13 March 2014

Photobook dan PixaJoy

Aku memang gemar bergambar. Lagi-lagi sejak Ekwan beli DSLR, memang galak aku bergambar. Ekwan lak jenis rajin nak mengangkut kamera gabak dia tu setiap kali keluar rumah. Maka, memang melambak lah gambar kami anak beranak. Terutamanya Eisya dan aku. Koleksi gambar Eisya sejak dia berusia setahun memang melambak. Dalam hardisk kat komputer penuh gambar dia sesaje. Tu belum lagi ditambah koleksi gambar yang diambil guna handphone. Memang menimbun.

Tapi aku memang jarang print gambar. Penah sekali je print, tu pun sebab kat Groupon ada buat promotion. Print gambar 100pcs bayar RM20++ je. Semangat lah aku print dan albumkan gambar dia. Tu pun berbulan kot tunggu aku beli album dan susun gambar-gambar dia.

Bila ditambah dengan koleksi-koleksi gambar mengikut event, gambar raya, gambar vacation..perghh, memang melambak-lambak. Semua simpan dalam hardisk. Dan sebab bimbang komputer dan laptop jahanam, buatlah back-up kat external hardisk. Dengan harapan, selamatlah koleksi gambar-gambar tu. Tapi kebimbangan tu tetap ada. Tapi nak print gambar punyalah malas.

Dah lama aku berkeinginan nak mem'photobook kan semua gambar-gambar tu. Selalu jugak nampak promotion photobook kat MyDeal, LivingSocial, kat Groupon.. tapi tak berasa nak beli voucher tu, sebab rasa macam mahal lagi. Hahaha, giler kedekut kau Dayu. RM30++ untuk sebuah softcover photobook, dalam 30 pages bagi aku adalah mahal. Size pun takdelah besar mana. Biasalah, aku ni kan kalau bleh nak aku je yang ada kat win situation, sedangkan kalau ikutkan memang murah dah. Berbaloi. Tapi kalau dah kedekut, gini lah. Peraplah gambar tu dalam hardisk. Jahanam, meraung kau situ sorang-sorang.

Bila member dok kecoh sebarkan pasal promo baik punya kat MyDeal, aku pun mencelah, tanya details. Memang terbeliak bijik mata aku bila tengok promo yang ditawarkan. Memang terbuntang mata aku tengok perkataan 'FREE' kat promo tu. 'Free Mini Softcover 6" x 6" Photobook, 36 pages' Tak peduli dah aku apa size dia, berapa helai, yang penting FREE. Terus aku rembat deals tu, melambak-lambak voucher dia aku beli. Tamak katanya. Terus aku download editor PixaJoy dan selongkar hardisk. Kumpul gambar yang nak dialbumkan. Dan bermulalah episod kusyuk menghadap komputer men'design album.



kerja aku sepanjang minggu. kebetulan kerja di pejabat macam tak menimbun. boleh lah aku fokus men'design photobook. memang fokus habis lah. dalam seminggun 3,4 album kot aku buat.

Dan kemudian mulalah tak menyabar tunggu album tunggu depan mata. Asyiklah check status order kat website PixaJoy. Tiap hari check email update dari PixaJoy. Macam menunggu apa je. Pastu jadik makin mengelupur bila kawan yang hantar kemudian dari aku pun dah sampai. Album aku tak sampai-sampai. Over, memang over. Tapi bila yang ditunggu-tunggu akhirnya muncul depan mata. Alahai...gembiranya rasa hati. Asyik lah membelek. Tak puas-puas tatap gambar dalam photobook tu.

antara yang pertama sampai ke tangan. favorite Eisya album birthday dia tu. sebab dalam tu byk gmbr dia dengan hadiah, pastu asyiklah 'ibu, chacha nak mcm ni ibu' 


disusuli pula dengan yang ini. makin bertambah koleksi. setiap 1 event aku buat satu buku.

secara total, inilah semua photobook yang dah berjaya aku hasilkan dengan PixaJoy. 5 softcover, 2 hardcover. dan aku sedang menanti kehadiran 3 lagu photobook. dan dalam perancangan menghasilkan beberapa buku lagi. semua orang kata aku gigih. alah, buat benda kita suka, memanglah gigih kan.

Terima kasih PixaJoy sebab bermurah hati buat promotion yang sangat baik begini. Buatlah selalu. Gembira kami semua. Laggi-lagi insan macam saya. Eh, untuk makluman. Promosi untuk hardcover photobook tu masing berlangsung tau. RM 5 je uols. Tak tergoda ke?? Gi lah terjah website PixaJoy. Sekarang, kena gi sekarang sebab promotion dia sampai 31 Mac 2014 je.

28 February 2014

Yeay, akhirnya blog ber'update.

