28 January 2011

tak sanggup

Bila hari ni digempakan dengan berita baby dilarikan dari nursery, dan bila mana dah dapat ditangkap si durjana tu, bayi dah selamat dijual. Ya Allah, tak terbayang aku perasaan mak budak tu. Kalau aku, dah pengsan 2,3 kali rasanya. Perasaan ibu ni complex beb, tengok anak badan kaki anak merah-merah kena gigit semut pun dah tak tentu hala. Inikan pulak dapat berita macam ni.

Macamana sampai boleh diculik budak tu?? Pelik aku. Camne dia bleh access masuk dalam nursery? Ada orang nursery bersubahat ke??

Terus tadi teringatkan Eisya.

Tak pernah lagi aku memberi ulasan mengenai nursery baru Cha kan. Dah hampir sebulan aku memberi kepercayaan kepada taska tu untuk menjaga Cha sepanjang 10 jam aku bekerja. Nak kata aku puas hati sangat. Tidak. Tapi aku cuba untuk tidak menjadi terlalu cerewet. Tak mahu terlalu mahu itu, nak ini. Bagi aku anak aku tak cedera, cukup makan minum. Terurus. Itu dah cukup. Mana kan sama, jagaan aku dengan taska.

Hari pertama memang haru la. Keadaan nursery memang huru-hara. 1st day beroperasi la katakan. Maka, aku pejam mata je bila aku amik Cha masih tak bermandi. Aku consider lagi. Aku bagi peluang seminggu. Alhamdullilah, things going to be better. Lega lah rasa hati ni. Tapi masuk minggu ke-2, memang frust habis. Tak pernah-pernah anak aku injured duduk nursery. Duduk kat sini siap luka, berdarah bawah mata. Memang aku sedih sangat time tu, sampai nak marah pun dah tak larat. Aku takut aku menangis kat situ. Ekwan yang uruskan. Merasa la owner nursery tu kena tengking ngan laki aku.

entah-entah tercucuk bijik mata agaknya

aku risau betul kalau sampai berparut. nasib baik tak.

Kebetulan lepas insiden tu, Eisya demam. 3 hari tak pergi nursery. Demam terkejut agaknya Cha kena buli kat nursery. Pastu macam nak kena chicken pox, seminggu tak pergi lagi.

budak terkejut kena buli. terus demam. ibu pun ponteng keje 3 hari.

Minggu ni aku hantar semula. Dan semalam sekali lagi. Dari jauh aku dah nampak pipi Cha merah je. Dah tak sedap hati dah. Bila dapat kat tangan aku, dah depan mata. Amik kau, pipi bercalar. Hidung pun ada skit. Bila tanya kenapa 'dia buat sendiri kak, dia main sorang, bila tengok dah ada' Aku macam tak bleh terima je jawapan dia 'akak dah potong kuku dia malam tadi tau. iye ke dia buat sendiri ni??' Dia jawab lagi 'budak lain semua tido kak, dia sorang je jaga' Apa lagi boleh aku kata. Nak cakap lebih pun, budak tu dah minta diri nak amik budak lain pulak, parent dah sampai.

pipi gebu anak ibu dilukai

Aku kesian pulak kat Cha. Betul ke keputusan aku letak dia kat sini. Biarpun nursery dulu tu facilities kurang, tido beralas tilam nipis je (tu pun aku antar, kalau tak atas toto je lah) tapi tak pernah la pulak sampai luka-luka gini. Cuma comot je lah Cha tu. Petang-petang bila amik macam tak mandi pun iye. Tapi apa gunanya tido beralaskan tilam empuk, bilik colourful tapi kalau setiap minggu asyik cedera je.

Dan sekarang aku sedang mempertimbangkan pertukaran Cha lagi. Aku macam tak sanggup nak biar anak aku terus cedera macam ni. Aku dah tak kisah hal bayaran. Tak sanggup aku nak biarkan anak macam ni.

Bila mana, orang yang kita percaya tapi menghampakan. Kecewa rasanya.

27 January 2011

ini namanya entry pelepas gian

Aku nak bagitau, aku kini secara rasminya telah memutuskan hubungan secara rasmi dengan Maxis. Setelah hampir 4,5 tahun dengan Maxis kini aku mengucapkan selamat tinggal. Berakhir sudah jodoh kita. Cukup hingga di sini. Dan kini bersama DiGi. Namun masih mengekalkan penggunaan nombor yang sama sebab malas nak membuat pengumuman rasmi mengenai penghijrahan ni. Anda masih boleh menghubungi saya seperti biasa. Tak perlu risau.

Minggu depan bakal bercuti panjang. Seronok rasa. Bukan selalu dapat peluang macam ni. Amik cuti 2 hari, boleh tak pergi keje sampai 9 hari. Tiba-tiba rasa macam best pulak keje kat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Apa lagi, pulang ke kampung halaman la. Bagi Eisya bermesra dengan opah dan atok. Tak la nanti bila jumpa atok ngan opah sendiri pun teriak macam kena dera.

Dan tak lupa, beramah mesra juga dengan rakan-rakan online di wilayah selatan. Tak sabar, teruja tapi masa yang sama malu-malu.

*plan 1st birthday anak macam sama sesak nafas je plan wedding sendiri

24 January 2011

BGWS: Blogger zone selatan mau bikin havoc!!

Dah lama aku nak buat entry ni tapi asyik tertangguh. Nak tak nak kena buat gak hari ni. Biarlah hari ni saja dah 3 bijik entries aku muncul. Tapi aku geram ni dan kecewa, dah seminggu takde buffered earning, camne nak dapat RM12K sebulan gini gaya :)

Ini adalah berkenaan BGWS (Blogger Gathering Wilayah Selatan). Aku nak buat pengumuman sikit. Sila bagi perhatian.

Tarikh: 30 Januari 2011
Masa: Pukul 4.00 pm
Lokasi kejadian: Hutan Bandar Mutiara Rini

*konsep pot-luck adalah digunapakai bagi tujuan mengisi perut

Sebab konsep Pot-Luck digunapakai. Saya rasa saya nak bawak '.........' Hahahahaha, tak tau lagi nak bawak apa. Tapi yang pasti saya akan bawa bersama cupcake berperisa cheese dan oreo. Ada orang nak taja sempena gathering kita ni. Hebat tak hebat lah BGWS ni, ada penaja lagi *motif nak kasik org KL jeles. boleh la aku cakap banyak sebab dapat join 2-2 gath kan :)*

Aku akan datang berdua ngan Eisya. Sebab suami saya adalah tidak bercuti. Kami balik berdua sahaja. Kalau sape-sape yang selama ni mengeram je tengok Cha *ada ke??*, bolehlah datang beramah mesra. Tapi minta maaf lah kalau anak saya tu menyombong sikit. Dia kurang mahu dengan orang lain.

Oleh yang demikian, dengan ini saya menyeru sekalian blogger-blogger di wilayah selatan. Meh la, jom lah berlaga pipi.

Menu update (setakat 24.1.2011):
Aishah: Mee Goreng Cina
Fashya: Kek Batik
Dayu: Cupcake Perasa Cheese dan Oreo


Aku agak segan ni sebenarnya sebab macam ramai je tak kenal. Tapi ke tepikan je. Blogger kan semua ramah tamah. Mudah mesra

Aktiviti Sosial di Hari Minggu

Aku sungguh berbesar hati bila dapat jemputan dari Noe untuk sama-sama meraikan majlis harijadi Sabrina. Yelah, blogger macam Noe, dapat sama-sama kongsi kegembiraan dengan dia. Sungguh seronok rasanya. Tapi dalam masa sama rasa segan dan malu. Bila tahu Reen dan Nurul juga akan turut serta, lega skit hati aku. Ada muka yang aku dah selesa bersua, barulah boleh berjimba tahap maksima.

