27 July 2012

Kritikal

Dulu aku macam berniat, tak nak dan tak mahu memperkenalkan Eisya dengan gadget-gadget yang berada di pasaran. Kononnya tetap nak gunakan kaedah konvensional dalam mengajar dia. Tetap menggunakan buku dan flash card. Tak mahu nanti dia kemaruk kalau dapat benda-benda berteknologi tu semua. Tapi nak buat macam mana, mak bapak dia tak berapa gigih. Penat katanya keluar bekerja. Bila balik rumah, anak amik buku suruh bacakan, dah tak larat. Haruslah tak larat, dia suruh ulang sampai 15 kali ok.. Kalau 2 kali memang aku daya lagi. Aku baca tone suara yang sama pun dia tetap 'lagi bu'

Tak daya ibu dia.

Lagi satu, kita yang mak bapak ni beriya tak nak kasik anak kemaruk kat benda-benda interaktif berteknologi, tapi kita sendiri dok hadap benda tu setiap hari. Smartphone sentiasa kat tangan. Haruslah budak tu nak menyibuk sama kan. Dah lah memang lumrahnya dia begitu, semua benda kita buat dia nak tiru. Haruslah berlaku aksi berebut telefon ibu dengan anak. Anak aku lagi ganas, selamba dia tarik handphone ibu dia pastu dengan muka tak puas hati, angkat jari, goyang kiri kanan 'no..no..no..abu.. cha nyer!!!' Pastu baring hadap phone ibu.

Macam reti nak buat apa kat telefon tu. Pastu bising 'abu, wat..'

Malas nak layan punya pasal, aku download lah beberapa toddler education application kat Apps Store tu. Bagi lah dia hadap. Merasalah aku handphone kat tangan dia sesaje. Tak dapat ibu nak bergossip kat twitter. Redha je lah. Tapi ibu jadik geram bila dia datang hulur handphone 'lain..nak lain' Mudah bosan anak aku ni. Ke apps yang aku download kurang menyeronokkan. Berunsur pelajaran sangat. Downloadkan lah pulak education games skit. Susun-susun puzzle, color gambar princess.. Ok, lama sikit bertahan. Tapi tetap selang seminggu 'abu, nak lain'

Geleng kepala aku. Nasib baik banyak applications free. Download je lah.

Bila anak berlari-lari satu rumah sambil pegang Iphone hanya dengan 2 jari, aku yang tengah syiok baring-baring depan tv terus terduduk. Seriau tengok dia selamba je mempertaruhkan nyawa handphone ibu dia ni. Ibu dia ni dah lah jenis sayang duit nak beli gadget-gadget ni. Tu yang pejam je mata belikan dia tab. Tak mahu bagi dia pegang handphone lagi.

Tab murahan je pun. Sayang wehh duit nak beli tab keluaran Samsung. Tidaklah. Maka Lee Ai Pad sudah.

kusyuk

siap bersilang kaki tu.. tak menahan

ni memang agak over lah. nak minum susu tapi tab tak nak lepas. 

Nak tidur pun tab mesti ada kat tangan dia. Tak pun kena ada kat sebelah dia. Jangan lah cuba-cuba nak amik tab dia. Sila lah nanti merasa kena lepuk dengan dia pastu, dia angkat jari 'no..no..no abu.. cha nyer!!!' Over ok anak aku ni. Sekarang ni macam lagi over, ajak makan pun tak nak. Ralit sangat hadap Upin Ipin. Upin Ipin ulang 10 kali cerita sama pun takpe. Boleh pulak..

Anak-anak zaman sekarang.

*sekarang ni suruh asyiklah membuang dalam tidur. aku suspect dia tahan lah. sebab nak main game punya pasal. naya dah ni.. rasa nak sorok tab dia lah pulak

edited:
Lee Ai-Pad ni android. Yang aku beli ni support Wi-fi, RM350. Yang takde wi-fi RM200 pun dapat. Kalau nak support Wifi dan call RM500 ke atas. So application semua boleh download dari Apps Store/Play Store. Boleh download dari youtube. Koleksi upin ipin Cha semua aku download dari Youtube. Camera pun ada. Warranty setahun.

Apa lagi?? Sayang weehh duit nak beli Samsung Galaxy Tab/ Ipad.. Lee Ai-Pad sudah.



