28 September 2012

Ammar is Two

Masa aku mengesahkan kehadiran ke majlis sambutan harijadi Amamr ni, aku tak check langsung alamat, yang aku tahu kat Puchong. Bila Ekwan tanya kat mana, aku pun dengan yakin je jawab 'Puchong Perdana' Laki aku yang memang agak arif kawasan sekitar tu truslah tuju tempat yang aku kata tu. Bila dah sampai, tanya nama jalan, carik-carik takde. Rupanya salah tempat. Bukan Puchong Perdana, memandai je aku tukar alamt orang. Terus on GPS. Pastu GPS pun bengong, dia hantar kitaorang ke kawasan Putra Height. Last-last call lah pihak penganjur minta tunjuk arah, dari boleh sampai pukul 3, pukul 4 akhirnya baru sampai.

Nasib baik laki aku tak sentap, kalau tak mahu dia pusing balik je ke USJ. Thank you yang..

Peminat Pocoro rupanya Ammar. So kek pun Pocoro theme, by Ann Alias. Sedap. Tapi dah datang lambat tu, memang jangan haraplah nak saksikan upacara memotong kek. Dapat makan kek pun dah cukup baik.


Birthday boy dan anak dara saya. Sorang cuba nak tiup belon, sorang cuba nak tiup party blower

alahaii, macam kopi dengan susu Eisya duduk sebelah Ammar

Aku tak dapat duduk lama. Dapat borak-borak sikit ngan Evyn sekejap je. Lagipun time aku datang ahli keluarga dia ramai. Dah turn family pulak kot. Mak ayah aku pun dah nak sampai dari JB. So just nice lah, mak ayah kata dah sampai kat TBS, aku pun minta izinlah. Thank you Evyn jemput kami sekeluarga. TQ sebab bagi aku makan lontong 2,3 mangkuk. Dah la memang lapar, dapat pulak lontong dengan kuah lodeh air tangan orang Johor *mak mertua Evyn yang buat* memang haruslah aku makan berulang. Sedap.

*cute Amamr buat muka gitu*
Happy Birthday Ammar. Semoga sentiasa sehat, cerdas dan jangan nakal-nakal tau.




26 September 2012

Yummy!! Memang gemuk kalau makan selalu.

Sejak raya, aku tak mem'baking langsung. Oven pun dah naik berhabuk. Puas dah kot puasa aritu membakar bsikut raya. Punyalah banyak membakar sampai raya dah habis pun biskut raya aku menimbun lagi. Dah lah tak buat open house, memang tak luak lah kuih raya tu kan. Harap sendiri makan?? Hhmm, seminggu 2 ketul pun belum tentu. Nak bagi kat orang, nampak sangat 'dah tak habis baru nak bagi' Maka, bawak lah gi opis. Sambil menaip sambil mengunyah. Memang hancur lebur lah diet.

Tapi bila Mekna sorang ni asyik temepk gambar kek je kat blog dia ingat aku tak tergoda?? Dah lah kek dia semua lawa-lawa, comel-comel. Nampak sedap sungguh. Dan aku memang percaya sedap sebab semua kek yang dia share sebelum ni memang betul-betul sedap. Disebabkan aku perlu pulang pinggan dan dulang jiran aku, terus rasa 'buat Devil's Food Chocolate Cake lah' Ganas kan nama kek ni. Ganas tapi super moist okay.

Giler kentang nak bagi orang kek yang first time buat. Aku memang biasa buat gini. Yakin terlebih.

Puas aku studi resipi ni. Pastu whatsapp tanya macam-macam. Tak cukup kat whatsapp, tanya lak kat twitter. Nasib baik Mekna baik hati, rajin layan songeh kawan dia yang sorang ni. Bila dapat call dari aku pun macam dah siap sedia je nak menjawab pertanyaan yang pelbagai. Heart u lah Mekna. Semoga dengana keikhlsan kau menunjuk ajar kawan-kawan buat kek ni, rezeki kau dalam bisnes bakery ni akan makin melimpah ruah. Orang tak kedekut ilmu, besar ganjarannya. Amin.

But as usual, kek aku sentiasa comot. Orang tak berbakat tapi ada hati nak buat kek. Nasib baik rasa sedap. Yummy!!!

Comot tapi lazat. 

Resipi dia senang tapi tak simple. Sebab amik masa yang sangat banyak. Dah bakar kek, nak kena tunggu sejuk baru boleh sapu cream cheese tu. Pastu nak kena kasik cheese tu sejuk dalam fridge lak baru leh curah coklat ganache tu. Pastu kena tunggu sejuk lagi. Buat malam, esok pagi lah baru dapat makan. Tapi berbaloi untuk dicuba lah. Sebab sedap!! 

Seperti biasa juga, ini resipi Devil's Food Chocolate Cake. (Credit to Mekna)

Resepi Kek
1/2 cawan serbuk koko.
1/2 cawan air mendidih.
125g butter.

1 cawan gula halus (boleh kurangkan lg jika xsuka manis)
2 biji telur.
1 tsp esen vanilla.
1 1/2 cawan tepung kek*

1 tsp baking soda *
1/2 tsp baking powder * (semua yg bertanda * ayakkan)
1/2 cawan fresh yogurt/yogurt asli


Bancuh serbuk koko bersama air panas, ketepikan
Pukul butter dgn gula sampai ringan
Masukkan telur 1persatu, esen vanila, yogurt, dan tepung yang dh diayak td.
Akhir sekali masukkan bancuhan serbuk koko tadi.

Alas loyang petak ukuran 9' dgn baking paper, tuang adunan dan bakar suhu 140-150c dalam 40minit/sehingga masak. Biarkan sejuk untuk disapu cream cheese frosting.