Terus update kalender laki aku. Dia setuju je. Ohh, terima kasih ye En Ekwan sebab sanggup je layan segala aktiviti isteri kamu ini. Dan terus 'I love you most!!' *senyum sampai telinga*

Seperti dijanjikan, mahu bertemu dengan Nurul dan Reen di lokasi yang dijanjikan pada jam 1.45pm. Niat mahu hadir awal ke majlis Harijadi Pertama Sabrina, tapi biasalah kita kan hanya merancang. Belum tentu segala apa yang kita rancang akan jadik macam yang kita nak kan. Ehhh, but this time i manage to be there earlier okay. Tak mahu dicop 'always late' Wa nak gak jaga status wa beb. Hehehe, but still lambat 15 minit * :) * Tapi bila Nurul sms dia akan lewat, terus aku sengih. Dan bila Reen pulak macam tengah sesat barat, terus Ekwan ajak basuh kete dulu sementara tunggu derang sampai.

Bila dikenang kejadian petang tadi, dengan korang yang kehilangan arah. Ohh, syukur suami saya yang selalu kata dia ada buit-in GPS tu sungguh membantu kali ni. Tapi bila Eisya muntahkan baju dan seluar aku, hampir-hampir aku nak balik je. Tapi semangat nak jumpa kawan-kawan punya pasal. Selamba ya-ya aku gi birthday party ngan baju berbau muntah. Dan selamba juga aku memeluk dan berlaga pipi dengan tuan rumah, tapi sound siap-siap la.

Biarpun akhirnya kita tiba jam 4.00pm bukan 2.00pm seperti yang dijanjikan. Yang penting, dapat gak join private party ni.

Sabrina, the Birthday Girl

Cha selamba kodok rembat topi Sabrina. sape punya keje :)

mari bersosial!!
tapi Cha yang mengantuk adalah manja maksima. aku kena ada depan mata dia. bangun nak amik air pun dia teriak macam kena cubit. Nurul pegang nak alihkan tempat duduk dia pun dia bantai teriak. manja tak ingat.


Cha: uuihhh belon!! menarik untuk dimasukkan dalam mulut!!

semua nak masuk mulut!!

Seronok tengok budak-budak ni main dalam pool ni.

Dan aku juga kagum dengan Noe. Rajin dia design segala macam hiasan untuk birthday Sabrina ni. Segala benda ada identiti birthday party Sabrina. Mesti berbulan gak dia plan smua ni. Tapi tulah, kegigihan seorang mak demi untuk anak. Biar pun orang selalu kata 'alah, 1st birthday, bukan budak tu tahu apa pun' Tapi sape kata dia tak tahu, bila aku tengok Sabrina yang tersenyum, gelak-gelak, tepuk-tepuk tangan time bukak hadiah tu. Aku tahu dia tahu apa yang tengah terjadi. Orang tengah meraikan dia. Dan paling penting, bila dia besar nanti mesti dia berbesar hati sebab mak ayah sanggup buat semua ni untuk dia.

Dan tak pasal-pasal, otak aku terus jana macam-macam untuk majlis Cha nanti. Tak confirm lagi, tapi dah pikir itu ini. Kaler theme, kek mana nak tempah, nak sediakan menu apa?? Sambil mandi pagi tadi pun aku dah terpikir, nak beli ke buat sendiri cupcake, hah sampai ke situ otak aku buat keje. Biasalah orang perempuan kan :)

Seperti biasa, aktiviti sebelum meninggalkan majlis. Harus la amik gambar dengan penganjur majlis. Eh, Anna Rafali pun ada. Ingat nak gak mintak bergambar, tapi segan lah pulak.

Sabrina sungguh sedap badannya.

dari kiri ke kanan:
aku yang gemuk dan Cha yang pakai baju pinjam gi birthday party orang, the SuperMak dan Sabrina the Birthday Girl, SueAnnaJoe yang super duper comel *i jeles* dan mak angkat Cha yang baik hati serta Payin. Nurul dah balik time ni. Raina melasak. Tak sempat dia nak laga-laga pipi, tahu-tahu hilang dah dia.


*nak tak nak kena la pinjam baju Payin. ibu bleh lak lupa bawak baju spare Cha. time ibu bawak tak pulak berlaku eksiden mcm ni. lepas ni tak kira gi mana, harus bawak baju spare untuk aku dan Cha sepasang.

Contest Baby Tido

Bila jalan-jalan kat blog orang, tengok derang join contest ni. Teringin gak nak masuk. Tapi macam takde orang tag aku pun *siapa lah saya kan* Iyelah, sape la aku kan. Tapi separuh hati, nak jugak join peduli la orang tag ke tak. Dan akhirnya, hari ni bila gi blog Sharena. Dia tag aku rupanya. So apa lagi, ada sebab paling mujarab untuk menempek gambar Eisya sedang lena diulit mimpi.


Contest ini adalah dianjurkan oleh Mommy Pinky owner MyKawaiiStore. Saya suka MyKawaiiStore kerana:
  • layout blog yang menepati citarasa, background putih, penggunaan font dan color yang sedap mata memandang
  • dia ada jual gadget-gadget2 yang jarang blogshop lain jual
  • blogshop ni pelbagai, macam-macam ada

ini gambar anak saya sedang syiok tido

Nama budak tgh syiok tido: Eisya Elyssa Bt Mohd Ekwan
Umur: 9 bulan
Hubungan : Ibu dan Anak

Penyertaan seterusnya adalah ditujukan kepada:

Aku saja pilih peserta yang nama bermula ngan huruf 'A' tanpa sebab yang munasabah. Hah, apa lagi. Gi meriahkan acara!!

Hah, lagi satu. Jasa baik anda semua diperlukan. Disebabkan contest ini adalah joint venture dengan Facebook. Haruslah aktiviti meng'klik button LIKE turut serta. Silalah tekan LIKE banyak-banyak kat gambar Cha ye. Sekian, terima kasih.

21 January 2011

Cerita Bergambar: Fahrin & Eisya

Korang..korang, kalau aku buat entry pasal kat Megakidz lagi korang hangin tak? Tapi baik korang layankan je, sebab aku macam lagi hangin sebab kena tipu ngan budak kat kaunter tu. Selamba kodok je rembat duit aku. Tanpa rasa bersalah je mintak RM28 kat aku, stokin lak caj RM6 satu. Nasib baik aku lama kat dalam tu. Tengok wayang smua kan. Kira berbaloi gak la *ayat penyejuk hati*

Dan silalah lihat aktiviti kami setelah ditinggalkan ber-6. Setelah yang lain semua membawa diri pulang. Bermesra lah kami anak beranak.

Cha: wwwarrrgghhh!!!
Fahrin: ala Cha, jangan la nangis.. yelah..yelah kita share

fahrin: ni pegang ni, pegang kuat-kuat nanti jatuh
Cha: *teresak-esak, mata berair*

Fahrin: ala nangis lagi Cha ni. kememeh la awek ni

budak berdua ni memang tak bleh share mainan. ada je yang teriak.

Dan bila tengok takde pun tulis kat mainan budak besar tu 'No Adult Allowed' Apa lagi, terus aku ngan Reen buang tebiat. Memanjat sama. Ngan bawak Cha ngan Payin, tercungap-cungap jadiknya. Tapi takut gak, yelah. Aku kan gemuk, kang kalau overload. Tak pasal-pasal je.

-tak tau Farid amik gambar ni-
ikut hati nak je aku masuk dalam terowong tu, nak gi kat gelongsor. tapi bila fikir-fikir tak jadik. takut roboh terowong tu :)

dua sahabat dalam sangkar.
jakun anak aku tengok jaring. asyik la nak merasa

abah, tolong Cha abah. Cha kena kurung dalam ni.

Gara-gara tak nak rugi punya pasal. Aku ngan Reen je mak yang buang tebiat masuk dalam benda alah ni. Orang lain rileks je pantau anak dari bawah.

Terima kasih Farid sebab sudi amik gambar kami anak-beranak. Kami takde kamera hebat gini. Ada handphone cikai je. Maka, tebalkan je muka tumpang bergambar. TQ ye. Lain kali tumpang lagi. Kepada Reen, terima kasih banyak-banyak juga sebab bersusah payah pos kan CD. Seharian aku tunggu, sampai gak akhirnya.

TQ Reen. Teman datang lambat dan juga pulang paling last.
Weh, jangan lambat lagi lain kali :)

*gambar smua adalah ihsan dari Puan Reen dan En Farid

20 January 2011

Pertambahan Umur

Eisya sudah 9 bulan!!

