05 October 2010

Contest Bersama Si Kecil

Pasang niat punyalah banyak nak memeriahkan acara, tapi asyik tertangguh je. Tahu-tahu dah nak closing date, trus jadik malas. Lupakanlah niat nak join. Jumpa lagi contest lain, pun rasa macam nak turut serta, tapi last-last tak join gak.

Tapi semalam dpt msg dari Elly, dia kata 'dayu, ada tag kat blog elly ye' Bila gi tinjau, kena contest tagging lah. Wahh, contest pun dah main tag-tag eh skrg. Mantap.

Maka, trus geledah folder. Tak mahu tangguh-tangguh. Ada 5 hari je pun lagi sebelum penyertaan aku tak dilayan. Kena join 'Contest Bersama Si Kecil ' anjuran cik Gayah Spears ni. Syarat penyertaan pun agak simple, tak lah merundum mood semangat nak join kan. Contest tempek gambar anak kan aktiviti kegemaran masa kini. Melambak-lambak koleksi gambar bersama si kecil kan, maka..setelah membuat pemilihan. Gambar di bawah adalah dipertaruhkan untuk memenangi hadiah lumayan yang ditawarkan iaitu RM50 (boleh bayar bil broadband ni) Tapi kalau dapat saguhati pun ok gak.

Eisya Elyssa, si kecil kesayangan ibu

Dan bagi memenuhi satu lagi syarat, 3 insan bertuah ini adalah dipilih untuk sama-sama merebut hadiah yang ditawarkan oleh pihak penganjur:

Jehan + Nia
Yun + Mya
Sharena + Naurah

Sekian, terima kasih dari saya.

*sangat mendapat sambutan contest cik Gayah kita ni. harap-harap tak lah dia terlepas pandang penyertaan aku ni. kalau tak mau aku merajuk lagi

04 October 2010

zaman dah berubah

Kalau dulu, masuk Sogo, berlegar-legar kat tingkat 1, tengok handbag, tengok kasut. Try-try perfume, datang angin gedik test barang mekap. Lepas tu naik atas belek-belek baju pulak.
Sekarang terus amik lif naik tingkat 5 ...

Kalau dulu, yang berlegar-legar kat kepala Loreal, Mac, Maybelline...
Sekarang Johnson Baby, Anakku, Carrie Junior ...

Dulu masuk Giant tengok org pilih-pilih diapers, aku sengih-sengih...
Sekarang aku lak kuar handphone buat kira-kira 'ni sekeping bape sen ni yang?'

Nasib baik tak payah pikir Enfalac ke, Anmum ke, S26 ke ... tapi nampak gaya mcm kena gak tak lama lagi

-senaman meregangkan kaki bersama Cik Eisya-