05 July 2012

Pengalaman Terindah

Ya Allah, lamanya tak hadap blog. Kali ni betul-betul tak hadap. Bukan setakat tak update, memang langsungb tak jenguk. Punyalah busy. Sampai tak ada kesempatan langsung. Kat opis memang takde makna lah nak hadap blog. Balik rumah, aku pikir katil je. Badan sangat letih.

Letih menguruskan seminar. Kali pertama mengurus event sebegini besar, memang letih kepala dan badan aku dibuatnya. Telefon memang tak berhenti-henti berdering. Tengah jawab panggilan kat telefon opis, handphone berbunyi. Pastu baru je letak telefon, bunyi lagi. Memag jadik hotline lah telefon aku tu. Bila makin hampir hari seminar, makin hiruk-pikuk hidup aku jadiknya. Nasib baik ada urusetia dan rakan-rakan yang sangat membantu.

Dengan gementar nak kena present paper di hadapan 180 orang pesertanya. 180 orang yang kebanyakkan ada Ir dan Dr kat depan nama derang, memang super nervous lah jadiknya. Kali pertama kot..

Tapi Alhamdullilah.. Semuanya berjalan lancar. Bagai yang dirancang. Ada lah terkurang sana sini, tapi untuk kali pertama, semua tu boleh dimaafkan rasanya. Nanti masukkan dalam post mortem, boleh ditambah baik on next seminar. Next seminar?? Hahaha.. tak sanggup dah rasanya nak hadap seminar lagi tahun ni. Cukup dah kot. Tapi pengalaman membentangkan kertas kerja, memang pengalaman terindah. Bukan senang nak dapat peluang macam ni, Diberi kepercayaan oleh bos-bos untuk pressent paper. Dah la baru 3 tahun keje. Rasa bertuah sangat.


Pengalaman terindah

Pengalaman paling berharga. Tapi serius, cuak habis. Nak present thesis, nak viva pun tak cuak macam ni. Tapi nak duduk kat depan tu dan bercakap hadapan hampir 180 orang, memang berpeluh aku dibuatnya. Dah lah lampu atas stage tu panas, makin berpeluh-peluh. Tapi sebenarnya cuak tu lebih kepada sesi soal jawab sebenarnya. Nak present tu boleh je kot. Cakap je lah kan. Tapi bab nak menghadap soalan tu yang 'ya Allah, takutnya' Yelah, kita ni pengalaman seciput je. Yang bertanya semua 'otai-otai' Mana tak cuak.

Nasib baik tak pengsan atas pentas *nervous tahap maksima*

6 comments:

  1. tahniah dayu..
    ye betul tu..nak present mmg boleh, takde masalah..
    cuaknya pada soalan yang diajukan kan!!!
    tapi perasan tak, lepas abis present, mst terfikir..
    'arghh sepatut jawab macam ni kan"

    ReplyDelete
  2. tahniah dayu. mesti rasa puas dah lepas present.

    ReplyDelete
  3. tahniah dayu...pengalaman berharga kan...kagum baru 3 tahun dah diberi kepercayaan begitu besar.





    baju kurung budak utk raya!!
    www.bajukurungmurahsangat.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. pengalaman yg bermakna nie. tahniah dayu....knowing you, i know u can do it! =)

    ReplyDelete
  5. tahniah dayu..sure pn hashimah harun ada menyoal kan. senior ngan terer sgt puan tu hehehe

    ReplyDelete