27 April 2011

April 2011: Raikan Bersama



ibu, arini potong kek eh kat school?

Upacara pertama ulang tahun Eisya diraikan di taska. Berkongsi bersama 2 lagi rakan yang sama-sama genap usianya setahun pada bulan April. Dan kami ibu bapa hanya diminta menyediakan goodies bags. Kek semua nursery yang sediakan. Terima kasih. Entah kenapa aku tiba-tiba rajin, terus pasang niat nak isi apam polkadot dalam goodies bag tu nanti. Macam sangat banyak masa nak mengukus. Sedangkan niat awal nak isi oreo ngan lollipop je. Tapi biasalah, kadang-kadang akal ngan badan kan tak sentiasa bersengkokol.

Untuk anak... Biasalah

Cenderahati yang kami sediakan untuk abang, kakak dan kawan-kawan Eisya di Taska & Tadika Temanku. 70 jumlahnya. Tak seberapa, tapi ikhlas. Disediakan dengan penuh didedikasi. Penuh kasih sayang seorang ibu. Biar pun akhirnya tido pukul 3 pagi.

isi kandungan dalam brown paper bag. 4 bijik setiap satu.
*ooohhh, banyak kisah sepanjang 3 jam aku sediakan 250pcs apam polkadot ni*

Majlis di nursery dijadualkan berlangsung jam 4.30pm. Kebetulan kursus aku pada hari Khamis (21.4.2011) tu habis awal. Bergegas lah aku ke taska Cha. Mahu turut serta sama-sama nyanyikan lagu birthday untuk Eisya. Mahu sama-sama saksikan upacara memotong kek buat kali pertama dalam hidup Eisya. Tak mahu aku ketinggalan detik peristiwa istimewa tu.

Aku sampai tepat-tepat 4.30pm. Bila cikgu dia bukak kan pintu, aku boleh dengar dah lagu Happy Birthday berkumandang dengan kuatnya dari dining room. Terus aku pun join sama.

terujanya muka anak aku tengok kek

abang-abang dah tak sabar nak makan kek!!

potong kek sampai terpejam bijik mata (:

Ekwan sampai lambat. Dia sampai majlis dah selesai. Kesian. Tapi dia macam tak terkilan sangat. Tapi kalau aku lah, mesti rasa ralat sangat tak dapat hadir walau pun majlis simple begini. Aku mahu sentiasa ada di sisi Eisya. Sentiasa ada masa untuk dia. Harap-harap nanti bila dia dah sekolah, aku akan sentiasa berpeluang dan berkesempatan meluang masa untuk segala aktiviti yang memerlukan penglibatan aku. Aku tak mahu terlepas. Semua tu berlaku sekali je dalam hidup dia.

Eisya memang kelihatan gembira. Dia tahu agaknya dia diraikan. Seronok dia bila sama-sama makan kek ngan abang dan kakak. Terlebih seronok sampai panjat-panjat meja nak amik kek dalam pinggan orang (:

Esok nak mintak gambar aku ngan Eisya dari nursery.

13 comments:

  1. teruja sangat muke eisya!!

    sekejap. ko buat sendiri apam tu semua??? aku ingat ko bergurauuuu. seriuslahhh. gigih gile. kalau aku, belom tentu nak buat semua tu. da lah x reti :)

    tapi yelah. biasalah. untuk anak. memang biasa da buat2 perkara2 luar biasa :))

    ReplyDelete
  2. bestnya event kt nursery ni..pandai dayu wat apam2 comel tu..;)

    ReplyDelete
  3. wah nanti ajar mcmn nak buat apam polkadot tu..hehe..em eisya best sgt tgk muka dia..mst die pelik apsal ramai2 dok tgk die nak ptg kek..hehe

    ReplyDelete
  4. wahh dayu,
    apam polkadot menjadik, hehe syabas!

    ReplyDelete
  5. rase tenang & gembira jek bila baca entry ni. sbb tau entry ni penuh dgn kasih sayang ibu.:)

    ReplyDelete
  6. gigihnya dayu.250pcs tuhhh.sila lah citer pengalaman nya yer. seronok cha celebrate besday kt nursery yer.mcm paham2 je dah dia besday2 nk kena potong kek

    ReplyDelete
  7. DAYU....CAM MANE WAT APAM TU?
    AJAR LAH...
    NAK TANYE GAK NI...PAPER BAG TU WAT SENDIRIK YERK?RAJIN DAYU...

    ReplyDelete
  8. rajin nye dayu buat sendiri...colorful lagi......

    dayu..saiz baju da updates kt n3 tuh eh..sory lmbt...

    ReplyDelete
  9. Taktau kenapa. Tapi rasa cam nak nangis je bila baca entry sambutan birthday anak-anak ni kan? Rasa macam kembang kuncup je dada.

    Sayu kot?

    Happy birthday, Cha!

    ReplyDelete
  10. seronoknya smabut birthday anak ramai2..
    husna xdok tadika, umah bs pun ade 4 org jer..mcm xmeriah langsung..hahahha

    ReplyDelete
  11. syokness betul. nampak semua having fun

    ReplyDelete
  12. comel la apam tu dayu, plus goodie bag punya tag pun comey

    ReplyDelete
  13. wah..
    banyaknya apam..
    gigih betul ibu kamu cha :)

    kalau macam tu dah boleh buat bisnes ni dayu.. :P

    ReplyDelete