yang masih belum tahu,  Cool Tea adalah minuman teh herba terbaru keluaran Mamee. Ianya diperbuat daripada 8 jenis herba yang sangat efisen dalam membantu melepaskan haba dari badan. Dalam Cool Tea ada liquorice root, lotus leaf, honeysuckle, chrysanthemum, selfheal, grosvenor, momordica fruits, mulberry leaf dan mesona chinensis. Herba-herba semua ni lah yang membantu menyejukkan semula badan daripada kepanasan akibat kepedasan. Cool Tea ni memang minuman pelega bila makan makanan pedas. Bahan-bahan penyejukan semulajadi yang terdapat dalam Cool Tea buat kita rileks je makan makanan yang pedas dan panas. 

Pedas makan cili, jangan risau Cool Tea kan ada.

Selain perasa Teh Herba asli, ada juga perasa Teh Hijau dan Kekwa. Pilih ikut kegemaran anda. Aku tetap suka yang asli. 

Sebelum event dimulakan malam tu, kami semua dihidangkan dengan Chili Drink, signature drink Chilli Rush. Dengar nama pun macam takut je nak minum tau. Dah lah cili berenang-renang atas air tu. Teragak-agak nak minum, aku siap cicah hujung jari try rasa dulu. Eh, macam sedap lah pulak kan. Bila dah teguk sekali, takdelah pedas sangat pun. Sikit je rasa pedas dia. Dan dengan selambanya aku boleh minta lagi 1 minum sambil makan nasik malam tu. Illa tengok, dia yang risau aku sakit perut. Tapi lepas tu teguk Cool Tea gak setin. Risau perut memberontak.

Mula-mula tu takut jugak nak telan, tapi lepas tu selamba macam minum fresh oren. Eh, bukan riak, tapi sedap sebenarnya Chilli Drink ni.

Dan sebagai dijangka, selepas puas menjamu selera malam tu. Sesi Spicy Challenge dimulakan. Semua blogger dibahagikan kepada 5 orang dalam setiap pusingan. Setiap pusingan, semua dikehendaki makan Level 10 - Chilli Rush Hot Wing. Level 10 okay, boleh bayanglah kan macamana pedas dia. Siapa dapat makan paling banyak dalam masa 1 minit, dia akan menang pusingan kumpulan dan mara ke pusingan seterusnya dan berpeluang dapat hadiah-hadiah menarik tajaan Cool Tea. Tengok orang makan, dengan bau cili pun aku dah cuak-cuak. Terus teguk Cool Tea. Kalau tiba turn aku, dapat makan segigit pun dah bangga.

Arrghhhh!! Pedas sungguh Level 10 - Chilli Rush Hot Wing ni. Hebatlah siapa yang boleh makan sampai 2,3 ketul. Aku makan segigit je pun terus pijar rasa mulut. Terus letak semula ayam tu kat pinggan, dan cepat-cepat amik Cool Tea. Tak sabar nak tunggu 60 saat berlalu nak minum. Bila judge kata 'Times Up!!' je terus aku teguk Cool Tea laju-laju. Lega. 

Tadi punya seronok sorak suruh member makan ayam pedas tu kan. Tiba giliran sendiri, sampai senget-senget mulut menahan pedas.

Nasib baik ada Cool Tea.

5 orang juara pusingan kumpulan akan teruskan ke pusingan final Spicy Challenge anjuran Cool Tea. Yang ni lagi dasyat, sebab setiap peserta kena makan sedozen Level 100 - Chilli Rush Hot Wing. LEVEL 100!! 100 kali lagi pedas dari cili padi. Arrgghhh.. Tak terbayang aku macamana pedas dia. Waiter lalu bawak ayam tu pun dah menusuk bau cili dia. Macamana lah nak makan. Jangan kata makan, gigit pun belum tentu aku berani. Nak kena makan sedozen pulak tu. Nak makan seketul pun aku mengaku kalah, ini kan pulak sedozen. Memang menangis kepedasan lah aku. Maka, aku memang tabik spring kat 5 orang yang ke pusingan akhir ni. Memang kebal mulut dan lidah korang. 

Gambar sebelum pertarungan akhir Spicy Challenge bermula. Masing-masing masih boleh tersenyum.

Takjub aku tengok derang boleh makan ayam sepedas tu sampai 4,5 ketul dalam masa 4 minit. Ilmu apa korang pakai ni?? 

Dan pemenangnya adalah Harris (2 dari kanan) tu. Dia berjaya makan 5 ketul ayam tu. Hebat. Lagi hebat, dia selamba je makan ayam pedas tu, macam ayam goreng madu je dia buat. Tapi nampak gak lah muka dia merah-merah kepedasan dan kepanasan. Hebat kau dik!! Habis je challenge, semua minum Cool Tea yang dah terhidang 2 botol depan mata tu. Barulah boleh tersenyum semula. Sesungguhnya Cool Tea ni bukan lah air tea sembarangan. Dia memang hebat menghilangkan rasa pedas dan panas. 