Tahniah..Tahniah sebab berjaya menghilangkan diri berbulan lamanya. Teruk giler perangai abaikan blog sebegini sekali. Sampai hati abaikan blog begitu sekali. Gaya macam busy bebenor. Hakikatnya..malas je lebih. Keje memang lah sentiasa ada, tapi kalau pandai luangkan masa. Mustahil terbiar begini blog. Tapi tiba-tiba rindu kat blog sendiri. Rindu nak merapu kat sini. 

Dan, muncullah entry ini.

Aku dah masuk minggu ke-32 weh, terasa sangat pantas masa berlalu. Tak pantas manalah, sebab aku sebenarnya menghitung hari bilalah nak bersalin. Ikutkan due date adalah pada 18 April 2010. Sangat hampir dengan kelahiran Eisya. Eisya 20hb. Kalau dapat sama tarikh, amazingnya aku rasa. Senang ibu nak plan birthday party 2 beradik. Sekali gus.. tak dapat sama tarikh, sama bulan pun memang merasalah korang kongsi kek. Tapi kalau sah bagai yang doktor scan, adik baby will be a boy, kenalah ibu tempah 2 kek. Untuk adik haruslah tema boyish kan, kakak tu belum pasti. Sebab selera dia berubah-ubah. Kejap nak Dora, kejap nak boboiboy, kejap nak Ben-10, kang tiba-tiba nak princess. Kecelaruan identiti dia tu. Yelah, selalu sangat gurau kasar dengan abah, tu yang lupa agaknya dia tu perempuan.

Serius, tak sabar nak bersalin. Tak sabar sebab aku memang sangat lembik pregnant kali ni. Rasa macam tak larat sungguh nak bawak badan. Sakit pinggang, sakit bontot, segala-galanya sakit. Dengan masalah kencing manis, kencing kotor.. macam-macam. Tapi yang best, badan tak mengalami perubahan yang sangat ketara. Berat naik 3 kg je. Gembira sungguh. Sehingga kini aku masih boleh sarung baju kurung ok, tapi kurang selesa lah. Masih gigih ke tapak projek walau hakikatnya malasnya dan semua orang kata 'bawak-bawak lah duduk kat opis je, kang tak pasal-pasal beranak kat site' Memang hakikatnya itulah keinginan aku, tapi nak buat camne, dah keje kan.

sebelum berpanas di atas jalan raya. ni gmbr semalam ni, in 32 weeks aku merasakan perut aku seakan kecil. tapi kenapa bila baring, rasa macam 'besarnya'

kagum sebab masih boleh sarung baju korporat JKR ni. 

Ramai yang teka anak aku yang kedua adalah lelaki melihatkan gaya perut aku yang ke hadapan. Membulat kata mereka. Setakat ni pun doktor scan kata lelaki. 2 orang kata lelaki. Adik baby memang agak berahsia. Menyorok, mengepit je kejenya. Scan time 30 weeks baru doktor nampak, tu pun lepas lama doktor tenyeh perut ibu ni hah. Tak kesah pun sebenarnya, lelaki ke perempuan.. aku ngan Ekwan terima je. Tetap jadik anak kesayangan pujaan hati. Sape tak sayang anak kan.. yang penting sehat, sempurna. Walau hakikatnya hati aku lagi suka kalau aku dapat anak perempuan lagi sorang. 

Sebab merasakan membesarkan anak perempuan macam sangat membahagiakan hati. Eisya anak yang sangat senang diuruskan. Walau ada masa mencabar kesabaran, aku kategorikan Eisya dlm golongan yang mudah dijaga. Eisya pandai bawak diri, pandai main sendiri. Tak selalu minta perhatian yang melampau. Dan yang penting dia manja dengan abah. Manja yang amat. Sampai kalau abah dia nak keluar rumah, kena menyorok-nyorok tak pun kena rasuah macam-macam.


Eisya sangat tak sabar menanti kelahiran adik. Setiap hari mesti tanya 'mana adik ibu? adik tak keluar lagi ke ibu?' sambil tengok dan pegang perut ibu. Tiap kali ibu kemas barang adik mesti dia teruja dan selongkar semua barang dalam box adik. Habis baju-baju dia keluarkan, belek satu-satu. Pastu cuba-cuba nak sarung kat badan sendiri. Alahai kakak...sabar ye. Kejap je lagi, tak lama dah.. Lama sangat pegang title anak sulung gitulah gayanya. Klau jalan-jalan nmpak soft toy pun mesti beriya 'ibu, beli lah mainan adik tu'  Harapnya nanti bila adik dah ada, janganlah awak membuli adik ye. Jaga dan main dengan adik elok-elok ye.

Another 2 months, tak sabar. Tak sabar nak beranak, dan tak sabar nak cuti 3 bulan.