Lagi 3 bulan boleh anjurkan majlis harijadi. Boleh jemput smua blogger mommas *impian tinggi mengunung* Tapi umah i kecik je. Kalau nak jemput smua.. macam tak muat je. Ke ada yang nak taja birthday Cha, buat kat Megakidz. Hahahaha, berangan!! Tapi Insya Allah, ada rezeki adalah nanti majlis meraikan cukupnya usia Cha setahun.

Pergghh, anak baru 9 bulan dah sibuk pikir nak buat birthday. Biasalah, 1st time buat birthday anak, haruslah teruja secara maksima.

Di usia 8 bulan, terlalu banyak pencapaian Eisya. Dia boleh duduk sendiri masa 8 bulan. Merangkak dengan lajunya juga ketika usia 8 bulan. Dan kini sangat asyik memanjat. Dulu dia bleh panjat rak tv je. Sekarang kat pintu, kat dinding smua dia dah boleh diri dah. Pastu senyum-senyum. Tapi tak reti duduk sendiri. Dia jugak dah menyusur bila berdiri tu. Paling aku seram bila dia menyusur playpen dia dari atas katil. Risau je aku kalau dia tergolek jatuh berdebuk. Ye..ye kami masih tido atas katil. Masih belum cabut katil lagi, malas punya pasal.

Sangat suka dia sekarang kalau dibawak bertatih berjalan. Tersenyum-senyum.

Kini Cha semakin asyik bermain. Dia dah pandai bergurau senda. Gembira betul aku bila dia tergelak sakan bila kena geletek. Dah reti geli ye Cha. Dah pandai main-main ramai-ramai. Tapi anak aku lasak skit, ala-ala pembuli. Berkali gak aku nampak dengan selambanya dia rebut mainan dari tangan budak lain masa kat nursery.Bila ngadap mainan sorang-sorang buat muka bosan, tapi bila ada geng main, sibuk lak berebut toy yg selama ni sebelah mata je pandang.

Sekarang pantang kalau jumpa air, lagi-lagi time mandi. Kalau boleh tak nak keluar, bila angkat nangis. Tapi tak kan aku nak biar dia berendam lama-lama dalam besen.

9 bulan membesarkan Eisya cukup memuaskan. Ye, anak aku selalu tak sehat. Selalu demam. Tak demam, batuk. Selsema pun selalu. Nasib baik takde suara-suara yang berbunyi 'eh, minum susu badan pun selalu sakit ke??' Nasib baik tak kedengaran kat telinga aku. Kalau ada yang berbunyi, selamba je aku jawab 'dia sakit bukan kau yang jaga, aku gak. jangan sibuk' Ye..hampir setiap bulan dia demam. Tapi nak buat macamana. Aku letak dia kat nursery. Kat nursery tu aku rasa setiap hari ada je budak tak sehat. Virus bersepah-sepah. Dah kalau virus tu berkenan sangat kat anak dara aku, nak buat macamana.

Tapi Eisya kalau sakit dia tidak lah menyusahkan sangat. Dia tak buat ibu abah sampai muntah-muntah pening kepala jaga dia. Sekarang pun senang skit nak makan ubat.

Eisya memang anak yang baik. Manja dah pasti.

selamat ulang bulan ke-9 sayang. terus membesar dengan sehat menjadi anak yang baik dan dengar kata ye. kalau ibu kata 'eisya don't' maka sila la jangan buat ye. ibu ngan abah sayang cha. sayang banyak-banyak.

19 January 2011

i kini anak dara wokey

Disebabkan keterujaan dengan gathering yang super marvellous tu, dan juga gathering yang akan datang. Tertangguh entry yang satu ni. Sedangkan ini adalah lakaran sejarah dalam hidup Eisya Elyssa. Tertunai dah tanggungjawab ibu dan abah yang satu ni. Alhamdullilah.

Setelah hampir berbulan-bulan, mencari ke sana ke mari. Bila dah jumpa asyik la ada alasan, tertangguh lah lagi. Dan makin hari, makin bertambah la usia Eisya. Dan minggu lepas, kami berkeras. Nak tak nak minggu ni kena buat juga. Tak boleh tangguh lagi. Dengan khidmat bantuan google, akhirnya Eisya selamat disunat pada Sabtu lepas, 16.1.2011 ketika diri berusia 8 bulan 24 hari. Lama-lama lah baru sunat anak aku.

Mula-mula niat hati nak ke An-Nur Shah Alam. Tapi dah 2,3 kali asal call tak bleh nak buat, doktor takde la, kena buat appointment la. Bila doktor free, ibu abah tak available. Tu yang asyik tak jadik tu. Pastu try tanya kat Klinik Qistina, Sri Kembangan. Dah buat appointment hari Ahad. Tapi sebab Ahad nak berjimba di MidValley, seboleh-boleh nak buat Sabtu gak. Dan bersungguh-sungguh la meng'google mana-mana klinik yang ada servis Khatan Bayi Perempuan ni. Dan berusaha mencari yang berhampiran. Godek-godek, nampak Pusat Rawatan Islam MAIS, terus call and yes, circumcision for baby girl is available there. Dan doktor pun ada hari itu. Apa lagi. Trus siap-siap bawak Eisya ke sana. Beriya carik sampai ke Sri Kembangan, sekali yang dekat 5 minit je dari rumah pun ada.

Siyes, perasaan membawa anak sunat adalah mendebarkan. Ekwan siap kata dia tak nak masuk. Tapi last-last masuk jugak. Doktor tu cool je. Eisya yang tak tahu apa-apa, rileks je dia baring main2 anak patung tu. Niat hati nak tengok doktor tu 'buat keje' tapi tak berani. Takut. Kejap je pun. Eisya pun nangis skit je, pedih mungin. Doktor tu tunjuk la apa yang dia buang, aku angguk je. Tak tanya apa pun. Halus je benda tu.

Pape pun, Eisya dah sunat!! Lega dah rasa, kalau tak asyik la teringat 'cha tak sunat lagi'

i kini anak dara wokey!!!


*Lepas sunat trus gi beli kek birthday abah.

Meriahnya!!!

Kehangatan meriuhkan Megakidz masih belum reda, lagi-lagi aku yang dah kena tipu ngan budak kat kaunter tu. Tak bermanfaat, kebas duit aku. Orang lain bayar RM14, apasal kau mintak RM28 kat aku ngan Reen?? Tak baik tau menipu, aniaya tu namanya. Nasib baik hati aku kegembiraan, tak lah asyik teringat je dah kena tipu.. Tapi tetap tak puas hati.. tak nak halalkan *jahat kan..

Baru minggu lepas berjimba bersama rakan-rakan maya yang selama ni bertegur sapa secara offline semata, bila dapat bertemu, bertentang 4 bijik mata.. mmg seronok tak terkata. Biar dalam hati ada rasa segan, ada rasa malu. Tapi bila dah berlaga pipi, lupa pulak ni pertama kali bertemu. Magik sungguh kan.. Siapa sangka, total stranger boleh bergelak ketawa sampai lupa anak kat mana... Hahahahaha..

Dan bila mengingatkan Aishah yang kedengaran sungguh kecewa kat Johor tu, aku pun meluahkan cadangan 'jom, kita kumpul kat JB lak, kasik orang KL pulak jeles' Kebetulan aku merancang nak cuti panjang skit minggu tu. Apa lagi, jom la berjimba lagi. Nak jumpa blogger-blogger di kampung halaman pula. Dan bila macam dapat sambutan, aku akan berusaha untuk datang on time kali ni. Tak mahu lambat lagi. Cuba habis baik!!

Eh geng, 30hb Januari 2011 di Danga Bay kan?? Nanti sila confirmkan ye. Tapi by 29.1.2011 saya dah berada di JB. Siap sedia je nak laga pipi ngan orang Johor lak.

Dan bila semak status-status kat FB, nampak gaya semua region nak buat blogger gathering. Suka aku. Meriah dunia blogging skrg.

