22 July 2011

Program Diet yang berakhir entah bila: The Start

Berat aku sekarang 65kg. Hampir-hampir nak jadik 66kg dah. Memang hebat. Dulu zaman sekolah berat aku 52kg je. Habis SPM, masuk UiTM, berat memang naik mendadak masa 1st semester. Entah kenapa aku macam sangat berselera dapat makan free kat dining hall tu. Tak pernah missed. Pastu ngan nasik lemak kat Seksyen 2 tu. Mana tak kembang aku jadiknya.

benci!! benci!!

Zaman keje, lagilah. Malas sendiri nak komen sebab memang frust dengan diri sendiri. Masuk tahun ke-2 bekerja, insaf sikit. Dan berdiet lah aku. Alhamdullilah.. berjayalah hidup dengan seberat sekitar 56kg. Sehingga nak kawin, dengan tak berapa disiplin menjaga makan, bersandinglah aku dengan berat sebanyak itu jugak. Redha walau tak suka. Dah sendiri yang tak mahu usaha gigihkan. Rasakan lah.

tapi sebab 2,3 hari sebelum majlis aku makan tak menentu, takde selera nak isi perut. dapat lah muka sedikit runcing ni. nak sarung baju ni pun senang je.

Selepas setahun berkahwin, mengandung dan melahirkan. Aku dapat rasakan kadar pengembangan diri aku memang macam sangat mendadak. Merasa slim 2,3 bulan lepas pantang je. Lepas tu, punggung ngan peha makin lama makin banyak incinya. Seluar smua makin ketat. Tu yang aku jadik makin menyampah tu. Geram. Baju-baju banyak dah tak bleh pakai. Kebaya, kurung moden smua jadik hiasan almari semata. Menyampah aku.

Mulanya malas nak amik peduli. Lantak kau lah. Nak gemuk, gemuk lah. Aku malas nak diet-diet, control makan. Dah la aku ni kalau tak jumpa nasik rasa macam tak sempurna je hidup sehari. Laki pulak jenis dari dalam kete lagi dia dah tanya 'malam ni masak apa yang?' Ingat sennag aku nak masak nasi ngan lauk untuk dia je?? Tak kan sebab aku nak diet, ngan dia sekali nak kena tak makan malam. Makin kering laki aku tu kang. Suruh dia makan kat kedai, mana dia mahu. Dia nak makan bini masak je. Tak puas makan kat kedai katanya.

Dan itu antara faktor kenapa susah aku nak menguruskan badan.

perempuan gemuk bersama anaknya. anak dia kurus je. dia lak yang makin lama makin mengembang.

Bila dia dah mula asyik berbunyi 'yang, apa ni ketul-ketul ni' sambil sengih-sengih picit lemak-lemak yang berlipat kat perut. Aku sentap gak jadiknya. Biarpun dia gurau-gurau, achik tetap terasa hati tau. Dan aku macam terus berazam, nekad 'raya ni mesti kena kurus!!' Tak kira. Kena jugak. Tak dapat balik berat 52kg, 55kg pun boleh lah. Macam tak sanggup dah lagi nak hidup dengan badan berat 65kg ni. Dan paling utama, aku tak nak punggung ngan betis yang lebar dulang ni. Tak mahu!! Tak mahu!

aku benci peha tu

kawan selim melim, aku kembang semangkuk.. benci!!

Sebagai permulaan, hari ni aku breakfast oat ngan sebiji epal hijau +5,6 biji anggur. Cukup. Tengahari kang, aku nak makan ikan bakar je. Dan balik nanti nak ajak Ekwan gi carik DVD Paula Abdul yang Jue cadangkan tu. Tak pun ikut je tips Pja, kita melompat-lompat je 200 kali sehari. Dapat bakar 2000kalori. Lepas ni merasalah aku bangun pukul 5 pagi melompat-lompat seorang diri, pastu terjoget-joget depan TV. Demi nak kurus katanya.