Resepi Cream Cheese Frosting 
125g cream cheese
1/2 cawan gula ising (boleh kurangkan jika suka)
100g butter
sedikit perahan lemon *tapi aku suke gantikan dgn sunquick :)

Pukul semua bagi sebati, then sapukan pada lapisan atas kek, simpan peti utk keraskan skit cream cheese frosting anggaran dlm 2jam.

Resepi Coklat Ganache
250g coklat masakan
200ml whipping cream (fresh cream) 
Didihkan fresh cream menggunakan kaedah double boil, masukkan choc,cairkan bg sebati, tutup api, tggu sejuk skit then boleh la dicurahkan ke atas kek, sejukkan, done! hiass~

Bahan ada banyak lebih. Whipping cream je dah habis. Rasa nak buat lagi lah. Tapi nak buat jadik cupcake. Senang sikit nak bentuk. Kalau buat kek mesti comot. Nyampah.

25 September 2012

4 amazing years with amazing peoples

4 tahun bersama rakan-rakan sepejabat yang sangat AMAZING telah berakhir. Takde dah lagi rakan-rakan yang sangat memahami, yang sporting. Yang boleh buat gelak, yang selamba je boleh gaduh-gaduh. Gurau-gurau tapi keje tetap jalan. Seronok. Mana nak dapat colleagues yang sebgini rupa??

Baru seminggu, dah rindu.

Rindu suasana keje yang dulu. Dulu kalau bangun pagi, takde mood nak mandi semua. Walau macam terpaksa gi keje, bila sampai opis nampak muka kawan-kawan, semangat gak jadiknya. Ada gak semangat tiba-tiba nak bekerja sepanjang hari. Ada insan-insan ceria di sekeliling, hidup pun jadik bermakna. Aku sesungguhnya memang bersyukur. Selalu bernasib baik. Sentiasa dapat bekerja dengan orang yang best. Boss yang best. Baik dan tak banyak soal. Tenang ok hati nak bekerja.

Hampir 4 tahun dengan derang. Ya Allah, rasa macam sekejap, tapi nak dekat 4 tahun sebenarnya. Dari aku bujang, sampai dah ada anak sorang. Dari zaman aku berambut kerinting, sampai kini aku dah bertudung. Dari dulu aku tak berapa gemuk, sampai sekarang dah gemuk. Banyak sungguh transformasi hidup yang aku lalui bersama mereka. Sama lah kes ngan derang, dulu masing-masing bujang. Sekarang semua dah jadik laki orang, bini orang.

Kita jadik matang sama-sama. *huhuhu* Banyak kenangan bersama. Hal keje, hal luar keje. Terlalu banyak.

Bila akhirnya terpaksa terima hakikat akan berpisah. Tak kan lagi duduk semeja breakfast dengan mereka pagi-pagi, aku sedih. Bila masanya betul-betul tiba memang aku tak mampu nak tahan air mata. Dah lah memang achik ni berjiwa lembut, sensitif. Tengok benda sedih sikit, meleleh. Kalau dah memang berdepan dengan hal-hal dukacita, memang laju je lah air mata ni nak keluar. Tak boleh nak tahan, tak payah lah suruh aku berucap ke apa. Memang tak kan mampu. Aku mampu duduk dalam bilik  menangis sorang-sorang. Jangan ada yang datang pujuk, biarkan je. Kalau ada yang pujuk, makin teruk jadiknya.

Banyak pengalaman yang aku dapat sepanjang di Bahagian Keselamatan Jalan. Terlalu banyak. Terima kasih kepada semua yang sudi beri tunjuk ajar. Tak dapat aku nak membalasnya. Hanya Allah yang dapat membalas. Akan aku cuba manfaatkan ilmu yang diterima. Kalau termakan, terminum apa-apa dalam fridge tu maaflah ye. Kalau dah makan, lupa basuh atau saje buat-buat lupa pastu ada yang tolong basuhkan.. terima kasih, memang menantu pilihan sungguh. Terima kasih yang tak terhingga juga sebab tolong aku di masa-masa kecemasan, tolong pinjamkan aku duit nak beli makanan. Ye, aku selalu tertinggal purse, tak pun  purse ada tapi takde duit.

Ada hutang dengan Topek dan Seri, jangan risau dah gaji ni (:

Terima kasih kerana menjadi kawan-kawan yang sangat best, Sangat amazing, Susah kot nak jumpa kawan sekerja macam korang ni. Mana ada engineer buat video sengal macam kita. Dengan korang je aku pun terjebak jadik sengal terjoget-joget buat video. Tapi takpe, tu semua kenangan. Nanti bila dah tua, duduk-duduk borak lepas meeting mesti tergelak-gelak. Time tu staff kita mesti kata kita macam-macam, macam apa kita kata boss kita sekarang.

Kamu semua memang kawan yang hebat!! Jumpa di paintball Oktober ni.



21 September 2012

Holiday Raya: Port Dickson

Ini antara benefit orang kerja private yang aku cemburu. Ye, ye kerajaan pun ada sediakan kemudahan penginapan rumah peranginan serata Malaysia. Tapi kalau penuh sepanjang tahun, kena berebut dengan 4 juta orang lagi penjawat awam.. memang tipis lah nak dapat. Bukak website try nak booking awal tahun, sampai hujung tahun dah penuh. Tiada kekosongan. Lagi-lagi lokasi hotspot macam Cameron Highlands atau Langkawi tu. Memang jangan berharap. Dah lah bukan 100% free, tetap kena bayar cuma murah sungguh lah. Tapi kalau murah mana pun tapi asyik penuh je, apa maknanya.

Tu yang aku besar hati sungguh bila company Ekwan ada sediakan kemudahan penginapan untuk staff dia. Walaupun sekadar di Port Dickson, achik tetap gembira. Lagi-lagi tahun ni dah tukar lokasi ke Ancasa Allsuite & Resort. Bertukar angin. Kalau tak merasalah tiap tahun melepak kat Tiara Beach Resort tu. Tapi kalau dah 100% free, aku selalunya tak banyak komen. Terima je dengan penuh rasa bersyukur. Tapi dalam hati ada gak komplen sebenarnya.