24 July 2012

Penuh berkat.

Dah hari ke-4. Alhamdullilah. Mampu berpuasa dan nikmati keistimewaan Ramadhan.

Tahun ni kali ke-4 berpuasa sebagai isteri, dan kali ke-3 berpuasa dengan ada Eisya. Tapi tahun ni tak menyusukan dia dah, so takde lah perasaan cuak dan dahaga kekeringan tekak. Dapat berpuasa sepenuh jiwa. Dan tahun ni, aku berazam selagi mampu dan ada kesempatan nak memasak, aku akan memasak sendiri untuk juadah berbuka dan sahur. Lagi puas hati rasanya masak sendiri. Jimat pun iye jugak. Makanan kat bazaar belum tentu sedapnya, harga boleh tahan. Memang lagi berbaloi lah masak sendiri.

Rezeki hujung minggu, hari pertama berpuasa. Macam-macam terlintas dalam hati. Macam-macam yang teringin. Barang basah pun banyak. Akhirnya ini yang terhidang atas meja

Hari kedua, masih di hujung minggu. Waktu untuk memasak sangat panjang. Ada banyak masa nak memikirkan menu. 

Ni yang seronok bila puasa bermula pada hujung minggu. Badan macam tak terkejut. Boleh nikmati awal ramadhan puas-puas. Paling best, ada masa yang sangat banyak untuk memasak.

Aku tak tukar waktu masuk dan balik keje. Tetap masuk pukul 8, dan balik pukul 5. Nak amik balik pukul 4.30pm, Ekwan bukan boleh balik awal. Alhamdullilah, semalam balik trafik takde lah menyesakkan jiwa. Macam biasa je. Masih sempat sampai rumah pukul 6.00pm. Sampai rumah, letak bag semua, bagi Eisya layan tab dia, terus aku masuk dapur. 6.20pm siap dah semua. Wahhh.. tak sangka, 20 minit je diperlukan untuk masak sambal udang dan buat sup tofu telur. Tapi bahan kisar semua dah tersedia lah. Tinggal nak tumis je.


Kenalah berusaha nak memudahkan urusan hidup.


Percubaan pertama membawa Eisya ke masjid semalam boleh lah dikatakan berjaya walaupun lepas Isyak kena balik. Silap aku. Bawak anak gi masjid lenggang kangkung. Lupa lak anak aku tu biasanya akan mintak susu dalam pukul 9 lebih. Alhamdullilah, masa tengah Isyak dia tak mengacau sangat. Tapi adegan diri depan ibu sambil cuba masuk dalam telekung ibu haruslah ada. Takpe malam ni boleh cuba lagi. Ibu bawak siap-siap buku, susu dan segala alat bantuan yang lain.


Tapi aku memang dah siap sedia dah kalau tiba-tiba tak dapat nak terawih kat masjid. Niat awal ni just nak kenalkan dia macamana rupa masjid yang sebenarnya. Selama ni tengok dari luar je. Asal nampak kubah je 'semayang' Tu je yang dia tahu. Bila dapat masuk dalam masjid, dia macam terpegun lah jugak tengok orang ramai-ramai pakai telekung, dengar bunyi suara orang baca khutbah kuat-kuat, diam je duduk atas pangku ibu.


Malam ni kita pergi lagi eh Eisya.


**minta maaf sebab tayang gambar makanan pagi-pagi ni. tapi tak mengoda mana pun kot. lauk biasa je

20 July 2012

Esok Puasa Dah

Pagi ni, pagi terakhir boleh makan waktu pagi. Esok tak boleh dah. Esok dah puasa.

Barang basah pun dah restock semalam. Giler penuh Mydin. Ikan pun tiba-tiba naik harga. Udang kecik je (tapi tulis XL) sekilo sampai RM18. Isnin hari tu aku beli harga gitu jugak, tapi size dia 2 kali ganda kot. Lumrah kot. Terima je lah. Ikan selar pun sampai RM14, kecik je lak tu. Baik aku makan siakap macam ni. Ekwan pun kata 'baik amik kerapu ni awak, alang-alang nak mahal' Aku suka pendekatan laki aku.

