02 May 2009

gagal.... gagal...

Itulah kalau duduk rumah.. nampak apa, smua nak makan..

Ikan bawal masak singgang pun aku makan sampai 2,3 pinggan. Adooiii. Gagal!! Sia-sia je sebelum tu orang dok kata 'diet eh dayu, kurus skit dah'
Tu belum lagi yang adik-adik dok ajak makan kat luar. Asal akak dia ni kuar je 'long beli ..., long beli ni...' Suka betul kikis akak dia ni. Tak tahu ke duit akak dia dah tinggal skit hah??

Balik KL, confirm en ekwan kata 'awak makan bape banyak ni???'

-mahu pegi Angsana, mau tinjau Habib di sana-
-kena gi Jakel gak, ada sale...-

*duit sudah abis bayar bridal.... *sedih tp suka*

01 May 2009

macam-macam rasa timbul

Hati kita ni, macam2 perangai kan. Ada yang tak ngada2, tak sensitif. Pe jadik pun, rileks je lagi.. Takde pun nak rasa pape. Hakikatnya hati seorang bakal seorang pengantin adalah sangat sensitif, benda2 kecik pun boleh buat dia menangis *dia?? sape...sape??*

Semalam sambil bungkus kerepek, ayah cakap pasal urusan nikah nanti...

Ohhh..kata-kata ayah tu buat terus rasa terbehenti isi kerepek. Rasa nak lari masuk bilik. Tapi still cover, tak mahu obvious sgt. Maintain je duduk depan mak isi kerepek. Dalam hati ada sikit sebak. Dapat rasa, harus confirm lepas nikah nanti kena mekap lain, takde touch-up2... confirm hancur musnah mekap tu nanti...
Ohhhh... sedia kah nak diserahkan kepada bakal suami nanti??? tanggungjawab beralih arah.. nanti bukan lagi satu-satunya anak pompuan ayah yg selalu buat adik-adik jeles.

*lari..lari masuk bilik*

*
dayu di JB kini, membungkus kerepek bersama ibu... jap lagi nak gi Jakel, nak carik kain baju ayah dan adik-adik... huhu, sempat tak siap baju derang ni.. tak bleh harap tul adik sorang ni. kata nak uruskan..akhirnya..aku gak.. sekeh kang...

*kul 2 ada date ngan bridal... mari men'fitting