Ekwan try booked resort ni untuk cuti Hari Malaysia tu, tapi tak dapat. Dapat tarikh 7 - 9 September. Layan je lah. Orang kat KL sibuk beraya, open house sana-sini. Kitaorg gi lepak-lepak, rehatkan kepala kat Port Dickson. Sebelum pergi haruslah google kan. Tengok website 'hhmm..macam menarik. dekat ngan pantai..best..best' Kami siap mintak half day Jumaat tu sebab nak manfaatkan cuti-cuti 3 hari 2 malam kami kat sana. Rugi kalau check-in malam. Kalau sampai petang, boleh bagi Eisya mandi kolam dulu seround. Dah lah budak tu kemaruk tido dengan baju renang baru malam Khamis tu.

turun-turun kolam terus join abang ngan kakak mandi kolam. terus buat harta pelampung orang

sesi belajar berenang bersama abah, kali ni memang ekstrem lah. selamba Ekwan lepas kan Cha dalam kolam tu. ibu dia terjerit je. tapi tengok budak tu rileks je.. ok, proceed please

selamba kodok pakcik ni celup anak dia dalam air. kononnya nak bagi dia belajar kawal pernafasan. objektif bapak budak tu berjaya bila anak dia tak mengelupur dalam air tu. boleh tahan lama ok ekwan celup, bukan takat masuk tarik keluar. dia mmg nak suruh cha tahan nafas.. sian awak Cha dapat trainer gini 

Alhamdullilah, Ancasa memang indah rupa dan khabar. Masuk-masuk je 'waahhh!! bestnya yang. dapat rumah macam ni kat KL pun best ni' Ala-ala kondo lah, 2 bilik, siap dengan dapur. Ada balkoni. Hadap laut, hadap pool. Perrghh.. Memang seronok. Eisya pun seronok lepak kat balkoni. Tapi bila nampak kolam je 'abu, jom!!' Pagi-pagi bangun tido sibuk ajak lepak balkono. Tahulah angin sepoi-sepoi bahasa tiup muka tu best. Tapi tido lagi best tau.

Rumah tajaan untuk 3 hari 2 malam. Cukup selesa.

Retreat kali ni beserta dengan breakfast untuk 4 orang dewasa. Kat Tiara dulu takde breakfast.

Pagi-pagi bangun gi breakfast kat cafe *tak payah susah-susah nak prepare*, amik meja kat tepi boleh nampak kolam. Makan anak beranak, memang super heaven. Pastu lepak kat lobi baca surat khabar. Dah lah pagi tu berangin semacam, sejuk je rasa. Kalau lah dapat macam tu setiap hari, akulah manusia paling happy. Ok, tak payah setiap hari, setiap weekend pun cukuplah. Dapat luangkan masa macam ni dengan anak dan suami, sangat berharga.

muka gembira bangun tidur boleh terus turun isi perut. tak payah susah-susah masuk dapur masak nasi goreng
punya lah seksa nak bagi budak ni makan, sebab dia dah tak menyabar nak terjun kolam
orang baca surat khabar dia pun sibuk nak baca jugak. memang peniru dia ni

Jalan-jalan menyusuri pantai adalah harus kalau dah namanya pergi ke kawasan peranginan bernama Port Dickson. Dah lah asyik tenung laut dari balkoni. Port Dickson macam dah best. Teringin nak main banana bot, main jetski tapi takde sape nak tologn jaga Cha. Ikut Ekwan dia kata angkut je Cha sekali naik jetski. Bawak la slow-slow. Alahai dia tu, semua nak main selamba je. Sian Chacha.

Seronok lepak minum air kelapa tepi laut, makan keow teow goreng. Cha seronok main pasir. Penuh pasir dalam pampers. 

sebijik tak cukup sebenarnya, nak order lagi sebijik malu

bab posing budak ni memang boleh tahan hebatnya

-wajib masuk album family vacation-

TQ ayang for this trip. Walaupun sekadar PD, tetap seronok tetap best. Tempat tu tak penting sangat, tapi pengisian tu. Dapat luangkan masa bertiga, duduk lepak-lepak tengok tv, tak payah pikir nak kemas rumah, nak masak.. best oowwwhhh!!! Insya Allah ada rezeki kita repeat self re-treat macam ni lagi eh..

20 September 2012

Impian ibu: Katil untuk Eisya

Aku sebenarnya dah lama teringin nak belikan katil khas untuk Eisya. Kesian kat dia tidur atas tilam bujang abah dia je tiap malam. Dah lah tidur sorang-sorang kat depan, tidur lak atas tilam buruk. Nasib baik cadar comel, tahan la jugak. Aku nak ajar dia tidur dalam bilik. Tak nak biarkan dia tidur kat depan lagi. Tu yang sebelum pindahkan dia ke bilik, aku nak decorate bilik tu comel-comel dulu. Bagi dia berkenan, nanti senang sikit usaha nak suruh dia tidur kat situ.

Aku nak mulakan dengan katil dulu. Pastu baru boleh jahit langsir. Beli kain cotton comel-comel, minta Cik Ani jahitkan. Aku siap berhasrat nak cat semula bilik tu, tukar warna soft sikit. Sekarang warna hijau muda. Nak light purple ngan pink. Baru lah girl-girl. Haha, as usual ibu yang melebih. Tapi cadangan nak cat bilik dah kena reject dengan Ekwan. Dia kata kalau nak cat, baik cat dinding kat luar yang Eisya dah conteng tu. Iye..iye.. memang benar kata mu itu. Dinding luar lagi penting.

