10 February 2009

Batu Pahat adalah sgt Panas

Rutin kehidupan, menghuni bilik hotel sudah kembali.

Hari ini bersama Aziah, telah ke Batu Pahat, melaksanakan Audit Traffic Management. Ohhh, sgt Panas. Huhu..sgt rasa akan hitam kalau selalu sgt buat gini..
Tapi dah tugas kan.. layan kan je lah..

Sudah tidak sabar mahu berendam di dalam tab. Sangat best oohhh *kat hotel je lah rasa pun*

muka dayu kepenatan... tp cuba mencomel kan muka tembam nya itu

Mahu mandi.. malam ada sesi audit lagi. Penat la.. Nak rehat..

Teringat sgt nak citer aktiviti di Ayer Hitam, di mana almost 1/2 k telah dihabiskan dengan jayanya. Sila sampaikan ucapan tahniah kepada Dayu segera...
Malam nanti lah, lepas acara memenuhkan perut dilakukan dgn jayanya ok...

-ohhh, menginap di Katerina Hotel ni..tetiba rasa nak check smua celah2 bilik ni -

*ye, ramai akan interview PPSPPA bulan 2 ni. tak sempat la nak buat tips untuk PPSPPA ni, lagi2 untuk post penguatkuasa, kalau teknikal boleh la gak. tapi study la pasal background PPSPPA ni*

07 February 2009

Penat itu Berbaloi tau

Ye, biar pun penat, letih..sakit tengkuk.. tapi hati rasa puas. Puas sangat..

Dapat menghasilkan sendiri Cenderahati Perkahwinan adalah sangat memuaskan. Rasa teruja dengan kegigihan diri sendiri. Seperti sukar nak percaya, diri ni boleh+mampu nak buat semua tu. Biarlah ada yang kata macam-macam *sedih siot kalau org kecil-kecilkan usaha suci murni kita* Lantak lah..

Cukup... Mari kembali ke topik asal.. jangan menyimpang jauh..

Fasa ke-3 Pembuatan Bakul/Bekas Kertas Dayu

Kembali bergelar pekerja tidak menghalang Dayu meneruskan usaha gigih penjimatan yang cuba dilaksanakan. Walaupun tidak setekun semasa menganggur, namun masih boleh dibanggakan ye.

bekas kertas comel + cute + adorable dalam pembikinan

melihat bekas-bekas kertas yang sudah siap ni mmg boleh buat diri tersenyum lah
lupa jap penat + sakit pinggang smua.

longgokan 50 pcs yang pertama *sgt rasa nak jerit rasa puas*
sila DIY barang kawin anda, baru anda paham bagaimana rasa PUAS tu

lagi 100 pcs * PUAS..PUAS..*

and another 50 pcs.. * sangat PUAS hati*

Maka, dalam sebulan sudah dapat another 200 pcs bekas kertas ni. Tambah ngan 400 biji yang kat umah *mak kata adik dah siap sapu shellac smua* So, dah dpt 600 pcs.
Tak tahu nak buat lagi ke tak.. ikut hati nak buat, tp takut takde masa, as schedule bulan 2 mmg packed. Nak stop...rasa tak nak, sbb target nak buat 800 pcs. Tengok la nanti mcm mane kan... larat buat, tak larat... setakat ni je lah.

We're going home to JB this weekend. Akan ke Ayer Hitam menghabiskan duit yang tak seberapa ni *huhu.. kawen sgt byk guna duit lah*