Orang kata kalau dah kawin tak boleh nak mengedik lebih2 lagi dah, kat opis pun dah tak boleh nak mingle around lagi. Boleh memang boleh, tapi kena kurangkan limit dia. Kalau dulu macam no hal lah kalau gi makan semeja ngan opismate laki, ko sorang je pompuan kat situ. Tapi sekarang tak boleh dah.. kena gak ada pompuan lain di situ.
Klau takde geng sangat, tapau je. Makan sorang-sorang dalam bilik. Bunyi macam kesian, tapi seronok gak pe. Tak caya, cubalah..
Keyword: Sila pandai-pandai jaga diri anda sendiri. Sedar diri yang kamu tu dah jadik bini orang. Bukan lagi si bujang yang boleh ligat nak buat ikut suka *eehhh, bujang pun tak boleh lepas laku lah, kena jaga gerak geri gak tau*
Tapi camne kalau orang lain yang mengedik ngan kita?? Dah sah-sah tahu kita dah bertukar status, inai kat jari pun masih bersinar-sinar lagi.. tapi dok gak nak mengatal, masih lagi nak try, konon2 nak cuba nasib lah, mana tahu mengena kan. Ko giler ke apa?? Inai masih berbekas, harus la org tu baru kawin. Wajib lah cinta dia milik suami sepenuhnya. Bengong mu!!! Ada hati nak mengatal... buang masa je ko tau tak??
Memang sampai ke sudah la aku tak layan..ko usaha lah gigih mana pun. Aku buat tak endah je. Ko giler pe nak bagi no tepon kat laki lain sesuka hati, dah la tak kenal. Makin ko mencuba, makin laju aku jalan. Jangan ko berani ikut aku naik sampai ke opis, aku jerit kuat-kuat kang. Harap-harap ko tak keje dekat2 sini, aku tak sanggup memikirkan kemungkinan ko buat perangai giler tggu aku depan tangga ni esok. Sila jangan buat hal.
Aku dah selekeh2 dah ni.. agaknya kalau aku mekap beriya mcm masa 31.5.09 aritu, camne lah jadi kan. Kalau inai kat jari tak jalan, kena tggu perut membuncit dan badan mengembang dengan meriah, baru lah laki lain tak pandang kot.
Kenapa lah orang laki ni ada satu perangai ni kan. Perangai tak pandai nak puas dengan apa yang dah dimiliki. Semoga suami saya itu tidak membuat perangai yang begini, lagi2 dalam hal yang melibatkan hati + perasaan. Lebih-lebih lagi hati orang lain. Kalau hati sendiri takpe lagi, tak lah parah mana. Aku tak caya kalau lelaki subjek di atas masih belum mempunyai teman wanita. Muka boleh tahan lah, tapi mungkin kerana perangai dia yang satu ni, mana ada perempuan yang tahan.
Wahai kaum adam di luar sana *juga kepada suami saya* Sila lah hargai apa yang anda miliki sekarang. Biar tak sempurna bagai apa yang kamu idamkan. Mana ada yang sempurna kat dunia ni. Kamu pun sama, maka sila lah saling menerima ye. Sama-sama warnai hubungan tu, jangan sampai nanti muncul rasa muak. Dan bila mana, dtg cubaan dari pihak ketiga, dengan mudah kita rebah.
Dan paling penting, Sila hormati hak orang. Biar orang tahu nak hormati hak kamu *ini juga peringatan kepada diri sendiri*
02 July 2009
01 July 2009
tempoh itu bagaikan tak terasa
Hari ni 1 Julai 2009. Disebabkan Jun 2009 tiada 31.6.09, maka 1.7.09 adalah dikira sebulan selepas 31.5.09.
Dan genaplah sebulan kami berdua menjadi suami isteri. Hidup berdua di kediaman sewaan kami ini, sama-sama bergolek2 depan tv atas karpet beli kat Nilai tu. Pergi keje berdua, pagi-pagi buta lagi dah kuar umah *gelap lagi,org smua masih sedap peluk bantal* Petang2 dia kutip amik bawak balik. Adakalanya kena menanti dgn setia *kawal hati jgn nak ngamuk tiba2* bila dia dtg lambat, janji kul 5, tapi kul 6 baru sampai. Tapi takpe, dia kan suami pujaan hati. Bila tgk je dia, terus cair hati ni. Iye, saya adalah obses kat suami saya. Pastu ngadap lah jammed kat Bulatan Lumba Kuda tu.
Sampai rumah, kami sama-sama macam kelaparan tahap maximum. Terus lah menumbuk bawang *peruntukan blender baru saja diluluskan oleh Pn Farhah, TQ babe* basuh ayam, potong2 sayur, tanak nasi *poyo ko dayu, pakai rice cooker mana boleh guna istilah tanak* Dan tugas rasmi suami saya *kalau dia mcm rajin lah* adalah membancuh air dan hanya mengisi nasi ke dalam pinggan. Dan kami suami isteri akan makan dengan penuh nikmat, tambah nasi tanpa rasa bersalah. Tapi bila lauk dah licin, nasi pun habis.. baru nak 'banyaknya kita makan yang' Pastu konon insaf, esok nak makan sikit je... takde maknanye, esok sama banyak gak kitaorg telan. Tapi takpe, dari membuang baik habis kan.. iye dok...
Dan sesungguhnya, saya adalah amat suka masak bagi suami saya makan. Biar lah pun, mcm penat, kadang2 rasa macam malas. Tapi bila dikenang kan perut suami yang nanti meleper kalau tak diisi, gigih kan diri. Alah, bukan susah pun. Ohhh, saya sgt suka gi pasar borong selangor tu. Nasib baik dekat, nak singgah tiap ari pun boleh. Rasa nak buat tom yam la arini...ohhh ye, saya MC..maka hari ni boleh masak dengan penuh rasa kasih sayang untuk suami tercinta makan balik keje nanti.
Saya tahu, suami saya suka makan apa yang bini dia ni masak. Dia pun sekarang, seboleh-boleh nak makan kat rumah, balik dari ber'window shopping kat Jusco Equine pun dia 'kita balik makan kat umah lah yang, nak makan awak masak' Dan sebagai seorang isteri, hati mana yang tak berbunga riang kalau suami puja masakan kita. Dan sila lah redha, kalau masakan ibu masih menjadi kegilaan dia. Jangan nak terasa hati ke apa. Dah dia membesar ngan air tangan mak dia, siapa kita, wanita yang baru hadir dlm hidup dia nak amik alih takhta tu kan *saya juga kagum ngan masakan ibu mertua,blk kg mcm segan je nak bagi org makan kita masak, rasa sgt jauh level masakan tu*
Tapi bila suami bersuara 'next week ayang out-station sape nak masak untuk org??' Ohhh, hati rasa sayu, mcm tak sanggup nak tinggalkan dia. Tapi apakan daya, tak kan nak abaikan tuntutan keje pulak. Pujuk hati dia 'ayang beli je lah, tak yah susah2 masak,tapau makan kat umah eh' Dia diam, tenung bini dia 'masalahnya, sape nak teman orang makan' Paling kan muka, peluk bantal, main remote astro.
Ohhhh.. Julai ini akan meninggalkan dia sebanyak 3 kali... almost every week akan bekerja di luar daerah. Sanggupkah???

Subscribe to:
Posts (Atom)