Apa-apa pun, kena beli aktil dulu. Budget daha da, tapi asyik tak berkesmpatan je nak gi membeli. Dari sebelum puasa, hingga ke raya pun habis masih belum terlaksana impian ibu nak belikan Eisya katil. Sebut kat budak tu berkali-kali dah, siap tunjuk gambar bagai kat dia. Eisya pun macam seronok dah, bila tgk gambar 'katil chacha' sambil sengih-sengih kat ibu. Okay, weekend ni ibu ajak abah gi carik. Aritu ibu ada nampak satu kedai, tapi kat Cheras sana. Jauh sangat, mahal pulak caj penghantaran dia nanti. Kita try survey kat area Puchong dulu.

Aku berkenan katil yang jenis built-in. Sebab design kebanyakan katil built-in ni moden. Kena dengan selera aku. Tapi Ekwan sekali lagi tak approve. Dia kata leceh nanti kalau nak pindah. Dan selalunya benda-benda dah lekat dan pasang ni, kalau bukak dan nak pasang semula selalu tak elok dah. Maka, silalah patuh kata suami walau dalam hati teringin sangat-sangat.

wow.. memang betul-betul penjimatan ruang ni namanya

Eisya bukan main suka lagi dengan katil ni. belum apa-apa lagi dah bergolek sakan macam tu katil dia

Tapi tak dapat yang built-in, dapat yang biasa pun jadiklah. Tapi kena comel lah dan menepati ciri-ciri keperempuan Eisya. Tak nak simple sangat. Amboii, demand dan cerewet di situ. Macam lah budak tu kesah sangat kan. Tidur atas tilam bujang abah pun no hal, inikan pulak katil. Ibu je yang gedik nak fany-fancy. Satu lagi pesanan Ekwan, dia kata cariklah yang universal kaler. Biar nanti kalau dapat adik laki pun masih boleh guna. Alah.. aku nak kaler purple sebab aku masih ada niat nak cat bilik tu warna soft pink and purple.

Jatuh Cinta!! Mahu yang ini.
Ye, aku juga mahukan katil yang macam kat atas, yang bawah dia juga boleh diletakkan tilam. Selain daripada boleh turut digunapakai oleh aku atau Ekwan untuk menemankan Eisya tidur sebelum betul-betul lena dan ditinggalkan seorang. Ini juga boleh digunapakai untuk mengelak Eisya dari jatuh tergolek terus ke lantai. Budak tu boleh tahan buas kalau tidur.

macam ni pun bagus. laci-laci tu boleh buat simpan barang/baju Eisya. Mana nak beli kat Malaysia ni?? Ni semua gambar luar negara ni. Selain IKEA??

Serius, hujung tahun ni kena pastikan impian ni dah terlaksana. Paling tidak pun mesti beli katil. Room make over boleh tangguh. Tapi beli katil, tak sanggup dah kot nak delay lagi. 

19 September 2012

Sensitif

Esok Eisya berusia 2 tahun 5 bulan. Jarang dah aku update perkembangan fizikal dan mental dia. Fizikal takde perubahan sangat. Dia tetap anak comel loteh aku dengan berat badan 12.8kg. Tapi dia macam makin memanjang. Kalau dia baring atau tido sebelah Ekwan, aku tengok dah separuh badan Ekwan dah panjang dia. Cepat betul memanjang anak aku. Legging pun banyak yang dah senteng. Kena buat lawatan muhibbah ke Tesco nampak gayanya.

Tapi memiliki anak berusia 2 tahun, kau tak peduli sangat dah kot dengan perkembangan fizikal dia. Lagi kusyuk layan perangai dia yang pelbagai. Lagi seronok dengar celoteh dia. Terhibur dengan cerita-cerita dia yang boleh buat kau tergelak. Nak bagitau kawan dia menangis kat school, tapi cerita beriya-iya dengan muka cemas bagai, besar-besarkan biji mata. Ibu dia ni tahan gelak je.

Hal kat rumah lagi lah. Aduhaiii.. Kalau difikir-fikir sangat boleh stress jadiknya tau. Maka, baik biarkan aje. Suka hati kamu lah nak selongkar dapur. Angkut segala bekas bawak ke depan. Pastu amik pulang segala loyang, muffin cup main masak-masak buat kuih. Nasib baik x jumpa mixer. Pastu bersungguh-sungguh mcm real je masak kuih. Isi tanah liat dalam cup, letak atas loyang, masukkan dalam oven. Pemerhati sungguh. Segala perbuatan aku ditirunya. Sedangkan lama dah kot ibu dia ni tak membaking.

Memang betul-betul kena jaga tingkah laku sekarang sebab segala-galanya dia akan tiru. Nak tengok video gangnam style pun kena sorok-sorok. Tak sanggup aku nak tengok anak aku terjoget yang bukan-bukan.

Lagi satu, sekarang kuat merajuk. Merajuk yang bersungguh-sungguh. Payah giler kot nak pujuk. Pujuk macamana pun dia tetap buat muka keras. Diam je. Tak layan langsung. Malam Isnin hari tu lah yang paling dasyat. Atuk ngan opah dia naik bas je, terus monyok. Suram je muka. Diam. Tanya macam-macam pun tak jawab. Sedangkan sebelum tu punyalah beriya menanyi, berjoget. Suruh lambai atok ngan opah pun tak nak. Merajuk sebab atok ngan opah nak balik dah. Yelah, baru nak seronok-seronok main, ada orang nak layan dia tukar-tukar baju barbie, sekali nak tinggal dia dah. Terus lah merajuk budak tu. Try pujuk, call dan suruh dia cakap dengan opah, pun tak nak. Habis iphone pondan ibu dia campak, terus mampos.