Kalau dah plan nak makan pedas-pedas, pastikan Cool Tea ada sama. Boleh dapatkan di kedai berhampiran. Kat 7-Eleven, AEON, TESCO, The Store, Giant, Econsave, KK Mart, Shell dan Mydin. Alah, kat mana-mana pun ada. Tak susah pun nak dapatkan Cool Tea ni. Yang penting rasa dia memang sedap. Simpan dalam fridge, minum sejuk-sejuk.. Alahai nikmatnya.

Suka Makan Pedas?
Pastikan Cool Tea ada sama.

Untuk lebih maklumat dan kebaikan Mamee Cool Tea, sila rujuk:-



18 December 2015

Hong Kong Adventure: Part 1

Tarik nafas. Hembus. Marilah mulakan entry jalan-jalan ke Hong Kong. Asyik belek gambar je, draft entry nya tidak. Pagi ni, sementara ada kelapangan. Silalah update Dayu.

Entry dimulakan dengan gambar ni. Rasa macam over. Nak pergi 5 hari je pun tapi makanan penuh satu beg. Hahaha.. Akak takut kelaparan kat sana. Berjalan dengan budak kecik, tak tenang kalau derang meragam sebab lapar. Bawak je lah. Malaysia Airlines dah bagi 30kg, gunakan.

Flight 29 Nov 2015, pukul 9.15 am. Pukul 5 pagi aku dah bangun, mandikan budak-budak. Siap-siap amik wudhuk, azan je terus sembahyang. Pastu terus keluar rumah. Aku target paling lewat pukul 7 pagi aku dah sampai KLIA. Kami gerak dari Desa Pandan, sejam jugak tu. As usual, aku booking teksi guna MyTeksi. Risau jugak kalau tetiba takde teksi yang available pagi-pagi buta tu. Rezeki, urusan pagi tu dipermudahkan. Sekejap je dah ada driver yang respond kat order aku. 

Desa Pandan - KLIA : RM120 (Masa : 1 jam ++)

Sampai je KLIA, terus carik kaunter nak check-in luggage. Rimas aku bergerak dengan luggage bag 2,3 ketul ni. Tengok kat display board, flight kitaorang masih tak open lagi. Tapi masa tu lagi sejam lebih je lagi nak terbang. Tak kan tak bukak lagi. Bila tanya kat staff dia yang bertugas, dia kata dah boleh check-in kat kaunter B atau C. Terus lah tuju ke sana.. Sekali tengok, punyalah panjang barisan dia. Aku dah risau tak sempat makan je. Lapar dah ni. Tengah huru-hara melayan Elma, ada staff MAS datang suruh aku gi kat special handling counter untuk check-in. Wahhh, terus berbunga riang hati akak kau. Lagi seronok tengok kaunter kosong. Thanks to Elma and Eisya, sebab korang berdua dapat kita potong barisan. Jimat masa.

Tengah nak process untuk check-in tu, boleh adik kat kaunter tu cakap 'Puan, kami minta maaf, Flight ni penuhlah. Boleh tak puan depart petang, kami akan upgrade seat puan ke business class' Kau giler ke apa?? terus aku jawab 'Tak nak!! Nak terbang pagi ni gak!!' Issskk, tak kuasa aku nak buang masa kat airport ni berjam-jam. Dengan 2 ketul ni. Yang sekejap ni pun aku dah pening kepala. Tawaran tu tak cukup menarik bagi aku. Tak kira, aku nak masuk kapal terbang pagi ni jugak. Terus kitaorang di hantar ke kaunter khas. Kami diminta tunggu sebentar sementara officer tu usahakan untuk dapatkan kitaorang seat. Aku tanyalah jugak, macamana boleh full. Bukan tiket jual ikut capacity flight ke? Dia jawab gaya membebel salahkan budak ticketing. Lantak kome lah, akak tau akak nak terbang gi Hong Kong pagi ni jugak.

Dalam 15 minit gak aku tunggu. Akhirnya 'Okay puan, ada seat untuk family puan.. Mari saya check-in kan' Hah.. ada pun lagi seat. Yang tadi kata full apa kes? Takpelah, yang penting tak payah nak merugikan masa melanguk kat airport. Bila dah dapat boarding pass, lega dah rasa. Terus gi makan. Tak sedar diri, sebenarnya patut dah gerak ke pintu masuk dah. Dengan nak check imigresen lagi. Makan lah secara gelojoh. Hhhmm, inilah antara benda yang aku tak suka bab travel by air ni. Nak terbang pukul 9am, tapi dari pukul 5am dah kena kuar umah.

Dah sampai kat pintu berlepas, boleh pulak si Elma ni berak. Arrgghh, penatnya rasa pagi tu. Berlari-larilah aku gi tukar diaper dia dulu. Keluar je toilrt, terus dengar announcement suruh masuk kapal terbang..  

Happy kid. Nasib baik pagi tadi senang nak bangun mandi.

Budak yang buat mak dia rasa flight 4 jam macam 8 jam. 