Tahun ni berusaha untuk berbuka di rumah. Rasanya akan lebih puas hati. Makan kat kedai kalau emergency sahaja. Kalau dah memang betul-betul tak sempat nak balik masak. Azam. Lagipun boleh jimat sikit duit. Kalau beli kat bazaar, sedap belum tentu. Mahal tu dah semestinya. Maka, aku rela berpenat sikit, asal puas hati. Malam ni atau kalau tak sempat esok je lah, kena sediakan cili tumis, bawang blend siap-siap. Senang nak memasak nanti.

Google resipi siap-siap. Susun menu untuk seminggu. Senang

Isskk, tak sabar pulak nak berpuasa rasa. Dapat ke nak terawih erk?? Angkut Eisya sekali?? Macam tak sanggup je. 


Anyway, aku nak ambil kesempatan ni nak memohon ampun maaf andai ada tersilap kata, andai apa yang aku tulis di blog ni ada menguris mana-mana pihak. Aku minta maaf. Selamat Berpuasa. Dan selamat beramal.  

18 July 2012

Tolong..



Tolong 5'S kan bilik saya. Saya tak tahu nak mula dari mana ni. Segala sudut penuh barang. Meja tu takde ruang yang takde barang kot. Sampai atas lantai pun aku humban fail. Tu belum buka laci lagi. Belum tengok rak kat depan aku. Cukuplah aku bagi tengok satu ruang ni je. Tak sanggup nak tayang ketidakurusan diri sendiri.


Kalau audit 5'S datang, bilik aku lah punca kegagalan.

**tapi ni gambar 2 minggu lepas. currently kemas sikit kot.



16 July 2012

Mak stress nak

Kenapa kalau berdepan dengan situasi anak yang asyik keje meragam, buat perangai sampai stress mak bapak dia, orang akan kata 'kena bagi adik anak kau ni' Kenapa?? Memang berkesan ke kalau dia adik? Takdelah nanti tiba-tiba dia duduk kat tengah-tengah mall, bukak kasut, campak kasut sesuka hati pastu pandang ibu sambil menjeling baik punya. 


Kalau dia ada adik, perkara ni tak kan jadik lagi ke??

Kalau memang ye, sepantas kilat aku proses adik dia. Tapi kalau belum ada kajian yang mengesahkan kenyataan/fakta kat atas. Sudah-sudah lah dok bagi kata azimat 'bagi adik..bagi adik' Lebih baik kata je kat aku 'duduk je lah rumah diam-diam dayu, kemas rumah tu lagi bagus'

Hakikatnya aku makin fobia nak jadik mak beranak 2. Tak boleh nak membayangkan nanti menghadapi seorang toddler yang buas dan lasak tahap maksima yang tak boleh duduk diam dalam kereta. Panjat sana, melompat-lompat kat seat belakang sampai kepala terhantuk 7,8 kali pun dia bantai gelak. Tapi bila terjatuh, dia pergi lepuk abah dia sambil kata 'abah wat cha atuh!!'  Kalau ada baby, mana nak pegang baby, nak capai dia lagi.

Kalau ada seorang infant dan seorang toddler, memang confirm takde lah lagi nak makan kat luar. Dengan seorang toddler pun dah hilang separuh nafas. Budak tu tak reti duduk diam. Dia duduk atas kerusi 5 minit je kot. Ke lagi sekejap hah?? Pastu dia turun meneroka serata alam. Tinggal tak masuk dapur orang je lagi. Mak nak makan pun tak tenang okay. Tu belum masuk drama nak bagi dia makan.

Macamana korang yang ada infant dan toddler uruskan smua benda ni hah??? Tolong jangan kata 'alah dayu, nanti bila tiba masanya kau akan reti tiba-tiba' Tak nak.. tak nak dengar jawapan yang macam ni. Bukan tak percaya, tapi aku perlukan sesuatu untuk membuatkan aku yakin aku boleh pegang status 'Ibu beranak 2' tu. Dengan anak sorang ni pun aku rasa aku dah jadik mak yang garang. Kalau ada anak 2, tak nak lah jadik mak tiri kat anak sendiri.