Dah dekat-dekat sampai rumah baru dia bertenang sikit. Slow-slow datang peluk aku. Muka sedih giler, macam nak nangis. Alahai, sedih sungguh gayanya.

Sampai rumah, bagi susu..peluk-peluk, usap-usap rambut terus tertidur. Tidur dalam kesedihan. Tak bercakap langsung. Sensitif rupanya Eisya ni. Semalam pun asyik tanya 'nenek mana??'pastu sendiri jawab 'nenek balik umah iyer' Asal nampak bas je 'nenek aik'' Nanti kita balik jumpa atok ngan opah ye. Jangan lah sombong-sombong sangat. Ni bila orang nak balik dah, baru nak tidur sama. Pastu sendiri yang sentap.

*Eisya panggil ayah aku 'nenek'sebab dia confuse kenapa kena panggil atok gak, sebab mak ekwan pun dia panggil `atok'

12 September 2012

Jamuan Raya JKR PJD 2012

Jamuan raya ni adalah upacara tahun bagi warga JKR di Menara PJD. Tahun ni adalah kali ke-2 majlis ni diadakan. Semua cawangan yang ada kat Menara PJD ni akan berkerjasama, bergabung tenaga dan wang ringgit untuk jayakan upacara ni. Seronok. Meriah. Sesambil dapat merapatkan ukhuwah. Ni nama je satu JKR, nak bertegur dalam lif pun kaku. Tu penting, majlis-majlis macam ni.

Tahun lepas tema 'Studio Jalan Ampas' Tahun ni pulak 'Raya-raya Malaysia' Dan cawangan aku dapat 'Negeri Pantai Timur'

Aku bukan AJK, tapi tak payah jadik AJK pun boleh sumbang tenaga dan idea kan. Tu bila bantuan diperlukan bab nak menghias gerai. Aku luangkanlah masa membantu mana yang terdaya. Demi cawangan sendiri jugak. Kalau dapat pujian, sendiri jugak yang bangga. Tak sanggup kena kutuk, maka bekerjasamalah kita. Dan aku anggap ini contribution terakhir aku kepada cawangan yang aku huni selama hampir 4 tahun ni.

Sama-sama galas tanggungjawab yang diamanahkan.

'ni mana nak tampal ni??' lekat je lah..

Zon Merdeka Raya CKJG bermotifkan 'Raya Pantai Timur'

Gerai 3: Gerai Pahang. 
Juadah disediakan: Kuih Badak Berenda, Putu bambu, 
Lemang, Tapai Pulut, Akok

Gerai 3: Gerai Kelantan
Juadah yang boleh disantap: Nasi Kerabu, Laksam. Meriah. Dari pagi sampai ke petang kena serbu

Gerai 1: Gerai Terengganu
Juadah: Nasi Dagang, Pulut Kuning, Keropok Lekor. Licin!!

Majlis tahun ni bertambah meriah sebab banyak peraduan. Gerai terbaik, pakaian terbaik. Dan paling best ada cabutan bertuah. Gamat suasana. Peserta oun macam bersungguh-sungguh menghias gerai. Yang kat cawangan ada arkitek memang seronok lah. Gerai smua lawa-lawa. Arkitek kan kreatif. Yang penuh dengan engineer je. Gerai main taram je. Asal ada. Hahaha...

Pentas tempat berkaraoke. Suka, lawa. 

Zon Utara: Gerai Kedah Jelapang Padi

Pemenang Gerai terbaik dan Pakaian Tema Terbaik, Sabah Negeri Bawah Bayu.

Bila habis majlis, siap-siap kemas baru terasa letihnya lah kaki. Penat okay berdiri sepanjang majlis. Duduk kejap-kejap je. Tapi seronok punya pasal, layan. Tahun depan tak dapat dah sibuk-sibuk kan diri.. Mungkin berkesempatan datang turut serta je. Insya Allah. Jangan lupa jemput saya ye. Bagitau tarikh awal-awal, boleh apply kursus kat PJD.

Jumpa lagi tahun depan


07 September 2012

Birthday raya - Putera Myrza Aryan

Birthday raya!!!

Tiap tahun ada je sambuatan birthday sekali dengan open house raya. Senang keje. Tuan rumah senang, tetamu pun senang. Achik suka. Last year gi birthday Raisya, tahun ni kita gi celebrate birthday Aryan pulak ye. Aku memang teringin sangat nak gi birthday Aryan ni. Tahun lepas dah melepas. Tu yang berharap sangat nak datang tahun ni. Nak jumpa mama dia. Sebab rasanya dah lama sangat berkawan secara online, borak dalam telefon tapi tak pernah berjumpa. Alhamdullilah, tahun ni ada keluangan masa. Dapat juga hadir walau dah terlepas sesi memotong kek. Takpe lah. Yang penting kek ada lagi. Hehehe...

 Ana memang sangat slim, bagai dalam gambar malah lagi slim. Tinggi. Lagi tinggi dari aku. Ok, lepas ni kalau amik gambar ramai-ramai time gathering, Ana boleh duduk tengah. Aku sebelah dia..

Masa balik Ekwan tanya 'ni kawan awak yang mana??' Bila jawab kawan blog, dia tanya lagi 'dah pernah jumpa??' Aku jawab 'tak pernah, ni lah first time jumpa' Pelik agaknya tengok bini dia borak macam dah kawan lama. Tapi siyes, tak rasa janggal, tak rasa kekok. Rasa macam dah lama sangat berkawan. Ana pun peramah. Ceria je orangnya. Tu yang makin mudah nak mesra.