Ini adalah penerbangan pertama Elma. Dan kali pertama Eisya terbang dengan Malaysia Airlines. Eisya seronok sangat sebab ada skrin boleh tengok movie. Maka senanglah mengurus dia sepanjang 4 jam tu. Bagi makanan, pakaikan headphone, bukak cerita Minion, setel. Sesekali lah, tetiba 'Ibu, Chacha nak kencing lah' Huhu, itu sila berurusan dengan abah awak. Ibu jaga Elma. Tapi kan, kalau ada rezeki, kita terbang lagi. Ibu nak amik jaga awaklah, biar abah jaga Elma. Huhu, handle budak kecik tu. Rasa macam habis tenaga aku. Dia nak berdiri je, tengok orang belakang. Jap lagi dia tegur orang depan pulak. Tarik console controller tu, ketuk-ketuk skrin.

Walaupun penat, adatlah beranak kecik. Dia bukan paham apa. Nak tinggal, tak sampai hati. Bawak sama, layan aje lah. Tujuan berjalan pun nak bagi anak-anak happy kan. Dah tu, jangan nak merungut macam-macam. 

Ohhh, Elma sempat membuang sekali lagi dalam kapal terbang.

Dan dia akhirnya tidur jugak sejam sebelum tiba ke Hong Kong. Dapatlah akak berehat sekejap. Jeles aku tengok Ekwan sedap tidur. Masa nak landing Elma terjaga masa nak pakaikan dia safety belt. Terjaga tak puas tidur, terus cranky. Arrggh, tetiba stress mak kau. Bila dah dapat keluar dari kapal terbang terus rasa lega. 4 jam duduk bersempit, sesak.

Naik bas je transfer ke main terminal. Kira KLIA hebatlah, transfer naik train.

Rasa pelik lak bila ada bas berlegar-legar kat area taxiway ni.

Gambar gegar tapi nak juga letak. Tak kira. Sebab ni je gambar yang ada masa kat airport. Tengah sibuk-sibuk, kau tak terfikir dah nak amik gambar. Dengan 2 ketul ni tak berlari sana-sini.

Lepas amik bag, terus gi isi declaration form. Aku pilih nothing to declare, sebab dia macam fokus kat arak, ubat-ubatan dan daging fresh. Aku takde semua tu. Dan dengan penuh yakin nyer kami berjalan keluar kat pintu warna hijau. Hati ni berdegup jugak, risau tetiba kena tahan dan imigresen dia check details. Tapi tengok kitaorang dengan anak-anak ni, takde gaya penyeludup kot. Maka, lepas lah kami dengan jayanya. Kastam dengan imigresen dia pun agak friendly bagi aku. Orang asyik kata depa garang dan tegas, tapi aku tengok dia siap boleh senyum-senyum lagi kat Elma. Officer kat KLIA lagi kelat muka. Aku bagi salam pun, dia jawab dalam hati je kot.

Sampai kat Arrival Hall, terus tuju ke Tourist Pick-up area kat Exit B. Dalam itinerary, agent dari Hong Kong akan tunggu kami di sana. Puas aku carik flag atau board 'Carry On' tapi takde pun. Huhuhu, memang kami agak lewat. Tapi tak kan dah kena tinggal kot. Sementara Ekwan try call agent tu, tetiba aku nampak ada sorang laki bawak cardboard 'Carry On' Terus aku pergi approach dia. Dia kata dia pergi minum tadi sementara tunggu kitaorang.

Okay, selesai masalah. Jom kita naik bas ke hotel.

Sepanjang 5 hari kami di Hong Kong, kami diuruskan oleh travel agent. Nak bergerak ke semua tempat yang tersenarai dalam itinerary, agent yang akan uruskan. Macam senanglah sikit. Dalam perjalanan dari Hong Kong International Airport ke hotel, dapatlah perhati keadaan kat Hong Kong ni, Rasa takjub dengan bangunan-bangunan dia. Memang mencakar langit sungguh. Tinggi-tinggi weh, 

Seriau aku tengok, bangunan kurus je tapi tinggi sampai 60 tingkat. Yang duduk kat atas tu, mesti gayat kan. Ke derang tak rasa apa?

Akhirnya, jam 4 petang baru dapat baringkan badan. Nikmat sungguh rasa dapat baring atas tilam. Biar bilik tu sempit, tapi tak peduli dah. Asal boleh baring, boleh tidur aku dah syukur. Sepanjang 3 hari kami ditempatkan di MK Hotel. Seminggu sebelum bertolak, agent kat Malaysia kata kami duduk kat MK Hotel. Ingatkan duduk kat Panda Hotel. Aku malas nak tanya details, duduk je lah. Details pasal hotel ni aku review kemudian ye.

MK Hotel, Mongkok.

Kami duduk kat sini 3 hari ni.

Di kawasan hadapan hotel. 

Okay, cukup part 1. Nanti akak kumpul gambar untuk part 2 pulak. Ada berapa part, akak pun tak pasti. Kalau tak muak, baca. Rasa muak, skip dulu. Nanti datang semula baca. Baca tetap kena baca, penat tau akak taip. Kenalah korang baca.