Dengan pertemuan kali kedua yang dijangka berlangsung pada minggu kedua 13 Februari 2011, buat aku makin teruja kau. Kalender dah marked siap-siap. Handphone pun dah marked. Perrgghh!! Tak sabar. Pastu muncul pulak macam-macam idea. Nak buat t-shirt for babies nak pakai masa Blogger Family Day. Mak bapak tak payah. Mak bapak pakai ikut color theme sudah. Hah, nak buat Family Day okay. Dengan harapan, lebih ramai bleh turut serta. Yang kat zone tengah, selatan, timur, utara smua boleh turut serta. Tak mahu ada yang ketinggalan.

Meriahnya dunia blogging kini!!!

*ramai yang sependapat, kawan ONLINE ni lagi mesra kan, lagi memahami. tak boleh nak sangkal. kalau kawan sekolah, kawan kat universiti nak terasa hati, biarlah. kalau dah memang kawan alam maya lebih banyak amik tahu pasal kita. nak buat camne..
** aku sendiri kurang pasti perkembangan kawan2 offline..tak bleh la nak marah kalau derang pun tak amik pusing pasal aku

18 January 2011

Perhimpunan Pagi

Aku tunggu-tunggu gak, nape takde yang update pasal kemeriahan di Megakidz Ahad lepas. Tunggu punya tunggu, muncullah entry dari Nurul. Pastu aku tunggu lagi. Harap-harap ada orang lain pulak update, tapi takde pun. Korang apsal tak nak update?? Hah, Hannah dah bercerita versi dia. Aku tunggu versi korang lak.

Dan ini versi saya. Versi orang datang paling lambat *peace*

Kenapa saya lambat?? Walau hakikatnya dah bangun seawal jam 7 pagi. Tapi ini semua gara-gara suami saya yang liat bangun pagi. Pagi Ahad pulak tu, makin la dia mengeliat je lebih bukak matanya tidak. Anak dah siap mandi, dah pakai baju lawa-lawa, bapak bawah selimut selimut lagi. Tu yang tak pasal-pasal tunjuk muka jam 11.30am sedangkan janji 10am. Nasib baik ada geng, tak la tersipu-sipu macam kerang busuk bila datang lambat.

geng dtg lambat. dah la lambat, baru nk terhegeh-hegeh carik stokin. makin lambatlah jadiknya. mintak maaf ye ibu-ibu sekalian.

Sampai-sampai terus peluk Nurul. Nurul seperti yang aku bayangkan, tinggi orangnya. Lepas tu terus serbu Raina yang tengah seronok ke hulu hilir, nasib baik masa aku tahan dia tak menangis tapi dia bagi aku senyuman paling sweet. Ya Allah, memang comel sangat Raina sengih. Terus kena cium. Geram. Time ni Cha kat mana pun aku tak pasti dah. Hahaha..punyalah teruja.

Lepas tu aku macam tak boleh nak ingat dengan siapa pulak aku berlaga pipi. Tapi yang penting aku memang tak sangka Fad adalah sekecil itu. Sangat tak sangka. Kecil molek je orangnya. Dah nak bercakap ngan aku kena dongak kepala, sian dia. Ohh Imaan adalah sangat adorable. Seronok dapat dukung, peluk dia.


Dan bila dah bersalam ngan Zuris, aku masa tu macam tak berani nak tegur sebab takut salah orang. Dia nampak sangat lain dari dalam gambar. Lagi cantik okay, dan takdelah tembam macam yang dia selalu komplen tu. Comel je. Aku siap nak tengok muka budak kat kaki dia dulu, tapi Kysha membelakangkan aku la pulak. Gamble je lah 'zuris ke?? lainnya' Betullah, gambar memang tak bleh nak caya sangat.

Aku sedikit kecewa lah bila tengok Myiesha tido time sampai tu. Sedangkan dah pasang niat nak gomol2 dia. Sebab dari 1st time Hannah tayang gambar newborn dia, aku dah geram giler kat dia. Myiesha memang comel, tak dapat cium pipi gebu dia, dapat ramas-ramas rambut dia pun jadiklah. Lebat betul, rasa nak amik skit taruk kat kepla Cha. Boleh??

dari kiri ke kanan: Eisya, ibu Eisya yang gemuk, Myiesha, Hannah yang selim *jeles*, Zuris yg lagi cantik dari dalam gambar dan Kysha yang cheeky
-ok dah mcm tangga gmbr ni, dr tinggi ke rendah-

Aku tak berkesempatan nak gomol semua anak orang. Ngan Cha lagi. Tapi nasib baik dia pun macam seronok je masak tempat ni. Letak bawah je, merangkak lah dia ke mana hati dia berkenan. Abah dia perhati dari jauh je. Bila dukung Alfiy..pergh sangat tough dia. Badan kental. Muka pun cool je. Rileks je dia orang pegang. Anak aku yang gelabah ayam, nak tak nak kena pass kat mama dia balik.


aku suka time ni, rasa mcm artis. semua berebut nak amik gmbr kita kan.

Aksi anak-anak memang mengasyikkan. Eh, nape takde gmbr derang je erk?? Lupa nak amik gambar anak-anak saja ramai-ramai. Lain kali kena ingat *ok noted*

bayi-bayi dah bleh duduk.
patut Raina diri kat belakang *mandur kan* pastu kiri kanan Auf ngan Myieshas. yang ber-4 ni duduk, Alfiy ngan Raisya niarap kat depan derang. mak-mak lompat2 kat depan suh anak tgk kamera :)

Secara keseluruhan, memang terbaik la agenda kita ni. Tahniah diucapkan kepada semua. Kesepakatan kita merealisasikan acara yang kita rancang sebulan lalu ni. Impian menjadi kenyataan. Ekwan kata 'tak nak buat baju ke?? baru seronok next gathering' Wah suamiku itu. Seronok nampak. Tapi sila pastikan lain kali kita tak lambat. Lepas ni derang nak denda sape datang lambat tau. Tapi betul gak kan, tak nak buat baju ke korang?? Yang berbakat men'design tu. Buatlah. Next time pakai ramai-ramai. Untuk baby sekali. Pergghh!! Memang terbaik lah!! Gambar pun mesti lawa.

**Nape korang semua kata korang bayar RM14 je nak masuk Megakidz ni?? Nape aku kena RM28, stokin RM6.. Sudah kena tipu kah?? Ke sebab korang masuk ramai-ramai dapat diskaun?? Padan muka aku datang lambat lagi.

16 January 2011

teaser la kononnya

Dari Khamis aku dah berharap, hilanglah virus jahat dari badan Cha. Ada agenda mahu dijayakan hujung minggu ni. Dan Alhamdullilah, anak aku memahami keinginan ibunya. Petang Jumaat, masuk maghrib suhu badan dia maintain pada suhu bilik. Dia sambung ceria je, main macam biasa. Dan tido dengan suhu badan normal. Sepanjang malam, aku dok pantau suhu dia. Okay.. maintain pada kadar yang tak menyesakkan dada. Dan malam tu jugak aku dpat tido sedikit tenang.

Hari Sabtu pun masih mengekalkan tahap kesihatan yang ibu inginkan. Harus lah kan. Kata Hari jadi abah, kena la sehat. Mahu kasik abah potong kek dengan muka girang. Tak mahu la sakit-sakit, merengek je.

Ohhh, suami ku sudah 29 tahun usianya. Sekali lagi, Selamat Hari Jadi yang!!

Dan hari ini, agenda yang dirancang hampir sebulan yang lalu menjadi kenyataan!! Hoyay!! Ucapan tahniah kepada semua yang menjayakan acara. Terbaik la korang. Giler meriah Megakidz tadi. Dan sejuta keampunan aku pinta sebab datang lewat. Minta maaf. Tak sengaja, tapi suami saya tu susah sikit mahu bangun awal di pagi Ahad. Sorry ye. Tapi saya pun kecewa jugak, saya baru sampai kamu semua nak balik dah. Takpe, next time mesti saya jadik antara yang terawal. Akan dipastikan.

Serius. Seronok sungguh dapat bersua muka dengan korang semua. Dapat dukung, cium anak-anak korang yang selama ni dok tatap je depan skrin. Suka!!

Bila nak buat lagi??