Aryan is 2!! Birthday boy meragam tak nak amik gambar sama-sama. Mak-mak je lah yang posing lebih. 

pandai pulak Eisya mendengar arahan letak photo prop misai tu kat atas mulut dia. 
aku suka idea photo prop ni. nak buat gak lah.. pastu saje2 gi amik gambar outdoor -bab berangan kau serah kat aku. memenag hebat-

Anyway, terima kasih buat Ana sekeluarga sebab sudi jemput aku sekeluarga. Cha siap dapat 2 gifts, dengan color pencil lak tu. Special sungguh. Dapat duit raya lagi. Ni raikan sape ni?? Terima kasih ye. Insya Allah, ada kesempatan kita jumpa lagi. 

Kisah Raya Lagi - layan

Raya ke-3 kami sekeluarga berpindah ke Pahang. Beraya di kampung 1 lagi. Seronok ada banyak kampung. Dan perbezaan jarak antara Johor dan Pahang, adalah masih mampu diterima untuk diredah. Andai kata, kampung aku kat JB, kampung Ekwan kat Jitra.. Pikir 2,3 kali jugak kot nak beraya kedua-dua kampung. Tapi kalau cuti panjang macam kami berdua ni, redah jugak kot. Hal bajet, pepandailah kau urus sana. Selagi orang tua ada ni.. apa salahnya gembirakan hati mak ayah. Kang dah takde, menyesal tak guna.

Bertolak pagi, petang sampai. Tu laki aku pecut tu. Sikit-sikit potong, tak boleh nak lelap biji mata aku. Eisya gak yang seronok. Boleh lak dia nenyak tidur dalam kete terlompat-lompat gitu. Ke dah immune Cha?? (:

Bila sampai kampung, terus aku tanya Ekwan 'apa agenda kita esok yang?? nak raya mana dulu??' Achik kaki jalan ok. Jangan suruh achik duduk rumah lama-lama sangat, nanti achik meroyan. Tu yang time pantang dulu pun curi-curi gi Jusco. Dah lah frust tak dapat ikut mak ayah beraya umah sedara kat Bahau, maka sila pastikan jadual raya saya padat. Lagipun, kan misi raya ni nak kumpul duit raya Cha banyak-banyak.. Nak keuntungan berlipat kali ganda dari modal yang disalurkan. Hahaha.. tak senonoh, ada niat tersembunyi.

Eisya dan pakcik makcik. Sebelah rumah je. Sarung selipar, 2,3 langkah dah sampai. Tu kadang Eisya selamba kaki ayam je naik umah Tok Chik dia.

Demi isteri tercinta. Sampai ke Temerloh dibawa beraya. Bertemu sahabat dirindui. Terima kasih. Lama dah tak jumpa Reen. Last masa birthday gathering kat Shah Alam tu lah. Memang still in contact, tapi tak sama ok dengan bersua muka. Tu yang amik kesempatan bertemu dikala dia pun ada kat Temerloh. Lagipun aku tak berkesempatan nak gomol Luqman puas-puas. Asyik mengeram tatap gambar je. Maka, terimalah kedatangan kami ye.

apsal kita gelak sakan ni weh?? luqman pun heran ok

anak hadap tablet. mak godek henpon. bapak godek kamera. bagus lah tu. Fahrin?? Fahrin berlari riang ria di luar rumah.

Lama gak lepak kat sana. Boleh bertahan lama sebab laki kami senegeri, pastu sama-sama suka main kamera. Ekwan kalau jumpa Farid memang dok menyerap ilmu je. Dapat lah aku nak borak lama-lama ngan Reen, habis air satu jag. Reen makin glowing ok. Jeles aku ngan kulit muka dia. Bersih, licin, mulus je. Aku je yang berjerawat. Geram.


Selamat Hari Raya Reen. Jumpa di KL pulak ye.

05 September 2012

Eisya Elyssa

Lama tak bercerita kisah Eisya. Eisya yang semakin banyak ragamnya. Yang makin buat ibu abah mengurut dada menahan sabar, tapi adakalanya tewas. Terimalah sedas kat betis tu. Eisya makin besar, makin bijak. Dah pandai berinteraksi dengan persekitaran dia. Semakin banyak bercakap, tanya macam-macam. Seronok. Dah boleh diajak berborak. Makin hari makin banyak perkataan baru dia ucapkan. Adakalanya kagum bila dia boleh describe kedudukan kedudukan atas bawah, depan belakang.. Rasa bersyukur sangat. Walaupun minum susu murah, Eisya tetap cerdas.

Bila tengok kita ralit buat something, dia datang 'abu..abu watpe??' Bila kata 'abu main phone' Nanti dia jawab 'ohhh..main phone' Gaya macam paham je.

Eisya sekarang memang suka sangat tengok TV, lagi-lagi kartun. Sadis. Aku ngan Ekwan memang takde peluang dah lagi nak tengok TV. TV tu kepunyaan Eisya sepenuhnya. Tak nak dah layan kat laptop atau tablet. Bukak kan kartun yang sama dia tetap 'nak tv!!' Dah tak pasal-pasal jugak kena subscribe full premium channel HyppTV. Semuanya demi tak sanggup nak dengar tangisan dia. Tak tahan okay nak hadap tangisan penuh drama dia. Dapat je apa yang dia nak terus senyap, nampak sangat nangis yang dibuat-buat. Geram.
kusyuk!!

Terimalah nasib diri kini. Ingatkan bolehlah mengadap laptop dengan tenang, takdelah budak kecik tiba-tiba datang 'abu, nak pin pin' Jangan harap. Dia datang juga menyendeng 'abu wat pe??' Lepas tu sibuk tarik tangan kita suruh join tengok kartun dengan dia. Huhuhu.. Joinlah dia baring layan Cbeebies, pastu dia suruh tukar 'lain..nak lain' Yang paling tak boleh tahan, bila time iklan, bila citer habis mengamuk 'nak lagi!! lagi' Huh.. tak reti menyabar. Puas kata 'iklan lah Cha, tunggu lah kejap' Tak faham-faham juga. Selama ni tengok kat youtube takde iklan, tu yang dia marah kot.

