Benda paling menyampah aku nak buat adalah: Mengemas barang nak pindah keluar meniggalkan kediaman
Giler menyampah. Dari zaman duduk hostel masa kat UiTM sampai lah ke hari ini. Masa kat UiTM lagi menyampah. Asal hujung semester nak kena kemas barang. Naik semester, kena kemas lagi. Rasa macam sangat menyushkan. Barang kalau sikit takpe. Ni berkotak-kotak. Zaman belajar ni boleh lah terima lagi, semua barang-barang kecik je, paling2 pun buku, fail, kertas-kertas. Rasa malas nak simpan, kasik buang je.
Tapi bila dah berumahtangga ni, jangan harap lah.
Dan akibatnya, sehingga kini aku masih belum siap mengemas. Rumah adalah sudah di tahap tongkang pecah. Tiada sesiapa dibenarkan dtg melawat rumah aku buat masa kini. Tapi semalam, kawan Ekwan dtg berbuka. Maka, aku buat selamba je. Kau buat-buat tak nampak la kebersepahan rumah kami ni ye. Abaikan barang-barang yang memenuhi lantai tu. Tapi boleh lak dia masuk dapur, rajin pulak nak membasuh pinggan, kantoi dah satu rumah tak terurus.
Arrgghh, aku tak suka packing barang nak pindah rumah!!!
Secara keseluruhan, kami ni macam tak nak move out. Aircond tak cabut lagi, almari semua tak kosongkan lagi. Tapi pinggan mangkuk, periuk smua aku dah balut surat khabar, dah masuk kotak siap-siap. Supaya mempunyai alasan dan sebab yang kukuh untuk tidak perlu memasak 2 minggu ni. Aku dah bungkus siap-siap, simpan elok je baru bagitau kat Ekwan, maka dia tiada peluang untuk tidak bersetuju. Tak kan rajin pulak nak unwrapped smua pinggan mangkuk tu.
Nak tak nak, weekend ni kena gak aku mengemas habis-habisan. Tapi bila nak gi shopping rayanye??
bekalan EBM Eisya yang dipindah masuk ke peti ais ofis, sbb fridge di rumah mahu di'defrost. ni je lah stok frozen EBM yang ada. ni pun sebab bulan puasa, dpt lah pum pagi-pagi hari simpan buat stok beku.
ibu dan eisya mau pegi berbuka puasa bersama rakan taulan abah. Eisya mmg bagus, tiba je masa berbuka, dia tido. sebelum tu isi perut siap-siap. letak atas sofa, terus dibuai mimpi walaupun punyalah bising restoran tu. dapat ibu makan secara beregu ngan abah.