*eh, cepat la upload gmbar. aku nak cilok
** ni entry ala-ala teaser lah sbb guwe takde gambar *ahahahaha

13 January 2011

virus pertama

Hari ni aku tak masuk opis lagi. Eisya masih demam, masih bersuhu badan kan 38++ Dan tengah malam semalam, redah emergency zone Hospital Serdang. Suhu dia cecah 39.1, apa lagi nak tunggu. Nak tunggu anak kena sawan ke?? Tidak, maka jangan nak tangguh-tangguh lagi. Bibir dah kering, panas sangat mungkin. Dapat ubat masuk bontot, tapi kami tak sanggup nak tunggu giliran masuk jumpa doktor. Ramai sangat orang. Dah pukul 2 pagi. Eisya dah merengek-rengek. Jomlah balik. Ubat pun dah ada, dah gi klinik pagi tadi.

Dan seperti kelaziman, menjaga anak sakit di malam hari, haruslah umpama burung hantu jadiknya. Ngan anak asyik ter 'ekkk...ekkk' mana lah mungkin boleh nak melelap mata. Dan hari ni, kami suami isteri sama-sama tak keje. Kena gilir-gilir jaga Cha, sorang jaga, sorang charge tenaga.
Yang aku risaukan, pagi-pagi gini okay lah diri. Boleh main, badan pun tak panas sangat. Masuk maghrib kang mulalah, terus mencuka muka tu. Suhu pun naik mencanak-canak, merah-merah muka. Alhamdullilah, batuk selsema tak datang sekali. Kalau tak siap sedia lah

Cepat la sembuh ye sayang...

*time keje kat opis byk la anak aku sakit, serba salah asyik tak keje je
** harap2 sabtu sehat la, ibu nak ber'sosial ahad ni

11 January 2011

hati lembik

Luluh hati aku bila pagi-pagi lagi aku dah dihadapkan dengan berita kematian insan kecil yang tak tahu apa-apa. Yang baru nak merasa nikmat hidup. Mati sebab didera pulak tu. Terpaku aku. Otak terus berfikir 'manusia jenis apa yang sanggup pukul budak kecik?? pukul sampai mati' Aku macam tak boleh terima. Bila pandang muka comel dia, lagilah aku sayu.

Dengan kisah Ija yang masih berlegar-legar dalam paler otak. Arini tambah pulak dengan kisah Dania. Bila selak semula surat khabar, terus aku terbayang derita dia.

Setiap kali bila aku tengok Eisya yang tengah seronok ketuk-ketuk laptop abah dia dengan pen, yang tengah seronok berusaha nak panjat kerusi.. aku jadik terfikir, kenapa ada yang sanggup nak pukul budak?? Kalau yang buat tu orang lain, takde hubungan darah. Otak aku cuba lah terima, tapi bila yang buat tu mak ayah sendiri. Sungguh aku pelik.. Apa dia rasa bila tumbuk terajang anak dia??

Aku tak bleh la.. sekali dah masuk dalam paler otak. Aku susah nak lupa. Asyik teringat je. Terbayang derita budak tu. Entah sejak bila dia kena dera?? Ada yang memberi perhatian?? Kasih Sayang, merasa ke dia?? Aku jadik tak sanggup la nak pikir. Budak 3 tahun.. apa dia tahu?? Dan lagi ekstrem, aku terbayang macamana makan minum dia, mandi ke dia?? Berak kencing dia camne?? Kalau sanggup nak membelasah, tak mustahil kebajikan budak tu terabaikan. Sungguh, aku tak sanggup nak bayangkan. Anak aku tak mandi satu hari pun aku dah sayu.

Dah la.. aku tak mahu maginasi lelebih. Boleh buat menangis.

*tiap hari bila aku peluk cium Eisya, dalam hati terdetik. biarlah semua budak kat dunia ni merasa kebahagiaan yang selayaknya mereka nikmati. macam apa yang aku beri kat Eisya

agenda

Sudah lama takde entry aku main masak-masak kat dapur kan. Dah lama takde gambar makanan hasil tangan sendiri ditayang. Bukan bermakna aku dah tak masak bagi perut suami dan perut sendiri makan ye. Hakikatnya, hampir setiap hari, sampai je rumah. Letak barang, letak Cha, terus singsing baju masuk dapur tau. Suami aku lebih suka makan kat rumah, dia kata makanan kat kedai tak sedap. Suka memang suka la aku dengar statement dia tu. Tapi adakalanya makan kat luar jugak. Aku nak cuti gak..

Dan semalam, kami sama-sama bermain pisau kat dapur. Aku siang ikan, dia kopek bawang dan segala macam yang diperlukan. Tiba-tiba rasa dapur adalah sangat sempit. Kalau ada rezeki lagi, next rumah mmg aku akan pastikan keluasan dapur adalah cukup untuk anak-anak aku main kejar-kejar. Ni aku nak letak Cha dalam high chair pun dah sendat dapur tu. Dapur apartment, biasalah kan.

Menu malam semalam adalah: Ikan siakap masak steam

Suami saya request. Tu yang dia beriya menolong. Lagipun dia sudah sangat lapar. Maka kena tambah tenaga pekerja. Baru masa memasak dapat dijimatkan. Tapi tak jimat mana lah, sebab lepas tu dia kata 'yang, buat la sambal sotong sekali' Dan bersepah kembali la counter cabinet aku. Tadi dah bersih, kering aku lap. Tapi dah suami minta. Bagi je lah.

hasil segar dari Kuala Selangor. saja buat berkuah sikit. baru syiok nak hirup-hirup

Menu malam ni pun dia dah request 'masak tom yam la udang tu eh' Tapi aku macam nak masak lemak cili padi. Tapi kita tengok je lah hasilnya esok. Sementara ibu ngan abah berpesta di dapur, anak dara kami tido terkangkang dalam bilik. Penat sungguh la tu. Apa taknya, kat nursery bukan nak tido. Dulukan main aje dia tu.

lepas buat keje

*rajin la aku memasak, sebab nak pastikan hasil segar tu tetap segar..

10 January 2011

mata tak berkenan

Hari ni tak masuk opis. Ada tugasan di tepi jalanraya. Hari ni pegi mengukur jalan untuk keselesaan bersama di masa hadapan. Tapi dari malam tadi, sambil melayan AJL25, kepala otak dah draft apa mahu kasik kamu smua baca pagi ni.

Anyway!!! Ana Raffali menang AJL25!! Tak sangka. Aku taruh harapan nak bagi RM35K tu kat Yuna. Tapi dah takde rezeki kan.. But Ana deserved it!! *tapi frust tu ada gak la.

Mode: Topic Change

Hari ni juga perlu restock barang mentah di dalam peti ais. Pegi petang siap-siap sebab malam mahu baring depan tv. Dan minta cuti masak malam ni. Sebab perut dah lapar dan nak baring depan tv tggu jam 9 malam. Maka, kita makan di gelanggang makanan saja lah ye en suami. Walau makanan di sana tidak sesedap makanan yang selalu saya sediakan, terima saja lah ye.

Hari ni tugas memesan makanan dilakukan oleh suami saya. Sebab anak perempuan saya asyik mahu berkepit sama ibu dia.

Sambil menunggu suami kembali ke meja bersama bahan pemakanan, sambil melayan anak ber 'ta ta ta' sambil tu lah saya memerhatikan pasangan yang duduk depan saya. Sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki, Mungkin sebaya Eisya, tak pun beza sebulan 2 je. Suami dia sedang memangku anak dia. Dia pulak pegi order makan. Bila makanan sampai, dia pegang anak dia dan suami dia bancuh susu anak dia. Pastu anak bertukar tgn, suami dia susukan anak dia dan dia makan.

Ketika saya menjadi pemerhati bebas ni, suami saya sedang makan dan saya sedang memberi anak saya makan roti. Tapi saya terus memerhati.

Bila tiba giliran saya makanan dan Eisya kini di bawah pengawasan abah dia. Saya tiba-tiba tengok suami perempuan di depan saya tiada dan dia sedang bergurau senda dengan anak dia. Saya pun isi lah perut sambil perhati suami saya bagi anak saya minum air lobak. Dan tiba-tiba suami perempuan itu muncul semula bersama lampin pakai buang. Dan dia amik anak dia bawak pegi tukar lampin. Dan perempuan tu duduk di situ bermain blackberry. Tak lama kemudia dia datang semula dengan anak dia dan kain tuala di bahu. Dan mereka pun berlalu pergi. Dan tamatlah keje pemerhatian saya.