Hah.. Eisya peminat Kpop. Hahahaha!! Asal hadap tab, mesti dia bukak video Kpop dia. Hadap siap berjoget sama. Ekwan dah risau dah tengok anak dia meniru gaya pompuan-pompuan tu berjoget. Hahaha..tapi aku rasa comel je tengok dia cuba nak melentik-lentik kan badan. Tergelak ok. Terus budak tu tak jadik nak berjoget. Eisya memang penghibur kala ini. Tapi bila datang time dia buat perangai tak nak mandi, tak nak basuk berak, memang aku hangin. Menjerit-jerit, meronta-ronta bila suruh masuk bilik air. Tapi bila dah start main air, tak nak keluar pulak. Satu hal pulak nak pujuk suruh keluar bilik air. Elok-elok tak selsema, meleleh hidung. Iskk.. Geram tau.

Muuaaahhhh!! Sayang abu!!



04 September 2012

Raya: Disebalik tabir

Aku sampai Johor hari Jumaat. Dapatlah tolong serba sedikit persiapan raya kat kampung. Dapat berpuasa sehari bersama mak ayah. Dapat sama-sama gi shopping bahan nak memasak untuk raya. Dapat anyam ketupat dengan mak. Terus bertambah teruja nak beraya. Lagipun mak aku dah beria telefon tanya balik bila, suruh balik awal sebab adik laki aku yang selalunya jadik orang kuat dia tak beraya bersama tahun ni. Lagilah aku nak sampai awal kat kampung.


bukan main seronok budak tu dapat 'menolong' opah dia masukkan beras dalam sarung ketupat. orang dah siap 5, dia sebijik pun tak siap. pastu mulut asyik bising 'cha buat!! abu ngok, cha buat'

Kat kawasan rumah aku ni memang meriah budak-budak main mercun, main bunga api. Seronok Eisya tengok orang main bunga api, nak join tapi penakut. Bila dengar bunyi mercun, lagi kuat dia peluk. Tapi bila bawak masuk rumah marah. Nasib baik atuk abah rajin nak melayan.

Suasana malam raya. Rajin adik-adik aku pasang pelita. Meriah je rasa.

Esok pagi punyalah liat nak kejut anak dara aku bangun. Yelah, member tidur entah pukul berapa. Selalu bangun pukul 8/9.. ni pagi-pagi dah kena kejut harus mengeliat je lebih, mata bukaknya tidak. Puas aku gosok-gosok pipi 'Cha.. bangun Cha. Kita nak raya.. jom mandi' Puas lah jugak aku kejut, sampai abah dia balik sembahyang raya baru nak bangun tinggalkan katil. Alhamdullilah..mood dia sangat baik di pagi raya. Suruh pakai baju kurung, rela hati je hulur badan. Lagi-lagi bila tengok baju dia sama dengan baju ibu 'sama.. baju abu sama baju chacha' Alahaiii.. seronok tengok dia kecoh macam tu.

Kalau beraya dengan 2 anak mesti lagi seronok kan..

03 September 2012

Berhari raya

Bila perhati betul-betul, kaler baju raya aku tahun ni macam sama pulak dengan yang tahun lepas. Hahaha.. sebenarnya tak plan nak pakai baju ni. Nak pakai kaler biru. Carik baju melayu Ekwan, Cha pakaikan dress je. Tapi bila dikenang-kenang, apa ingat sambut krismas apa nak pakai dress pagi raya. Tu yang pergi Jakel lagi, carik kain. Nasib baik Cik Ani masih amik tempahan. Maka, berbaju raya polkadot lah kami berdua. Dan asal main boleh je match dengan baju melayu coklat Ekwan. Baju ni mak aku belikan untuk pakai masa kenduri kawin adik aku tahun lepas. Tapi dia tak sempat pakai pun lagi. Kata jadik ketua basuh cawan, celah mana nak berbaju melayu bagai. Pakailah time raya ni.

adik aku kata 'apa ni long, sorang pink, sorang coklat.. gaduh apa??'
Hahaha.. concern terlebih pulak dia. Baju bintik-bintik aku tu ada warna coklat eh.. kira boleh lah match. Lagipun ok apa, kaler kontra gini. Apa barang baju kaler sedondon.. *ayat cover* Tapi best gak kan, baju lain-lain akler gini. Tahun depan nak cuba lah. Kalau tak sabar, raya haji kang aku cuba.

Sebelum beraya, kita makan dulu. Baru bertenaga nak gi beraya.

Selamat Hari Raya
Tahun ni seronok lah nak bergambar, ada kamera gabak nak ber'posing, dengan tripod segala. Puas lah bergambar. Eisya je yang mengelupur. Tak menyabar. 

Raya pertama tahun agak meriah. Puas aku susun acara beraya ke rumah sedara mara. Tak nak laki aku kebosanan duduk melepek dalam rumah. Alhamdullilah, dapatlah beraya dan berjumpa sedara mara yang ada sekitar JB. Terisi lah masa dari pagi sampai ke malam. Letih, tapi seronok. Barulah rasa macam raya. Takdelah duduk je kat rumah hadap TV kan. Lagipun time raya ni je lah pun nak jumpa sedara mara. Kalau tak raya, jangan harap lah sesaje nak datang rumah sedara. Takde makna. So bila ada kesempatan ni, gunakan lah.


destinasi pertama. melawat anak sedara sulung. Auuww... aku kini bergelar Mak Long. 

Kemudian serbu pula rumah Mak Uda pula. Beriya menahan orang tu jangan ke Singapura dulu. Seronok serbu rumah orang ramai-ramai. Baru kecoh. Baru merasa buli sepupu ulang-alik bancuh air. Setahun sekali je pun (:

Girl Power!! Bila tengok gambar ni baru perasan, anak buah aku ramai perempuan. Anak adik aku lah yang pertama lelaki. Kena main masak-masak la awak nanti. Eh.. tapi takpe kot. Sebab Kak Cha buas macam jantan gak. Jangan risau.