*tapi ahad ni ada sesi BBQ ngan keluarga in laws. takpe, aku makan ayam 2,3 ketul je

*tak lupa juga kepada Wani yang membantu dalam usaha aku nak mengecilkan dan mengembalikan bentuk badan ni. TQ sebab percaya dan beri peluang ni kepada kita. sangat rasa bertuah tau..

21 July 2011

Hidup mati untuk Dia

Rasanya aku tak pernah bercerita secara detail hal kisah percintaan antara aku ngan Ekwan. Dan rasanya tidak perlu kot. Takut orang muak. Cukuplah aku katakan, kami mula kenal 10 tahun dulu di UiTM. Berkenalan dan berkongsi rasa seawal umur 18 tahun *gedik* hinggalah akhirnya di ijabkabulkan 31 Mei 2009 ketika aku berusia 26 tahun, dia pula 27. Namun, tidaklah sepanjang 2001-2009 tu kami sentiasa bersama menyemai cinta. Tidak. Ada fasa perpisahan selama 2 tahun di situ. Perit tapi cukup memberi pengajaran. Buat aku semestinya. Buat aku lebih sedar, jangan terlalu mencari kesempurnaan. Hargai segala milik kita. Peluang tak sentiasa datang buat kali kedua.

Tetapi kalau dah namanya jodohkan.. Bersatu juga akhirnya. Syukur.


Apa yang aku berkenan sangat kat Ekwan? Kenapa pernah berpisah, bila jumpa, berkawan dan akhirnya bercinta semula. Mungkin itulah yang dinamakan keserasian, ada chemistry antara kami yang tak boleh dipisahkan. Terbentuk antara kami berdua je. Aku ingat lagi, dulu ramai yang tanya apa yang aku berkenan sangat kat Ekwan. Rasa macam tak sepadan sangat dia ngan aku. Tapi hati dah suka. Tetap bersama. Biar macam-macam orang kata.

Berkawan dengan Ekwan, aku sangat selesa. Rasa tak perlu nak berlakon, cover itu, cover ini. Senang nak bawa diri. Itu yang paling aku suka. Bila keluar dating, nak makan banyak-banyak ke, tak payah nak malu-malu. Selamba je. Nak kuar dating pun tak payah nak berhias beriya, dia lagi suka. Nak terkentut ke apa.. lepas je. Takde malu punya. Sampai gitu sekali dia punya tak kesah. Tu yang aku selesa. i like..

inilah rupanya orang yang aku jatuh hati tu dulu. kurus sungguh dia kan. tapi kalau hati dah kata mahu.. mahu jugak

ini pulak aku zaman berusia 19 tahun. baru habis kelas ni *ke ponteng last class gi makan cendol pastu lepak kat tasik Shah Alam*

Dan yang paling aku suka, dalam sempoi-sempoi, dalam selamba bila di ajak berborak atau discuss hal serius, dia adalah sangat bagus. Kriteria ni sangat penting bagi aku, sebab aku sangat rasa komunikasi adalah asas dalam sesebuah hubungan. Walaupun adakalanya aku yang kematian idea, terdiam tak tahu nak kata apa dah.. aku suka je. Biar dia nampak bijak lagi dari aku. Terserlah lah sikit ciri-ciri pemimpin yang boleh buat aku dengar kata. Lagi-lagi bila dah jadik suami ni, dia memang pandai control bini dia. Aku membebel berbakul-bakul, sekali dia bersuara, achik terdiam okay. Selain terkenang dosa yang sendiri dah jana, the way dia cakap tu yang buat aku insaf *walau ada kala tak setuju, tapi diam tetap diam. masuk bilik peluk bantal*

sebulan selepas dinikahkan
*skrg aku dah tak bleh sarung kebaya ni, Ekwan smpai sekarang bleh sarung kemeja itam belang-belang dia ni*