Secara jujurnya, saya kurang berkenan dengan cara perempuan itu tadi.

Iye..iye akan ada yang kata 'bestnya dapat suami macam tu' Memang seronok, memang best kalau dapat suami yang ringan tangan macam tu, tapi kalau dah semua benda dia nak buat.. kau goyang kaki je. Macam tak elok je di pandangan mata orang tau. Dah la di khalayak ramai, kalau kat dalam rumah.. terserah kau la. Kat luar, tolong lah jaga sikit air muka suami tu. Dan pernah ada yang berpesan kat saya 'kalau depan family dia, kawan-kawan dia, jangan la di arah-arah suami tu' Dan aku sedaya upaya berusaha pastikan aku ingat pesanan ni. Selagi boleh, smua aku buat sendiri. Tak payah nak mintak-mintak tolong.

Bukan bermakna dia langsung lepas tangan. Mati kering la kalau smua benda aku nak buat sendiri kan. Tapi tengok keadaan dan situasi. Kalau hal-hal pengurusan anak, memang aku akui. Aku yang banyak bertanggungjawab. Tapi bukan bermaksud Eisya tak pernah dimandikan oleh abah dia, pagi-pagi selalu abah yang bersihkan bontot, uruskan sisa pembuangan. Aku pun tak kuasa nak benarkan abah dia lepas tangan, tu anak bersama beb. Kena lah jaga bersama.

Tapi, marilah sama-sama kita ingatkan diri. Jaga air muka suami kita. Jaga maruah dia.

Dahlah, tu je aku nak kata.

06 January 2011

identiti diri

Tiba-tiba aku macam macam ulas lebih lanjut isu/topik ni lepas baca entry kat blog Puan Khai. Seronok gak kalau diulas lebih mendalam ni. Ahaks..

Ini adalah isu tentang 'Profile Picture' anda. Sama ada di blog, di Facebook atau di mana-mana sahaja yang ada dikehendaki. Okay takde lah dikehendaki sangat, tapi digalakkan untuk meletakkan sebuah gambar untuk dijadikan profile picture. Gambar yang bagaimanakah menjadi pilihan??

-terus login FB dan selongkar koleksi profile picture milik sendiri-

koleksi peribadi yang tak peribadi sebab ini adalah tayangan umum

Masa zaman bujang, zaman status adalah 'Available' gambar semua haruslah tayang muka sendiri kan. Gambar yang dirasakan paling meletoplah ditempek. Photoshop habis-habisan. Biar orang tengok terus terpikat. Jatuh hati, terus nak buat bini. Hakikatnya, sila jumpa dulu di alam realiti. Tapi takde lah sampai aku letak gambar awek entah sape kan. Motif aku bukak akaun Facebook ni pun sebab semua kawan-kawan aku main FB dah, smua tak nak main Friendster dah. Nak tak nak aku join la sebadan. Bukan nak carik calon suami.

habis comel la tu konon
-hahahaaha, penuh keberanian aku publish gambar ni. segan wehhh. tp aku rindu muka kurus tu. boleh ke dapat smula??-

Lepas kawin je, terus letak gambar profile ada 2 muka. Nak tayang satu dunia 'tengok la laki pujaan hati, jantung i ni' Biar orang tahu aku dah berpunya. Dah tak payah cuba-cuna nak ngorat. Harus kena reject mentah-mentah. Supaya takde yang kecewa, buatlah pengumuman awal-awal *ayat kau dayu, macam ada je yang tergila-gila kan kau*

gmbar tgh main semak ngan suami

Dan sekarang, harusla muka Cik Eisya Elyssa je malambak-lambak. FB ibu dah jadik macam FB dia. Ada gak rasa nak buat FB untuk dia, tapi tak cukup umur lagi. Tumpang FB ibu je lah. Kalau dah letak gmbar dukung peluk anak pun masih ada nak try masuk line. Memang sah hot mama la tu *ahaks!!* En suami sila la bagi perhatian lebih. Tapi kalau dah takde tu, paham-paham aje lah.

gambar anak pun pilih yang comel-comel je. yang ala-ala, simpan untuk tatapan sendiri je. nak bagi orang tengok, bagi yang elok-elok je

Okay..okay.. sebenarnya aku bukan sekadar nak tayang semula gambar-gambar yang kebanyakannya korang dah tengok kat FB tu. Tapi cuma nak korang perhatikan. Semua gambar-gambar yang ditayangkan, semuanya mempamerkan status sebenar aku. Seorang Isteri dan kini Ibu. Takde nak sorok-sorok. Takde nak mengaku aku ni single lagi. Tak sedar diri dah ada anak, ada laki. Tak kan ada yang berani nak cuba-cuba lagi.

Dan kebanyakan perempuan, begitulah kita. Mana ada nak tipu-tipu status kan. Tak kuasa.

Tapi kalau diperhatikan, berapa ramai sangat orang laki letak gambar anak bini kat FB?? FB Ekwan pun, gambar Cha tu aku yang letak. Kalau tak asyik lah ngan gambar kereta dia je. Gambar aku nak jadik gambar profile dia?? Lagi tak pernah. Harapkan gambar kawin je lah. Gambar Cha pun semua yang aku tag je lah. Kalau tak memang takde lah gambar anak dara dia kat FB dia tu. Tapi gambar Cha muncul pertama kalinya di FB dia.. alah, tu pun sebab aku terbaring berpantang. Kalau tak pun mesti aku juga yang publish dulu.

Persoalan aku nak ajukan kat sini.. kenapa orang laki susah nak letak gmbar anak bini? Mahu kasik sorok kah?? Ke masih nak mencuba merasa bujang?? Ke derang tak amik pusing hal gambar-gambar ni?? Penting la letak gambar yang bersesuain. Kira profile picture tu adalah identiti awal orang nak kena kita, sape kita.. so nanti takde la terngorat laki orang, bini orang. Ke suka?? Profile picture ni penting fungsinya. Lagi-lagi kalau jenis yang berniaga kat internet ni. Tapi bagi kita-kita yang saja suka-suka ni. Cukuplah sekadar maklumkan siapa kita sebenarnya.

Tak payah nak tipu-tipu. Tak payah sorok-sorok. Bagitau je.

Cha nak masuk hari ke-2. nak beriba je. letak teriak
-gambar ni mmg totally off topic-

*dalam purse ada gambar pasport Ekwan, gambar Cha takde. cuba check dalam wallet Ekwan ada tak muka aku?? *rasa takde je..ke dia main selit-selit

review dari entah sape entah

Hampir 3 tahun berblogging, aku baca macam-macam jenis blog. Semua genre aku balun, asal menepati piawaian citarasa pembacaan aku. Terus aku masukkan link dia. Senang nak terjah lagi lepas ni. Blog paling aku suka dulu, blog 31 Mei. (ini entry tambahan/pembetulan: ok..ok..13 May lah..apa daa. patut la carik tak jumpa. malu) Tapi rasa macam dah takde je blog pakcik ni. Aku suka baca sebab dia suka sound orang perempuan secara halus. Ke ada lagi, aku je yang tak jumpa.

Tapi semua aku layan, lagi-lagi kalau aku tgh dalam mood 'mengular'

Dan sudah pasti macam-macam design blog aku jumpa. Dari yang simple sampailah yang berwarna warni, tulisan pun berkaler-kaler. Nak baca pun susah jadiknya. Dan hari ni aku nak ulaskan sikit ciri-ciri blog yang menepati citarasa aku. Bukan apa, design blog ni pun adakalanya memainkan peranan kan. Kalau blog kau serabut je, org pun malas nak dtg lagi. Sakit mata dia. Dan nak dimaklumkan terlebih dahulu, ini semua adalah berdasarkan citarasa aku. Ciri-ciri yang aku gemar. Dan sangatlah aku berharap, tak kan ada pihak yang akan terusik hati, tersinggung rasa, terus jadik marah. Jangan ye.. ni personal opinion je.

