02 April 2012

Blogger Birthday Party Gathering: Lokasi Kejadian

Seperti yang telah diputuskan, gathering UB kali ni akan diadakan di Taman Tasik Shah Alam. Kita berubah angin sikit ye. Selalu kita berkumpul di Putrajaya/Cyberjaya. Kali ni kita amik tengah-tengah la ye. Dan seperti kebanyakan taman tasik, Tasik Shah Alam juga adalah sangat luas. Dan setelah mempertimbangkan beberapa faktor *aiceehhh* aku pilih kawasan tasik di belakang masjid. Yang berhampiran dengan Perpustakaan dan Muzium Shah Alam.

Aku pilih bahagian timur Tasik Shah Alam sebab area ni macam tertutup sikit, tak jadik tumpuan sangat. So, nanti kalau kita kumpul ramai-ramai, boleh buat sesuka hati. Lagipun aku risau gazebo yang kita nak guna tu tak available. Memang haru lah jawabnya.

Tiba-tiba aku rasa someone nearby kena gi cop gazebo tu lah.. Boleh ke?? Takpe, itu kita pikir kemudian.

 Anyway, kat entry ni aku akan bagi beberapa panduan nak carik lokasi di mana kita akan berkumpul sebab dia macam ke dalam sikit. Kalau korang carik dari luar memang tak nampak. Macam yang aku cakap kat perenggan atas, dia terletak kat kawasan berhampiran perpustakaan ngan muzium. Landmark lain adalah Bangunan UMNO dan Hotel Blue Wave. Nanti ada padang yang sangat luas, Perpustakaan dengan Muzium at other side. Dan ada satu pentas. Depan sikit ada parking. Hah, silalah letak kereta anda di situ.

dari parking boleh nampak BlueWave Hotel dengan Bangunan UMNO tu. Hah, yang hijau tu padang yang aku maksudkan

nanti korang boleh nampak signboard ni. silalah amik gambar (: 
*aku pun baru tau this side of lake adalah bahagian timur*

  pandangan yang lebih luas di kawasan parking. dan sila tuju ke arah Kedai Kopi

ni laluan pilihan pertama. terus je ke kawasan Kedai Kopi, tapi jangan lah masuk duduk order kopi lak. tapi sila tuju ke kawasan tepi dia, terus je ke belakang kedai. Nanti korang boleh nampak dah playground ngan gazebo tu.

atau kalau risau tersinggah kat Kedai Kopi, boleh guna laluan ke-2. Boleh gunakan footpath yang tersedia di bahagian hadapan parking tu. Ikut je laluan tu. Dan, sampai dah!!!

 The Playground. Sila naik tangga menuju ke atas.

The Gazebo

 The whole area. 

Harap-harap takde yang sesat nanti. Dan harap-harap gazebo tu available lah masa kita sampai. Dan harap-harap cuaca adalah baik.




Saya sudah

Ye, setelah terlepas 2 peluang. Eh?? Terlepas ke? Ke sengaja melepaskan peluang. Hmm, bukan peluang sebenarnya tapi Tanggungjawab. Ye, kan mengundi tu tanggungjawab setiap warganegara Malaysia. Tapi aku selama ni selamba je bila orang tanya 'kau balik mengundi tak dayu?' Tanpa sebarang rasa bersalah aku jawab 'daftar pun tak, camne nak mengundi'

Tak rasa macam perlu je aku mengundi. Rasa macam tak membawa apa-apa perubahan. Ye..ye.. fahaman aku tu tak betul. Setiap 1 undi mampu memberi kesan.

Bila Ekwan bersungguh-sungguh ajak gi daftar, aku ikutkan aje. Walaupun terpaksa pergi 2,3 pejabat pos. Semua kehabisan borang. Boleh pulak kan?? Aku baru je nak dapat kesedaran, kau nak potong. Kang aku balik tidur kang.. Nasib baik google buat keje dengan efektif. Terus la kami tuju Pejabat Pilihan Raya Selangor kat PKNS Shah Alam ni.

jom kita gi daftar mengundi

Rezeki kami agaknya. Sampai-sampai, beratur jap tunjuk IC, sign dan siap. Tak sampai 5 minit kot. Tengah semak-semak semula salinan pendaftaran tu, tiba-tiba ruang kaunter penuh dengan manusia. Yang baru nak daftar, yang nak buat semakan, yang nak tukar tempat mengundi. Terus barisan menunggu giliran tu jadik panjang. Saja kot, bagi aku semangat nak mengundi buat pertama kali. (:

Aku kena balik mengundi kat JB lah nanti kan.. Ekwan mengundi kat Maran.. Lecehnya.. Nak tukar alamat IC lah. Camne hah proses dia?? *google segera*

nama saya kini ada dalam senarai pengundi (:

*kalau tak mendaftar kena denda, mesti aku tak bertangguh gini kan