Ekwan bukanlah jenis suami yang ringan tangan membantu aku urus rumah tangga. Dulu aku macam hangin jugak. Rasa macam 'eleh, aku gi keje gak. apa kes balik umah aku kena buat semua sendiri' Terdetik juga rasa tak puas hati. Sangat jeles aku bila baca kisah orang yang dapat suami rajin tolong sapu rumah, basuh baju, sidai baju, masak, basuk bilik air semua. Tapi laki aku?? Puas aku mintak tolong berkali-kali baru gerak. Tahun pertama kawin, aku memberontak jugak. Arah-arah juga dia buat itu ini. Tapi harus minta secara baik, perkataan 'tolong' tu kena ada. Kenalah berhemah.

masa ni kami dah berjauhan. aku kat Shah Alam, Ekwan kat Sg Petani.
tarikh kat gambar 9 Ogos 2004. Ekwan datang melawat aku. kami sambut anniversary couple *mcm gedik lak kalau dikenang* Ohhh iye.. dulu, tarikh 7 Ogos sangat bermakna, sekarang dah sah, kenalah ingat tarikh nikah lak

Tapi bila dah ada Eisya, aku dah makin boleh terima. Aku dah macam tak kesah. Dia penat mungkin. Keje dia tak sama ngan keje aku. Aku duduk opis je sepanjang hari. Dia ke sana, ke mari. Ngan bawak kete layan jammed lagi. Biarlah. Biarlah bila sampai rumah dia rileks-rileks je depan TV teman Eisya main. Aku dah tak kesah. Sungguh. Apa aku larat, aku buat. Kalau dah rasa penat, aku tinggalkan je. Aku tak nak memaksa badan, pastu rasa dengki kat laki dia goyang kaki depan TV. Biarlah.

Biarpun dia bukan suami yang perajin nak tolong bini uruskan rumah, aku tetap gembira dapat dia jadik suami sebab dia tak memilih bab makan. Apa aku masak dia sapu je. Senang nak jaga laki aku ni. Lagipun bila sesekali rajin dia datang, habis satu rumah dia vacuum. Kipas smua dia basuh kasik bersih.


Dan walaupun dia jenis susah nak bangun pagi, selalu buat aku terjerit-jerit nak kejutkan dia. Aku sentiasa cuba tak meninggi suara. Kalau dah rasa meluat, aku biarkan aje. Tapi sejak Eisya ada, aku selalu gunakan Eisya. Aku suruh Eisya yang gi kejut abah dia. Ekwan kalau dia dengar suara Cha, dia rasa Cha tepuk-tepuk badan dia, macam senang lak nak bangun. Pelik aku. Tapi dia bukak mata, nampak aku dah jaga. Dia katup mata balik. Geram tau. Tapi biarlah, asalkan rajin tolong uruskan Eisya. Aku dah puas hati.


Ekwan juga bukan romantik orang. Dan sekali lagi 'achik tak kesah' Serius, bukan sekadar nak sedapkan hati. Sebab itu bukan elemen paling penting aku carik dalam relationship. Tapi aku lebih jatuh hati ngan sifat protective dia. Cara dia jaga anak bini dia. Bila dia lebih utamakan anak bini, itu lagi buat aku cinta dia sepenuh hati sampai mati. Tak perlulah nak lambak kan aku dengan hadiah mahal-mahal semua. Aku tak kesah kalau tak ada *tp kalau dpt memang achik tersengih dari pagi sampai petang*

Dia tak sempurna. Sama jugak macam aku. Kawin pun baru nak masuk tahun ke-3. Masih panjang lagi perjalanan hidup. Banyak lagi nak kena tempuh, nak kena belajar. Dan seperti kamu semua, aku juga sentiasa mengharapkan hubungan ni terus mekar. Jangan pudar. Nak hangat sentiasa.

Akhir kata, saya sayang suami saya. Ya Allah, terima kasih atas jodoh ini.

*hidup dan mati kini untuk suami. opppss.. untuk anak-anak juga
* giler gigih aku selongkar album lama, bawak gambar gi opis, scan gambar. demi menghasilkan entry dedikasi untuk suami ni. patut buat masa anniversary. tp nak buat camne, time anniversary mood cinta tak berterbangan di udara
*gambar adalah ditempek secara random