Mari kita mulakan

Yang pertama: Background, Text & Font

Aku paling suka blog yang background post dia color putih, tulisan hitam. Tak hitam pun dalam tone color hitam ke dark grey. Dan aku cukup berkenan kalau text tu align to left. Barulah nampak macam teratur skit, mcm bahan pembacaan lain yang selalu kita jumpa. Macam kat dalam buku, majalah, surat khabar. Baru lah nanti orang iktiraf blog ni sebagai bahan pembacaan. Ngan membaca blog pun orang akan kategorikan kita rajin membaca.

contohnya, macam ni hah *aku bagi cth blogger-blogger yg mantap-mantap je*

Background image tu ikut suka la nak letak apa kan. Tapi aku prefer static image. Tak menganggu aku nak membaca.

Dan tolong, janganlah menulis dengan font CAP LOCKS. Kalau dulu time ajar adik aku menulis, cukup hangin aku kalau dia tulis huruf besar, huruf kecik campur-campur. Tulislah dengan cara yang betul ye. Huruf besar di depan dan diikuti dengan huruf kecil. Macam cikgu kita ajar dulu. Dan lagi satu, jangan la guna font berwarna-warni eh.. boleh jadik pening tau.


Yang ke-2: Aku kurang suka kalau tempat nak comment terletak di atas, di bawah tajuk entry. Uihhh, susah okay, aku dah baca, scroll sampai ke bawah.. bila nak komen, nak tinggalkan jejak kena scroll ke atas balik. Kalau entry pendek takpe, kalau dah panjang lebar.. tapi selalu aku scroll gak..

Yang ke-3: Bukan tak suka, tapi kurang gemar. Sebab aku rasa leceh. Aku tengah syiok-syiok baca, citer tergantung. Nak kena click 'read more' Kena time internet lembab macam siput, tak ke terkedek-kedek dia nak load page baru. Malas aku nak menunggu, terus blah. Bukan tak nak sambung baca, citer pun dah menarik. Tapi mood dah potong. Dan aku juga tak suka ada scroll dalam entry. Tak suka aku nak kena scroll2 nak baca, aku nak entry tu terpampang depan mata aku.

selalunya aku malas nak tekan 'read more...' tu. tayang je la citer penuh, jgn susahkan readers anda. ke dgn cara ni boleh tambah jumlah page reload?

mungkin ada yang suka dalam posting dia ada benda gini, tp aku tak bape berkenan la.


Yang ke-4: Susun sidebar anda sebaik mungkin. Jangan sidebar panjang berjela, tapi post pendek je. So kalau bleh set siap-siap berapa banyak post nak publish. Biar sama tinggi ngan sidebar. Kalau banyak sangat benda nak letak kat sidebar, pilihlah design 3 columns. Tapi yang ni macam susah skit la nak control, sebab sometimes entry panjang, ada masa pendek kan. Tapi jangan sampai ketara sangat la

Yang ke-5: Jangan la menulis tanpa perenggan, susunlah isi entry ada semolek-moleknya. Kalau entry pendek, munasabah lah lagi aku nak membaca dalam satu perenggan. Tapi kalau dah berjela-jela. Terus aku skip. Baca hujung je. Penat baca satu perenggan, mesej pun tak sampai.

Hahahaha..bukan main lagi kau ye. Macam-macam kau komplen. Itu tak suka. Ini tak suka. Tapi bagi aku 'Simple is More' Tak payah nak extravaganza sgt. Cukup sekadar apa yang patut je. Tak payah nak letak semuanya. Blog aku pun belum tentu menepati citarasa semua orang. Belum tentu smua yang masuk akan berkenan. Dan suka. Ikut selera masing-masing la kan. Tapi hakikat yang kita kena terima, design blog pun main peranan gak bab nak dapat trafik. Dan di sini aku nak maklumkan beberapa blog yang aku suka design dia. Ni antara je lah. Ada gak yang lain. Lain kali la gwa review lagi :)


www.nurulism.com
aku suka side bar dia, choice of color pun menarik

Blog's Hidd
aku suka header dia

*ni semua gara-gara header aku degil, tak mahu gerak ke tengah..geram siot!!! ada sape-sape sudi nak tolong betulkan

05 January 2011

Mark your calender!!!

Sesungguhnya 2011 memang bermula dengan penuh keindahan dan keterujaan. Kenapa penuh teruja?? Sebab terlalu banyak perancangan yang dijadualkan untuk aktiviti menghibur dan menggembirakan hati. Aktiviti bersama kawan-kawan. Walau tak pernah bersua muka, mendengar suara.. tetap kawan. Malah terasa lagi dekat di hati. Sungguh.

Aku masuk dunia blog ni tanpa kenal sesiapa. Masuk blog orang, main tegur-tegur. Masa tu masih single, masih bujang. Bertegur sapa pun dengan mereka-mereka yang sama status. Kena yang macam blog 'in' tiap hari lah meninggal jejak. Share macam-macam, komen smua benda. Pantang ada entry baru, adalah komen aku kat situ. Sehari tak tanya kabar macam tak tentu hala. Ada yang sehingga kini masih lagi berbalas komen. Masih lagi ber 'hahahaha' dan ber 'kekekekeek' di FB atau lebih kerap meninggalkan kabar di blog.

Tapi aku tetap anggap kamu semua kawan, biar tak penah jumpa. Dan everytime nak share story ngan Ekwan, bila kata 'kawan orang' dia akan tanya 'kawan mana?' dan saya akan jawab 'kawan blog' sambil tersengih-sengih. Suami saya tu macam pelik sebab bini dia macam lagi ramai kawan kat blog dari kawan di alam nyata. Dan itu membuat aku terfikir, betul juga kata Ekwan. Aku banyak share story kat blog, ngan kawan-kawan yang entah siapa. Tapi ada kepercayaan kat situ. Ada kemesraan. Tak ke ajaib tu. Aku tak lah rapat dengan terlalu ramai blogger. Bukan sombong, bukan tak suka. Tapi ada masanya tak berkesempatan nak jengah smua blog. Ada gak yang aku masuk, baca tapi tak tinggal jejak sebab tak tahu nak coret apa. Sekadar melawat.

Yun.. dia blogger pertama aku jumpa. Dan blog dia antara yang terawal aku hadap. Dan yang buat kami jadi makin serasi, kami berkongsi tarikh hari lahir yang sama. Teruja aku waktu kenal dia dulu. Sekali lagi berkongsi tarikh, kawin pun hari yang sama. Sangat ada chemistry di situ. Nasib baik anak tak share birthdate gak.

Nurul.. aku baca blog dia sebelum dia mengandung lagi. Tapi aku sebenarnya jumpa blog adik dia, Dhila dulu. Aku tak pernah jumpa dia lagi. Dengar suara pun tak pernah, tapi pernah berbalas sms. Ada persoalan di otak, lagi-lagi bab anak aku rujuk dia. Sebab anak dia Raina lagi besar dari Eisya, haruslah dia lagi banyak pengalaman kan. Dia juga aku jadikkan role model dalam membesarkan anak, sebab bagi aku cara yang dia pilih sangat menepati citarasa dan bagus untuk diamalkan.

Elly.. blog dia aku jumpa masa sama-sama sibuk nak kawin. Senang kata aku ramai dapat 'kawan blog' masa sibuk nak kawin. Kan masa tu, masing-masing ada blog list khas untuk para-para bakal pengantin. Habis smua link aku terjah. Macam Elly pun, aku baca blog husband dia dulu sebenarnya, pastu baru asyik ngadap blog dia je. Bila dia mengandung anak kembar, makin asyik. Seronok baca kisah orang. Tapi aku terkilan skit, bila aku tengah kegembiraan selamat diijabkabulkan, aku dapat sms berita kelahiran kembar tu pada usia kandungan baru 6 bulan. Aku terkilan sebab pada esoknya aku dpt sms yang si kembar dah tiada. Meninggalkan ibu dan ayah. Aku sedih. Sejak dari tu, kami terus berhubung dan akhirnya dpt juga bertentang mata bila Elly datang melawat masa Eisya masuk hospital aritu.

