06 March 2011

rumusan hari minggu

Hari minggu macam tak reti duduk rumah kan, ada je agenda yang tersedia. Tapi itu adalah lagi elok dari duduk saja di rumah.

Jadual asal sebenarnya tidak lah padat, tapi bila dah Jumaat terus jadik sangat padat. Sepanjang hari ada upacara dan majlis kena hadir. Tidaklah wajib, tapi tanda komitmen kepada perhubungan yang telah dijalin. Tapi tiba-tiba tidak menjadi padat sebab suami saya kena keje hari Sabtu. Tidak dapat lah kami nak meraikan majlis gemilang penyatuan dua hati seorang sahabat tengahri itu. Jadual petang hari je berjaya dipenuhi.

Perancangan hari Ahad gagal dijayakan. Aku bab acara pagi hari memang selalu gagal. Tambahan pulak dengan Cik Eisya yang meragam dari malam hari membawa ke pagi. Memang haru lah aku nak jayakan acara jam 10 pagi.

Kepada rakan-rakan sekalian, minta maaf lah ye. Walau aku memang teringin sangat nak gi perjumpaan kali ni sebab ramai yang aku masih belum bersalam, berlaga pipi kan. Ena, Ann.. Hmmm, tapi kalau dah memang takde rezeki kan. Insya Allah, kita bertemu di lain waktu. Peluang tu akan sentiasa ada kan (:

Aku tunggu je lah korang update

No comments:

Post a Comment