*serius stress aku dengan perangai Eisya setiap kali bawak keluar sekarang ni

14 July 2012

Karnival JomPhoto

*aku dalam percubaan untuk kembali gigih dan rajin update blog macam dulu. tengah carik semangat*

Karnival JomPhoto ni berlangsung lama dah. Awal bulan Julai aritu. Ke hujung bulan 6. Tak silap aku 30 Jun, hari Sabtu. Laki aku awal-awal dah locked date ni. Segala aktiviti yang aku cadangkan pada hari berkenaan adalah ditolak sepenuhnya, tanpa sebarang rayuan. Redha. Nasib baik memang takde aktiviti yang aku beriya sangat. Tapi terkilan jugak sebab tak dapat pegi birthday party Eryna. Tapi takpelah, bukan selalu luangkan masa untuk aktiviti dia.

Karnival JomPhoto di Tasik Titiwangsa

Lagipun, inilah tandanya sokong minat dia kan. Ikut Ekwan, dia prefer aku ngan Cha tak join. Yelah, takut kami penat dan boring. Tapi aku lebih rela kot mengekor sama dari terperuk kat rumah. 


Pukul 10 pagi kami dah ada kat Tasik Titiwangsa. Tapi tu dah kira lambat. Dah penuh dah tapak karnival tu. Seronok pulak tengok sekumpulan manusia mengangkut DSLR. Setiap sorang ada 1. Macam-macam jenis. Lense pelbagai saiz. Yang panjang, yang slim. T engok gelagat derang ngan DSLR masing-masing. Macam-macam gaya. Laki achik pun tak terkecuali.


Best lah event ni. Free tapi macam-macam ada. Ada contest, hadiah pun lumayan. Cabutan bertuah bagai. Pandai organizer carik penaja. Bagi photographer-photographer amatur memang seronok kot. Boleh shoot gambar-gambar model. Free tu. Kalau tak beratus gak nak bayar model kan. Dan aku rasa yang paling best sebab ada sesi bersama otai-otai. Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Duduk berborak ngan otai, share ilmu. Tu yang paling berharga. 


serap ilmu otai

sementara En Ekwan pergi menuntut ilmu, aku ngan Cha bersantai makan aiskrim bawah pokok kelapa. *picnic habis*

Eisya memang suka buat ibu dia seriau. selamba dia berlari-lari sambil iphone di tangan. Dah lah time ni iphone tu baru berusia 2 hari. 
model free abah. pagi tu Eisya jadik freelance model, ada je yang shoot gambar dia. tapi jangan bagi dia sedar, kalau dia perasan orang tengah amik gambar dia, terus berlari peluk kaki ibu. penakut rupanya anak aku (:

barisan model pada hari tersebut.  

Lama jugak kitaorang kat karnival tu. Sampai ke pukul 3 kot. Tu pun event tak habis lagi dah balik. Kalau ikutkan Ekwan mesti dia tak nak balik lagi. Tapi mengenangkan anak bini yang dah kelaparan, Eisya pun dah gosok-gosok mata, mengantuk nak tidur, dia kemas lah kamera dan menuju ke kereta. 

TQ suami sebab memberi ilusi kurus buat saya dalam gambar ini

Semoga makin mahir mengambil gambar. Semoga gambar-gambar akan makin superb. 

*kumpul duit nak memenuhi wishlist chenta hati. tapi kalau rasa macam tak mampu je, surrender awal-awal. mintak lagi lense rege ribu-ribu. memang tak dapat lah (:

06 July 2012

Rekreasi Berkuda

Biar sibuk macam mana pun, aku macam tak sanggup nak sia-siakan hujung minggu. Seboleh-bolehnya, aku bawak juga Eisya keluar rumah, pergi jalan-jalan. Eisya tu dah lah jenis rimas kalau asyik duduk rumah je. Pantang nampak aku keluar sidai baju, terus amik selipar 'alan..alan' Mana lah sampai hati aku nak biar dia memerap je kat rumah.

Tu yang terus booking time abah dia. Aku memang dah lama nak bawak Eisya naik kuda kat Tasik Titiwangsa tu sebenarnya. Bila memang free, apa lagi. Jom!!

Memang seronoklah naik kuda kat Tasik Titiwangsa ni, Best sebab caj adalah sangat murah. RM1 je kot sekali pusing. Kalau tak ramai orang, mau aku kasik Cha pusing berkali-kali. Tapi nak dapat 1st round pun kena beratur. Tak sampai hati aku nak biarkan budak lain beratur lama-lama.

budak ni takut sebenarnya. yelah, pertama kali tengok kuda besar-besar depan mata. selama ni tgk dalam skrin komputer je. Tapi ibu dia bersungguh-sungguh nak jugak dia duduk atas kuda tu


kenalah ibu ikut sama. jadik pegawai pengiring dia. 