Aishah, tak pasti camne aku jumpa blog dia. Tapi confirm dalam tempoh nak jadik bini orang jugak. Dan makin best sebab dia pun kat Johor, keje pulak kat sekolah aku dulu. Makin la serasi. Aku suka cara dia menulis. Boleh menyentuh jiwa okay. Aishah pun aku dah bertemu 2 kali. Pertama kali masa dia kawin dan sekali lagi masa melawat Nashriq. Reen, ngan dia ni macam paling sempoi. Mula rapat ngan Reen masa bila hah? Bila Reen? Masa pregnant lah kan. Sama-sama share rasa gerun nak beranak. Sekarang sama-sama kongsi hal pengisian perut anak. Dapat jumpa Reen pun kat hospital.

Tak mampu aku nak ceritakan semua. Sebab semua ada kisah tersendiri. Ada gak yang lain yang sentiasa berkongsi cerita awal-awal dulu, tp macam ramai yang kini sudah tak dihubungi. Tak tahu mana silapnya, lose contact gitu je. Dengan kes, godek-godek template blog sampai lenyap smua link. Agak mustahil aku nak carik semua semula. Dan kini bila dah jadik mak, rata-rata blog yang aku kunjung adalah blog mak-mak juga. Kawan lama, kawan baru. Tanya macam-macam, mintak nasihat, mintak tips.. seronok je rasa.

Bak kata Hannah, kenal kat blog dah bertahun, tapi sekali pun tak pernah jumpa.

Dah lama terbuku dalam hati, nak bertentang mata ngan kawan-kawan blog. Tapi tak berani nak luahkan. Maka, bila ada peluang dan kesempatan. Marilah wehh... jom la!!!

THERE WILL BE A GATHERING SOON!

Place: Mid Valley Megamall * kita kumpul kat bowling ehh
Date: 16th January 2011 - Sunday.
Time: 10am. Sila bangun pagi di hari minggu. Hehehe.

Tak kisah lah, kita rapat ke tak rapat ke. Biar pun kadang-kadang jenguk blog dia ni sekali je seminggu. Jangan segan, jangan malu. Sebab situasi kita semua sama. Ye, memang ada rasa segan, tersipu-sipu. Tapi lupakan je. Apa ada hal. Kita kan bloggers!!

Jumpa di sana ye.. Hah, apa lagi, mark your calender babes!!

Lagi satu, nanti jangan segan-segan kenal kan diri. Yelah, dalam blog lain, kat luar lain. Nanti jangan terkejut pulak kalau tengok aku 'ehh...lainnya Dayu' biasalah beb, gmbar nak publish kat blog haruslan photoshop dulu skit-skit. Ahaks!!!

*aku tak sabar nak tggu 16.01.2010. tapi tak bagitau laki aku lagi. boleh??

04 January 2011

hati yang tak pernah tenang

Aku sebenarnya nak tulis kisah Eisya yang dah aku beri makan telur minggu lepas. Atas kata-kata kebenaran yang diberikan oleh nurse kat Klinik Kesihatan masa gi check-up dia 8 bulan minggu lepas. Alhamdullilah, takde apa-apa reaksi allergi yang muncul. Proses pembuangan pun normal seperti biasa. Tapi sikit je lah aku bagi. Buat rasa-rasa je. Telur goreng tu aku cubit skit-sikit je suap bagi kat dia.

Dia apa tahu, bukak je mulut. Telan je apa orang bagi.

Tapi macam tak boleh terima bila nurse tu suruh masukkan minyak masak dalam bubur Eisya. Macam tak logik je aku rasa. Aku siap tanya 'minyak masak yang kita masak tu ke?' Dia kata 'a'ah, letak sesudu' Aku malas lak nak argue lebih-lebih. Aku diamkan je. Buat masa kini aku guna unsalted butter, letak skit je dalam bubur. Dan sekarang aku mula ajar Eisya makan makanan yang tak dikisar. Roti aku cubit kecik-kecik bagi dia makan. Cheese pun aku dah bagi dia makan. Kerut-kerut kening bila 1st time rasa cheese.

Kalau makan nasik tu, aku suap la gak skit kat dia. Picit-picit kasik penyek nasik tu, suap lah sebutir dua. Isi ikan goreng tak bagi lagi. Walau ada yang kata 'boleh dah bagi' Yang ni akal aku boleh terima lah, cuma belum berkesempatan je lagi. Tapi bab 'boleh dah makan nasik ngan kicap ni' Yang ni mintak maaf, kalau garam aku dah tolak awal-awal, kenapa pulak tiba-tiba kicap dibolehkan. Sah-sah kandungan garam lagi banyak, ngan soya yang ditapaikan, ngan macam-macam perasa.. Ohh.. tidak..tidak... Bermanis muka je lah aku selagi mampu, menolak cadangan yang diberikan. Kesian sangat kat anak aku, takut dia lapar. Takpe jangan risau, dia kenyang je tu. Kalau ye pun nak bagi dia makan sangat, tolong lah.. bukan kicap.

breakfast ngan ibu dan abah. makan biskut dulu eh, jap lagi ibu suap bubur.

Tapi sekarang aku rasa aku dah lebih kurang hal pemakanan Eisya ni. Sampai mak aku lak yang terjerit bila aku bagi Eisya rasa nasi beriyani aritu. Ayam masak merah pun aku dah bagi. Tapi isi ayam lah, tak giler lagi aku nak bagi anak makan sambal dia tu.

Bukan apa, yang aku rasa macam boleh. Aku bagi lah.

Semalam aku dah tak masak bubur untuk Cha. Sebab nursery dah sediakan. Pastu yang aku bekalkan diaorg tak bagi pun kat Cha. Memang macam seronok dah tak payah susah-susah masak untuk anak, tapi rasa macam tak best pun ada gak. Sebab tak tahu apa dia bagi makan, camne dia urus makanan tu.

Ohhh, hati ibu tak pernah tenang.

03 January 2011

permulaan yang baik, harap terus baik

Wow!!

1st day bekerja di tahun 2011. Aku macam nak tanam azam lah, tak mahu meluangkan terlalu banyak masa untuk blog di waktu keje. Nak tumpukan sepenuh perhatian kat kerja hakiki. Balik rumah, lepas Eisya tido baru ngadap laptop, update blog. Mampu kah?? Untuk hari ni, time rehat ni baru ngadap ni. Tadi jenguk-jenguk je.

Insya Allah, termakbul la impian ni.

Nak tingkatkan prestasi keje hajatnya.

Entry pertama bertarikhkan 2011. Permulaan yang baik. Hari pertama Eisya di sekolah baru. Tadi officemates tolong gi tinjau keadaan memuaskan. Anak aku memanjakan diri. Memanjat-manjat badan teacher sampai tertido dalam pangkuan. Dapat khabar dia tak menangis dah cukup bagi aku. Alhamdullilah pagi tadi bila bertukat tangan dia tak merengek.

2011 bermula dengan baik juga. Penuh dengan aktiviti. Paling seronok 2011 dimulakan bersama keluarga. Seronok dan gembira saya.

tapi anak dara i menyombong, tak mahu duduk dekat ngan atok-atok dan nenek sedara dia. makcik-makcik ngan pakcik-pakcik pun dia tak mahu. org dtg dekat dia mengesot larikan diri. tak senonoh dia ni


mahu berkepit ngan ibu je. org lain pegi jauh-jauh. cukup risau dia kalau ada org dtg dekat nak amik dia. dari jauh dok lah senyum-senyum, sengih-sengih, org dtg hulur tgn, terus paling muka panjat badan ibu.. Cha..Cha

dan hanya abah dibenarkan memegang saya. orang lain tak boleh
*dah macam jantan anak aku, nasib baik ada bunga kat kasut

Dan paling seronok dapat kumpul ramai-ramai gini. Bukan senang nak dapat peluang gini. Sayang Cha dah tido time ni. Kalau tak bleh jumpa sepupu, sedara -mara semua. Tak sabar pulak for next gathering. Jom, tempah baju. Tak pasal-pasal..

ni tak smua ada, pun masing-masing halus je dah. kalau smua ada, lagi cenonet la jawabnya