14 October 2009

tak pasti kebenarannya

Seorang kawan yang juga sedang mengendong nyawa yang bagitau pasal ni. Lupa pulak nak tanya, mana dia tahu. Tapi sebab rasa keterujaan yang tinggi, terus cuba.

Dia kata 'letak jari kau kat bawah pusat, nanti rasalah degup jantung dia' Dia yang dimaksudkan di sini adalah baby di dalam perut. Bila bagitau kat suami dia kata 'ye ke boleh rasa?? ke tu jantung awak sendiri' Tapi bila difikir balik, tak kan lah degup jantung kita boleh rasa kat perut lak. Maka boleh terima lah, mmg degup jantung baby kan..

*Setiap malam, naik je katil, sebelum peluk bantal, mesti buat.

12 October 2009

penat tapi puas hati

Hoyay!!! Ucapkan tahniah kepada diri sendiri sebab masih berjaya bangun untuk pergi keje pagi, walaupun dalam kepala dr malam sabtu lagi dah pikir nak ponteng.

Ye, saya adalah keletihan tahap maksima sabtu lepas. Semua gara-gara kegigihan sendiri *dan disokong penuh oleh suami* yang mahu mengadakan upacara makan-makan menyepahkan rumah sendiri. Lepas tu tunjuk terror dan macam ada super power, semua nak masak sendiri. Hah, amik ko..rasalah tergolek dok malam sabtu tu. Nasib baik pukul 9 malam, takde org dtg dah.. kalau tak menjawablah kitaorg laki bini. Kitaorg pun satu hal, tak letak time limit, konon 'datang la, selagi ada' Hah, jawab lah ko, bila kena goreng mee 2,3 kali sebab lauk lain semua dah habis.

Nasib baik Aziah *pengapit sepanjang masa* dengan baik hatinya offer nak dtg tolong masak, siap tido kat umah malam jumaat tu. Oohhh, kalau dia takde.. mmg nangis lah aku org dtg pukul 1.30am tu, aku kat dapur lagi tengah ngadap kuali. Ni dia dtg tolong pun, aku mandi pukul 2.. dan tak sempat la nak mekap2 bagai...*rasa lah mcm pompuan tak siap kejap bila dah lewat ptg..huhuhuh*

Gambar pun tak sempat la nak amik. Serius, terkejar sana, terkejar sini. Nak melayan tetamu mmg tak sempat. Lagi2 time kena serbu sekali 2,3 kereta. Self service la korang. Nak bergambar mmg langsung tak sempat. Kalau ada pun, sebab org panggil amik gambar. Aku nak klik sendiri mmg jgn harap. Telefon pun en Ekwan yang pegang. Uiissshhh, giler busy lah..

dapur yang tak sempat nak kemas. sesiapa yang nak tumpang toilet, awal2 aku pesan 'buat2 tak nampak je lah ye dapur tu'

Terima kasih buat semua yang sudi datang. Almost semua yang dijemput hadir. Mungkin excited kot nak tgk umah pasangan baru ni. Mintak maaf lah ye mana yang kurang. Kalau sape yang dtg malam tu, makanan mcm dah nak habis, sorry sgt2. Kami tak sangka jemputan akan seramai ini. Lain kali, kitaorg akan bersiap sedia. Masak banyak2... Tapi paling tak sangka, mak mertua pun datang. Dari pahang lagi. Ngan pak chu sekeluarga. Huhu, meriah tak meriah la upacara makan-makan awak en ekwan, konon je kata 'kecil-kecilan', tapi sampai awak kena berlari carik ayam lagi petang tu..hahahaha... lawak sungguh *padan muka kita kan*

# tak sangka amy dan yonna akan sampai... tiba2 si yonna call kata 'akak, kitaorg dh depan umah akak'