12 October 2009

penat tapi puas hati

Hoyay!!! Ucapkan tahniah kepada diri sendiri sebab masih berjaya bangun untuk pergi keje pagi, walaupun dalam kepala dr malam sabtu lagi dah pikir nak ponteng.

Ye, saya adalah keletihan tahap maksima sabtu lepas. Semua gara-gara kegigihan sendiri *dan disokong penuh oleh suami* yang mahu mengadakan upacara makan-makan menyepahkan rumah sendiri. Lepas tu tunjuk terror dan macam ada super power, semua nak masak sendiri. Hah, amik ko..rasalah tergolek dok malam sabtu tu. Nasib baik pukul 9 malam, takde org dtg dah.. kalau tak menjawablah kitaorg laki bini. Kitaorg pun satu hal, tak letak time limit, konon 'datang la, selagi ada' Hah, jawab lah ko, bila kena goreng mee 2,3 kali sebab lauk lain semua dah habis.

Nasib baik Aziah *pengapit sepanjang masa* dengan baik hatinya offer nak dtg tolong masak, siap tido kat umah malam jumaat tu. Oohhh, kalau dia takde.. mmg nangis lah aku org dtg pukul 1.30am tu, aku kat dapur lagi tengah ngadap kuali. Ni dia dtg tolong pun, aku mandi pukul 2.. dan tak sempat la nak mekap2 bagai...*rasa lah mcm pompuan tak siap kejap bila dah lewat ptg..huhuhuh*

Gambar pun tak sempat la nak amik. Serius, terkejar sana, terkejar sini. Nak melayan tetamu mmg tak sempat. Lagi2 time kena serbu sekali 2,3 kereta. Self service la korang. Nak bergambar mmg langsung tak sempat. Kalau ada pun, sebab org panggil amik gambar. Aku nak klik sendiri mmg jgn harap. Telefon pun en Ekwan yang pegang. Uiissshhh, giler busy lah..

dapur yang tak sempat nak kemas. sesiapa yang nak tumpang toilet, awal2 aku pesan 'buat2 tak nampak je lah ye dapur tu'

Terima kasih buat semua yang sudi datang. Almost semua yang dijemput hadir. Mungkin excited kot nak tgk umah pasangan baru ni. Mintak maaf lah ye mana yang kurang. Kalau sape yang dtg malam tu, makanan mcm dah nak habis, sorry sgt2. Kami tak sangka jemputan akan seramai ini. Lain kali, kitaorg akan bersiap sedia. Masak banyak2... Tapi paling tak sangka, mak mertua pun datang. Dari pahang lagi. Ngan pak chu sekeluarga. Huhu, meriah tak meriah la upacara makan-makan awak en ekwan, konon je kata 'kecil-kecilan', tapi sampai awak kena berlari carik ayam lagi petang tu..hahahaha... lawak sungguh *padan muka kita kan*

# tak sangka amy dan yonna akan sampai... tiba2 si yonna call kata 'akak, kitaorg dh depan umah akak'

16 comments:

  1. ya ampun... sampai kena g carik lauk lain ke belah petang nyer?? sure ramai giler kan? masa amy kat situ pun dah kul 5pm camtuh kot.

    amy saje je tak call, konon nak buat surprised. :P

    btw, kawan en ikwan yg berscooter tuh husband org ke single? hahaahahaha... :P

    ReplyDelete
  2. wahh...larat lagi dayu ek
    zuris nih berhajat dlm hati je lah nk wat open house
    terbongkang je.huhuu..

    ReplyDelete
  3. baru je baca dalam blog amy tadi. hmm..congrats ye dayu! bukan senang nak wat open house. sedangkan rumah yang tak wat open house pon penat, inikan plak open house...

    tambah2 lagi anda sudah ada baby dlm perut..wooo..respect!

    ReplyDelete
  4. waaa....periuk mmgler beso giler...bravo dayu... eh...dayu...jgn lasak2 sgt tau..bahaya...

    dayu mmg otai memasak...msti org2 itu pengsan kekenyangan...hehehe

    ReplyDelete
  5. kawan en ikwan tuh menjadi topik amy dengan Yonna selepas kitorg blah dari rumah dayu. hikhikhik...

    ReplyDelete
  6. saya adalah mendapat bantuan seorang kawan yg sgt baik hati
    kalau buat sorang2 mmg patah pinggang lah jawabnya

    tp mmg jadik pengalaman lah
    1st time kan buat makan2 gini kat umah sendiri
    dan segera maklum apa yg kurang kat umah..iaitu periuk

    ReplyDelete
  7. wah ramai yg dtg open house dayu..bagus tul dayu..larat buat open house..maria buat open house time kat umah mak dulu je la..kat rumah sendiri tak buat..tak larat..

    ReplyDelete
  8. WOW berjaya cik dayu menjayakan majlis ..

    ...tak terbayang penat nye

    ReplyDelete
  9. amboi
    rajin nyer kamu dayu
    kita ni plan je lebih
    tp rasa cam x buat open hse kot thn ni.. kalau buat pon, kita x kan fikir nak masak...catering ok..wakakakak~ dasar pemalas

    ReplyDelete
  10. dayu..elly yg tak sampai 10 family yg elly jemput pun nak pengsan rasanya...nasib baik wat limit..dari kul 1 sampai kul 4...tp kul 2 semua dah serbu umah elly...nasib baik ada abg bebel tolong..kalau tak...tak pe..org kata baru nak belajar..next year kalau ada rezeki leh panggil ramai2

    ReplyDelete
  11. wahhh bersemangat dayu ye tgh pregnant2. kalu nurul laa tak larat kot berkejar sana sini.

    ReplyDelete
  12. ::wah hebat2..penangan nak cd 'mama' mmg mcm tu rajin sepanjang masa..hahha..btw take care::

    ReplyDelete
  13. Tahniah kak dayu kerana berjaya buat open house~!

    ReplyDelete
  14. hehe...sori la tak sempat nak bertandang sebab clash buat sama hari plak kan? nasib baik aku bajet buat kecik betul betul kecik, jemput kenalan terdekat je. Insya'allah ada rezeki tahun depan akan doublekan guest list tu sebab dah dapat bajet dah hasil pemerhatian ari tu.hehe

    ReplyDelete
  15. hehe..ramai eh kawan akak dtg! serius meriah :p

    hee dpt gak jumpe akak! ish lain ah dari gambar wahahha. akak mmg cantik T__T

    sorry dtg dalam kekejutan.konon nak kasi surprise ah :p

    ReplyDelete
  16. eh lupa thanks eh akak.
    nasik tomato tu serius sedap T__T

    ReplyDelete