08 June 2011

Gembira tak Terkata

Iye. Eisya adalah gembira sehingga tak terkata buat seketika bila ibu ngan abah bawak dia turun gi main dalam kebun belakang umah Tok tempoh hari. Tapi sekejap je lah dia terkesima tengok pokok kiri kanan, tengok kandang kambing.. Lepas tu bising.. Jakun agaknya.

Eisya: hoh??? apa ni abah??
Abah: ni lah kambing namanya Cha..
ternganga-nganga mulut tengok kambing.

abah, kambing lapar. jom amik rumput kasik kambing makan

jauh la pulak abah ni nak pegi, tak jadik ikut lah

wow!! seronoknya duduk atas tanah.

Seronok dia dapat lepas bebas meneroka alam. Dapat jalan atas tanah. Main rumput. Duduk atas tanah. Kalau tak dihalang, confirm dah main tanah dah budak sorang ni. Eisya sesekali sekala di bawah main kat luar gini, memang seronok lah dia. Budak selalu terkurung dalam rumah. Kesian dia.

*siap-siap bawak ubat nyamuk takut budak kecik ni kena serang. tapi lahmadullilah. nyamuk tak berminat dengan darah dia. terbang-terbang je atas kepala tapi tak singgah pun

07 June 2011

Tiap minggu orang kawin

Bila kenduri kawin, bila Eisya macam terkesima dan ala-ala jakun tengok pengantin, kami akan kata kat dia 'dulu abah pun pakai macam tu Cha' Tapi dia macam takde perasaan, tetap tenung pengantin dengan muka penuh kepelikan.

Eisya takut dengan pengantin lelaki. Pengantin perempuan tak, sebab tangan dia sibuk nak capai veil, sibuk nak pegang muka pengantin. Tapi kalau pengantin laki nak pegang, dia menjerit tak ingat dunia. Takut agaknya tengok orang bertanjak bagai.

Hari Sabtu kami pulang ke kampung halaman menghadiri majlis pakcik sedara. Meriah tapi tak berkesempatan nak bergambar dengan pengantin. Amik gambar kat pelamin pun jadilah. Pelamin dia lawa. Suka. Tu yang beriya nak amik gmbar kat pelamin. Ingat nak amik gmbar berdua ngan Cha je, tapi tak sampai hati nak menghalau adik-adik ni pergi jauh dari pelamin. Yang sorang tu pulak macam mengendeng nak bergambar sama. Tak sampai hati okay aku nak kata 'dik, awak tepi jap. akak nak amik gmbr ngan anak akak je' Layankan je lah. Kesian dia takde orang nak amik gambar dia.

anak aku makan kotak coklat.

okay..okay dia masih ada bersama. layan aje. aku tak sampai hati nak crop. biarlah dia enter-frame kat blog aku ni *eisya sengih-sengih tunjuk abah dia, macam dia sorang ada abah*

ngan MakSu Eisya *tangan aku mengeletar*
okay budak tu masih mahu bergambar bersama, tp kali ni aku crop muka dia. cukup 2 keping masuk blog aku.

Aku memang suka kenduri kawin kat kampung sebab makanan dia memang terbaik. Kalau kenduri kat kampung Ekwan ni, paling aku suka time kenduri mesti ada umbut kelapa masak lemak ngan perut tu. Memang favorite. Kat tempat lain jarang dapat.

Kenduri sedara mara lak tu.. apa ada hal nak tapau bawak balik 2,3 mangkuk.