27 November 2012

Tips: Cara Mudah Beli tiket murah/promo Air Asia

Mula-mula macam tak nak share tips ni sebab nanti kalau aku bagitau kaedah yang aku guna selama ni untuk rebut tiket murah AirAsia dengan korang, makin nipislah peluang aku nak dapat tiket proma Air Asia nanti. Tapi nasib baik, sisi baik aku segera muncul dan bisik kat aku 'tak ke mana kalau kau kedekut dayu, kongsi lah segala maklumat dan pengetahuan yang kau ada' Dan terus aku insaf dan draft entry ni. Betul jugak, ni kan rezeki masing-masing. Kalau dah memang takde rezeki aku nak dapat tiket RM 0.10 yang Air Asia offer, guna teknik apa pun tetap melepas.

Dulu aku pun tak tahu pasal ni. Aku tahu pun sebab member ajar. Kalau orang boleh share ngan aku, kenapa aku nak kedekut lak kan.

Sekarang kan sedang berlangsung penjualan tiket promosi AirAsia. Tiket RM0.11 je kau. Dulu aku dah berjaya grab tiket harga RM0.10. Pergi Phuket, untuk 3 orang RM200++ je pergi balik. Memang sangat berbaloi. Kali pertama aku menceburkan diri dengan AirAsia masa nak gi honeymoon ke Langkawi, dapat tiket RM10. Pergi balik RM80++ je. Tapi sekarang aku rasa, takdelah murah mana tiket AirAsia ni walaupun promo sempena birthday lah, anniversary lah. Murah still murah tapi tak semurah dulu. Aku panggil promo AirAsia ni 'Promo Tak Ikhlas' Hahaha.. Tapi boleh lah lagi nak membeli. Lagi-lagi kalau kau jenis boleh cuti sesuka hati tengah-tengah minggu. Sebab tiket harga promosi ni selalu untuk flight hari Rabu, Khamis. Hujung-hujung minggu jangan harap.

Macamana nak check atau dapatkan tiket Air Asia yang berharga promosi dengan mudah dan segera??


Bukak website fleapy.com. 

Sangat membantu ok website ni. Terima kasih kepada yang mencipta. Bagus. Fleapy, Find the cheapest Air Asia Flight Fare. Keje korang akan sangat mudah dengan kemudahan yang tersedia kat website ni. Masukkan je destinasi pilihan, dan tekan butang 'Search' tu. Biarkan dia bekerja seketika dan 'Taadaaa!!!' Keluarlah list untuk sepanjang tahun.

List harga untuk penerbangan sepanjang tahun dipaparkan untuk anda membuat pilihan. Sila pilih yang paling murah. Tu pun tujuannya kan.


Dan silalah pilih ikut peruntukan yang disediakan. 

Dah siap pilih tawaran yang terbaik, tekan la 'Book Flight' tu dan anda akan dihantar ke website AirAsia untuk proses selanjutnya. TQ

Harga yang dia bagi ni adalah all-in-fare nyer harga ye. Tapi proses booking tetap di website AirAsia lah. Nak tambah luggage, insuran, makan semua. Tapi at least, dengan Fleapy ni, proses pencarian adalah dijimatkan. Tak payah nak mengagau search dari tarikh ke tarikh. Sangat banyak advantages kat situ ye. Sementara orang lain sedang sibuk usha-usha tarikh, kita dah jumpa dah deals yang terbaik. Tak ke best tu.
Peluang yang lebih besar untuk kita di depan mata. Sangat best website ni bagi aku. Memang aku suka sungguh.

Khabarnya ada 2 lagi promosi dari AirAsia sebelum hujung tahun ni. Nanti bolehlah cuba ye.

*ni entry ni aku buat masa promo AirAsia dah berlangsung selama 3 hari. haruslah yang harga RM0.11 tu dah takde. lagi-lagi ke Bandung ni. kalau ke Langkawi ada lagi.
* keinginan nak ke bandung meluap-luap, tp nantilah. dalam malaysia pun tak habis jalan lagi

14 comments:

  1. bagus info...selalu asik terlepas jer nak boking!!
    dah 3 kali termasuk ari tuh pnya promo..

    ReplyDelete
  2. nanti next promo AA leh la try guna fleapy (:

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak dayu..Maaf..sy salah seorang pengunjung blog akak..sy nak tanya..ble sy tekan 'Book Flight' n then page air asia yg keluar..but..harga tiket tak sama dgn yg ditunjuk pada web Fleapy..mohon tunjuk ajar kak..Barakallahufikum :)

    ReplyDelete
  4. tapi nape keluar departure je...yg return nye xde

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada..ada..lps pilih yg departure, nanti dia kuar yg return lak
      ke tak pilih return on the beginning??
      try semula ye

      Delete
    2. kalau gune card hong liong banc boleh tk

      Delete
  5. Thank you. I'll try for next promo.

    ReplyDelete
  6. xboleh bkk pn sis.. :( cadang nk p beijing ni...nk cri tiket murah xtau..huhuhu

    ReplyDelete
  7. salam. kenapa tak boleh bukak web tue :-(

    ReplyDelete