Masa emel pasal program 'Sleep With Sharks' ni masuk dalam inbox.. Aku tak sempat baca details, sebab tengah busy dengan perasmian Rawang By Pass. Bila free sikit, aku baca balik all the details, terasa 'Waaahh, bestnya.. Kena pergi ni' Tapi macam berbelah bagi sebab kena bermalam kan.. macam tak percaya je nak lepaskan Eisya tidur bermalam kat Aquaria tu. Tanya lah Ekwan, dia kata 'Takde apa lah, boleh je Eisya tu' Bila bapak dia dah kata okay, aku apa lagi. Terus lah reply bagi confirmation akan turut serta.
Program Sleep With Sharks ni memang signature program Aquaria untuk kanak-kanak. Kali ni Scott's yang merupakan sebahagian daripada GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn. Bhd. (GSK) telah berkerjasama dengan Aquaria KLCC untuk memberi peluang kepada sekumpulan kanak-kanak untuk menikmati pengalaman bawah laut yang unik. Dan Eisya adalah salah sorang daripada kanak-kanak yang terpilih. Rasa bertuah sangat. Bukan senang nak dapat pengalaman eksklusif macam ni. Dapat lah Eisya belajar lebih mendalam pasal laut, pasal hidupan laut, cara-cara nak pelihara laut.
'Program Scott's Bright Little Explorers' adalah projek long term Scott's dalam usaha nak terapkan rasa ingin tahu dalam diri kanak-kanak. Yelah, budak-budak kan, lagi-lagi baya Eisya.. Banyak benda baru yang dia jumpa, semua benda dia tanya. Soalan pun kadang-kadang diluar jangkauan. Hari tu lepas bagitau yang hujung minggu tu dia akan tidur kat Aquaria dengan jerung, tunjuk video-video Aquaria kat youtube, macam-macam soalan timbul 'Ibu, ikan tu tak tidur ke ibu? Dia bernafas macam mana ibu?' Adduuhh, mengagau mak kau nak menjawab.
Dapat join program bermalam kat Aquaria KLCC ni memang peluang keemasan untuk Eisya. Bila lagi nak dapat pusing Aquaria waktu malam, in small group, dengan ada personal tour guide. Pastu dapat tidur depan aquarium besar sambil hadap ikan jerung. Bukan tu je, macam-macam lagi program dia. Korang boleh tengok detail kat website Aquaria.
Scotty & Rocky
Suka betul Elma dengan 2 ketul ni. Sementara tunggu kakak aritu, asyik lah ajak gi tengok mascot ni.
Mr. Alan Tan, Brand Manager Scott's bercakap pasal kepentingan DHA untuk perkembangan otak kanak-kanak.
Program Bright Little Explorers ni Scott's dah lancarkan dari tahun lepas lagi sempena pelancaran Scott's DHA Gummies. DHA atau Asid DokosaHeksaenoik ni adalah asid lemak Omega-3 yang sangat penting dalam perkembangan dan fungsi otak serta penglihatan yang sihat. Korang tau tak camne rupa Scott's DHA Gummies?? Memang best gummies ni, aku siap kena sorok kan.. Kalau tak mau habis sebotol budak 2 ketul ni hadap.
Untuk lebih maklumat lanjut pasal Scott's DHA Gummies, sila rujuk
Daryl Foong, Pengurus Pemasaran Aquaria KLCC brief the details pasal Program Sleep With Sharks yang bertujuan untuk pupuk minat kanak-kanak untuk sama-sama berusaha pelihara kehidupan laut. Memang berkesan lah program ni, sebab seminggu gak lah aku kena hadap Eisya punya citer pasal telur penyu, pasal shark fins...
Program pagi Ahad tu start pukul 9.30am, dalam 10,30am semua Scott's Bright Little Explorers dapat bersatu kembali dengan ibu bapa. Muka masing-masing bukan main seronok lagi. Terus terpa mak ayah nak citer macam-macam. Teruja sungguh. Eisya lagi best, siap cakap 'Ibu, malam ni tidur sini lagi ke? Best lah ibu, tak nak lah balik lagi' Huhuhu.. Ibu punyalah tadi malam risau ke dia. Dia punyalah enjoy sampai nak extend semalam lagi pulak...
Scott's Bright Little Explorers
Terbuka untuk kanak-kanak berusia antara 6 -12 tahun. Nanti Elma cukup 6 tahun boleh bagi dia pulak join program ni.
Lepas habis sesi bergambar, prize giving semua.. lepas je lunch kitaorang join guided tour pulak. Seronok betul.. Elma lagi lah. Dulu datang aquaria dia tak paham apa. Kali ni bukan main lagi dia. Dengan akak excited, semua benda dia nak terangkan 'Ibu.. tu sand tiger shark ibu' Jap lagi,jalan depan sikit 'ibu, semalam kan teacher Dee bagi kakak pegang ikan ni ibu' Alahai, seronok betul dengar citer dia. Enjoy sungguh lah tu. Tak sia-sia ibu kentalkan hati lepaskan kakak join program ni. Besar dah anak ibu.
Buat korang yang mencari-cari program untuk anak-anak sempena cuti sekolah ni. Bolehlah hantar anak korang join Sleep With Sharks ni.
Thanks to Scott's atas usaha untuk sama-sama pupuk kesedaran betapa pentingnya pemeliharaan laut ni. Dan jutaan terima kasih sebab beri Eisya peluang merasa pengalaman keemasan ni.