Kena terapkan semangat hari raya dalam diri anak-anak. Jangan nanti sampai bila raya macam takde makna. Macam hari biasa, cuma cuti duduk rumah. Dah lah sekarang pun beraya angkut tab. Mak ayah dok borak, dia hadap tab. Kecik lagi ni dimaafkan lah. Sebolehnya, aku nak bawak anak aku beraya. Rasa seronok berjalan jumpa sedara. Lewat petang, mak sedara dari Melaka pula tiba. Makin seronok lah nak beraya. Serbu rumah Pak Long pula. eisya dah tertidur dah, penat beraya katakan. Satu hari tak tidur. Tapi beraya punya pasal, aku angkut je. Sampai je, dia sedar. Sedar-sedar 'abu..cat!!' Orang berborak, dia borak ngan cat.

seronok bila sedara sanggup datang jauh-jauh beraya ke rumah kita. InsyaAllah, ada rezeki kami ke sana pula ye.

bukan selalu dapat berkumpul macam ni. 

Bagi aku raya adalah masa yang sangat sesuai nak merapatkan ukhuwah. Yang lama dah tak jumpa, time ni sure boleh duduk borak berjam lamanya. Kalau yang baru berumah tangga, memang sesuai sangat beramah mesra time raya ni. Tu yang semampu boleh aku nak manfaatkan cuti raya yang berhari-hari dengan berjalan ke rumah sedara mara, kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Jangan bazirkan cuti anda dengan hanya duduk di rumah, kalau nak duduk rumah je, baik pergi kerja. Jimat cuti. 

Anyway, sekali lagi 'SELAMAT HARI RAYA'

Seronoknya Raya!!

Selamat Hari Raya!!

Meriah raya tahun ni. Meriah sebab Eisya dah kecoh, dah pandai cakap 'selamat ari raye!!' apabila disuruh.  Geram je tengok. Dengan muka-muka. Dah pandai juga minta duit raya. Selamba kodok je dia hulur tangan pastu 'nak duit raya' Aduhhh!! Segan ibu kau Cha weh. Ibu tak ajar pun, mana awak mengikut ni? Raya makin meriah sebab Eisya makin becok, ada je yang nak dia bebelkan. Sikit-sikit 'bu..ngok' Selagi tak tengok, selagi tu 'bu,nengok!!' Sambil cakap sambil tarik pipi ibu. Ganas okay anak dara aku.

Pastu dah pandai marah, pantang orang usik sikit 'eh!! apa wat chacha ni??' Sambil menjeling tajam. Bila dia macam tu makin lah orang suka menyakat dia. Seronok tengok dia kejar Paksu dia nak membalas 'lepukan' pakcik dia. Selagi tak dapat, selagi tu dia kejar.

Raya jadik meriah dengan suara dia saja. Lagi-lagi kat belah aku. Cucu sulung tu memang penghibur suasana. Seronok semua orang layan kerenah dia. Dia sorang, rajin lah semua hadap. Memang manja lah dia. Atuk, opah semua dok ikut je kehendak dia. Seronok. Pagi-pagi bangun ajak gi playground, terus atok angkut. Asyik sebut 'cha nak beskal' Sampai-sampai je opah terus ajak gi kedai basikal. Rezeki cucu sulung. Memang bertuah.

Tapi sekarang title 'cucu tunggal' dah terlucut. Atok ngan Opah dah ada cucu lelaki sulung. Ohh, yang tu pun bakal bertuah gak tu. Cucu sulung lelaki (:

Mak Long kekok dukung Faheem. Lama sungguh lak rasa tak pegang baby dalam hari

Raya memang meriah tahun ni, biarpun bersederhana. Tahun ni aku macam beria banyak sikit lah nak sambut raya. Baju raya jahit berhelai-helai. Baju raya Eisya membeli macam tak pernah cukup. Ada je nak ditambah. Tapi tahun ni macam nak ucapkan syabas kat diri sendiri. Buat kuih sendiri kau!! Tak sangka, ada jugak bakat buat kuih raya aku ni rupanya. Dan lagi macam sekali nak ucap syabas, ini juga adalah tahun pertama juadah hari raya disediakan sepenuhnya oleh aku. Tak sepenuhnya sangat lah, ketupat mak yang isi beras, harap aku lembik kot. Rendang aku masak, ayam masak merah pun aku masak. Tahniah lah Dayu.

Sambi menumis, handphone kat tangan google resipi kau!! Mak aku saje tau buli aku. Dia sibuk layan Cha pasang langsir. Laki aku sibuk amik gambar malam raya. Takpelah, aku memang macam lagi selesa buat keje sorang. Asalkan bahan dah tersedia, takat nak menumis, achik no hal.

Eisya sibuk tolong opah pasang langsir. Mana pulak lah dia dapat gunting tu. Nasib baik sedar

Juadah pagi raya. Ayam masak merah resipi MatGebu. Rendang resipi belakang peket rempah rendang dan kuah kacang segera yang ditumis bawang dan serai. Alhamdullilah. Takde komen menguris hati diterima.

Okay sekian sahaja untuk kali ini. Jadiklah. Ni pun mengambil masa 2 minggu selepas raya baru muncul entry raya yang pertama. Nampak sangat dah tak gigih. Kalau 3,4 tahun lepas, naik keje je terus create entry raya. Sekarang?? Sampai-sampai rumah, mendobi 3,4 kali. Takde masa nak hadap laptop. So kalau 2,3 tahun akan datang, entry raya muncul 2,3 bulan lepas tu. Baca je lah ye.

Anyway, Selamat Hari Raya.

Edisi open house pulak lepas ni.