Tapi 1 pusingan adalah sangat sekejap lah. Memang kena main 2,3 round. Tapi sebab orang ramai, kami naiklah kereta kuda pulak. Kononnya nanti lepas main kereta kuda, bolehlah beratur balik untuk kasik Cha tunggang kuda lagi seround. Dia pun macam dah seronok lepas 1st round tadi. 

seronok Eisya naik kereta kuda. bising mulut dia, asyiklah 'ku..da, bu..ku...da'

seronok naik kereta kuda. tapi tetap ada rasa kesian kat kuda tu. mesti dia penat tarik kami sekeluarga sampai 2 round. pastu stop je sambung lagi. kasik lah dia rehat kejap.

Tapi memang sangat seronoklah bawak anak bersuai kenal dengan kuda kat sini. Murah pun murah. Sangat sesuai untuk mengisi masa di hujung minggu. Kalau ke shopping mall, mesti paling sikit pun habis jugak RM50. Bawak anak tunggang kuda, RM10 pun tak habis kot. Tapi kalau nak datang, jangan lupa bawak makanan ngan  minuman atau beli siap-siap. Kat kawasan sekitar rekreasi berkuda ni takde orang menjual langsung. 

Memang aku akan datang lagi lah. Confirm.

*teringin gak nak cuba tunggang kuda tu, tapi macam tak sampai hati pulak aku nak duduk atas dia dengan badan sebesar ni. kesian kat kuda tu. nanti eh.. bila achik dah kurus sikit, achik dtg lagi (:

05 July 2012

Pengalaman Terindah

Ya Allah, lamanya tak hadap blog. Kali ni betul-betul tak hadap. Bukan setakat tak update, memang langsungb tak jenguk. Punyalah busy. Sampai tak ada kesempatan langsung. Kat opis memang takde makna lah nak hadap blog. Balik rumah, aku pikir katil je. Badan sangat letih.

Letih menguruskan seminar. Kali pertama mengurus event sebegini besar, memang letih kepala dan badan aku dibuatnya. Telefon memang tak berhenti-henti berdering. Tengah jawab panggilan kat telefon opis, handphone berbunyi. Pastu baru je letak telefon, bunyi lagi. Memag jadik hotline lah telefon aku tu. Bila makin hampir hari seminar, makin hiruk-pikuk hidup aku jadiknya. Nasib baik ada urusetia dan rakan-rakan yang sangat membantu.

Dengan gementar nak kena present paper di hadapan 180 orang pesertanya. 180 orang yang kebanyakkan ada Ir dan Dr kat depan nama derang, memang super nervous lah jadiknya. Kali pertama kot..

Tapi Alhamdullilah.. Semuanya berjalan lancar. Bagai yang dirancang. Ada lah terkurang sana sini, tapi untuk kali pertama, semua tu boleh dimaafkan rasanya. Nanti masukkan dalam post mortem, boleh ditambah baik on next seminar. Next seminar?? Hahaha.. tak sanggup dah rasanya nak hadap seminar lagi tahun ni. Cukup dah kot. Tapi pengalaman membentangkan kertas kerja, memang pengalaman terindah. Bukan senang nak dapat peluang macam ni, Diberi kepercayaan oleh bos-bos untuk pressent paper. Dah la baru 3 tahun keje. Rasa bertuah sangat.


Pengalaman terindah

Pengalaman paling berharga. Tapi serius, cuak habis. Nak present thesis, nak viva pun tak cuak macam ni. Tapi nak duduk kat depan tu dan bercakap hadapan hampir 180 orang, memang berpeluh aku dibuatnya. Dah lah lampu atas stage tu panas, makin berpeluh-peluh. Tapi sebenarnya cuak tu lebih kepada sesi soal jawab sebenarnya. Nak present tu boleh je kot. Cakap je lah kan. Tapi bab nak menghadap soalan tu yang 'ya Allah, takutnya' Yelah, kita ni pengalaman seciput je. Yang bertanya semua 'otai-otai' Mana tak cuak.

Nasib baik tak pengsan atas pentas *nervous tahap maksima*